Posted by : Waalid Al-Marbawi May 15, 2012

15 Mei 2012 genap 64 tahun hari nakbah palestin. Adakah kalian mengetahui sejarah islam ini?jom sama-sama menghayati sejarah Nakbah Palestin ini...:)
**************



Nakbah = Suatu musibah, bencana atau malapetaka yang besar bagi rakyat Palestin sehingga mereka lari meninggalkan rumah dan kampung halamannya. Penduduk Palestin memanggil dengan nama tersebut pada hari selepas Negara haram Israel ditubuhkan secara rasmi.

• 15 Mei 1948 = 64 tahun yang lalu.Apa yang berlaku?

1948, sebelum negara Israel ditubuhkan, penduduk palestin diusir, ada yang dibunuh, kampung mereka dihancurkan, rumah, harta, tanah, ladang kebun mereka dirampas, dan kemudahan-kemudahan milik rakyat awam juga dimusnahkan. Tentera Israel yang menceroboh kampung mereka telah merampas dan merebut rumah serta tanah yang ditinggalkan pemiliknya.

Rakyat Palestin dihalau

15 Mei 1948, British mengambil keputusan untuk keluar dari tanah Palestin pada hari tersebut. Kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza.

Kem Pelarian di Lebanon

Daripada 800,000 orang-orang Arab yang tinggal di wilayah Israel yang diadakan sebelum tahun 1948, hanya kira-kira 170,000 yang kekal. Selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab sekitar seperti Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dan Yaman, mengakhiri majoriti Arab di negara Yahudi.

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Kekejaman askar Israel telah menyebabkan ribuan rakyat Palestin, meninggalkan desanya, menjadi pelarian menyelamatkan diri. Sekitar 70,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian meninggalkan tanah air tercintanya dengan perasaan sedih dan linangan air mata. Sehingga sekarang mereka masih menyimpan kunci rumah yang pernah mereka diami suatu masa dahulu dengan harapan mereka dapat kembali pulang ke tanah air dan rumah mereka.

Wanita Palestin dari kem pelarian Bilatah ini memegang kunci rumahnya di mana dia telah diusir oleh Israel pada tahun 1948.
 
Mereka tidak pernah berhenti dari berjuang untuk mendapatkan kembali hak mereka. Mereka masih menaruh harapan kerana dengan harapan, hadirnya keinginan dan usaha diiringi pengorbanan. Kita juga bertanggungjawab membantu saudara kita dengan pelbagai cara mengikut kemampuan kita. Sejauh manakah kita peduli dan cakna akan mereka?

Kanak – kanak perempuan Palestin dalam satu protes pada Hari Nakbah di Hebron, Tebing Barat. Di posternya tertulis, “Sesungguhnya kami akan kembali, Palestin.” Kebanyakan pelarian Palestin di Tebing Barat adalah keturunan keluarga yang berasal dari kawasan-kawasan yang telah dimasukkan ke dalam jajahan Israel pada tahun 1948.



Mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat. Sekurang – kurangnya kita telah berusaha sesuatu dari hanya berdiam diri.

Sama –sama kita sebarkan dan wujudkan kesedaran ini.

Keratan akhbar
Tentera Yahudi sedang bersiap untuk menyerang
Bandar Jerusalem selepas diserang
Tragedi Deir Yassin-Rakyat Palestin yang dibunuh termasuklah bayi,kanak-kanak,orang tua dan ibu mengandung
Tentera Yahudi yang mempunyai kelengkapan ketenteraan



Penduduk Palestin terpaksa melarikan diri


****************

sumber : SINI

{ 1 Tembakan... read them below or add one }

  1. mohon copy yea. saya letak kredit..terima kasih :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -