Showing posts with label Berita. Show all posts
Gambar : Program Kemerdekaan | Aidilfitri | Malaysia
Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Semoga sahabat-sahabat yang waalid kasihi sentiasa berada dalam keaadaan baik dan dirahmati Allah selalu.
Seperti yang waalid sebut untuk memuat naik gambar-gambar terpilih bagi program-program di sekolah waalid yang di adakan baru-baru ini..jadi dalam entry ni dimuatkan gambar-gambar yang terbaik dan mencuit hati..ape lagi?jom layan...zasss........
Sekian dahulu dari waalid..semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang dimuatkan...
Wassalamualaikum...^_^

![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,adik Izzah Soffiah dari tahun 2 |
![]() |
| Yang ni plak penyanyi lagu tegar versi SK Seri Makmur...dahla nyanyi lagu tak ikut tema..haha |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Fariz, dari tahun 4...hai dik..ngantuk sangat ke?hehehe |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Elissa dari tahun 5 |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam, adik Faiz dan Irfan...cantik baju melayu yang bercirikan bendera Malaysia.....kedua2 ni dari Tahun 2 |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syazwan dari prasekolah |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syamimi dari tahun 1...hamboih..macam pelakon bollywood plak...jangan keliru ya..budak ni orang melayu..hehe |
![]() |
| Antara pertandingan lain ialah pertandingan basikal berhias..kreatif2 diorang ni...^_^ |
![]() |
| Persembahan yang dipertandingkan...suka melihat gelagat budak2 nyanyi..macam2 yang boleh dilihat...ni persembahan dari tahun 2 |
![]() | ||
| Antara basikal berhias yang menjadi tumpuan...empunya diri dari tahun 2.. |
Sekian dahulu dari waalid..semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang dimuatkan...
Wassalamualaikum...^_^
Ajalnya di Malaysia
Berkenaan entry waalid pasal seorang sahabat yang meninggal semalam,beritanya dah masuk paper hari ini, di sini waalid berkongsi berita yang disiarkan dalam Sinar Harian
KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.sumber : http://www.sinarharian.com.my/ajalnya-di-malaysia-1.196483
"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.
Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.
“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.
Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.
Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.
“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.
“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.- SH
Al-Fatihah Buat Abdullah Bin Azahari
Setiap yang bernyawa pasti akan mati,
Sesungguhnya Allah menyanyangi hamba-hambaNya yang soleh.
Seorang junior waalid ketika berada di Mesir,namanya Abdullah Bin Azahari telah meninggal dunia pagi tadi(28/8/2013) akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya pantai timur Bukit Besi- Ajil.
Arwah diceritakan telah melanggar benteng lebuh raya dan mengalami pendarahan dalam kepala. Meninggal di tempat kejadian.
Waalid cukup tersentap dengan berita pemergiannya. Setakat yang waalid kenal,beliau(arwah) sangat baik dan cukup sopan santun. Baik muamalahnya bersama kawan-kawan,senior2 yang lebih berumur daripadanya.
Ayuhlah sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Aamin..
"Sungguh!kematian itu pasti...bilakah giliran kita?wallahua'lam...BERSEDIALAH!...."
Nyawa Guru Dalam Bahaya?
Alhamdulillah, fasa yang pertama bulan ramadhan sudah akan melabuhkan tirainya sehari lagi,maka akan bermulalah fasa kedua,iaitu fasa keampunan. Moga-moga Allah meredhai puasa kita semua.
Sejak akhir-akhir ini, sering kita terdengar nyawa guru diragut. Sebelum ini kita dikejutkan dengan guru yang mati ditembak di Kelantan. Hari ini kita digemparkan pula dengan guru yang mati ditembak di Kulim.
| Berita SINI |
Apa pun, sentiasalah berwaspada kerana di sekeliling kita tentu ada yang kurang senang dengan kita dan sebagainya.
~||| Selamat menjalani ibadah puasa, kurangkan jenayah,tingkatkan ibadah |||~
Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan
PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi mengandungi bahan radioaktif semula jadi berikutan kajian mendapati ia boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sama, pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan loket berkenaan, tetapi beliau menggalakkan pengguna tidak menggunakannya.
Menurutnya, berdasarkan laporan analisis pengujian ke atas sampel pendant yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapati analisis menunjukkan kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semula jadi Uranium-238 berada pada paras yang dibenarkan, manakala Thorium-232 adalah melebihi had yang dibenarkan.
“Penggunaan loket ini boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pengguna khususnya pemakaian berterusan bagi tempoh yang lama dan berhampiran tubuh badan.
SUBRAMANIAM menunjukkan loket yang mengandungi bahan radioaktif pada sidang media di Kementerian Kesihatan, di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
“Keadaan ini akan memberi kesan bahaya terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Loket diperbuat daripada abu gunung berapi yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi terdiri daripada Uranium-238 dan Thorium-232 dan ia dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal.
Ia diedarkan beberapa syarikat jualan langsung serta berada di pasaran negara sekitar 2009 dan penjualannya dilakukan oleh individu di kaki lima, pasar malam dan laman sesawang tanpa melalui saluran sah.
Dr Subramaniam berkata, pembekal dan penjual mendakwa beberapa kelebihan penggunaan loket seperti meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakainya, melancarkan peredaran darah dalam badan, meningkatkan tenaga dan daya ingatan serta pelbagai manfaat lain.
“Bagaimanapun, kementerian mendapati loket tidak mempunyai bukti saintifik mengenai manfaat kesihatan kepada pemakai loket dan ia tidak boleh dikategorikan sebagai peranti perubatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap loket bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai peranti perubatan mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
“Ini kerana ia bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semula jadi. Memandangkan ia bukan mengikut maksud perubatan, pengawalan loket adalah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).
“Penggunaannya tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya memberi kesan risiko kesihatan kepada pemakainya,” katanya.
Berikutan itu, Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta LPTA untuk bekerjasama bagi mengenakan larangan penjualan roket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.
Sumber myMetro
Suami Ehem-ehem degan Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Lelaki Lain
[HM] KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila
seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil
hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan
sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Sumber asal : DCM
***
Ulasan waalid : Berat Nanang WEHHHH!!!!...
"Ya Allah,berilah hidayahMu kepada masyarakatku..sesungguhnya mereka tidak mengetahui..aamin"
Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir Yang SAH!!!
Alhamdulillah,keputusan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Mesir akhirnya diumumkan pada hari ini(24 Jun 2012) tepat jam 4.30 petang..dan akhirnya kemenangan berpihak kepada calon Dr.Muhammad Mursi dari parti FJP(Ikhwanul Muslimin)...
![]() |
| Farouq Sultan ,pengerusi SPR Mesir sedang membaca teks pengumuman...lame dia ceramah ni..huhu |
Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.
Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.
![]() | |||||
| Kegembiraan rakyat Mesir setelah diumumkan keputusan tadi...Allahuakbar! |
Tiada kata yang mampu diucapkan,hanya laungan takbir dan sujud syukur....sesungguhnya bumi palestin semakin bercahaya sinarnya..semoga pimpinan Dr.Muhammad Mursi dar partinya dapat memakmurkan ummuddunya,Mesir ini serta melimpahkan keadilannya kepada seluruh negara Arab,insyaAllah....
Takbirx3
jom layan lagu sempena kemenangan mursi...hehe...
Siiru 3ala Barokatillah...
4 wanita ISLAM dicekup
24 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama[SH]
ULASAN :
Biarpun susah dalam kehidupan,janganlah menggadai prinsip agama dan maruah diri untuk meraih rezeki yang Allah telah tetapkan bagi setiap anak adam,hanya perlu usaha yang sedikit untuk meraih rezeki itu....
menjual tisu lebih mulia dari menari di kelab malam....

Bala Lagi Di Terengganu...
BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan.
adakah petanda kerajaan sekarang akan turut serta 'runtuh'?
hu hu hu...
Semoga semua yang tertimbus selamat..aamin.

19 Jun 2012 | Jutaan Berhimpun di Tahrir
Himpunan
jutaan di Tahrir dan dataran lain di seluruh Mesir hari ini dinamakan
"Jutaan berhadapan rampasan kuasa tentera" bertujuan menyampaikan 4
mesej utama iaitu:

1) Menolak nas tambahan dalam Perlembagaan seperti yg diumukan tentera
2) Menolak pembubaran Parlimen
3) Menolak pembentukan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yg baru mengikut kehendak Majlis Tentera
4) Menolak undang-undang Kementerian Kehakiman yg memberi kuasa kepada
tentera utk menangkap rakyat (fungsi yg sama seperti Undang-Undang
Darurat yg telah dihapuskan) dan menolak dilanjutkan tempoh peralihan
kuasa paling lewat 30 Jun ini walau apa jua keadaan sekalipun.
Parti dan pertubuhan politik meminta diadakan perarakan menuju ke
tempat himpunan iaitu dataran Tahrir bermula dari masjid-masjid selepas
solat Asar. Sesetengahnya pula dicadangkan berhimpun di bangunan Dewan
Rakyat. Sementara, Gerakan 6 April pula mahu memulakan perarakan jam 4
petang dari depan ibu pejabat Parti NDP yg terbakar, berhadapan Sungai
Nil (gambar) yg akan berakhir di bangunan Dewan Rakyat.
Sementara terdapat gerakan pemuda dan parti politik yg akan memulakan
perarakan selepas Asar nanti dari Masjid Fath, Ramsis dan dataran
Mustafa Mahmud di Mohandiseen yg akan berkumpul di Tahrir.
Sumber : akhi Abdul Malik
Panas | Indonesia Mendakwa Malaysia Menciplak Tarian Tradisionalnya?
Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan
Minggu, 17 Juni 2012, masyarakat Indonesia mulai ramai membicarakan “klaim” Malaysia atas Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan. Keriuhan ini berasal dari berita di situs Bernama yang menyatakan Malaysia akan meregistrasi tari Tor-tor dan Gordang Sambilan sebagai peninggalan nasional mereka berdasarkan Bab 67 Undang-undang Peninggalan Nasional 2005.
Rais Yatim menyatakan, mempromosikan kebudayaan dan seni asal Mandailing penting untuk mempererat persatuan. Namun rakyat Indonesia keburu murka. Ini kasus kesekian yang menyulut perseteruan budaya kedua negara.
Ramli Abdul Karim Hasibuan, Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat perhimpunan warga keturunan Mandailing di jiran, mengklarifikasi. Ia menjelaskan, organisasinya lah yang mengajukan permohonan kepana pemerintah Malaysia untuk mengakui Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan.
Tujuannya, agar kesenian rakyat Mandailing tersebut bisa berdiri setara dengan kebudayaan Jawa, Minang, dan Banjar di Malaysia. “Kami ingin diakui bahwa kami eksis di Malaysia,” kata Ramli. Rais Yatim pun menyanggupi. Ia meneliti dulu kebudayaan Mandailing sebelum menyetujui permintaan itu.
Ramli mengatakan, Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan telah mendarah daging di tengah rakyat Malaysia. Tarian ini sering dimainkan saat perkawinan atau acara-acara perayaan lainnya. Dimasukkannya Tor-tor ke dalam Warisan Kebangsaan Malaysia, tegas dia, bukan untuk klaim negara, melainkan demi pelestarian agar budaya itu tidak hilang.
“Apabila tarian Tor-tor sudah terdaftar, maka kami akan mendapat anggaran dari kementerian untuk melestarikan budaya ini. Atau bahkan kementerian akan membuat satu perkumpulan tari Tor-tor dan Gordang Sembilan,” kata Ramli. Suatu keuntungan bagi pelestarian budaya Mandailing.
Jadi, Ramli menekankan, warisan budaya itu bukan berarti klaim pemerintah. “Dalam akta tahun 2005 tersebut dikatakan, kebudayaan yang terdaftar dipelihara atau dipertahankan, tetapi kepemilikannya tetap kepada asal-usul negara, yaitu Indonesia. Tidak dimiliki pemerintah Malaysia,” lanjutnya lagi.
Ramli menjelaskan, jumlah warga suku Mandailing di Malaysia mencapai 500.000 orang. Warga Mandailing, telah ada di Malaysia sejak tahun 1800, sebelum negara Indonesia dan Malaysia berdiri. “Kami tidak mengatakan Tor-tor itu punya kami. Tor-tor itu punya rakyat Mandailing, Sumatera Utara. Di manapun Anda berada, jika bicara Tor-tor, maka itu milik orang Mandailing,” ujarnya. (umi) - sumber:vivanews
---------------------
Permata : Apakah benar apa yang didakwakan?kita serahkan kepada pimpinan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya agar persaudaraan antara dua negara tidak berlanjutan...

Seniorku Maut Dilanggar Kereta...T_T
MARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Km58.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rantau Abang, dekat sini, petang ini.
Mohd Madhan Mohamad, 33, dari Tepoh, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petaling, Tepoh sebelum terbabit dalam nahas ngeri itu.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang menunggang bersendirian tercampak 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Pemandu kereta yang berusia 20-an dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang, di sini. Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Bernama- Sinar Harian
----------------------------
Selepas berita kematian Murobbi pejuang,Tuan Guru Yahya Othman,kali ini pengkhabaran senior pula yang pergi buat selamanya..berderet2 kesedihan yang menimpa..semoga roh mereka dirahmati olehNYA dan ditempatkan bersama para solehin...
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan juga buat ummat Islam seluruhnya...
~Al-Fatihah~

| Mohd Madhan Mohamad dalam kenangan... |
TOLONG!! | Bantu Cari Kenalan@Keluarga Jenazah
![]() |
| Jenazah yang terlibat dalam kemalangan di Iskandariah,Mesir |
MOHON KERJASAMA MENGENAL PASTI IDENTITI MANGSA KEMALANGAN :
Seorang pelajar telah terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya di Sidi Gabir, Iskandariah.
Menurut sumber, Mangsa dikejarkan ke Hospital Ras El Tin dan meninggal disana disebabkan pendarahan dikepala.
Pihak Hospital tidak menjumpai sebarang dokumen identiti mangsa. Namun mirip wajahnya seakan-akan orang Asia.
Mana-mana individu yang dapat mengenal pasti bahawa mangsa ini warga Malaysia sila maklumkan segera kpd Presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz Bin Ali di talian 0111-3771841 atau En Aswandi JPMK 0111-5861155.
—
*******************
Harap dapat menemui segera ahli keluarga ataupun mereka yang berkaitan dengan jenazah untuk diuruskan jenazah..
Wallahua'lam
Inna lillahi Wainna Ilaihi Roji3un...
Takziah buat keluarga jenazah..
rujuk : FB PMRAM
Hilangnya lagi sebutir permata - petanda kiamat semakin hampir
Sedih mendengar pemergian seorang ulama' yang hebat,seorang murobbi gerakan Islam yang sentiasa membimbing para pejuang untuk terus istiqomah dalam perjuangan...
Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara.hemm..itulah hakikat dunia hari ini...apapun,tentunya seorang ulama' tidak menginginkan segala bentuk nama dan populariti..kerana mereka yakin dengan janji ALLAH yang maha Esa..
Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah.
Ya Allah.semoga dipermudahkan segalanya.
daripada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.
Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli..
bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal .akhir zaman.-jkkfanclub
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman...mudah2an rohnya ditempatkan dikalangan muqorrobin dan dicucuri Rahmat Ilahi..aamin
~ Al-Fatihah ~
Pengantin Pil Kuda...
DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.
Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.
Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.
Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.
Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.
Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.
“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. “Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952-SH
Permata :
Aduyai...macam2 sekarang ni,kot ye pun nak buat malam pertama tu luar biasa,guna la cara yang lain..huu...minum kopi radix pun boleh ape...:P
Ambil pengajaran,jangan sebab nak 'sedap' segala yang haram dilanggarnye...Matlamat tidak menghalalkan cara,banyak lagi cara lain yang boleh digunakan...huhu..macam2 kejadian pelik sekarang...
اللهمّ اهد قومنا فإنهم لا يعلمون..اللهمّ آمين
Darah Syria Masih Mengalir,Hidupku Terus Dilena Mimpi
9 JUN 2012 -- Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria (KPS) melihat situasi Syria kebelakangan ini dengan penuh kebimbangan dan kekecewaan. Ini kerana pembunuhan yang berlaku sejak tercetusnya revolusi telah melebihi 15, 000 nyawa, namun dunia terus berdiam diri terutama Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB yang 'bisu' apatah lagi 'blok penyokong kuat' Syria iaitu Iran dan Hizbullah yang meneruskan sokongan kepada rejim tanpa henti.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan telah berlaku dua penyembelihan beramai-ramai iaitu di Haulah pada 25 Mei dan El-Qobair pada 8 Jun yang kedua-duanya mengorbankan lebih 200 nyawa, sebahagiannya kanak-kanak dan wanita.
Menurut saksi, askar rejim Syria memasuki kampung dan membakar rumah kediaman penduduk menyebabkan sebahagian mangsa meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran manakala sebahagian yang lain disembelih menggunakan pisau.
Hati dan sanubari umat Islam bagai disiat dan dihiris apabila rejim Syria terus menafikan penglibatannya dalam pembunuhan di Haulah. Bahkan Presiden Syria, Basyar Al-Assad berjanji akan memperhebatkan kempen perang ke atas tentera bebas Syria yang disifatkan sebagai 'pengganas' yang memudaratkan keselamatan negara.
Pada 4 Jun lalu, beberapa hari sebelum penyembelihan di El-Qobair berlaku, Presiden Syria, Basyar Al-Assad melantik Perdana Menteri baru Riyadh Hijab, yang merupakan penyokong kuat parti pemerintah untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan 'Adil Safar.
Serangan dan pembunuhan kecil saban hari terus berlaku di seluruh Syria. Lebih membimbangkan lagi apabila kes penculikan wanita dan beberapa orang yang menyertai demonstrasi aman anti kerajaan turut terjadi. Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang adalah dilaporkan sebagai menyatakan, kebanyakan mereka terdedah kepada pembunuhan seperti nasib yang menimpa Zainab Al-Husni dan mangsa lain sebelum ini.
Untuk itu, Kempen Prihatin Syria (KPS) menyeru:
1) Seluruh mahasiswa dan mahasiswi Mesir cakna dan meneruskan doa masing-masing walaupun dalam tempoh peperiksaan pada waktu ini. Memang tidak dapat dinafikan, fokus terhadap peperiksaan dan sesekali terhadap politik semasa di Mesir menyebabkan kita terlepas pandang berkaitan isu di Syria.
2) Menyemarakkan semangat kempen di bulan Rejab yang mulia ini bagi pembebasan Palestin dan Syria. Kedua-dua tempat ini dirakam dalam sejarah Islam yang mana terletak dalam lingkungan negara Syam seperti disebut dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat pertama surah Al-Isra'.
3) Jawatankuasa KPS akan menggerakkan semula kempen bagi fasa kedua selepas peperiksaan nanti dan mengharapkan sokongan dari seluruh mahasiswa dan mahasiswi sekalian.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saudara kita di Syria untuk terus thabat.
"Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Muhammad Abdul Malik Hj. Abdul Karim
Koordinator Kempen Prihatin Syria / Penasihat PMRAM 2012
Sumber : PMRAM

Bahana Hina Nabi | ditikam 15 kali!
Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.
Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.
Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.
Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang.
Menghina Nabi
Dua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Sergey mengatakan "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".
Penyiar itu juga menuduh bahawa Nabi Muhammad "menulis semula Al-Quran", sehingga orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa. "
Minta Maaf
Meski sudah diberitakan bahawa Sergey Aslanyan meminta maaf atas ucapannya itu, namun itu tidak mengubah pendapat masyarakat yang berakhir pada serangan ke atas dirinya.

Sumber : Halimislam
__________________________
Malaysia pun ramai jugak yang menghina Nabi...lambat laung akan mendapat 'habuan' jugak kalau tidak bertaubat...jangan berani hina Nabi Muhammad S.A.W yang mulia...baginda yang akan memberi syafaat untuk kita masuk ke dalam surga Allah..
Shollu 3alannabiyy!
Allahumma Sholli 3ala Saidina Muhammad!
Bentang Menifesto dlm TV satu perkembangan Baik!
Alhamdulillah,nampaknya politik di Malaysia semakin baik,ini yang kami warga Malaysia harapkan...Terima Kasih diucapkan buat Datuk Seri dr. Rais Yatim. Kenyataan membenarkan setiap parti yang bertanding untuk membentangkan menifesto masing2 dalam rtm merupakan satu perkembangan yang amat baik. Semoga perkembangan ini diteruskan dengan kebenaran berkempen bagi setiap parti di dalam televisyen agar lebih menarik dan keadilan dalam media diberikan hak yang sama kepada setiap parti.
Saya sangat bersetuju dan yakin,Malaysia mampu untuk mengaplikasikan sistem demokrasi yang adil. Bukan hanya berpihak kepada satu parti sahaja..
Mungkin desakan yang rakyat mahukan dalam tuntutan bersih kian dipenuhi oleh kerajaan..TAHNIAH dan SYABAS buat rakyat!...sesungguhnya tidak ada sekelumit pun di hati rakyat untuk memporak perandakan negara,apatah lagi menggulingkan kerajaan yang sedia ada...(^_^)y...
Apepun,rakyat patut bersyukur dengan sedikit ruang yang diberikan ini,kita sama-sama doakan agar kesemua tuntutan BERSIH tempoh hari ditunaikan sedikit demi sedikit..hehe...xleh beri semua...sikit2 baru best kan?huhu...
Yang lain,jangan segan untuk berlaku adil dan saksama dalam pentadbiran ye..hehe..wallahua'lam
Tinggal Rokok,Dapat Kawen!!
Amboi korang..dengar je kawen,cepat je terjah ek?hihi..ape2 hal pun,baca dulu kat bawah ni...terima kasih!
"
Kajian
mendapati bukan sahaja asap rokok pasif amat berbahaya kepada
kanak-kanak terutamanya bayi, malahan bau asap rokok yang melekat pada
baju perokok atau mereka yang berada di kawasan merokok juga amat
berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi.
Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil “Thirdhand Smoke” - TKO
"
Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil “Thirdhand Smoke” - TKO
Thirdhand Smoke: Growing Awareness of Health Hazard
We know that smoking and secondhand smoke exposure are harmful, but what about "thirdhand smoke"? This is a relatively new term used to describe the residual contamination from tobacco smoke that lingers in rooms long after smoking stops and remains on our clothes after we leave a smoky place.
It may seem merely like an offensive smell, but it is also indicative of the presence of tobacco toxins. Thirdhand smoke consists of the tobacco residue from cigarettes, cigars, and other tobacco products that is left behind after smoking and builds up on surfaces and furnishings.
Tobacco smoke is composed of numerous types of gasses and particulate matter, including carcinogens and heavy metals, like arsenic, lead, and cyanide. Sticky, highly toxic particulates, like nicotine, can cling to walls and ceilings. Gases can be absorbed into carpets, draperies, and other upholsteries.
A 2002 study found that these toxic brews can then reemit back into the air and recombine to form harmful compounds that remain at high levels long after smoking has stopped occurring. There is a growing body of evidence that this lingering tobacco residue has significant health risks.
People, especially children and hospitality industry workers, can have considerable exposure to it. As confirmed by the 2006 Surgeon General's Report, there is no safe level of exposure to tobacco smoke. And tobacco smoke toxins remain harmful even when breathed or ingested after the active smoking ends.
A study published in February 2010 found that thirdhand smoke causes the formation of carcinogens. The nicotine in tobacco smoke reacts with nitrous acid - a common component of indoor air - to form the hazardous carcinogens. Nicotine remains on surfaces for days and weeks, so the carcinogens continue to be created over time, which are then inhaled, absorbed or ingested.(Teruskan pembacaan di : http://www.no-smoke.org )
***********************************
Sememangnya
merokok amat membahayakan kesihatan...tidak salahlah kiranya sy
mengharamkan setiap molekul asap rokok yang masuk ke ruang pernafasanku
dan anak-anakku...hah!kalau nak merokok..jangan merokok depan
kami..kalau tak...korang tanggunglah depan Allah nanti...(^_^)y...peace!
Harap
sahabat2 blogger permata tidak hisap rokok..kan3...kalau ada yang hisap
tu,bolehlah cuba slow2 untuk berhenti merokok..korang tau tak?,duit
yang korang buat beli rokok tu..kalau kumpul,siap boleh buat hantaran
kawen tuu...hehe..xpercaya?try kira.... :
| credit gambar to : http://www.mohdzaid.com |
Ok,kita ambil nilai yang paling rendahla..RM8.50 sekotak
bermakna
sehari korang habiskan berapa kotak?kita try kira sekotak sehari,ok
kan?sikit dah tu..ade yang 2,3 kotak sehari ape..huhu..
Rokok(kotak) X 30hari X RM8.50 = ????
1 X 30 X 8.50 = RM255
Hah!!..itu baru sebulan...cuba bayangkan korang mula merokok dari umur 19 tahun...hingga umur 25 tahun?,bermakna RM255 X 12(bulan) X 6(tahun) = RM18360...mak oi..siap boleh beli motor sebijik der...huhu,banyak tuuu...
Bukan
stakat boleh kawen je,untuk modal bukak bisnes pun boleh ape..fikir
dahulu sebelum terlambat...tepuk dada,tanya iman..jangan kita
mengharapkan doa kita dimakbul Allah kalau setiap hari benda haram duk
masuk dalam badan kita..wallahua'lam..
Syria | Apa Dosa Budak Kecil Ini???
Anak kecil ini adalah di antara ribuan kanak-kanak yang syahid akibat kekejaman rejim Basyar.
Anak kecil ini bernama Sodiq bin Sodiq Abdul Razaq yang meninggal dunia kerana mengalami penyakit dan keluarganya tidak mampu untuk menghantarnya ke hospital kerana kebimbangan serangan rejim Basyar di jalanan dan kerana kekurangan kewangan.
As-Syahid Sodiq ini merupakan anak kepada As-Syahid Sodiq Abdul Razaq yang gugur syahid baru-baru ini akibat ditembak oleh tentera rejim Basyar.
Al-Fatihah..
Pautan ini menunjukkan ayahnya sebelum ini yang gugur syahid : [klik sini]
Like Page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria untuk mengetahui perkembangan terkini saudara kita di sana...