Showing posts with label Musykil. Show all posts

Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!

Alhamdulillah, lagi seminggu kita nak bertemu dengan bulan yang sangat mulia,bulan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda,bulan yang mana semua syaitan dan iblis dibelenggu oleh Allah Taala..bulan yang tiada HANTU..hehe..

Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.

Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.

Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.

Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....

Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...

Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???

jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu

Update tapi tak update


Haa...faham ke tak dengan tajuk entry waalid kali ni?update tapi tak update. maksudnya waalid update entry kat blog,tapi dekat bloglist kawan2 waalid yang ada listkan blog waalid tidak berupdate..dah 5 bulan tu..padahal waalid sekarang boleh kata aktif jugaklah update blog ni..

Sebagai contoh, waalid ada join listkan blog dekat BlogWalking Area , namun setiap kali waalid update entry,waalid pergi check kat sana,tetap sama..tak timbul pun tajuk entry terkini...

haa..nampak tak blog waalid still 5 bulan yang lepas...huk3...(T_T)

Aduh!.macam mana nak selesaikan masalah ni ye?tak ramailah yang datang blog waalid..walaupun dah sememangnya takde orang datang pun sini..hehe..em,kalau ada sahabat2 waalid yang tahu macam mana nak selesaikan kes ni,boleh bagitau ye,waalid dah buntu dah ni..Terima kasih....huhuhu

Bila Nak Kawen,Baru Kenal Masjid & Surau??

Gambar sekadar hiasan

Musim orang kawen.,macam-macam cerita yang boleh kita dengar,semalam telefon ayah utk bertanya khabar...hemm..keluarga xbrape sihat,adik demam dan ada jangkitan kuman,mak pulak baru nak mula demam..muntah2 ..semoga Allah sembuhkan penyakit mereka.aamin.

Dalam duk sembang-sembang ngan ayah,tiba2 ayah cakap,
"Esok jumaat,ada orang dekat rumah(jiran) nak kawen..", 
sy tanya, " Siapa ayah??".
Ayah jawab,"Entah...orang xrajin kenal surau,xbergaul dengan jemaah,ayah tak kenal"
emmm......


Buat semua,jangan tunggu sampai jadi begini
|
|
|
V

Baru kita nak ke Masjid?Surau?...takde gunanya lagi..

Time hidup ni,kenal2 la dengan masjid,surau,ahli qaryah(org kampung),jangan asyik duk main Fb,blog,twit2 dan sebagainya(terperuk kat rumah je)...

DUSSHH!!!

Terkena pukulan sebijik atas kepala(terkena atas diri sendiri daa)...tu la,kan dah kena berleter..huhu

PERINGATAN : 

MATI itu PASTI

AKHIRAT itu MESTI

MUNGKAR dan NAKIR itu DIYAKINI

Semoga terselamat diri sendiri dari azab yang tidak terperi...

wallahua'lam

Akta Keterangan : Zalimnya....

Akta baru yang akan dikuatkuasakan serta merta bermulai esok sangat tidak menepati dengan kaedah menjatuhkan hukuman sekaligus menunjukkan ketidakadilan dan membuat kezaliman terhadap pengguna cyber khususnya blogger,facebooker,twitter dan sebagainya.

Akta yang berbunyi :

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut. 
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya. 
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya. 
 -AMANZ-
Dalam erti kata,pemilik akaun blog,facebook dll akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan laman2 yang mereka miliki sekalipun tukang komen yang bersalahan dengan akta dimiliki oleh orang lain. ALLAH!

Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...

Wallahua'lam...




Mesir pun ade Pengundi Hantu..huhu..



Seorang pegawai polis dari Unit Amnul Markazi, Abdul Rahman Mansour membuat laporan kpd Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud bahawa terdapat pegawai tertinggi polis mengeluarkan kad pengenalan palsu bagi membenarkan 900,000 pegawai polis mengundi utk Ahmed Syafiq! 


By: Abdul Malik


**************


Hemm...ketamakan terhadap penguasaan menyebabkan golongan ini sanggup menggunakan segala macam strategi untuk memastikan mereka dapat memuaskan hawa nafsu mereka dalam mengawal manusia agar tidak mengangkat Islam ke puncak yang tertinggi. Ini kerana kekhuatiran periuk nasi dan agenda Yahudi Laknatullah akan terhapus dengan gemilangnya pemerintahan Islam.


Rakyat Malaysia seharusnya sedar dengan penyelewengan, ketirisan, dan ketidakadilan dalam sistem demokrasi yang dicanangkan oleh kerajaan Malaysia.


Sedarlah duhai manusia semuanya adalah hak milik Allah dan kekuasaan serta takhta yang dipegang hanyalah amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak. Cukup kebalkah diri kita menghadapi seksaan-Nya yang maha pedih? 


Semoga sinaran Islam semakin cerah dan Allah Taala memberi pertolongan kepada pendokong agama-Nya..aamin.


Doakan juga buat saudara2 kita di Syria yang sedang merana ditindas oleh penguasa yang kejam dan zalim...Allahumma 3alaika bibasyar Asad!!!aamin!

Alahai Tok Siak..

NILAI – Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di sini didakwa bertindak di luar kawalan apabila menyentap baju seorang pemandu teksi hingga koyak.


Insiden itu berlaku 20 Mei lalu ketika mangsa, Mohd Azuwar Sulaiman, 36, sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib di masjid terbabit.
Menceritakan kejadian, Mohd Azuwar berkata, secara tiba-tiba siak terbabit datang ke arahnya dan serta merta menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak. 
“Kira-kira 20 jemaah yang melihat kejadian tersebut terkejut dan tidak menyangka siak terbabit boleh bertindak sedemikian ketika berada di dalam masjid.
“Saya tidak melawan atau melenting dengan tindakannya, tetapi kesal kerana orang beragama sepertinya boleh buat demikian,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, dia percaya kejadian itu adalah kemuncak kemarahan siak terbabit yang sebelum ini pernah menghalaunya daripada menunaikan solat di masjid berkenaan hanya kerana dia memakai baju Bersih 3.0. 
Katanya, ketika itu dia baru tiba di masjid itu untuk menunaikan solat Isyak namun diminta keluar serta merta. 
“Saya tidak mahu menimbulkan sebarang provokasi, jadi saya terus keluar kerana menghormati rumah ibadat. 
“Tapi saya tidak sangka dia boleh bertindak lebih berani apabila menyentap baju saya sedangkan saya hanya hadir untuk solat bersama jemaah lain,” katanya. 
Kecewa dengan insiden kali kedua itu, Mohd Azuwar memaklumkan kejadian berkenaan kepada ketua kampung untuk diambil perhatian. 
Mohd Azuwar berkata, dia berharap insiden seperti itu tidak berulang kerana ia boleh menjejaskan institusi rumah ibadat. 
“Saya rasa tidak salah memakai baju berkenaan dan tidak ada kena mengena jika mahu solat tidak boleh pakai baju Bersih 3.0 tetapi siak terbabit seolah-olah mahu membesarkan isu,” katanya. 
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, mempunyai fahaman politik berbeza tidak sepatutnya menjadi penyebab seseorang itu bertindak di luar kawalan sehingga membawa kepada pergaduhan. 
Menurutnya, sebagai seorang Muslim, setiap orang perlu menjaga adab dan memastikan perpaduan sesama umat Islam sentiasa dipelihara walaupun berbeza pendapat. 
“Kita perlu menghormati perbezaan pendapat. Kita perlu ubah sikap kepada politik lebih matang. 
“Agama Islam mengajak perpaduan dan perpaduan boleh diwujudkan walaupun berbeza dalam politik,” katanya mengulas insiden berkenaan. 
 Mohd Taufek berkata, pihaknya berharap kejadian seumpama itu dapat diberi perhatian serius dan dibendung sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).-SH


Duhai tok siok..kalau yang solat rupa ini bagaimana agaknya tindakan kamu ya?bakar terus orang solat..??hehe....atau kamu senyum sahaja?yang ini jelas dan terang lagi bersuluh adalah salah dan lambang salib dibawa ke dalam solat..pernahkah kamu menyedari ini?




Lihat betul2.....








Ulasan :

Memakai pakaian yang bersih dalam menunaikan solat adalah syarat SAH sesuatu solat sebagaimana yang disebut dalam kitab Fiqh Al-Manhaji. Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al-Mudasthir :" وثيابك فطهر " yang bermaksud -"dan sucikanlah pakaianmu".

Oleh itu,mana-mana pakaian yang bersih sah untuk dibawa dalam solat. Berbalik kepada isu yang berlaku, adalah tidak menjadi kesalahan seseorang memakai baju BERSIH yang diyakini tidak dikotori najis. Tok Siak tidak boleh menghalang individu tersebut memakai pakaian 'bersih' kerana ianya adalah hak individu terbabit.

Kita melihat,masalah di sini ialah kebencian seorang individu terhadap program BERSIH yang dilakukan tempoh hari. Seharusnya,tok siak lebih mengambil jalan berlapang dada agar tidak memburukkan nama Agama serta rumah Allah. Tindakan beliau yang tegas kemungkinan boleh menjadi penyebab orang ramai menjauh dari mendekati masjid..

Tuntutlah ilmu kerana ianya satu tuntutan daripada Allah supaya kita semua tidak terus menerus dlam kejahilan,Islam itu agama yang mudah dan jangan bermudah-mudah dengan agama..

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر


Maksudnya "Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagimu"(al-baqarah ;185) 


Wallahua'lam..


Pandai Tapi tak minat Politik?ini Jawapannya...


SOALAN:

DATO’, ada ustaz (bekas pensyarah IPTA) di tempat kami, berdiam diri dan tidak mahu campur langsung dalam hal politik. Dia selalu berhujah mengatakan politik sekarang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, sedangkan Islam menganjurkan kebaikan. Oleh itu katanya cukuplah beliau melakukan kerja amal kebajikan, tanpa perlu masuk dalam politik yang rosak dan merosakkan. Apa pandangan Dato’ bagi golongan sebegini? Terima kasih.

ZULKIFLI MOHD SAMAN
Kuala Kangsar, Perak

JAWAPAN:
POLITIK yang membawa kerosakan atau keburukan, adalah kerana ia diasaskan untuk kepentingan duniawi yang tidak ada kena mengena dengan politik Islam. Politik Islam adalah politik yang berteraskan kepada syariat Allah. Mana mungkin politik yang berteraskan kepada syariat Allah boleh membawa kepada
keburukan atau kerosakan.

Orang-orang yang menyendiri atau mengasingkan diri daripada menegakkan Islam (menerusi politik Islam) adalah golongan yang oportunis (mementingkan diri). Tidak mahu bersusah berjihad kerana hendak bersenang lenang dengan keluarga untuk kehidupan dunia. Mereka ini akhirnya akan berhadapan dengan hukuman Allah dan akan menerima balasan kerana meninggalkan jihad.

Berjihad untuk menegakkan syariat Allah atau untuk memartabatkan Islam melalui politik seperti di Malaysia sekarang ini, ada hukumnya yang tersendiri. Meskipun hukum jihad itu adalah fardu kifayah, bagi maksud jika ada sebahagian melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu kepada orang lain. Namun, jika
sebahagian yang melaksanakannya tidak berhasil mencapai matlamatnya, maka hukum tadi akan berubah kepada fardu ain.

Ini berpandukan kepada kaedah fikah yang bermaksud: “Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga.” Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.

Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.

Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib. Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud: “Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Selagi hukum-hukum Allah tidak tertegak dan jihad yang sebenar tidak direalisasikan, dan pemerintahan Islam tidak wujud, maka tugas menegakkan negara tersebut adalah wajib, ke atas semua orang Islam di tempat tersebut.”

Umat Islam awalan dahulu, diwajibkan kepada mereka berhijrah dan berjihad ke jalan Allah. Yang berjihad, tetapi enggan berhijrah, Allah menempelak mereka menerusi firman-Nya (mafhumnya): “Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun
untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Anfaal, ayat 72)

Selepas pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Tidak ada lagi tuntutan berhijrah dari Makkah ke Madinah selepas ini, yang ada hanyalah jihad dan niat, sehinggalah ke hari kiamat.” Jihad inilah yang menjadi tuntutan syarak kepada setiap individu Muslim. Ia tidak boleh dielakkan dengan alasan yang hanya dibuat-buat seperti soalan yang anda tanyakan di atas.

Tidak boleh dijadikan alasan politik itu membawa keburukan. Itu adalah politik yang tersasar daripada landasan Islam. Jihad merupakan bisnes yang serius, wajib dipikul oleh semua umat Islam, tanpa mengira apa kedudukan mereka. Lebih-lebih lagi golongan yang ada kedudukan dalam Islam seperti bekas pensyarah IPTA di bidang Islam, maka tentulah orang itu lebih faham bahawa kewajipan jihad adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, maka terserahkan kepada diri masing-masing itu melaksanakannya. Apa yang pasti, akhirnya kita akan menghadap Allah SWT untuk ditentukan amal-amal yang dilaksanakan.

Wallahua’lam.
BERSAMA
DATO’ HARON DIN





sumber : fb

Durian Runtuh,Adik-Bradik Putuh!

Keterangan :
Putuh dalam bahasa Terengganu = Putus.
Adik - Bradik Putuh yakni,hubungan adik beradik putus..:)

jom layan artikel ni..:)

***********

Oleh: imamsurau

"KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku.

Begitu juga kes isteri peneroka yang meninggal dunia, juga tidka boleh menerima RM5,000 itu.

"RM5,000 lagi yang diberikan kepada anak peneroka pula tidak dijelaskan secara spesifik anak mana yang layak menerimanya.

"Masalah timbul apabila anak peneroka tidak dinamakan sebagai pentadbir tanah, jadi siapa yang harus menerima wang itu? Perkara ini menimbulkan pertelingkahan adik-beradik," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Mazlan juga berkata, BN melakukan kesilapan besar apabila 'memperjudi harga diri' peneroka dengan pemberian yang disifatkan sebagai umpan pilihan raya itu.

"Daripada awal lagi saya katakan niat kerajaan biar ikhlas. Apa niat mereka sebenarnya?

"Daripada bagi durian runtuh yang tak seberapa ini, lebih baik selesaikan masalah perumahan Felda, perahan gred, tabung tanam semula dan lain-lain.

"Janganlah mentang-mentang 54 kerusi Parlimen BN bergantung pada Felda, mereka umpan peneroka," katanya.

Jumpa Bank Negara

Sementara itu, Mazlan memberitahu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) sudah memberi maklum balas berhubung aduan yang dibuat Anak minggu lepas.

Aduan itu berhubung borang tawaran pinjaman bank yang diedarkan kepada peneroka sedangkan SMM belum meluluskan “Prospektus Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB)”.

SMM juga sudah memanjangkan aduan tersebut ke Bank Negara untuk diambil tindakn terhadap bank-bank yang mengeluarkan borang tersebut.
"Anak bercadang bertemu dengan pihak Bank Negara berhubung aduan yang sama.

"Kami beranggapan borang bank itu merupakan satu konspirasi bagaimana nak menjerat peneroka dengan durian runtuh," katanya.

Sumber: harakahdaily.net"


*************

Permata :pssstt..... abang ipar sy juga terima duit...siap kene habiskan beratus2 beli baju batik,kain sutera untuk pakaian rasmi program..huhu...

Ya,kalian berhimpun secara aman,tapi kenapa perlu menipu rakyat?

Hingar di alam maya soal keberjayaan UMNO menghimpunkan ratusan ribu ahli di Stadium Bukit Jalil. tetapi agak hairan kerana berlakunya penipuan yang mana dijadikan cara untuk meramaikan kehadiran ke perhimpunan tersebut.

Mahasiswa diperalatkan demi kepentingan maruah mereka dalam membuktikan sokongan rakyat berpihak kepada mereka,namun cara yang digunakan tidak menghalalkan matlamat yang dihadafkan. berikut merupakan bukti mahasiswa diperalatkan :

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.





Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.

Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.

Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!

Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

Tindakan sebegini hanya merosakkan imej UMNO dan sekaligus menunjukkan ketidak amanahan mereka dalam sesuatu perkara.

 Duhai saudara-saudaraku...JOM UBAH segera sebelum terlambat...:)...

PAS For ALL....Allahuakbar!

Terkini: Rakyat Malaysia Dilarang ke Mekkah Selama 3 Tahun!!

"Dato : Aduuhhh! 150, 000 rakyat turun menghadiri perhimpunan BERSIH. Di Jepun, Perancis, America, Korea, Australia dan diseluruh dunia. Mekkah pun ada?!

Penasihat Politik (PP) : Jangan bimbang Dato'. This is a very good news! I have a brilliant idea!

Dato : What do you mean? Apa idea kamu!


PP : Mekkah equals to Muslim. America akan menyerang negara-negara Islam, tapi tidak sama sekali akan menyerang Mekkah. Jika mereka menyerang Mekkah, seluruh negara Islam akan bersatu, dan kemarahan penganut muslim akan memuncak.If Mekkah represents Muslim, then kita akan manfaatkan this situation untuk membangkitkan kemarahan rakyat Muslim di Malaysia. Pabila rakyat Muslim (yang kebanyakannya Melayu) marah, maka Pakatan akan hilang sokongan dan undian dari masyarakat Melayu.

Dato : Good idea! But how?

PP : Dato keluarkan kenyataan rasmi kepada kerajaan Arab Saudi supaya mereka memberi perhatian terhadap gambar yang tersebar di internet tetapi jangan dihebohkan. Biar ia nampak seperti kerajaan Arab Saudi sendiri yang bertindak. Dato' katakan bahawa kita memohon maaf dan menyesal atas apa yang berlaku. Dato' katakan juga bahawa Dato mengutuk perhimpunan BERSIH di Madinah kerana ia satu perhimpunan yang jelik, seperti perhimpunan-perhimpunan lain di negara-negara yang dilanda arab spring. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah gerakan menentang kerajaan yang sah, yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu (kemungkinan Amerika & Israel).

Dato : Bagaimana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu?

PP: Kemudian kita buat pertemuan dengan duta Arab Saudi di Malaysia. Selepas itu, kita mainkan isu di media bahawa kemungkinan ummat Islam Malaysia akan dikenakan sekatan selma 3 tahun atau pengurangan kuota jemaah haji akibat perhimpunan BERSIH.

Dato : Bagussss idea kamu! Saya pasti kali ini Pakatan akan terkubur terus!! Bulan ini saya bagi kamu bonus!

