Showing posts with label EM. Show all posts

Hasrat Pelajar Malaysia mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 di batalkan-betul ke?

Dalam satu artikel dalam Teganukita,melaporkan bahawa Pelajar Malaysia di bumi Mesir ini gagal melakukan perhimpunan AMAN BERSIH 3.0. Mereka berbangga bahawa arahan mereka diikuti oleh pelajar-pelajar2 Malaysia yang menuntut di bumi barakah ini...tetapi,sudahkah anda melihat gambar2 di bawah ini?hehe...

Ni????hape....???




 

Ni????hape....???

Ni????hape....???




Ni????hape....???




Ni????hape....???


Ni????hape....???


Ni????hape....???



Ni????hape....???




Ni????hape....???


Ni????hape....???




Ni????hape....???


Ni????hape....???


Ni????hape....???

Anda lihatlah sendiri,walaupun Gerakan Suara Rakyat mengatakan bahawa mereka tidak akan melaksanakan BERSIH 3.0, perasaan dan rasa tanggungjawab ingin melihat negara Malaysia sebuah negara yang ADIL dan BERSIH dari segala penipuan serta penyelewengan tidak menghalang pelajar2 di Mesir untuk menunjukkan kebersamaan mereka dalam menentang kebobrokan yang berlaku di Tanah Air...

Harapan pelajar-pelajar di Mesir ini,duhai kerajaan,tunaikanlah 8 tuntutan BERSIH...bukannya BERSIH itu untuk menggulingkan kerajaan,kita ada undang-undang..betul,kalau kalian menunaikan tuntutan2 tersebut,kebaikannya hanya akan kembali kepada kita semua,bukan sekadar kalian,bahkan seluruh masyarakat dan rakyat di bumi Malaysia yang tercinta.

Kenapa perlu gusar dengan 8 tuntutan kalau kalian benar-benar tulus,kenapa perlu dilihat kepada si Ambiga yang mengetuai, fokusnya di sini(BERSIH) ialah agenda(misinya) yang mana ia adalah harapan rakyat untuk melihat kerajaan adil dan saksama,bukan sama skali menentang kerajaan sekarang...

Urusan Visa Pelajar : TAHNIAH PMRAM!!!

Urusan Visa: Dua Hari Untuk Mahasiswa

KAHERAH, 13 Feb– Hasil bancian yang telah dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru-baru ini terhadap isu pembaharuan visa yang berlaku, PMRAM telah melakukan tindakan susulan terhadap permasalahan berkenaan.
 
PMRAM telah menghantar surat aduan berkenaan isu pembaharuan visa yang berlaku beserta hasil bancian ke peringkat kedutaan dan bertemu dengan Muqaddim Jalal, Mudir di Pejabat Imigresen Mesir yang bertempat di Madinah El-Behoos El-Islamiah, Kaherah bagi menghantar surat aduan dan berbincang dengan lebih lanjut berkaitan tindakan penyelesaian yang dicadangkan di peringkat PMRAM.
 
Dalam pertemuan hari ini sekitar jam 10.30 pagi yang diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman  dan juga Naib Presiden III PMRAM, saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi bersama Mudir di Pejabat Imigresen Mesir  tersebut.
 
PMRAM telah dimaklumkan bahawa hari urusan visa bagi pelajar Malaysia telah ditambah kepada dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad berbanding sebelum ini di mana pelajar Malaysia hanya boleh membuat urusan untuk memperbaharui visa pada hari sabtu sahaja.
 
 PMRAM juga turut dimaklumkan, bagi mahasiswa dan mahasiswi yang telah mempunyai raqam atau tarikh pengesahan mereka digalakkan untuk segera ke Pejabat Imigresen bagi mendapatkan cop pengesahan visa.
 
“Peruntukkan dua hari  yang diberikan bagi mahasiswa dan mahasiswi Malaysia untuk melakukan urusan pembaharuan visa tentunya akan melegakan dan memberi keselesaan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi untuk mendapatkan visa sekaligus dapat belajar dengan aman dan tenteram di bumi Mesir ini."
 
Selain itu, kejayaan ini juga membuktikan bahawa PMRAM sentiasa optimis untuk menjayakan agenda kebajikan untuk ahli selaras dengan subtopik dalam ucapan dasar Presiden PMRAM iaitu ‘Kebajikan Untuk Semua’, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi selepas pertemuan tersebut.-PMRAM

Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) di atas kecaknaan dan usaha yang keras di peringkat kalian dalam memudahkan dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Mesir dalam masalah visa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa hubungan yang baik dengan pihak Mesir menghasilkan keberjayaan dalam hasil usaha PMRAM menjuarai isu-isu kebajikan mahasiswa di bumi Mesir.

Namun,yang menjadi tanda tanya bagi saya sekarang ialah : tugas siapakah sebenarnya yang berkaitan dengan VISA ini??? Sedangkan di Mesir ini kita mempunyai Duta Malaysia Ke Kaherah..???? bukannya saya menghentam kedutaan,tapi hakikatnya saya tidak dapat melihat hasil usaha yang dilakukan oleh pihak kedutaan..sekurang-kurangnya ada bukti-bukti kecaknaan mereka terhadap golongan pelajar di sini..

Eh...lupa,sebelum ini ada bukti mereka cakna la...sebenarnya pihak mereka pernah datang 'melihat-lihat' kesusahan pelajar-pelajar yang terpaksa datang sehari lebih awal dan bermalam di luar pejabat imigresen semata-mata hendak membuat urusan visa. Mereka membeli makanan,minuman kepada pelajar-pelajar sebagaimana diceritakan seorang rakan kepada saya.mungkin inilah antara hasil usaha yang 'terdaya' mereka lakukan...wallahua'lam sejauh mana kecaknaan mereka terhadap pelajar..itu persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran mahasiswa/wi di bumi Mesir ini.

Saya mencadangkan agar pihak Kedutaan dan Education Malaysia di Mesir ini memuatkan berita-berita tentang aktiviti mereka yang dirasakan bersesuaian dipaparkan untuk makluman para mahasiwa di dalam portal rasmi mereka. Bukan untuk dibanggakan dan menimbulkan riak dengan tugasan yang dilakukan,tapi sebagai pencerahan kepada kami,mahasiswa/wi yang dahagakan 'belaian' dan 'keprihatinan' anda duhai pihak kedutaan...wallahua'lam..

cuba lihat di portal rasmi mereka,ada tak yang berkaitan dengan masalah visa pelajar???

Kedutaan : [KLIK SINI]
Education Malaysia [KLIK SINI]

sendiri lihat sendiri nilai...huhu..

Gelagat KJ Boboy berhadapan dengan Pelajar

Dalam satu majlis berbuka puasa yang dia adakan di Mansurah, en. KJ boboy yang sudah cuak perangainya oleh pelajar-pelajar mesir turut hadir sama...pun begitu,kehadirannya membuka peluang bagi pelajar-pelajar bersua muka dengannya untuk berbicara berkenaan isu kezaliman terhadap mahasiswa yang kian menjadi-jadi.

pendedahan yang dilakukan kak limah mungkin menyebabkan KJ boboy takut untuk berhadapan dengan pelajar kerana difahamkan beliau hanya menunggu dalam kereta setibanya di tempat majlis apabila melihat sekumpulan pelajar memegang sepanduk yang tertera "Sila Hantar KJ pulang!!!"..takut ke KJ boboy?

rakaman di bawah adalah antara adegan dan peristiwa yang berlaku di sana.




Musykil :
  1. larangan untuk pelajar ambil gambar,tapi KJ boboy boleh ambil plak?
  2. nampak Pengarah EM bengang dengan KJ jee..
  3. KJ boboy libas kamera/video pelajar?

PENGURUSAN EN KHAIRI JALALLUDIN : SURAT PENANGGUHAN TIDAK SAH, STATUS MENGULANG



KAHERAH, 12 Ogos - Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Saudari Rozana Masnan mengesahkan bahawa status pengajian Saudari Hanisah Hashim adalah mengulang sebagaimana aduan yang dilaporkan.

Ia dikuatkan lagi dengan bukti yang diterima daripada pihak universiti hasil perjumpaan Timbalan YDP II, Saudari Siti Hajar Atikah M.Tarman yang merupakan Timbalan setiausaha II bersama mangsa dengan Madam Maha selaku kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams pada jam 10.15 pagi semalam.

Perjumpaan dengan kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams tersebut adalah bagi memastikan bahawa status mangsa adalah mengulang akibat surat penangguhan yang diterima oleh pihak mangsa tidak laku.

Bahkan maklumat yang diterima bahawa, tiada langsung sebarang urusan yang dilakukan oleh Pegawai EM, En Khairi Jalalludin bersama pihak Pejabat Pelajar Luar (idarah wafidin) berkenaan permohonan mangsa untuk menangguhkan pengajian selama satu sesi.

Hasil semua maklumat dan bahan bukti yang diperolehi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak PMRAM untuk siasatan lanjut bagi tindakan susulan.

"Apa yang kita kesal ialah bagaimana En Khairi Jalalludin boleh mengeluarkan surat atas nama JPMK untuk meminta pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agar mengeluarkan pengesahan surat penangguhan kepada saudari Hanisah Hashim sedangkan urusan dengan pihak Pejabat Pelajar Luar langsung tidak dibuat?" soal Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman ketika ditanya respon mengenai isu ini.

"PMRAM akan meneruskan tindakan susulan serta perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini agar Saudari Hanisah Hashim tidak teraniaya dengan beban yuran yang mahal (1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000) yang tidak sepatutnya beliau tanggung," tambah beliau lagi.


Sumber : pmram.org

EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!

Bismillah Walhamdulillah..

Perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir nampaknya menyebabkan Education Malaysia bertindak mengambil tindakan bahawa mereka melarang pelajar-pelajar yang sertai himpunan daripada membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia(EM) :


TINDAKAN KEPADA MAHASISWA/SI YANG TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0

Assalamualaikum.
Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK rujukan SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0. Justeru, mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan sebagai tindakan terhadap keingkaran kepada arahan tersebut.
Sekian dimaklumkan.

boleh rujuk kenyataan di atas di sini

Saya sememangnya sudah mengagak yang perkara sebegini akan terjadi,saya tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan EM lakukan kerana pada hari perhimpunan tempo hari, 'sharp-shooter' yang menjadi mata-mata kepada EM berada setiap penjuru,mengambil gambar dalam keadaan yang boleh dikatakan segan-segan silu.

Ada yang 'menembak' dari dalam kereta bercermin gelap seperti kereta ini :



beberapa orang berada dalam kereta

Dilihat beberapa individu yang berada dalam kereta tersebut dan salah seorang telah 'menembak' diri sy,kebetulan berjalan pulang untuk mengambil sesuatu di rumah.:)

Tidak kurang juga yang turut serta dalam perhimpunan untuk mengambil gambar seperti dalam gambar ini :

Whos at the back? Hehe.. Yg Berbahagia Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) Prof Madya Dr Hj Suaidi (Berbaju Merah) sedang merakam gambar. Sebelah kanannya Tn. Harun, En.Zulkifli Din (Atase Pendidikan, berbaju biru). Pegawai Negeri Kedah, (Dan kelihatan Sedang berbincang pegawai2 negeri. Perak, Pahang, KL)


Dan ada juga yang 'menembak' dari atas bangunan dan dicelah2 bangunan.

BERSIH bukan POLITIK!

Sebagaimana yang kita ketahui,BERSIH 2.0 ini bukanlah berpolitik 'pembangkang' dan juga menentang kerajaan,tetapi adalah kesedaran rakyat untuk melihat penambahbaikan dari sudut sistem pilihanraya dan ketelusan pihak SPR dalam melaksanakan tugas tanpa berat sebelah. Bukankah ini hak rakyat untuk menyuarakan pendapat. Kenapa perlu dikenakan tindakan sebegini?

Saya rasa,tindakan EM ini adalah TIDAK WAJAR dan menyusahkan para pelajar.

sekian.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -