Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Jalan Sempit Tapi Ramai Yg 'Galak' Utk Memotong
Hem...apa yang terjadi(rujuk sini) di harap memberi peringatan dan pengajaran buat kita semua,jangan terlalu mementingkan diri sangat hingga membahayakan nyawa orang lain,susah ke nak beradab di jalan raya?atau masing2 nak tunjuk ego dan sombong masing2?
Tidak dinafikan bahawa telah taqdir Allah dan sampai ajalnya dia meninggalkan dunia ini,namun...asbabnya juga kita perlu ambil kira,macam yang ditulis oleh encik anonymous ni,memang benar apa yang diutarakannya.
"jalan sempit tapi ramai yg 'galak' utk memotong"
Pemandu2 jalanraya perlu berhati-hati bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini seperti ini terjadi...tidakkah kamu mendengar bahawa Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang bermaksud " dan janganlah kamu mencampakkan dirimu dalam kebinasaan".
![]() |
| Kancil yang dibawa oleh kakak saya. |
Peristiwa dan insiden yang berlaku kepada arwah sahabat saya sebenarnya sebijik seperti kes yang berlaku kepada arwah kakak saya lebih kurang empat tahun yang lepas. Arwah kakak yang baru pulang dari sekolah dan menuju ke Nursery bagi mengambil 2 orang anaknya telah dilanggar dengan laju oleh sebuah kereta yang dipandu oleh budak bawah umur!!!
Inilah kesan dilanggar yang menyebabkan kematian kakak kandung saya.. Menyebabkan jantung arwah kakak pecah!angkara budak yang tidak layak untuk membawa kereta dan seorang samseng...dalam jalanraya yang tengah sesak dan sibuk,boleh dia memotong dengan kelajuan 120km/jam...
Sebenarnya dia sedang larikan diri dari samseng yang mengejarnya kerana melanggar motor salah seorang dari mat rempit..akhirnya,kakak jugak yang jadi mangsa...dukacitanya,budak yang melanggar itu,masih senang lenang dan bahagia disamping keluarganya..nak buat macam mana,kami orang biasa dan mereka orang berada,ramai kabel...dah 4tahun berlalu masih tiada apa-apa tindakan dikenakan..entahlah...(hai...sedih betul..murahnya nyawa orang kebanyakan ye....T_T)
Yang pergi tetap tidak akan kembali,yang hidup,perlu mengambil pengajaran dan aplikasikan dalam kehidupan mengenai apa yang telah terjadi...jagalah diri,adab serta peraturan yang telah ditetapkan agar bukan sahaja dapat menjaga diri dari binasa,bahkan mempu mencegah orang lain jadi teraniaya...
Wallahua'lam....
Yang Benar Tetap Benar!
Sekitar Keputusan perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk. tangisan kegembiraan para ibu-ibu dan sanak saudara dgn keputusan hakim membebaskan sahabat kite Muhammad Azman, suwandi
Para keluarga yg tak jemu menunggu tadi
KUALA
TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan
melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada
8 September 2007, lima tahun lalu.
Kedua-dua
tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas
dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya
mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.
Selain
Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta
Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut
dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan
perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan
takbir para hadirin.
"Hari
ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani
yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan
setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.
"Mahkamah
juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh
di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan
keputusan tersebut.
Sebelum
ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8
September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn,
Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi
undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.
Mereka
berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu
dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.
Harakahdaily
difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih
mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.
Ketua
Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman
seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.
Hadir
sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali,
Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,
Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50
orang ahli keluarga dan orang ramai.-Hd
Dari Harakahdaily sep 2007
KUALA
TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh
polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang
ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.
Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.
Kecederaan
berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas
telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.
Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.
Pertempuran
berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis
ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.
Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini
Kami Bebas dari mainan jahat kebatilan
Kronologi Terawal
Berikut dipaparkan kronologi paling awal ditulis tentang Insiden Batu Buruk;
08/09 1200
Petugas ceramah dirikan pentas
08/09 1700
Polis arahkan rombak pentas
08/09 1700
Polis minta kad pengenalan petugas
08/09 2000
FRU masuk dan mula arahkan bersurai
08/09 2130
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.
08/09 2140
Dato’ Mustaffa Ali dan penceramah lain tiba berhampiran Warong Pak Maidin
08/09 2140
Keselamatan alih kon halangan jalan ke tapak ceramah di simpang Warong Pak Maidin
08/09 2140
Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.
08/09 2140
Salah
seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas
keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.
08/09 2140
Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit
08/09 2200
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
FRU
mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO
dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas
didirikan.Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan
ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.
08/09 2400
Salah
seorang Polis preman menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai,
disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut
dikejar lalu polis keluarkan pistol dan menembak ke dada Suwandi Abd
Ghani menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan
daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Keduanya dikejarkan
ke hospital.
09/09 0110
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.
09/09 0110
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.
09/09 0130
FRU dan polis berundur sepenuhnya.
09/09 0130
Kerosakan
harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar
Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2
jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.
09/09 0130
Orang
ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk
dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi,
baru bersurai.
Tetapi hari ini perbicaraa kesnya telah berakhir sebentar tadi dengan tertuduh dibebaskan
![]() |
| Sahabat2 seperjuangan bersujud syukur atas kemenangan yang diberikan oleh Allah...alhamdulillah,indahnya Islam..:) |
Ingatlah kawan2...Al-Haq,Huwalhaq!..yang benar tetap benar dan akan menang pada akhirnya...alhamdulillah!
sumber : harakahdaily,jkkkfanclub,fb
Akta Keterangan : Zalimnya....
Akta baru yang akan dikuatkuasakan serta merta bermulai esok sangat tidak menepati dengan kaedah menjatuhkan hukuman sekaligus menunjukkan ketidakadilan dan membuat kezaliman terhadap pengguna cyber khususnya blogger,facebooker,twitter dan sebagainya.
Akta yang berbunyi :
Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...
Wallahua'lam...
Akta yang berbunyi :
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
-AMANZ-Dalam erti kata,pemilik akaun blog,facebook dll akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan laman2 yang mereka miliki sekalipun tukang komen yang bersalahan dengan akta dimiliki oleh orang lain. ALLAH!
Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...
Wallahua'lam...
Erti Integriti Sebuah Badan Bebas.
Dengan memberikan contoh bahawa dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tidak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif, demikian kata Tun Dr Mahathir dalam sidang media selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.
Kenyataan Tun Dr Mahathir menunjukkan bahawa beliau tidak memahami atau
sengaja enggan memahami apa yang dimaksudkan dengan Integriti Pilihan
Raya yang diuruselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) yang sepatutnya
menjadi badan bebas daripada Pengaruh parti politik. Bermaksud, SPR
perlu dilihat bebas daripada sebarang pengaruh parti politik yang
mungkin bertindak berat sebelah dalam menjalankan tugas mereka.
SPR perlu bebas daripada sebarang pengaruh, sama ada pengaruh parti
pemerintah ataupun pengaruh parti pembangkang. Pemantapan integriti
melalui prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik
perlu diperkasakan.
SPR yang ditubuhkan pada tahun 1957 berfungsi untuk membuat kajian dan
persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri,
menjalankan urusan daftar pemilih dan semakan daftar pemilih serta
menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri.
Dasar SPR adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses
demokrasi di negara ini melalui bebas dan adil. Bagi memastikan bahawa
ia bebas dan adil maka SPR mesti dikemudi oleh mereka yang bebas
daripada sebarang pengaruh.
Sebagai contoh, mampukah seorang Pengadil perlawanan bola sepak yang
berasal daripada Johor bertindak secara bebas dan adil di dalam
perlawanan yang melibatkan pasukan Negeri Johor menentang Negeri Melaka?
Begitu juga dengan penyokong Negeri Melaka, mampukah mereka menerima
hakikat bahawa pasukan mereka akan diadili dengan baik apabila pengadil
perlawanan tersebut berasal daripada negeri pasukan lawannya?
Justeru sangat wajar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan
jawatan kerana ia berkaitan dengan soal integriti SPR sebagai badan yang
bebas daripada sebarang parti politik.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Presiden Intelek Malaysia
www.intelekmalaysia.org
intelekmalaysia4all@gmail.com
dipetik daripada : Selatan Online
Jadi 'HERO' dan 'HEROIN' yang BerAKAL
Kesekian kali kita mendengar tangkapan demi tangkapan,siasatan demi siasatan dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang entah bagaimana yang difikirkan oleh mereka, mereka bukanlah orang yang tidak berpelajaran,bahkan di antara mereka adalah golongan mahasiswa dan cerdik pandai.
Mungkinkah kecerdikan mereka menghalang pemikiran dengan baik dalam membuat sesuatu tindakan?.
Sebagaimana yang kita ketahui,para hukama' pernah menukilkan :
الحق بلا النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Benar, jika kita mahu melaksanakan sesuatu tindakan,tidak kiralah apa jua bentuk tindakan samada untuk kepentingan sesebuah gerakan,mahupun yang melibatkan urusan peribadi, apa yang perlu di utamakan ialah 'akal' atau pemikiran yang waras. dan akal tersebut mestilah dipandukan oleh iman.
bukannya sesuatu tindakan diletakkan hawa nafsu dalam menentukannya kerana nafsu akan mendorong manusia kepada kejelekan atau perkara yang dimurkai Allah.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan ugutan bunuh oleh seorang mahasiswa kepada Perdana Menteri Malaysia..hari ini kecoh pulak berkenaan isu seorang mahasiswi yang ditahan untuk disiasat dek ugutan bunuh kepada PM di dalam laman sosialnya.
Entah apa yang mereka fikirkan. pada pandangan saya,diorang hanya main-main dan ingin menunjukkan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan Dato' Seri PM, namun bukan begitu caranya... Negara kita mempunyai undang-undang. perkara ugut bunuh ni bukan sesuatu yang main-main sedare.
Saya melihat anak muda khususnya mahasiswa/wi kian hari semakin bangkit menentang kebatilan,namun biarlah kebangkitan yang diaplikasikan biarlah yang mengikut flow dia dan bukannya membuta tuli. Antara tindakan yang boleh kita lakukan kalau benci sangat dengan kerajaan sekarang, realisasikannya pada PRU-13 nanti..hehe
Selain itu,tindakan yang relevan buat masa sekarang ialah memberi penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang. sungguh,di luar sana ramai yang masih berada di bawah tempurung,lagi-lagi mereka yang tidak terdedah dengan kecanggihan moden,hanya berharap dan ber'iman' dengan media massa yang kebanyakannya pro kerajaan. tiada kebebasan media untuk pembangkang dan surat-surat khabar yang sudah terbukti menjadi agen pemutar belit.
Oleh itu,tugas kita@mahasiswa untuk bertungkus lumus mengeluarkan masyarakat dari kepompong 'jahiliah moden' ini. Jangan bertindak sembarangan yang boleh memakan diri,rugi sahabat-sahabat...tenaga kalian boleh digunakan dalam banyak perkara lagi. Kalau ditangkap,dihumban dalam penjara..kalian juga yang merana.
Gunakanlah segala kemahiran yang ada untuk menyedarkan masyarakat agar tidak tertipu dengan kerajaan sekarang.
Pendek kata, marilah sama-sama menjadi 'HERO' @ 'HEROIN' yang ber'AKAL'...buat sesuatu dengan berlandaskan perancangan dan secara ber'JEMAAH' bukan INDIVIDU...
عليكم بالجماعة فإن الجماعة رحمة والفرقة عذاب
Bagi kalian berjemaah(berkumpulan) kerana berjemaah itu adalah Rahmat dan berpecah itu azab
wallahua'lam.
![]() |
| Gambar Mahasiswi yang baru ditahan dek ugutan terhadap PM |

| Mahasiswa yang ditahan juga kes ugutan tempoh hari |

Saiful Bukhari dan KBSB - Pendedahan eksklusif untuk keadilan
Walaupun isu liwat DSAI sudah terbukti dan telah dikeluarkan keputusan rasmi oleh mahkamah,masih ada lagi sebahagian besar golongan-golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa DSAI tidak bersalah. Maklumlah, setelah dimomok-momokkan dan disumpah seranah sebelum ini serta pelbagai gelaran dimaki hamun kepada DSAI tanpa mengingat akan Allah yang maha Agung dan Maha Mengetahui segala sesuatu.
"Seumpama meludah dan perlu jilat balik ludah itu." begitulah mereka-mereka ini, jika EGO mereka tinggi,sudah tentu sukar untuk mereka menarik balik makian,cacian dan tohmahan serta fitnah yang digembar-gemburkan selama ini. Amat besarlah kesilapan yang dilakukan sekiranya masih belum BERTAUBAT dengan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Saya terbaca satu post pendedahan yang dilakukan oleh 'pekerja2 amal' kebenaran yang mendedahkan secara eksklusif berkenaan laman fanpage 'Kami Benci Saiful Bukhari' atau KBSB dan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa Saiful Bukhari Azlan(SBA) hanya memfitnah semata-mata dalam kes liwatnya.
sahabat-sahabat boleh membaca pendedahan eksklusif tersebut di sini[KLIK SINI] :
sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,silalah ambil masa dan baca dengan teliti bukti-bukti dan keterangan yang diberikan,jangan kita menjadi orang-orang yang hanya mendengar khabar dari mulut-mulut sebelah pihak sahaja tanpa kita memerhati dan mengkaji sendiri.
Semoga kita semua terhindar dari BAHANA fitnah kerana ianya lebih dahsyat daripada memBUNUH.
Ayuh, Kembalilah kita kepada Allah dan Rasulnya sebagaimana sekiranya kita ada kekhilafan dan perbalahan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :" sekiranya kamu bercanggah dalam sesuatu,maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya"-ayat
wallahua'lam.
Permata : asalnya nak copy paste je artikel tuh..tapi panjang sangat dan banyak gambar serta video yang disertakan...bolehlah melawat ke sana..bleh 'up'kan traffic amenoworld..hehe...massalamah!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) arah media putar-belitkan fakta?
Pengamal media stesen radio dan televisyen diminta untuk menonjolkan adegan "kerosakan yang dilakukan peserta demonstrasi" dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, dan mengelakkan adegan "keganasan polis ketika menyuraikan peserta demonstrasi".
Adegan "kerosakan" yang dimaksudkan termasuklah pembakaran kereta, kedai, kesesakan lalu lintas dan sebagainya; sementara adegan "keganasan polis" termasuklah adegan polis atau FRU memukul peserta ketika menyuraikan perhimpunan.
Demikianlah panduan yang diberikan oleh seorang pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pengamal media elektronik, dalam Seminar Kawal Selia Kandungan 2011 yang diadakan di auditorium SKMM, hari ini. Sebanyak 22 kumpulan syarikat media elektronik dijemput untuk menyertai seminar ini.
Seminar ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, mengandungi tujuh sesi taklimat, "bertujuan untuk mewujudkan platform perbincangan rasmi antara SKMM dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan badan-badan penyiar swasta mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan agar mutu dan kualiti kandungan penyiaran dapat diterjemahkan oleh badan-badan penyiar dalam idea yang segar, kreatif serta berkesan."
Seorang pengamal media yang menyertai seminar tersebut memberitahuMerdekaReview, bahawa panduan di atas diberikan oleh pegawai SKMM setelah salah seorang pengamal media membangkitkan soalan ini. Malah, pegawai SKMM yang memberi panduan itu meminta agar kata-katanya tidak didedahkan kepada umum (off the record).
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bakal mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, menuntut agar sistem pilihan raya direformasikan. Kerajaan dan polis telah memberi amaran sekeras-kerasnya, malah mengambil tindakan untuk menangkap dan menahan pemimpin yang terlibat, sebagai langkah untuk memastikan agar perhimpunan ini digagalkan.
- http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12008
*********************************************************
Permata : Tidak hairanlah kalau SKMM suruh buat macam itu,tidak dikira lagi yang mengecam sesawang web/blog yang mempromosikan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti dengan ugutan akan menutupnya,hebatnya diorang kan?=)tidak mengapalah,mereka masih ada kuasa di dunia dan lupa akan kuasa yang ada pada YANG MAHA ESA...wallahua'lam

Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Buat???
KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.
Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.
Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.
Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.
"Perkara asas apabila anda ditangkap atau ditahan Polis ialah jangan panik, bertenang dan gunakan sebaik mungkin hak anda untuk tindakan seterusnya- Latheefa
“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.
Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.
“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.
Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.
Latheefa berkata ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.
“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.
Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.
“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.
sumber : KD