Showing posts with label YEKE NI?. Show all posts
Nyawa Guru Dalam Bahaya?
Alhamdulillah, fasa yang pertama bulan ramadhan sudah akan melabuhkan tirainya sehari lagi,maka akan bermulalah fasa kedua,iaitu fasa keampunan. Moga-moga Allah meredhai puasa kita semua.
Sejak akhir-akhir ini, sering kita terdengar nyawa guru diragut. Sebelum ini kita dikejutkan dengan guru yang mati ditembak di Kelantan. Hari ini kita digemparkan pula dengan guru yang mati ditembak di Kulim.
| Berita SINI |
Apa pun, sentiasalah berwaspada kerana di sekeliling kita tentu ada yang kurang senang dengan kita dan sebagainya.
~||| Selamat menjalani ibadah puasa, kurangkan jenayah,tingkatkan ibadah |||~
Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!
Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.
Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.
Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.
Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....
Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...
Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???
jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu
Suami Ehem-ehem degan Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Lelaki Lain
[HM] KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila
seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil
hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan
sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.
Sumber asal : DCM
***
Ulasan waalid : Berat Nanang WEHHHH!!!!...
"Ya Allah,berilah hidayahMu kepada masyarakatku..sesungguhnya mereka tidak mengetahui..aamin"
Cikgu | Awas ni!
At-10-Tion buat cikgu da cikgi disiplin!
![]() |
| credit ; ks-colourlife |
1- Pastikan para pelajar kalian tidak membawa buku nota@teks yang tebal
2- Tukar teknik pembelajaran agar buku tebal2 tidak diperlukan semasa pembelajaran
3- Perhatikan pelajar2 yang teramat tekun dengan bukunya ketika kalian sedang mengajar
4- korang fikirlah sendirik..haha
Alahai..kreatifnya diorang ni nak menyeludup Hp ke sekolah,yang ni comfirm ada makwe@pakwe a.k.a pacar...Astaghfirullah,ape nak jadilah...munasabahlah kalau pepatah melayu berkata :" hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"...kalau dah suka,lautan api sanggupku renangi..eceh! try suruh tgok..berani renang ke tak!
hem....Apa2 hal pun,sahabat2 yang masih di sekolah tu,jangan nak try2 plak buat macam ni ok!kalau kena serbu,jangan salahkan ibu mengandung(tak pepasal!)huhu...
"Buat baik berpada-pada,BUAT Jahat JANGAN sekali!"
wallahua'lam.
Mas Kahwin | Mak Oii..
Berikut adalah senarai mas kawen yang diperbincangkan di alam maya mengikut taraf akademik. Ini bukan mas kawen dah ni..ini jual anak namanya...huhu
Nampaknya,ramailah yang meyambung perjuangan Bujang Lapok ek..yelah,kalau lelaki tu banyak harta xpalah,kalau xda duit...?hah! macam mana agaknya?
Perempuan yang terbaik ialah yang paling sedikit maharnya...
Ustaz Azhar Idrus pernah cakap..."orang perempuan ni,byr mahal2 pun bukan buleh congek sokmo(maknanya tidur skali),kalau beli motor rxz..tiap2 hari boleh naik...". Haha..lawak betul ustaz..
Ibu bapa,janganlah meletakkan mas kawen yang tinggi untuk menjaga mudarat yang lebih utama iaitu berlakunya penzinaan,yelah..kalau nak cara halal xmampu,syaitan comfirm menghasut untuk memuaskan nafsu..ye tak?
Alhamdulillah,saya kawen dulu..keluarga isteri tidak meletakkan hantaran yang tertentu,hanya diserah 100% kepada keluarga lelaki untuk tentukan...syukur alhamdulillah...^_^..
Halau | Betul ke kerana perbezaan politik??
![]() |
| INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam. |
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.
Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.
“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.
* Sumber myMetro
_____________________________
Ulasan Permata :
Cerita ini hanya datang dari sebelah pihak,kita tidak tahu cerita sebelah pihak lagi...Mak Cik Esah Ya pun hanya mendakwa sahaja alasan mereka dihalau kerana berbeza fahaman politik?
Kita perlu meneliti cerita kedua belah pihak kalau kita mahu memutuskan dengan lebih adil pihak mana yang bersalah..hem..
Allah Subhanahu Wata3ala dalam surah al-Hujurat ; ayat :6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Ayat di atas menyuruh kita untuk meneliti dan mengkaji(tabayyun) cerita ataupun permasalahan yang timbul..
Oleh itu,hindari sikap prasangka dan kalau ada yang mengetahui kisah sebenar,boleh kongsi dan ceritakan perkara sebenar yang berlaku agar kita tidak membuat fitnah dan berburuk sangka dengan apa yang berlaku..
Saya berharap ada kisah lain di sebalik mereka dihalau dari rumah mereka itu..
Wallahua'lam...
Akta Keterangan : Zalimnya....
Akta baru yang akan dikuatkuasakan serta merta bermulai esok sangat tidak menepati dengan kaedah menjatuhkan hukuman sekaligus menunjukkan ketidakadilan dan membuat kezaliman terhadap pengguna cyber khususnya blogger,facebooker,twitter dan sebagainya.
Akta yang berbunyi :
Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...
Wallahua'lam...
Akta yang berbunyi :
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
-AMANZ-Dalam erti kata,pemilik akaun blog,facebook dll akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan laman2 yang mereka miliki sekalipun tukang komen yang bersalahan dengan akta dimiliki oleh orang lain. ALLAH!
Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...
Wallahua'lam...
Mahasiswi UKM HILANG...
Urgent! Hebahan penting dan minta tindakan segera!
Sesiapa yang ada menjumpai seorang wanita bernama Siti Norhafeezah bt Mohd Yusoff, 23 tahun, Pelajar UKM Fakulti Sains dan Teknologi Tahun 1, Kos Biokimia yang hilang sejak semalam.
Sesiapa yang ada menjumpai atau ternampak beliau sila lapor kepada MPP Ikram 0193742239 dan MPP Noraini 0136601697 dari UKM. Share segera!
-Berita Universiti (Official Pages)
~semoga selamatlah semuanya,juga semoga cepat ditemukan..
__________________________________________________
PELIK DENGAN SIKAP MANUSIA!
Sikap dan Sifat manusia hari ini semakin lama semakin jauh dengan akhlak islamiyyah. Isu orang hilang boleh dibuat main-main. Agak sedih melihat komen2 yang tidak kena tempat dan main-main dengan situasi yang terjadi....kalian boleh pergi dan jenguk SINI kalau tidak percaya akhlak 'orang kite'
ibaratnya,kalau kita pergi ziarah orang mati,kita pergi dan gelak?agak2, apa yang akan orang kata?
-tentu orang akan mengatakan kita gila,sebabnya membuat sesuatu perkara yang 'bersalahan adat'
Memang menjadi sunnatullah,
Mendapat khabar gembira = Ceria dan suka
Mendapat khabar sedih = menangis,sedih
Terkejut = cemas,mata bulat,tergamam
dll
Makanya,kalau kita tidak seperti yang disebutkan?hemm..memang sah ada 'wayar' shock!
Allahurobbi....
Ya Allah,Berilah hidayahMu kepada saudara2ku supaya mereka bertaubat dan kembali ke jalan-Mu yang sebenar...Aamin ya robbal 3aalamin.
Apa2pun,sama2 doakan agar wanita di atas dijumpai dengan keadaan selamat,insyaAllah.
"jangan bersuka atas kesusahan orang lain,kerna bumi ini bulat,kehidupan kita juga 'berputar'......"
Whoa..femes PMku masuk paper HK! - Tuya..Tuya
Terbaca berita dari EraPasca berkenaan laporan daripada akhbar Hong Kong yang berkisar Perdana Menteri Malaysia sekarang,YAB Dato' Seri Najib. Akhbar Hong Kong tersebut mengeluarkan berita berkenaan kes Al-Tantuya(gambar: comel kan sebelah menyebelah..hik3).
Ruginya tidak faham ulasan akhbar di atas..tapi ada sahabat(ooi Jimmy) yang sudah translate kepada english..al-faqir cuma faham sikit2 jela..hehe..
Femes kan PM kiter..hehe
Kalau kes sebegini tidak memalukan negara Malaysia ke?sepatutnya seorang pemimpin menjadi contoh ikutan kepada rakyat. Sebelum ini diwar-warkan bahawa BERSIH mencemarkan nama baik negara..kes ini pula?macam mana tuu....???
Ape2pun,harap kes ini tidak sampai tahap interpool,kalau betul xbersalah..beri ajelah keterangan..kan3...ke macam mane prosedur mahkamah ek?kalau xbersalah kene hukum jugak ek?pepatah MELAYU kata..."berani kerana benar,takut kerana salah"
Harap2 PRU13 PM dah bertukar..xlah malu sangat Malaysia...oleh itu,peranan kita??pastikan pilihan terbaik PRU13 nanti..hehe..
[Panas!!!] Pak Samad Ketuai Bersih 3.0 -Dataran Tahrir Merdeka!!
Dataran Merdeka 28 April 2012
Bersih 3.0 Utk Anak Muda!
Selamatkan Negara Malaysia!
Save Malaysia!
Salam sejahtera kepada semua,
tidak mengira kita apa agama sekalipun..
di sini gua ingin menyatakan bahawa
BERSIH 3.0 akan di adakan pada 28 - 4 - 2012
bertempat di dataran merdeka,
di sinilah bermulanya era kebangkitan..
di sinilah juga bermulanya era pasca perubahan!
di sinilah anak anak muda malaysia bakal mencipta sejarah!
sejarah agung yg tidak akan dapat di lupakan..
sejarah yg akan memahat nama generasi anak muda masikini
sebagai pencetus sejarah! pemangkin pembaharuan..
pemusnah pemerintahan yg zalim dan kejam!
Pak samad akan mengetuai BERSIH 3.0,
sasterawan negara, yg banyak berjasa,
di hormati malah di kenali oleh anak anak muda malaysia!
yg mana telah jelas SPR tidak mahu berkerjasama dgn rakyat
utk membersihkan sistem pilihanraya malaysia
yg sangat kotor lagi jijik sehingga ianya di kenali
oleh seluruh dunia sebagai salah satu agen BN ini dapat di bersihkan..
kita sebagai anak anak muda harapan negara malaysia..
marilah kita sesama kita hasut menghasut kearah kebaikan
dgn menghasut supaya jutaan anak muda yg teraniaya di luar sana
turun utk berdemonstrasi kejalanraya sebelum pilihanraya
ianya penting bagi kita mendidik akal dan fikrah kita
sebagai manusia yg punyai hak yg selama ini di nafikan
hak yg selama ini di perkotak katikan, hak yg di ISA kan..
oleh pemerintah BN yg sangat angkuh dan mendabik dada..
utk apa anak anak muda wajib turun kedataran merdaka
pada 28 april ini, salah satu sebabnya kerana seorang anak muda
bakal di penjarakan selama 2 tahun hanya kerana menyebut nama
menteri yg merogol amah..
adakah menteri menteri di malaysia ini begitu berkuasa dari rakyat sendiri?
sedang rakyat dan anak muda yg melantik mereka menjadi pemimpin?
itu pun dgn segala tipu daya mereka selama 50 tahun utk kekal berkuasa..
dgn cara menipu undi pos dan menipu segala penipuan undi..
adakah mereka pernah memikirkan tentang kebajikan kita?
tidak!
tidak sama sekali..
mereka hanya memikirkan diri mereka
kroni mereka dan keluarga kaum bangsawan mereka..
apakah anak anak muda masih lagi tidak mahu membuka mata
dan membuka seluas luasnya pemikiran bersama utk generasi kita?
yg mana ianya perlu di tamatkan!
ianya perlu di talkinkan!
ianya perlu di selamatkan!
maka dgn itu gua sekali berharap kepada anak muda
yg membawa dan membaca artikal bloger hiway ini supaya..
bersama kita hasut menghasut dan mempromotekan
utk turun pada 28 - 4 - 2012
di dataran merdeka/tahrir utk membantah pilihanraya negara kita
yg kotor dan hanyir dan sangat berat sebelah!
mulai hari ini program hasut menghasut akan bermula!
sebarkan sebanyak mungkin! hasutlah selagi terdaya!
utk masa depan generasi anak anak muda malaysia!
tanggungjawab anak anak muda malaysia bersama!
ANAK ANAK MUDA MALAYSIA MAMPU MELAKUKANNYA!
TURUN KEJALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA - Abbs / @tiewnama
PROJEK HASUT MENGHASUT DI KALANGAN ANAK ANAK MUDA!
PROJEK ANAK MUDA MALAYSIA MENCIPTA SEJARAH AGUNG!
PROJEK ANAK MUDA UTK MENCARI SECEBIS KEADILAN!
PROJEK ANAK MUDA UTK MENYELAMATKAN NEGARA TERCINTA!
PROJEK YG AKAN DI KENANG HINGGA KE ANAK CUCU..
PROJEK RAKSASA KEJALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA..
DAN PROJEK ANAK MUDA UTK MENGUBAH PEMERINTAH YG ADA!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Maruahku bernilai Top Up...
Kulim - Perbuatan tidak bermoral.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kegiatan seorang remaja
perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya hanya untuk mendapatkan
tambah nilai prabayar (top-up). Illustrasi hiasan
Sinar Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap malam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.
“Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi.
“Dia juga akan diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks. Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan,” katanya.
Ghuzlan berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis dibuat.
“Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya. -SH
Permata : speechless...huhu
Sinar Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap malam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.
“Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi.
“Dia juga akan diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks. Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan,” katanya.
Ghuzlan berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis dibuat.
“Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya. -SH
Permata : speechless...huhu
Bertuah Punye Anok!!!
JOHOR BAHRU: Amat menyedihkan apabila
lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam
bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75
tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.
Ketika mahu mengambil ayah mereka dari
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan
lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik
lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam,
mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.
“Apabila ditanya, kelima-lima mereka
memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah
dalam keluarga,” kata Norijah.
Permata : tak terkata..mudah2an dijauhi dari perangai sebegini..aamin
MB tganu- Terlibat Politik tindakan Melampaui Undang2???
Akhirnya CEO MAIDAM(Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) bersuara setelah sekian lama isu zakat digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang. Beliau menafikan bahawa sekatan zakat kepada mahasiswa timur tengah,khususnya Mesir merupakan tuduhan liar pembangkang dan fitnah semata-mata...ini petikan ucapannya(boleh lihat gambar 1) :
Bukan Isu zakat yang menarik perhatian saya kali ini,tapi berkait kenyataan Menteri Besar Terengganu.
Dalam kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Said pula menafikan bahawa UMNO terlibat dalam urusan pengagihan zakat yang diseliakan oleh MAIDAM.
Namun,saya tersentak dengan satu perkataan yang ada dalam kenyataan MB tganu itu ialah:
Menjadi persoalan : Adakah Mahasiswa yang terlibat dalam politik dikatakan bertindak melampaui batas?
Wah..saya tidak pasti adakah ini kenyataan yang sebenar keluar daripada mulut MB sendiri,namun saya yakin bahawa blog (http://teganukita.blogspot.com) tidak akan silap dalam menaqalkan(memindahkan) sebarang kenyataan dari MB,kerana saya telah mengikuti blog itu untuk mengetahui aktiviti semasa kerajaan negeri Terengganu Darul Iman-khususnya yang melibatkan dato' seri.
Namun,sememangnya menjadi persoalan bagi mahasiswa,dari sudut apakah yang dikatakan 'melampai batas undang2' sekiranya terlibat dalam politik,setahu saya, Malaysia adalah negara demokrasi yang sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh semua orang. Adakah terlibat dalam politik 'Pembangkang' langsung dikata melampai batas undang2?
Saya merasakan,yang dikatakan melampaui undang2 ialah Akta Kolej dan Universiti ataupun nama manjanya AUKU, ya, akta inilah sebenarnya yang menyekat pemikiran dan kebebasan mahasiswa/wi kita...tapi kat Mesir sebenarnya,akta ini tidak 'valid'. boleh jadi sebab inilah kerajaan tidak mahu meneruskan penghantaran mahasiswa ke Mesir,wallahua'lam..
Kalian boleh menilai dan kalau saya salah,boleh perbetulkan..wallahua'lam
Permata : Mahasiswa kene ikut je kerajaan....kalau tidak...nanti direport polis...huhu
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Umno Terengganu menyekat dan terlibat dalam urusan pengagihan duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata dia kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah tanpa mendapatkan kesahihan maklumat.
“Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbunyi `Umno Terengganu sekat duit Zakat pelajar Terengganu di Mesir yang dihantar kepadanya pada 26 Januari lalu adalah tidak benar sama sekali dan ianya berunsur fitnah.-teganukita
![]() |
| GAMBAR 1 |
Bukan Isu zakat yang menarik perhatian saya kali ini,tapi berkait kenyataan Menteri Besar Terengganu.
Dalam kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Said pula menafikan bahawa UMNO terlibat dalam urusan pengagihan zakat yang diseliakan oleh MAIDAM.
Namun,saya tersentak dengan satu perkataan yang ada dalam kenyataan MB tganu itu ialah:
“Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sudah semakin dekat, pihak pembangkang akan guna pelbagai isu bertujuan menutup segala kebaikan yang dilaksanakan Umno ,” katanya.kalian juga boleh rujuk printscreen yang sudah saya ambil dari blog teganukita(Gambar 2).
Katanya, pihaknya mengetahui terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan ini bertindak melampaui undang-undang dengan melibatkan diri dalam politik.
“Kita kesal dengan sikap mereka ini kerana bertindak di batasan walaupun menyedari setiap kemudahan yang diterima itu diusahakan dan dibantu oleh kerajaan,” katanya.-teganukita
![]() |
| GAMBAR 2 |
Wah..saya tidak pasti adakah ini kenyataan yang sebenar keluar daripada mulut MB sendiri,namun saya yakin bahawa blog (http://teganukita.blogspot.com) tidak akan silap dalam menaqalkan(memindahkan) sebarang kenyataan dari MB,kerana saya telah mengikuti blog itu untuk mengetahui aktiviti semasa kerajaan negeri Terengganu Darul Iman-khususnya yang melibatkan dato' seri.
Namun,sememangnya menjadi persoalan bagi mahasiswa,dari sudut apakah yang dikatakan 'melampai batas undang2' sekiranya terlibat dalam politik,setahu saya, Malaysia adalah negara demokrasi yang sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh semua orang. Adakah terlibat dalam politik 'Pembangkang' langsung dikata melampai batas undang2?
Saya merasakan,yang dikatakan melampaui undang2 ialah Akta Kolej dan Universiti ataupun nama manjanya AUKU, ya, akta inilah sebenarnya yang menyekat pemikiran dan kebebasan mahasiswa/wi kita...tapi kat Mesir sebenarnya,akta ini tidak 'valid'. boleh jadi sebab inilah kerajaan tidak mahu meneruskan penghantaran mahasiswa ke Mesir,wallahua'lam..
Kalian boleh menilai dan kalau saya salah,boleh perbetulkan..wallahua'lam
Permata : Mahasiswa kene ikut je kerajaan....kalau tidak...nanti direport polis...huhu
Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
Sahabat-sahabat yang dihormati,sy ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan TOK GURU ini yang mengeluarkan fatwa berkenaan bersih dan juga mengata tidak manis kepada TGHH dan TGNA...sangat kecewa dengan golongan agama seperti ini,adakah TOK GURU ini benar-benar tok guru pondok atau hanya diada-adakan untuk membuat rakaman dan memberi fatwa.
mungkin boleh kaji balik berkenaan kalam-kalam beliau yang agak menimbulkan persoalan di benak fikiran kita terutamanya sy sendiri.
Isu yang dibawa antaranya berkenaan isu timur tengah antaranya Isu di Mesir,beliau ini mengatakan yang selepas thaurah,mesir masih kacau bilau,dari manakah sumber itu?setahu sy yang sedang berada di sini,tiada lagi kacau bilau yang berlaku dan rakyat hidup dengan aman serta kebebasan rakyat tidak lagi dicengkam oleh pemerintah..rakyat boleh menyuarakan pandangan dan pendapat kepada pemerintah,itulah demokrasi.
kedua,berkenaan isu negara lain yang dikatakan semakin parah,apa puncanya?tidak lain tidak bukan kerana kedegilan pemerintah yang gilakan kuasa bukan?jadi xkanlah rakyat juga yang salah.
ketiga,dikatakan perhimpunan bersih akan membawa huru hara,benda ni dh banyak yang diulas oleh pucuk pimpinan BERSIH dan juga mereka-mereka yang benar benar faham akan tujuan BERSIH.
Wallahua'lam..
Permata © : video di atas,dinasihatkan dengar boleh..tapi cuba check balik kata-kata beliau,sekian.
