PP : Takkan bonus je boss? Hihihih
Dialog seterusnya anda sendiri lengkapkan...
"

sumber : tranungkite

*********************
Permata : Kalau negara Arab tu pandai,mereka akan menyiasat dari kedua2 belah pihak,kalau betul2 siasatan dijalankan..apakah yang akan menjadi natijahnya ya?ahaaa!!!....kerajaan perlu telus dan jujur..:P

Ahmad Said Tidak Minat Dunia Pendidikan...


" Ramai orang Terengganu tak tahu pasal misi Ahmad Said yang menamatkan pinjaman 6 orang pelajar yang terbabit dengan perhimpunan bersih 2.0 dulu.Anda boleh lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Idris Jusoh ketika menerajui Terengganu 2004/2008 dulu. KUSZA (kolej sultan Zainal Abidin) Gong Badak dijual kepada kerajaan pusat dijadikan university Darul Iman (UDM). Kolej Yayasan Terengganu Cendering di jual kepada UITM.

Ini menunjukkan bertapa tiada minatnya peneraju kerajaan negeri Terengganu yang bernama Ahmad said ini pada dunia pendidikan, sedangkan pendidikan adalah asset penting kepada negeri kaya rakyat miskin ini. 



Demikian juga Ahmad Said. Beliau boleh dikatakan dua kali lima dengan Idris Jusoh dalam dunia pendidikan negeri Terengganu.

Kalau Ahmad said benar benar berminat dengan dunia pendidikan sudah barang tentu sebaik saja dilantik menjadi menteri besar pasti diadakan tapak baru bagi  Kolej sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu untuk memberi peluang kepada rakyat negeri ini melanjutkan pelajaran.

Pada penulis, Yang diminatinya ialah membina jalanraya jalanraya dan jambatan jambatan yang harganya terlalu mahal berbanding dengan harga sebenar tanpa mengambil rampas tanah macam yahudi sekalipun.

Pada pengetahuan penulis Untuk membina sebuah kolej hanya menelan kos RM 50 juta saja. Tidak lebih RM 100 juta.Tapi membina sebatang jalan dari Jeram ke Teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter kosnya RM 250 juta. Sebuah jambatan se kankang gajah kosnya RM 210 juta.

Beliau tak fikir pasal peluang anak anak rakyat untuk melanjutkan pelajaran apabila gagal memasuki mana metrikulasi kerana SPM rendah. Kalau dulu Terengganu ada dua buah kolej yang boleh menampung  pelajar pelajar yang gagal.

Beliau juga tak fikir bagaimana cara untuk memberi ruang dan peluang pekerajaan dalam bidang pendidikan kepada sisawazah lepasan university tempatan yang masih ramai tak dapat kerja. Atau dengan kata lain betapa ramainya siswawah rakyat Terengganu yang menganggur.
Beliau juga tak pernah fikir pasal pensyarah UITM yang kena buang kerja dan bermasalah, kerana tak ada ijazah master yang menjadi syarat  layak sebagai pensyarah tetap dan mengekalkan jawatan serta berpencen.

Kalau beliau benar benar berminat dengan pendidikan sudah tentu sebaik saja menerajui Terengganu selepas pilihanraya umum ke 12 berusaha membina kolej Sultan Zainal Abidin dan  kolej Yayasan yang dijual oleh Idris dulu itu. 

Inilah satu satunya tanda orang yang tak berminat dengan dunia pendidikan untuk memberi peluang anak anak rakyat Terengganu melanjutkan pelajaran setelah gagal memasuki mana mana kolej metrikulasi yang semakin hari semakin ketat syaratnya itu.

Apa akan jadi dengan pelajar SPM yang dapat 4 A dan 3 A tak dapat masuk metrikulasi. Kalau ada kolej yang dibina oleh kerajaan negeri pasti mereka dapat peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi menerusi diploma yang diperolehi itu.

Berapa ramai anak anak rakyat Terengganu yang ada cita cita untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, terpaksa bekerja di pusat pusat beli belah atau dikedai kedai pakaian yang jelas telah menyekat peluang mereka melanjutkan pelajar keperingkat lebih tinggi. 

Sumber : Tranungkite

Permata : hurm....xminat dunia pendidikan,tapi 'berlagak' minat...wallahua'lam

Urusan Visa Pelajar : TAHNIAH PMRAM!!!

Urusan Visa: Dua Hari Untuk Mahasiswa

KAHERAH, 13 FebHasil bancian yang telah dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru-baru ini terhadap isu pembaharuan visa yang berlaku, PMRAM telah melakukan tindakan susulan terhadap permasalahan berkenaan.
 
PMRAM telah menghantar surat aduan berkenaan isu pembaharuan visa yang berlaku beserta hasil bancian ke peringkat kedutaan dan bertemu dengan Muqaddim Jalal, Mudir di Pejabat Imigresen Mesir yang bertempat di Madinah El-Behoos El-Islamiah, Kaherah bagi menghantar surat aduan dan berbincang dengan lebih lanjut berkaitan tindakan penyelesaian yang dicadangkan di peringkat PMRAM.
 
Dalam pertemuan hari ini sekitar jam 10.30 pagi yang diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman  dan juga Naib Presiden III PMRAM, saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi bersama Mudir di Pejabat Imigresen Mesir  tersebut.
 
PMRAM telah dimaklumkan bahawa hari urusan visa bagi pelajar Malaysia telah ditambah kepada dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad berbanding sebelum ini di mana pelajar Malaysia hanya boleh membuat urusan untuk memperbaharui visa pada hari sabtu sahaja.
 
 PMRAM juga turut dimaklumkan, bagi mahasiswa dan mahasiswi yang telah mempunyai raqam atau tarikh pengesahan mereka digalakkan untuk segera ke Pejabat Imigresen bagi mendapatkan cop pengesahan visa.
 
“Peruntukkan dua hari  yang diberikan bagi mahasiswa dan mahasiswi Malaysia untuk melakukan urusan pembaharuan visa tentunya akan melegakan dan memberi keselesaan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi untuk mendapatkan visa sekaligus dapat belajar dengan aman dan tenteram di bumi Mesir ini."
 
Selain itu, kejayaan ini juga membuktikan bahawa PMRAM sentiasa optimis untuk menjayakan agenda kebajikan untuk ahli selaras dengan subtopik dalam ucapan dasar Presiden PMRAM iaitu ‘Kebajikan Untuk Semua’, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi selepas pertemuan tersebut.-PMRAM

Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) di atas kecaknaan dan usaha yang keras di peringkat kalian dalam memudahkan dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Mesir dalam masalah visa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa hubungan yang baik dengan pihak Mesir menghasilkan keberjayaan dalam hasil usaha PMRAM menjuarai isu-isu kebajikan mahasiswa di bumi Mesir.

Namun,yang menjadi tanda tanya bagi saya sekarang ialah : tugas siapakah sebenarnya yang berkaitan dengan VISA ini??? Sedangkan di Mesir ini kita mempunyai Duta Malaysia Ke Kaherah..???? bukannya saya menghentam kedutaan,tapi hakikatnya saya tidak dapat melihat hasil usaha yang dilakukan oleh pihak kedutaan..sekurang-kurangnya ada bukti-bukti kecaknaan mereka terhadap golongan pelajar di sini..

Eh...lupa,sebelum ini ada bukti mereka cakna la...sebenarnya pihak mereka pernah datang 'melihat-lihat' kesusahan pelajar-pelajar yang terpaksa datang sehari lebih awal dan bermalam di luar pejabat imigresen semata-mata hendak membuat urusan visa. Mereka membeli makanan,minuman kepada pelajar-pelajar sebagaimana diceritakan seorang rakan kepada saya.mungkin inilah antara hasil usaha yang 'terdaya' mereka lakukan...wallahua'lam sejauh mana kecaknaan mereka terhadap pelajar..itu persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran mahasiswa/wi di bumi Mesir ini.

Saya mencadangkan agar pihak Kedutaan dan Education Malaysia di Mesir ini memuatkan berita-berita tentang aktiviti mereka yang dirasakan bersesuaian dipaparkan untuk makluman para mahasiwa di dalam portal rasmi mereka. Bukan untuk dibanggakan dan menimbulkan riak dengan tugasan yang dilakukan,tapi sebagai pencerahan kepada kami,mahasiswa/wi yang dahagakan 'belaian' dan 'keprihatinan' anda duhai pihak kedutaan...wallahua'lam..

cuba lihat di portal rasmi mereka,ada tak yang berkaitan dengan masalah visa pelajar???

Kedutaan : [KLIK SINI]
Education Malaysia [KLIK SINI]

sendiri lihat sendiri nilai...huhu..

Parti Ajaran Sesat! - MB terengganu diberi tempoh 3 hari tarik kenyataan


Dato' Abu Bakar Chik beri tempoh 3 hari kpd MB Trg tarik balik kenyataan Pas Ajaran Sesat - Ustaz Mohd Soud Said

Wah...dah menjadi-jadi pulak menteri besar 'kesayangan' saya ni ye, semalam saya ada post mengenai persepsi beliau terhadap mahasiswa/wi yang berpolitik yang dikatakan melampaui batas undang-undang, hari ini keluar pulak statement bahawa Parti Islam se-Malaysia dituduh Parti Ajaran Sesat.

Kalau diperhatikan,tuduhan ini sebenarnya dah lama saya dengari dari mulut2 pengikut2 UMNO, tapi kali ini kenyataan itu keluar dari Menteri Besar sendiri...kecewa saya..huhu

Rakyat tentu dapat melihat dan menilai sendiri sikap yang ditunjukkan oleh menteri besar ini.

Saya tidak setuju 100% dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Ahmad Said(DSAS). Kerana sebagai pimpinan kerajaan lagi2 yang sebagai Menteri Besar sepatutnya memberikan contoh teladan yang baik kepada rakyat,namun sikap sebaliknya yang ditunjukkan. Pastinya sikap sebegini mengecewakan rakyat Terengganu.

Saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan DSAS menarik balik kenyataan tersebut sebelum berakhirnya tempoh yang diberikan oleh Dato' Abu Bakar Chik.

Usahlah berpolitik secara kebudak-budakan,zaman sekarang bukan lagi politik ugut-mengugut,rakyat tahu menilai dan rakyat sudah membuka mata dan minda masing-masing untuk memilih mana intan,mana permata.

Satu lagi kenyataan yang patut DSAS tarik ialah mahasiswa berpolitik ialah melampaui batas undang-undang kerana politik dan agama tidak dapat dipisahkan,biarlah kami fikir jalan yang patut kami ikuti dan bukan semata-mata mengikut telunjuk pemerintah...

Wallahua'lam.

Permata : saya bukanlah seorang yang pandai mengulas isu-isu terkini seperti admin amenoworld,sozcyili dan otai2 blogger lain,namun diharapkan pendedahan yang dibuat dapat memberi kesedaran dan pengamatan yang setimpalnya bagi yang ingin mengetahui akan kebenaran..wallahua'lam.


BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!

GENTING HIGHLANDS - Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa berlaku kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.[ baca lagi ]


**************************

Nampaknya pihak polis mula mengambil tindakan yang boleh dikatakan berakal. Tetapi sepatutnya pihak polis awal-awal lagi mengambil tindakan sebegini apabila mendengar tohmahan-tohmahan yang didakwa oleh orang ramai.

Namun,selepas mengeluarkan kenyataan yang pelbagai dan mempertahankan institusi polis,barulah nak meminta bukti dari orang ramai? tidakkah tindakan itu nanti akan memakan diri sendiri,tapi tidak mengapalah,asalkan pihak polis ingin menyiasat perkara ini,sudah menjadi satu perubahan yang baik.

em...agak2,apa tindakan polis kalau ternyata kebenaran yang polis menggunakan kekerasan untuk menghuraikan pendemo-pendemo bersih tempoh hari ye?

"Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin, Pudu" katanya.

PERSOALAN : yang ini saya amat pelik ni,kenapa tidak termasuk hospital tu?sedangkan banyak video yang membuktikan pihak polis menembak ke arah hospital tu?

apapun,sama-samalah nantikan apakah keputusan selepas ini.

BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pegawai Sebelum Siasat Pelajar

Baru-baru ini kecoh apabila Bersih 2.0 diadakan Mesir, diantara mereka yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada negeri Terengganu, berdasarkan gambar yang terdapat di laman sosial facebook. Maka, pihak pengurusan Yayasan Terengganu mengarahkan Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir menyiasat mereka-mereka yang terlibat untuk dikenakan tindakan seperti mana yang dilaporkan diportal-portal berita tanah air.


Amat melucukan apabila Yayasan Teregganu, mengarahkan pegawainya untuk menyiasat pelajar-pelajar tajaan mereka yang terlibat dengan Bersih 2.0 Mesir. Kerana Pegawai HEP sendiri sudah 4 bulan tidak berada di Mesir. Keprihatinan Pengarah Yayasan Terengganu untuk memantau setiap aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan, kerana menunjukkan mereka begitu mengambil berat dengan segala aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir. Tetapi apa yang menghairankan adalah mereka hanya mengambil berat sehingga mengeluarkan kenyataan di akhbar apabila pelajar-pelajar ini terlibat dengan Bersih 2.0.

Tetapi tidak pula cakna apabila anak-anak Terengganu ini dinafikan hak mereka untuk mendapat zakat dan begitu juga pinjaman seperti yang berlaku tahun lepas (Boleh baca disini & disini) :

Secara ringkasnya apa yang berlaku pada 28 November tahun lalu :

  • Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK)
  • Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun. Tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan siatan terperinci kepada pelajar tersebut.
  • Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.
  • Seorang pelajar tajaan Yayasan Terengganu tidak dibernarkan untuk mengambil duit pinjamannya atas alasan mengeluarkan komen dan menyokong page Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) di laman sosial facebook.
  • Program pemberian zakat diadakan di Iskandariah, tanpa disediakan pengangkutan. Walhal, majoriti anak-anak Terengganu menetap di Kaherah.
  • Pegawai mengeluarkan surat yang di s.k (salinan kepada) Yang Dipertua (YDP) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT, sebuah persatuan anak negeri disini) menyatakan program pemberian zakat, tetapi surat tersebut tidak pernah diserahkan, sekadar ditampal di papan kenyataan serta tiada sebarang perbincangan diadakan dengan wakil pelajar.
  • Kenyataan yang pernah dikeluarkan "Sebab kamu lawan saya, saya taknak beri duit zakat kamu"
Kini, hampir genap 4 bulan selepas penghantaran semula anak-anak Terengganu ke Mesir selepas proses Evakuasi pada bulan Mac yang lalu. Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar Terengganu Di Mesir, En. Kamal bin Abdullah, tidak kelihatan dan begitu juga Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah (PPSTTT) tidak dibuka untuk sebarang urusan.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1157.snc4/149928_177993975560896_100000508851984_565010_3471166_n.jpg

Tindakan selanjutnya telah dilaksanakan oleh persatuan pelajar dengan menghantar memorandum dan surat aduan salah laku pegawai kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) tetapi sehingga sekarang tiada sebarang proses atau tindakan lanjut baik MAIDAM dan Yayasan Terengganu sendiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1150.snc4/149205_177912432235717_100000508851984_564430_6916624_n.jpg

Maka, dalam hal ini, adalah lebih baik dan penting pihak Yayasan Terengganu menyiasat terlebih dahulu salah laku pegawai mereka sebelum ingin menjatuhkan hukum dan menyiasat pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0. Kerana penglibatan pelajar sedikitpun tidak merugikan mana-mana pihak. Sedangkan, ketiadaaan pegawai HEP Timur Tengah hampir 4 bulan menjadi tanda tanya anak-anak Terengganu disini.

Pegawai lebih sibuk dengan Kelab UMNO Kaherah, berbanding menyelesaikan hal ehwal pelajar.

Jangan kerana politik, habis pelajar dihukum tetapi salah laku pegawai sendiri tidak ambil kisah. Lebih rela menghukum pelajar daripada menghukum pegawai sendiri. Dimana sikap dan kredibiliti Yayasan Terengganu untuk dijadikan contoh kepada anak-anak Terengganu? Dimana sikap profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu dalam melaksanakan agenda menjaga kebajikan anak-anak Terengganu di Timur Tengah?

Selain itu apa fungsi sebenar bangunan Galeri Ulul Albab yang kini dijadikan tempat/bilik istirehat bagi pengawal yang mengawal bangunan Asrama Darul Iman disini dan dibiarkan terbengkalai?


Permasaalahan lain adalah, Bilik IT/Cyber di Maktabah Darul Iman sehingga kini tidak berfungsi kerana sudah hampir 2 tahun perkhidmatan internet tidak disambung semula. Pelbagai masalah lain lagi seperti kerosakkan kemudahan dibangunan, kebocoran tangki asrama pelajar perempuan yang sehingga kini mengalamai masalah kadangkala terputus bekalan air dan lain-lain yang tidak diberikan perhatian.

Apakah masalah politik/pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0 lebih besar daripada masalah-masalah kebajikan pelajar ini yang langsung tidak diberikan perhatian? Sama-sama kita fikirkan profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu ini. Duit itu hak rakyat yang diamanahkan kepada Yayasan Terengganu untuk disalurkan kepada pelajar bukan Hak Mutlak Yayasan Terengganu, pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.
 
sumber asal : Al-Amin @ aminmenulis

ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?

Statement Khairi Jalaluddin(Peg Education Malaysia-egypt) berkaitan Saudara Firdaus Madzlan dibuang Universiti | Penipuan atau Benar-Benar Tidak Tahu???

 < sila KLIK gambar untuk BESARkan >

Apa pendapat anda?

boleh rujuk kemusykilannya

di [ SINI ]

dan

di [ SINI ]

BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?

Rumah beralamat No 1138, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mungkin tak sehebat Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekadar rumah kampung biasa bagi golongan sederhana di sebuah Kampung di Pinggir Bandar.




Keistimewaan rumah kayu kecil ini cuma nampak setiap kali datangnya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum dan sebab utamanya ialah:

























Apekejadahnya sebijik rumah kampung berkualiti kayu ada lebih dari 60 pengundi berdaftar..? Untuk pengetahuan korang, semakan dekat atas gua bikin antara jam 1:00 pagi sampai jam 2:00 pagi tadi.

8 Tuntutan Bersih 2.0:

BERSIHkan Senarai undi
Mereformasikan Undi Pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil
Tempoh Kempen Minima 21 hari
Kukuhkan Institusi Awam
Hentikan Rasuah
Hentikan Politik Kotor

Adakah Tuntutan BERSIH 2.0 bernombor 1 boleh dianggap "Tidak Relevan"..? Pengerusi Suruhanjaya Pilihan-Raya kena jawab SEGERA...!!!

sumber asal : perisik rakyat

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -