Showing posts with label Persatuan. Show all posts

Iftor Jama'ie UBM

Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-27 Ramadhan..hanya berbaki lebih kurang 3 hari untuk lambaian terakhir Ramadhan..sudah tentu,waktu-waktu sebegini dimanfaatkan sehabis baik agar setiap detik yang berlalu tidak sia-sia.

Semalam turut sama dalam majlis Iftor Jama'ie Unit Bait Muslim...sungguh meriah dengan diselangi dengan suara-suara kanak2..





Bersantai sambil masing-masing berkongsi pengalaman dan cerita2 sememangnya menggamat suasana.Beginilah kami di perantauan,teman-temanlah yang menjadi keluarga dan sahabat dikala hari istimewa disambut riang..hhu(ayat sedih beraya di perantauan..huhu)

Semoga baitul muslim yang dibina dapat menatijahkan sebuah mujtama' muslim yang akhirnya merealisasikan daulah islamiah.insyaAllah..


Cakna Isu : Jangan Cabuli Hak Mahasiswa – BKPJM





ramadhan 
 
 
 
KAHERAH, 17 Julai 2012 — PMRAM telah menerima dua aduan berkaitan hak mahasiswa melalui Borang Aduan Hak Mahasiswa berkaitan isu campak borang dan arahan mengosongkan pejabat rasmi BKPJM kelmarin.

Berkenaan isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku kepada saudara Muhammad Yassarudin bin Shamsul dan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM) ini ,pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

Borang Aduan Hak Mahasiswa telah diserahkan oleh saudara Muhammad Yazid bin Hanzir selaku YDP BKPJM 2011/2012 dan saudara Muhammad Yassarudin bin Samsul di pejabat PMRAM pada jam 8 malam melalui Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.

Berkaitan Isu campak borang, saudara Yassaruddin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan borang permohonan menghuni Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 1 Julai 2012.

Pada 3 Julai 2012, saudara Yassaruddin bersama YDP dan salah seorang penasihat BKPJM saudara Miftahul Ulum telah bertemu dengan pengurus Asrama Pelajar Johor Mesir, Tuan Hj Maulan Asmoni bagi mendapat penjelasan berkenaan isu tersebut. Namun malang tak diduga apabila mereka dihalau dari pejabat Pegawai Pengurus Asrama Rumah Johor.

Pada hari yang sama, pihak pengurusan rumah Johor telah mengeluarkan surat arahan supaya Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) mengosongkan Pejabat Rasmi BKPJM dengan alasan penambahan staf HEP.

Badan kebajikan pelajar Johor Mesir (BKPJM) diberi tempoh sehingga 15 julai 2012 untuk mengosongkan pejabat tersebut. Pihak BKPJM telah menjawab balas surat tersebut dengan bertegas bahawa mereka tidak akan keluar daripada pejabat tersebut. Dan pada 12 Julai 2012, sekali lagi BKPJM menerima surat daripada pihak pengurusan asrama yang bertarikh 10 julai 2012 mengatakan bahawa arahan tersebut adalah muktamad.

“PMRAM akan mengkaji isu ini melalui laporan yang telah diserahkan dan akan menyusun tindakan susulan mengikut situasi dan keadaan. PMRAM menegaskan sekali lagi bahawa isu ini juga berkait dengan salah satu usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali-79, ‘Memperkasakan Slogan KITA PMRAM’ dengan beberapa tindakan, antaranya mempertahankan hak mahasiswa”, ujar Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Naib Presiden III PMRAM 2012.

Rehlah Tarrbawi Ke 'Ain Sukhnah


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi di atas nikmat-nikmat yang tidak terhingga. Perbanyakkanlah menyebut  'الحمدلله ', agar kita menjadi antara golongan yang sedikit sebagaimana firman Allah Azza Wa Jalla :

 وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
"dan hanya sedikit hamba-hambaKU yang bersyukur"

REHLAH atau bersiar-siap atau lebih cantik dalam bahasa kampung waalid dipanggil trip@tour..=P, merupakan salah satu daripada wasilah tarbiyah dalam membentuk jatidiri seorang muslim yang sejati,mempersiapkan diri seorang pejuang yang akan tegal dalam membawa Deenul Islam.

9 Julai 2012 
Cuti Musim panas kali ini waalid menyertai program rehlah yang dianjurkan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT Mesir) ke satu tempat yang belum pernah waalid sampai selama ini,selama ini hanya mendengar nama je..huhu,mungkinkah ini rehlah terakhir waalid di sini?wallahua'lam..

Ain Sukhnah(hot spring), salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar dan juga pelawat tempatan. 120 KM ke timur dari Bandar Qaherah. Untuk maklumat lanjut,blehlah rujuk ustaz wikipedia..hehe..

Sebelum bertolak dari asrama darul iman..masing-masing excited untuk bersiar-siar

Nampak keboringan menunggu bas sampai...nampak xsabor nak main airnye ni..hihi..:P

Taaruf YDP KPT...pengisian dalam bas

Di antara hadaf@tujuan rehlah ialah untuk :

  1. Menghayati kebesaran Allah
  2. Mendekatkan diri para da'ie kepada Allah Subhanahu Wa Taala
  3. Mengeratkan tautan ukhuwah sesama da'ie bagi memudahkan melaksanakan amal islami bersama-sama
  4. Merehatkan minda disamping mengagungkan ciptaan Allah
  5. Mempersiapkan daya tahan diri para da'ie

Mendengar amanat daripada Yang di-Pertua KPT,akhi Mohd Zahani Bin Abdul Ghani

Waalid diberi kesempatan untuk memberi tazkirah ketika dalam perjalanan ke ain sukhnah...dapatlah waalid mengingatkan kepada adik-adik akan kesusahan dan kepayahan golongan terdahulu terutamanya Nabi Muhammad S.A.W dalam membawa Panji Islam,yelah zaman dahulu..mana ada bas,keretapi,kereta,kapal terbang dan sebagainya untuk menyebarkan dakwah.

Tambahan pula,kami dapat melihat kiri dan kanan sewaktu perjalanan yang hanya disajikan dengan padang pasir yang kepanasannya membahang,duk dalam bas ade aircond..kuranglah azabnya...Nabi dulu naik unta je,musafir ke sana sini untuk berdakwah...Allohurobbi..jauhnya pengorbanan kita untuk Islam kan?

Bergambar sebelum memulakan aktiviti....masing-masing xsabar nak berendam dah tuu..huhu
Kalau dibandingkan lukisan Allah dengan lukisan makhluk,memang lukisan makhluk tidak dapat menandingi lukisan Allah,tetapi ramai mana yang memuji Allah dengan kebesaran dan keagungan-Nya melukis keindahan alam?lihatlah lukisan-lukisan Allah sebagai bukti keagungan dan kebesaran Allah Taala di bawah ini..^_^


سبحان الله...

سبحان الله...
ٍSetelah bermain bola pantai,kami meneruskan aktiviti mandi-manda..ngee...jom layan gambar2 berikut...waalid tulis banyak-banyak pun korang xbace pun kan?huhu...jom layan gambar jela..

Antara gaye ter'hot' dilakukan oleh stunner...skali macam katak kembong dah..haha..


Antara mangsa duri landak laut..masing-masing mencungkil duri yang tertusuk di kaki..kesian diorang

Mangsa duri landak laut bertambah...huhu...main tak ingat dunia ekpung..huhu

Antara kreativiti adik2...ntah ape diorang buat ni..skali tgok macam kubur je..haha

Haa..yang ni husin and the geng sedang membuat replika yang femes kat Mesir ni..kenal x?sphinx dan piramid..hehe..

akhirnyaa....haaa....ini makan dia...haha..

chalet yang sedang dalam pembinaan...


Shoalin soccer..huhu...


Lepas mandi-manda..siap sedia untuk menjamu selera...ayam bbq madu..sangat sedap..terima kasih adhoc makanan..^_^..

Dalam suka-suka...jangan lupa kewajipan seorang muslim terhadap Robbnya..solat dulu,semoga rehlah diberkati Allah..aamin

Bertarung hingga ke titisan darah terakhit...berusaha untuk melepaskan diri..sakit tu kalau kena sepit..huhu..

Air laut merah yang sangat jernih..boleh nampak ikan dan obor-obor...landak laut pun bleh tengok jugak..huhu

haha..ini bukan berjemur ni..ini berendam namanya...macam-macamlah aksi diorang ni..aduyai...

main-main jugak..bini ngan anak kat rumah kne amik tau jugak..seb baik kat sini line clear..lepas rindu sat no..ngeh3..:P

muka kanak-kanak yang sedih nak balik dari laut,al-maklumlah kat kaherah xde laut..haha

Inilah rupenye landak laut yang merembat kaki kawan-kawan waalid..waalid xkena plak,mungkin landak laut ingat waalid geng diorang kot...rambut ala-ala sama gitu..wakaka..^_^

Antara mangsa kekejaman kami..huhu...gurau-gurau sayang je tu..jangan fikir bukan-bukan..

Dah..bersiap2 untuk balik..ada rezeki korang bleh jumpa lagi ngan ain sukhnah ni..waalid? ntahlah..dah terbau2 udara ganu ni..huhu..

Bergambar kenang-kenangan sebelum naik bas untuk balik...penat..tapi seronok meribat ukhwah sesama muslim..^_^


Alhamdulillah,ukhuwah yang diribat diharap dapat melahirkan generasi pelapis untuk memastikan kesatuan dan kebersamaan dalam membentuk gerak kerja amal islami,lebih-lebih lagi bagi memastikan kelangsungan agenda tarbiyah dan melancarkan gerak kerja persatuan yang kami sayangi.

InsyaAllah,dengan kesatuan yang ada,mampu menolak anasir-anasir perpecahan yang cuba dirangka oleh pihak yang mencemburui kesatuan ini. Persatuan KPT@PMRAM cawangan Terengganu sentiasa optimis dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya,oleh itu..sewajibnya anak-anak negeri Terengganu membantu dan sentiasa mendokong agenda persatuan.

Sekian sahaja pengembaraan kita kali ini,harap korang seronok dengan perkongsian ini...buat sahabat-sahabat,tidak salah untuk kita berhibur..tapi jangan sampai jadi 'najis'(maksudnya,jangan sampai kita lupa dunia)..

Wallahua'lam.

Note : kalau ada yang bermusafir,jangan lupa untuk berdoa kepada saudara-saudara kita di syria,Palestin,Burma dan lain-lain kerana doa orang musafir antara doa yang dimakbulkan Allah..^_^



Manfaatkan Masa Cuti dengan Komitmen

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti sekolah utk adik2 di Mesir ni dah bermula,cuma ada secebis je lagi yang belum habis periksa...rata-ratanya dah selesai berperang..dan semestinya sudah merancang apa yang harus dilakukan ketika cuti musim panas ini.

Ada yang sudah pulang ke tanah air,yang merancang untuk pulang dan sebagainya. Dari sudut persatuan juga tidak ketinggalan untuk merencana program-program terbaek untuk ahli-ahlinya yang mengekalkan kedudukan mereka di Bumi Barokah ini(xbalikla tu..waaa...T_T).

Iklan-iklan sudah tersedia,tidak banyak program yang direncana,tapi cukup meriah jika mendapat sambutan,maklumlah..Ramadhan dah hampir..seharusnya mengambil peluang untuk bersedia menghadapi Ramadhan nanti,kalau rancang banyak...tapi tidak berkualiti,xkemana jugak..baik sikit tapi berkualiti.

Sebagai makluman dan iklan untuk adik2 Terengganu yang berada di Bumi Mesir ini..beberapa program yang kalian boleh join antaranya :

VECTOR '12 | Rabu | 4 Julai 2012 | Dewan Darul Iman | Terhad kepada 20 peserta sahaja | Yuran : LE15 | Pengisian menarik menanti anda!!!

“Multimedia In Dakwah”
“Teknologi Digapai, Islam Disemai”

Anjuran : Biro Informasi & Penerbitan KPT Mesir sesi 2011/2012

***

Jaulah 'Ain Sukhnah '12 | Tarikh : 7 Julai 2012 | Yuran : LE30 | Terbuka kepada semua ahli KPT Mesir (Ikhwah sahaja) | Pelbagai aktiviti menarik menanti anda...

Sebarang & maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Muhammad Aliff Bin Yusoff [0111-9768849]

Anjuran : BKKS (Unit Sambutan & Rehlah) KPT Mesir sesi 2011/2012


***

Dan untuk Akhawat(wanita) pula...boleh jalan2 disekitar kaherah dengan menyertai :

Jaulah Sekitar Kaherah | Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu) | Antara tempat-tempat menarik : Kubu Salahuddin, Muzium Kesenian Islam & Masjid Ibn Tulun | Yuran : LE85 (Termasuk kos pengangkutan & bayaran masuk tempat) | Tarikh tutup penyertaan : 25 Jun 2012 |

Kepada yang berminat, bolehlah membuat pendaftaran melalui Saudari Musfirah Binti Anuar [0111 7187451]

Anjuran : Unit Sambutan & Rehlah HEWI KPT Mesir sesi 2011/2012

***

Persatuan cuba laksanakan yang terbaik,dan kita sebagai ahli,sewajibnya memberikan komitmen kepada persatuan yang kita sayang,kalu bukan kita siapa lagi kerana Persatuan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir adalah milik kita semua...

"We Are Siblings We Are Family..."

Siiru 3ala Barokatillah...

Pelaksanaan PTPTN Wajar Dikaji Semula

Sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak tahun 1997 tidak dinafikan merupakan satu usaha yang baik untuk membantu meringankan bebanan kewangan mahasiswa yang tidak berkemampuan tetapi memiliki kelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.
 
Namun hari ini, pelaksanaan sistem pinjaman PTPTN ini mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang melihat kaedah yang diguna pakai dalam  sistem pinjaman PTPTN ini sebenarnya  adalah bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan dengan alasan kewujudan PTPTN ini adalah untuk membantu mahasiswa. Ini kerana setiap peminjam PTPTN ini perlu membayar pinjaman mereka beserta dengan kadar faedah yang telah ditetapkan. Bahkan kadar faedah ini akan meningkat dari tahun ke tahun sekiranya peminjam gagal untuk menjelaskan atau melunaskan pinjaman mereka dalam tempoh tertentu.
 
Hasil daripada sistem pinjaman yang tidak mesra pelanggan ini menyebabkan pelbagai bentuk demonstrasi dan tunjuk perasaan diadakan oleh kelompok mahasiswa sejak kebelakangan ini sebagai langkah memprotes  perlaksanaan sistem pinjaman PTPTN yang ternyata membebankan mahasiswa. Ini kerana disebalik kemudahan pinjaman wang yang diberikan kepada mahasiswa, hakikatnya mereka sebenarnya terpaksa menanggung bebanan hutang yang berlipat kali ganda hasil daripada pinjaman tersebut yang terpaksa dibayar selepas tamat pengajian di institusi pangajian tinggi masing-masing.
 
PMRAM melihat isu ini sebagai suatu perkara yang tidak boleh dipandang sinis oleh pihak pentadbiran negara, pihak kerajaan khususnya perlu meneliti dan menilai semula kaedah perlaksanaan pinjaman PTPTN ini agar ianya selari dengan tuntutan syarak. Tindakan mengenakan faedah bagi setiap peminjam PTPTN ini bukan sahaja membebankan mahasiswa bahkan sistem ini sama sekali bercanggah dengan syariat agama Islam kerana terdapat unsur-unsur riba di dalamnya yang jelas diharamkan oleh Islam.
 
Bahkan lebih baik lagi jika sistem pinjaman PTPTN ini diteruskan untuk memberi khidmat kepada mahasiswa dengan melakukan perubahan terhadap pelaksanaannya tanpa dikenakan sebarang faedah kepada peminjam. Perkara ini boleh dilakukan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) yang tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam dan pinjaman tersebut bertujuan kebajikan semata-mata.
 
Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati di seluruh dunia seharusnya bebas daripada tindakan-tindakan dan sistem-sistem yang bertentangan dengan tuntutan agama Islam. PMRAM sebagai sebuah persatuan yang mendokong prinsip al-Quran dan as-Sunnah ini, mengharapkan agar tindakan segera di ambil oleh pihak kerajaan di bawah pentadbiran YB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dalam menyelesaikan isu ini.
 
PMRAM akan sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa dalam menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu-isu hak dan mahasiswa demi kebaikan bersama.
 
Abdul Aziz Bin Ali,
Presiden,

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.
 
Sumber : PMRAM

Tarik Pinjaman : KPT Mesir adakan Munajat...Tanda Cakna Ahli

KAHERAH, 1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan ‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.

Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi 9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad Darul Quran, Mesir.

Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah. Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat” katanya.

Disamping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan seharian” ujarnya. 

Justeru itu, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.

Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah oleh generasi terdahulu.

Tabung Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu.


“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”

Disediakan oleh:

Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012

Sumber : KPT Mesir

Permata : inilah kesatuan yang dibina oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir. ahli -ahlinya ibarat isi dengan kuku, cubit paha kanan,paha kiri terasa sakitnya..moga-moga sahabat-sahabat yang teraniaya terus dibela hak dan mendapat sokongan dan bantuan dari setiap insan yang mempunyai hati dan jiwa yang ikhlas..insyaAllah..

Pentingnya Berorganisasi Dalam Islam


Sepertimana yang kita ketahui, pada akhir-akhir ini Umat Islam sering dikaitkan dengan pelbagai pengkhabaran yang negatif  seperti kemunduran,keganasan dan lain-lain lagi.

Sebagai seorang  yang menganut agama Islam dan  hidup sebagai seorang muslim tidak dapat tidak kita seharusnya bersedia memberikan sumbangan untuk kemajuan  Islam. Hal ini juga disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sepertimana sabda beliau yang bermaksud :

Siapa yang menyebut tiada tuhan melainkan Allah (penyaksian Syahadah) maka dia adalah Daie’ (pendakwah)”.

Melalui sabda beliau ini menunjukkan bahawa setiap umat Islam itu adalah seorang penyampai risalah Islam.



Maka salah satu daripada cara untuk kita memberikan sumbangan kepada umat Islam khususnya dan kepada agama Islam amnya adalah dangan melibatkan diri kita dengan organisasi Islam yang mana tujuan penubuhan mereka adalah untuk membangunkan  kemajuan Islam dalam segenap aspek dan juga ummah Islam itu sendiri.

 Penglibatan kita dalam organisasi Islam ini juga seiring dengan firman Allah S.W.T didalam surah Al-Maidah ayat ke-2 yang bermaksud :

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mangerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong menolong dalam membuat dosa dan permusuhan” .

Bilamana kita melibatkan diri kita dengan organisasi islam ini kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain secara lebih akrab, dengan itu jalinan ukhwah yang terjalin akan menjadi lebih utuh dan sacara tidak langsung perkara ini membantu menguatkan Agama Islam itu sendiri kerana bak kata perpatah melayu “ Bersatu teguh, bercerai roboh” begitulah jua keadaan Islam jika kita bersatu. Malah Allah S.W.Tjuga berfirman didalam Al-quran pada surah Ali Imran ayat 103 yg bermaksud :

Berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama)Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”.

Ini menunjukkan Allah S.W.T menyuruh kepada semua bukan hanya sebahagian dari umat Islam sahaja.

Bilamana kita dapat bersatu di dalam sebuah organisasi, segala gerak kerja untuk membangunkan Islam akan dapat dilaksana dengan mudah seperti bak kata pepatah melayu “yang berat sama dijunjung yang ringan sama dijinjing”. Malah kita juga dapat bergerak dengan lebih cepat serta dapat memperluaskan skop gerak kerja Islam.

Selain itu juga, dengan melibakatkan diri kita dangan organisasi Islam kita berpeluang membantu saudara seagama kita yang menderita ditindas seperti di Somalia, Palestin dan di negara-negara yang mengamalkan diskriminasi terhadap umat Islam. Hal ini seiring dengan  sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara”.

Malah untuk menggambarkan betapa pentingnya persaudaraan didalam Islam itu, Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“Tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya (saudara sesama Muslim), sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”(hadis riwayat al-Bukhari).

Dengan itu kita dapat menyumbang samada melalui kewangan, khidmat perubatan, bekalan makanan dan sebagainya.

Dengan melibatkan diri kita dengan organisasi Islam kita dapat membantu manyumbangkan buah fikiran dalam sesebuah tindakan untuk membangunkan sebuah sistem kemasyarakatan yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnsah. Yang mana ianya merupakan langkah pertama kapada terbentuknya sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat yang berlandskapkan kehidupan Islam yang sebenarnya dangan pelaksanaan sistem perundangan Islam yang barteraskan panduan Al-Quran dan As-Sunnah secara menyeluruh. Dengan ini, secara tidak lansung wujudlah modal insan ummat Islam yang benar-benar bertamadun dan berkualiti yang akan berjuang untuk agama Islam yang Allah redhai ini.

Konklusinya pelbagai perkara dapat kita sumbangkan untuk Islam dan juga umat Islam melalui penglibatan kita dengan organisasi Islam sebagai satu wasilah untuk  kita mencari redha Allah S.W.T. Oleh itu merilah kita jadikan PMRAM sebagai salah satu wadah untuk kita menyumbang kepada kemajuan Islam dengan cara berorganisasi. Sayangi PMRAM, Cintai PMRAM dan sayangilah ISLAM.
 
 
Sumber : bkan Perak Mesir

PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, En Khairi Jalaluddin

KAHERAH, 9 Ogos - Satu aduan berkaitan salah laku seorang pegawai EM, En Khairi Jalalluddin ke atas seorang mahasiswi perubatan bidang pergigian Universiti Ain Shams telah diterima oleh pihak PMRAM tengahari tadi.

Aduan tersebut berkaitan kekeliruan status penangguhan kuliah selama setahun oleh mahasiswi tersebut, Hanisah binti Hashim yang berasal dari Selangor.

Beliau disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.

Sehubungan itu, beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK (sekarang EM) rujukan JPMK(AKA)1000/016/06(03) atas alasan Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi , Pegawai Atase EM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia.

Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa saya sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah dibuat.

"PMRAM memandang kes ini sebagai isu penganiayaan ke atas mangsa (Saudari Hanisah Hashim). Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci bagi tindakan susulan," ujar Syeikh Mujahid, Naib Presiden III, selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini dan surat yang JPMK yang telah dikeluarkan daripada En. Khairi selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam isu ini. Kita juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membela nasib saudari kita ini," tambah beliau lagi.

sumber : PMRAM

Jom Jalankan Usrah!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah yang maha pemurah lagi maha pemberi rahmat, segala puji bagi Allah yang bersifat adil kepada semua hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ahli bait Baginda dan para pengikut Baginda.

Kedatangan bulan Ramadan yang mulia menyerikan senario tarbiyah bagi kita selaku umat islam lebih-lebih lagi buat golongan mahasiswa Islam yang menjadi tunjang harapan ummah akan datang. Sesuai dengan nama program ihya’ Ramadan kali ini iaitu “Syahru Tarbawi” atau bulan tarbiyah, maka ia menandakan bulan ini menjadi universiti untuk mendidik rohani mahupun jasmani setiap individu.

Di samping melakukan ibadah kepada Allah Ta`ala, janganlah kita mengambil enteng perjalanan usrah atau Muzakarah Berkelompok (MB) yang tidak kurang pentingnya dalam institusi pentarbiyahan. Tarbiyah melalui usrah amat berbeza dengan cara-cara yang lain kerana usrah mampu melahirkan insan yang mempunyai nilai tambah sebagai persediaan buat masa akan datang.

Oleh itu, saya yang diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Fasilitator KPT Mesir dengan berbesar hati menyeru semua fasilitator untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka bagi menggerakkan perjalanan usrah masing-masing bermula 5 Ramadan 1432H bersamaan 5 Ogos 2011M berdasarkan manhaj yang telah ditetapkan.

Semoga usrah yang dijalankan akan menambahkan amalan kebajikan kita di bulan Ramadan dan juga mendekatkan diri kita kepada Allah dengan tautan ukhuwwah antara sesama ahli usrah. Siiru ‘ala barakatillah, wassalam.

“Usrah Tunjang Tarbiyah”

MOHD SYAMSHUL BIN HAJI SIDIK
Ketua Jabatan Fasilitator,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2010/2011.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -