Archive for January 2012

Selamat Hari Lahir Sayang


sayang: ketika aku kesepian, kaulah teman setiaku 
Ketika aku dalam kesusahan, Kaulah yang membantuku
Ketika aku di dalam kesedihan, Kaula penenang jiwaku
Ketika aku melakukan kesilapan, Kaulah yang menegur dan memaafkanku
Ketika aku di dalam kesakitan, kaulah penawarku
Tanpamu siapalah aku
Sayang: kaulah sebaik baik wanita di dunia ini
kau sanggup terima kekuranganku, demi cinta dan kasih sayang
Doaku, semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat
Ameen...


Selamat Hari Lahir buat Isteri Tersayang yang ke-24,Semoga panjang umur,murah rezeki dan terus menjadi isteri yang solehah..

Di kesempatan ini,saya juga ingin mengucapkan hari lahir buat Ayahanda dan Bonda Tersayang pada 26 Januari tempoh hari(tarikh yg sama utk mak ayah..(^_^), juga tidak dilupakan buat Abg Mie(17 Januari) dan buat semualah yang merayakan tarikh lahir mereka..hehe

Semoga Allah sentiasa menjaga kalian didalam limpahan rahmatNYA..amin

FORUM MAHASISWA 2012[" MAHASISWA : TIPIKAL vs SUPERPOWER"]

" MAHASISWA : TIPIKAL vs SUPERPOWER"

Antara Panelis Yang Diundang :
Saudara Abdul Aziz bin Ali ( Timbalan Presiden PMRAM 2011 )
Saudara Muhammad Hussin bin Fauzi ( Presiden MPPMJ 2011 )

Saudari Nurul Hasanah bte Yahuza ( Naib Pengerusi II HEWI PMRAM )
Saudari Noraziah bte Md Esa ( Ahli Majlis HEWI MPPMJ / TIMB.PENGERUSI ZON MU'TAH )

TARIKH : 29 Januari 2012
TEMPAT : Rumah Selangor
MASA : 7.30 malam ( AHAD )


" Mahasiswa Aset Pemangkin Kredibiliti Negara "


P/S : Jom para mahasiswa di bumi Mesir..sama-sama jayakan program/forum mahasiswa ini...:)

[Video] Filem Yang Membongkar Fakta Pemerintahan Diktator Husni Mubarak!

Ringkasan berita:
Menteri Penerangan Mesir terpaksa membenarkan tayangan filem (اسمى ميدان التحرير) setelah menghadapi desakan dari para wartawan stesen TV berita An Nil. Menteri Penerangan terpaksa akur dgn tuntutan mereka selepas mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat menteri, serta mengugut menteri utk memutuskan siaran TV berita An Nil. Akhirnya TV Mesir bebas dr cengkaman pemerintah. Allahu Akbar!!!

Kandungan filem:
 
 
1- Pendedahan berfakta penderitaan rakyat Mesir sepanjang lbh 30 tahun pemerintahan DIKTATOR Rejim Mubarak. Cthnya: pengabaian dr segi kesihatan, peluang pekerjaan, hak asasi manusia terutamanya kebebasan bersuara sehingga memaksa rakyat Mesir berhijrah, menjadi penganggur dan ada yg membunuh diri kerana tekanan hidup yg melampaui.
 
2- Penyelewengan yg berlaku sepanjang lbh 30 tahun pemerintahan DIKTATOR Rejim Mubarak. Cthnya: 300 bilion USD harta rakyat Mesir yg dilarikan ke luar negara, 34 bilion USD jumlah hutang Mesir dgn negara lain.
 
3- Pendedahan terbuka kejahatan Rejim Mubarak utk terus berkuasa dgn melaksanakan Undang2 Dharurat ke atas rakyat yg memberikan kuasa sepenuhnya kpd polis utk bertindak sewenang2nya kpd mana2 rakyat yg disayaki cuba menggugat kerajaan, juga memberikan kekebalan kpd pemimpin2 drpd sebarang tindakan undang2.
 
4- Kronologi ringkas berkaitan Revolusi 25 Januari, bermula dgn punca kebangkitan rakyat (kematian seorang pemuda Iskandariah Khalid Said setelah diseksa dalam penjara pd bulan Jun 2010), kesedaran rakyat utk bangkit (melalui fb yg menggunakan nama 'Kita Semua Adalah Khalid Said', yg akhirnya fb tersebut bertukar menjadi medan diskusi politik rakyat Mesir yg sangat berpengaruh), permulaan Revolusi (ditetapkan tarikh 25 Januari bertepatan dgn sambutan Hari Pihak Keselamatan Mesir), detik2 cemas berlakunya revolusi, kezaliman pihak keselamatan sepanjang revolusi dan berakhir dgn kejatuhan Rejim MUBARAK.
via : Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT)
 

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah.

SBRB-Sila hindari


SBRB = Sombong, Bongkak, Riak & Berlagak

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.


Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud:  Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan
Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian
Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW


“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)
Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.


Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)


Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:
 “Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.- oleh : Ustaz Idris Ahmad

______________________________________________________

Permata : ish...payahnya menjaga diri dari sifat2 bongkak,riak,takabbur dan ujub ini...Allah...semoga Allah sentiasa memelihara diri kita semua daripada sifat2 SBRB ni...

Jadi 'HERO' dan 'HEROIN' yang BerAKAL

Kesekian kali kita mendengar tangkapan demi tangkapan,siasatan demi siasatan dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang entah bagaimana yang difikirkan oleh mereka, mereka bukanlah orang yang tidak berpelajaran,bahkan di antara mereka adalah golongan mahasiswa dan cerdik pandai.

Gambar Mahasiswi yang baru ditahan dek ugutan terhadap PM


Mungkinkah kecerdikan mereka menghalang pemikiran dengan baik dalam membuat sesuatu tindakan?.

Sebagaimana yang kita ketahui,para hukama' pernah menukilkan :

الحق بلا النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Benar, jika kita mahu melaksanakan sesuatu tindakan,tidak kiralah apa jua bentuk tindakan samada untuk kepentingan sesebuah gerakan,mahupun yang melibatkan urusan peribadi, apa yang perlu di utamakan ialah 'akal' atau pemikiran yang waras. dan akal tersebut mestilah dipandukan oleh iman.

bukannya sesuatu tindakan diletakkan hawa nafsu dalam menentukannya kerana nafsu akan mendorong manusia kepada kejelekan atau perkara yang dimurkai Allah.

Mahasiswa yang ditahan juga kes ugutan tempoh hari


Sebelum ini kita dikejutkan dengan ugutan bunuh oleh seorang mahasiswa kepada Perdana Menteri Malaysia..hari ini kecoh pulak berkenaan isu seorang mahasiswi yang ditahan untuk disiasat dek ugutan bunuh kepada PM di dalam laman sosialnya.

Entah apa yang mereka fikirkan. pada pandangan saya,diorang hanya main-main dan ingin menunjukkan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan Dato' Seri PM, namun bukan begitu caranya... Negara kita mempunyai undang-undang. perkara ugut bunuh ni bukan sesuatu yang main-main sedare.

Saya melihat anak muda khususnya mahasiswa/wi kian hari semakin bangkit menentang kebatilan,namun biarlah kebangkitan yang diaplikasikan biarlah yang mengikut flow dia dan bukannya membuta tuli. Antara tindakan yang boleh kita lakukan kalau benci sangat dengan kerajaan sekarang, realisasikannya pada PRU-13 nanti..hehe

Selain itu,tindakan yang relevan buat masa sekarang ialah memberi penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang. sungguh,di luar sana ramai yang masih berada di bawah tempurung,lagi-lagi mereka yang tidak terdedah dengan kecanggihan moden,hanya berharap dan ber'iman' dengan media massa yang kebanyakannya pro kerajaan. tiada kebebasan media untuk pembangkang dan surat-surat khabar yang sudah terbukti menjadi agen pemutar belit.

Oleh itu,tugas kita@mahasiswa untuk bertungkus lumus mengeluarkan masyarakat dari kepompong 'jahiliah moden'  ini. Jangan bertindak sembarangan yang boleh memakan diri,rugi sahabat-sahabat...tenaga kalian boleh digunakan dalam banyak perkara lagi. Kalau ditangkap,dihumban dalam penjara..kalian juga yang merana.
 Gunakanlah segala kemahiran yang ada untuk menyedarkan masyarakat agar tidak tertipu dengan kerajaan sekarang. 

Pendek kata, marilah sama-sama menjadi 'HERO' @ 'HEROIN' yang ber'AKAL'...buat sesuatu dengan berlandaskan perancangan dan  secara ber'JEMAAH' bukan INDIVIDU...

عليكم بالجماعة فإن الجماعة رحمة والفرقة عذاب

Bagi kalian berjemaah(berkumpulan) kerana berjemaah itu adalah Rahmat dan berpecah itu azab
wallahua'lam.

Petikan Pengajian Fadhilatu Sheikh Muhammad Awammah

Beberapa petikan Muhadaroh Al-Allamah Al-Muhaddis Fadhilatu Sheikh Muhammad Awammah

 

Pada 18/1/2012 bersamaan 24 Safar 1433H Al-Muhaddis Sheikh Muhammad Awwamah telah mengunjungi Masjid Al-Azhar Al-Syarif dan telah memberikan beberapa pesanan yang penting kepada syabab penuntut ilmu di Al-Azhar. Beberapa orang teman meminta saya supaya menulis nota-nota ucapan beliau, supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Maka, dengan mengharapkan inayah daripada Allah saya tuliskan beberapa terjemahan kalam-kalam penting daripada beliau; Berkata Sheikh Muhammad Awwamah hafizahullah:

1. Ketika saya masuk ke dalam masjid Azhar hati saya menjadi khusyu' kerana kehebatan ulama yang telah meninggalkan kesan kepada masjid ini, bahkan batu-batu di masjid ini berkata tentang keagungannya dan kehebatannya.

2. Pemuda-pemuda adalah tunjang kehidupan dan tunjang ummat, oleh itu takutilah Allah dalam waktu kamu dan himmah kamu dan tundukkanlah ia untuk berkhidmat kepada agama ini. Kerana Allah s.w.t berfirman "Dan dia memberi kepada kamu apa sahaja yang kamu minta" maka apabila hati kamu bertawajjuh untuk ilmu, maka Allah azzawajallah akan memberikannya.

3. Ulama dahulu berkhidmat kepada ilmu dengan hebat sehingga kamu tidak akan percaya kisah-kisah mereka yang akan saya ceritakan, tetapi ilmu-ilmu itu masuk ke dalam kubur bersama ulama tersebut, maka kewajipan kamu adalah untuk menghidupkannya kembali.

4. Ada dua cara dalam menuntut ilmu agama;

Pertama adalah dengan Bertalaqqi, faham, membaca, bermunaqashah, dan berbincang, saya hidup dengan cara ini dalam menuntut ilmu. Dan cara ini yang diamalkan di Negara saya. Saya tidak nampak cara yang lebih baik disibukkan oleh penuntut ilmu melainkan cara ini.

Kedua adalah dengan cara yang memadai dengan meminta ijazah sanad daripada para ulama, cara ini akan menjadikan penuntut ilmu tertipu dan boleh menjadi fitnah kepada agama.

5. Saya ingin menyampaikan kepada kepada kamu 4 pesanan;

Pertama, Menyedari dan muhasabah diri kita bahawasanya ILMU ini adalah sebagai wasilah untuk kita berAMAL, bukan semata-mata untuk memberi muhadarah, membuat penulisan, dan untuk membuat tahqiq. Kita beri cahaya kepada hati kita untuk beramal, kemudian untuk disampaikan, diajar kepada orang. Oleh itu saya menasihati kamu semua untuk membaca kitab Iqtidho' Al-Ilmi Al-Amal karangan Sheikh Khatib Baghdadi.

Kedua, Jangan sesekali putus asa dalam mensibukkan diri menuntut Ilmu, walaupun beberapa minit yang singkat daripada umur kita. Maka perlu kita sentiasa membawa pen, kertas dan kitab untuk berbincang dan menuntut ilmu. Penuntut Ilmu adalah seperti berada di medan Jihad menentang kejahilan dan orang-orang yang jahil, maka adakah di sana tentera-tentera yang sanggup untuk masuk ke dalam medan ini?

Ketiga, Jangan berkata sesuatu melainkan selepas tathabut (meneliti, memastikan kebenaran) kata-kata tersebut, kerana sesungguhnya Ilmu ini adalah agama maka lihatlah daripada siapa (sumber) kamu mengambil agama kamu.

Keempat, Jangan lupa daripada berdoa kepada saya (Sheikh Muhammad Awwamah) ahli keluarga saya, dan guru-guru saya.

5. Saya berpesan kepada kamu untuk mengamalkan 3 doa ini.

Pertama, Selepas solat subuh baca doa ini
"اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا"

Kedua , Doa yang diamalkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq dan Saidina Abdullah Ibn Mas'ud. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat ketiga solat maghrib, sebelum turun untuk ruku' baca doa ini.
"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب"

 Ketiga, Doa yang diamalkan oleh Saidina Abdullah Ibn Umar, Berdoa ketika sujud.
"اللهم لك سجد سوادي وبك امن فؤادي اللهم ارزقني علما ينفعني وعملا يرفعني"

Wallahua'lam, selesai kalam-kalam Sheikh. Jika ada sebarang kesalahan harap dapat ditegur dan diperbetulkan. Moga Allah memanfaatkan saya dan kita semua dengan ilmu beliau, guru-guru beliau dan ulama-ulama lain. Ameen.


perkongsian daripada :
Akhi Mohd Fauzan bin Abdullah
Bijiwar Al-Azhar

Saiful Bukhari dan KBSB - Pendedahan eksklusif untuk keadilan



Walaupun isu liwat DSAI sudah terbukti dan telah dikeluarkan keputusan rasmi oleh mahkamah,masih ada lagi sebahagian besar golongan-golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa DSAI tidak bersalah. Maklumlah, setelah dimomok-momokkan dan disumpah seranah sebelum ini serta pelbagai gelaran dimaki hamun kepada DSAI tanpa mengingat akan Allah yang maha Agung dan Maha Mengetahui segala sesuatu.

"Seumpama meludah dan perlu jilat balik ludah itu." begitulah mereka-mereka ini, jika EGO mereka tinggi,sudah tentu sukar untuk mereka menarik balik makian,cacian dan tohmahan serta fitnah yang digembar-gemburkan selama ini. Amat besarlah kesilapan yang dilakukan sekiranya masih belum BERTAUBAT dengan dosa-dosa yang mereka lakukan.

Saya terbaca satu post pendedahan yang dilakukan oleh 'pekerja2 amal' kebenaran yang mendedahkan secara eksklusif berkenaan laman fanpage 'Kami Benci Saiful Bukhari' atau KBSB dan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa Saiful Bukhari Azlan(SBA) hanya memfitnah semata-mata dalam kes liwatnya.

sahabat-sahabat boleh membaca pendedahan eksklusif tersebut di sini[KLIK SINI] :

sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,silalah ambil masa dan baca dengan teliti bukti-bukti dan keterangan yang diberikan,jangan kita menjadi orang-orang yang hanya mendengar khabar dari mulut-mulut sebelah pihak sahaja tanpa kita memerhati dan mengkaji sendiri.

Semoga kita semua terhindar dari BAHANA fitnah kerana ianya lebih dahsyat daripada memBUNUH.

Ayuh, Kembalilah kita kepada Allah dan Rasulnya sebagaimana sekiranya kita ada kekhilafan dan perbalahan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :" sekiranya kamu bercanggah dalam sesuatu,maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya"-ayat

wallahua'lam.


Permata : asalnya nak copy paste je artikel tuh..tapi panjang sangat dan banyak gambar serta video yang disertakan...bolehlah melawat ke sana..bleh 'up'kan traffic amenoworld..hehe...massalamah!


AWAS : 'Rohypnol' TAKTIK BARU PEROGOL




Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

#sebarkan okey#

sumber : status facebook seorang sahabat..

Biarlah Berpada-pada

Gambar suspek : seorang pelajar USM
Saya terbaca dalam Malaysiakini(MK) berkenaan seorang pelajar ditahan polis akibat mengeluarkan ungkapan atau ugutan 'bunuh' terhadap Perdana Menteri malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam facebooknya seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Macam-macam yang berlaku sekarang,bagi saya,kemungkinan ayat yang ditulis di FB pelajar itu menggambarkan kemarahan dan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan PM sekarang ini. dan bukan betul-betul mahu letupkan helikopter yang akan dinaiki oleh PM..

Jika difikir dari segi logik..takkanlah orang nk bunuh orang,dihebah-hebah dan diwar2kan untuk pengetahuan umum..amat tidak bijaklah jika dia berbuat demikian.apapun,kita tunggulah keputusan siasatan Polis nanti..Semoga pihak polis dapat membuat keputusan yang baik,insyaAllah.

Satu perkara lagi yang menjadi tarikan kepada saya ialah Notis Saman yang dikeluarkan terhadap dua orang blogger yang saya menganggap sangat over dalam sudut 'kebebasan bersuara' di laman webnya dengan menggunakan kata-kata kesat dan lucah serta terdapat artikel-artikel yang berunsur fitnah.

Mereka yang saya maksudkan ialah PAPAGOMO dan PARPUKARI, boleh lihat berita berkenaan notis saman mereka di (sini)

Sebagai peringatan bersama,gunakanlah kemodenan dan kemudahan masa kini,khususnya media massa,alam maya untuk kita menjalankan 'AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR' serta menyampaikan maklumat yang benar lagi tepat kepada semua lapisan. Tidak kiralah berbeza pandangan mahupun parti politik.

Sememangnya,setiap apa yang kita buat,yang kita tulis...semuanya akan dikira kelak di hadapan Allah Taala.

Pada pandangan saya,mungkin sebab inilah,ramai yang mengambil jalan selamat dengan menggunakan laman blog,facebook,twitter dan sebagainya dengan perkara-perkara yang berlegar rutin harian masing-masing. Tiada masalah,cumanya biarlah berpada-pada. Jangankan apa yang di dalam 'kain' kita juga diceritakan untuk pengetahuan umum. Kan tidak elok..


Akhir kata, sama-samalah kita gunakan kemajuan yang kita kecapi sekarang untuk meninggikan kalimah 'LA ILAHA ILLALLAH' dan juga untuk memartabatkan ISLAM di persada dunia,insyaAllah.

PARTI ISLAM MENANG UNDI PILIHAN RAYA PARLIMEN MESIR


Dalam dua fasa awal pilihan raya parlimen, parti-parti Islam telah mendahului undian dengan memenangi 62.2 peratus undi dan megekalkan kemenangan mereka dalam keseluruhan pertandingan.

Parti Kebebasan dan Keadilan, cabang politik Ikhwan Muslimin melaporkan dalam laman webnya bahawa mereka telah mendapat 35.2 peratus undi.

Parti Nour menduduki tempat kedua dengan memenangi 27 peratus undian. Setakat ini, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Nour adalah sebanyak 111 kerusi.

Manakala tempat ketiga diduduki oleh Parti Wafd yang jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 14 kerusi dalam fasa akhir pengundian. Menurut satu kenyataan, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Wafd adalah sebanyak 37 kerusi.

Berikut adalah senarai enam parti politik yang memenangi undian pilihan raya paling tertinggi setakat ini:

1) Parti Kebebasan dan Keadilan = 213 kerusi

2) Parti Nour = 111 kerusi

3) Parti Wafd = 37 kerusi

4) Egyptian Block = 12 kerusi (atau lebih)

5) Reform and Development Party: 12 kerusi

6) Jama'a al-Islamiya: 13 kerusi
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2012
Olahan sumber: Al-masry Al-youm

link : Map2care

Lagi Penindasan Terhadap Mahasiswa-Angkara video penerangan





KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.

Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.

Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.


Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.

Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.

Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.

"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.

“Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.

Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.

Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.

Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.

"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya.

blogpolitik.blogspot.com

Hukum Penggunaan Wang Zakat. Lampiran Khas 2

Amil Zakat

Amil zakat bermaksud orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menguruskan harta zakat. Mereka merangkumi;

- al-Hasyir: yang mengumpul data pemilik harta yang bakal dikenakan zakat.
- al-'Arif; yang meninjau orang-orang yang layak menerima zakat.
- al-Hasib; yang menguruskan pengiraan harta zakat.
- al-Katib; juru tulis/pencatat bagi hal berkait pengurusan zakat.
- al-Jabi; yang menjalankan pungutan zakat.
- al-Qassam; yang menjalankan pengagihan harta zakat.
- Hafizul-Mal; yang menyimpan atau mengawasi simpanan harta zakat.

Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu'; diberikan kepada semua mereka di atas dari saham amil kerana semua mereka termasuk dalam pengertian amil-amil zakat, yakni mereka diberikan dari saham yang dinamakan saham amil iaitu 1/8 zakat. 

(al-Majmu', Kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/175).

Jawatan yang berhak mendapat saham amil tersebut hanyalah yang ada kaitan secara langsung dengan tugas-tugas pentadbiran zakat. Kerana itu, Imam an-Nawawi menjelaskan lagi; Di sisi ashabuna (yakni fuqahak mazhab Syafiie); "Tiada hak dalam harta zakat untuk sultan/pemerintah, gabenor wilayah dan qadhi (hakim), akan tetapi gaji mereka -jika mereka tidak bertugas secara sukarela- hendaklah diambil dari Baitul-Mal (dari harta khumus yang diperuntukkan bagi maslahah-maslahah negara) kerana tugas/pekerjaan mereka umum bagi maslahah sekelian kaum muslimin, berbeza dengan amil zakat (yang bertugas khusus untuk harta zakat, maka layak diberikan upah dari harta zakat)" 

(al-Majmu', 6/175).

Menurut fuqahak; kadar zakat yang diberikan kepada amil-amil ialah yang bersesuaian dengan upah kerja/tugas mereka. Jika saham 1/8 yang diperuntukan untuk amil menyamai kos upah amil, diberikan semua saham itu kepada mereka. Jika saham itu melebihi kos upah tersebut, diberikan kepada mereka kos upah mereka dan yang selebihnya hendaklah dipulangkan kepada asnaf-asnaf yang lain. 

Jika saham 1/8 itu tidak cukup untuk menampung kos upah mereka, para ulamak berbeza pandangan;

1. Sebahagian berpandangan; diambil dari bahagian asnaf-asnaf yang lain.
2. Sebahagaian berpandangan; ditampung dengan wang dari Baitul-Mal.

Menurut mazhab Syafiie; jika imam (pemerintah) ingin menetapkan upah bagi pegawai-pegawai pengurusan zakat semuanya diambil dari Baitul-Mal (tanpa melibatkan harta/wang zakat), hukumnya harus. Jika ini dilakukan, semua harta zakat diagihkan kepada asnaf-asnaf yang lain. 

(al-Majmu', 6/175).

Merujuk kepada kes Dato Jamil Khir;

1. Menggunakan harta zakat untuk bayaran guaman bagi kes berkait dengan JAWI dan mengambilnya dari saham Amil adalah tidak tepat kerana kes itu tidak ada kaitan dengan tugas/peranan pengurusan zakat.

2. Kadar yang diberikan kepada amil bukanlah sewenang-wenangnya, tetapi bersesuaian dengan kadar upahnya sahaja iaitu dengan melihat kepada peranannya dalam pengurusan zakat. Dalam kes Jamil Khir, jumlah yang terbabit (bagi bayaran guaman itu) di luar logik jika hendak dianggap sebagai upah amil di samping ia tiada kaitan dengan pengurusan zakat sebagaimana disentuh tadi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Hukum Guna Wang Zakat : Lampiran Khas 1

Hukum Penggunaan  Wang Zakat : Lampiran Khas

1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.

Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;

تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

“Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)”

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).

Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;

إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ


“Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan”

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).
 
2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina ‘Umar pernah menegaskan;

إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.  

“Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim”.

Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً

(Surah an-Nisa’, ayat 10)

Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; “Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka”

 (al-Majmu’, kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).

3. Golongan yang berhak menerima zakat

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

(at-Taubah: 60)

4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.

(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).

Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?

5. Pengertian Sabilillah

Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;

“Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai’)”

(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;

“Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik”

(al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):

Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)”.

8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha’ yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum”.

(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah “Fi Sabilillah”, penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; “Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….”.

(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; “Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja”

(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Asnaf ZAKAT : Menteri Termasuk, Pelajar Terkeluar...

Inilah yang berlaku kepada segelintir mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di luar negara khususnya Mesir....beberapa pelajar dari negeri terengganu telah dihantar surat penolakan untuk bantuan zakat kerana tidak menepati asnaf zakat katanya...Nampaknya orang2 yang belajar @ FI SABILILLAH sudah terkeluardari asnaf zakat yang lapan...mungkinkah ditukar dengan MENTERI(lihat)? Saudara-saudari boleh lihatlah sendiri..
right klik and choose [open link in new tab] for clear picture..thanks

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) tidak dapat mempertimbangkan permohonan bantuan tersebut kerana bantuan Dermasiswa tersebut adalah dari peruntukan Wang Zakat asnaf Fisabilillah untuk pelajar-pelajar yang benar-benar menepati asnaf tersebut sahaja. "


Tapiii.......

Lain pula yang berlaku di negaraku yang tercinta(Malaysia)

  
klik utk besarkan bagi paparan lebih jelas
 Gambar kedua : Mufti mengesahkan Memteri Jamil Khir layak menerima ZAKAT...

Tepatlah apa yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W :

جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسأل عن الساعة . . . قال صلى الله عليه وسلم : إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة ، قال : وكيف إضاعتها ؟ قال : إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة " ( رواه البخاري)
maksudnya : Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW bertanyakan tentang kiamat....lalu sabda Rasulullah SAW :apabila disia2kan amanah maka tunggulah saat kehancuran.lelaki itu brtanya lagi:bagaimana disia2kan amanah itu?lAlu Baginda SAW menjawab:apabila sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran:


renung-renungkanlah....Wallahua'lam

p/s : tolong doakan orang yang dizalimi dan juga kami mahasiswa2 yang sentiasa ditindas...jazakumullahu khairan jazak...

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

الامام الشهيد /// حسن البنا
رحمه الله
kredit : Shuhaib

DSAI bebas - Pemfitnah,Pemaki Hamun?Apa Nasib Mereka?

Dunia hari ini gempar dan panas dengan pengumuman kes tuduhan meliwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI), hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa DSAI tidak bersalah dah terlepas dari pertuduhan,memang satu kejayaan dan kita boleh kata bahawa mungkin keadlilan telah berpihak pada yang hak.

Namun,al-faqir sedikit curiga dan masih was-was dengan keputusan yang di war-warkan pada hari ini,bukan makna kata al-faqir percaya tuduhan DSAI melakukan kesalahan tersebut,cuma...sedikit terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan..

Melalui pemerhatiaan al-faqir selama ini,kemungkinan kes DSAI dibebaskan adalah tipis berdasarkan ulasan-ulasan,bukti2 yang dikemukakan,serta tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah blogger, dan kaki alam maya terhadap DSAI amatlah berat dan seolah-olah sudah terbukti yang DSAI.

Dua tahun lebih tuduhan2 liar,cacian,umpatan dan sebagainya diberikan kpd DSAI,cukup untuk membuatkan timbangan pahalanya berat jika ternyata DSAI tidak bersalah,bahkan hari ini mahkamah sudah memutuskannya..apakah mereka yang bertindak liar sebelum ini akan memohon maaf dengan DSAI dan akan dikenakan QAZAF(hukuman yang dikenakan ke atas pemfitnah zina jika tidak mampu menghadirkan 4 saksi yang layak)?.

Ketahuilah,kesilapan yang kita lakukan terhadap seseorang manusia tidak akan terhapus dengan memohon ampun daripada Allah semata-mata,bahkan perlu mendapat kemaafan dari manusia terlebih dahulu. al-faqir berharap mereka yang pernah melakukan kesilapan sedar dan memohon kemaafan sebelum dicabut nyawa oleh YANG MAHA ESA.

 Permata : curiga dengan permainan politik yang mendatang...walaubagaimanapun,al-faqir menyokong serta mengharapkan keadilan dalam segenap aspek di negaraku yang tercinta,baik politik,kampus,kerajaan, dan sebagainya...berpolitiklah dengan cara matang dan bukan dengan cara yang mudah dan jijik..wallahua'lam

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -