Showing posts with label mahasiswa bangkit. Show all posts

Tarik Pinjaman : KPT Mesir adakan Munajat...Tanda Cakna Ahli

KAHERAH, 1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan ‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.

Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi 9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad Darul Quran, Mesir.

“Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah. Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat” katanya.

“Disamping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan seharian” ujarnya. 

Justeru itu, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.

Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah oleh generasi terdahulu.

Tabung Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu.


“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”

Disediakan oleh:

Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012

Sumber : KPT Mesir

Permata : inilah kesatuan yang dibina oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir. ahli -ahlinya ibarat isi dengan kuku, cubit paha kanan,paha kiri terasa sakitnya..moga-moga sahabat-sahabat yang teraniaya terus dibela hak dan mendapat sokongan dan bantuan dari setiap insan yang mempunyai hati dan jiwa yang ikhlas..insyaAllah..

Tarik Pinjaman : Mahasiswa Terkapai-kapai mencari RM24000

Rentetan daripada penarikan pinjaman yayasan Terengganu sebagimana yang saya telah postkan sebelum ini,beberapa orang daripada mangsa adalah merupakan pelajar Perubatan di Mesir ini. Bebanan yuran tahunan sebanyak USD8000 atau bersamaan RM24000 amat memberikan tekanan kepada mereka khususnya pelajar perubatan yang memerlukan kos yang mahal untuk menampung yuran pengajian sahaja sudah menjangkau RM24000, itu belum dikira kos perbelanjaan harian untuk kehidupan mereka.

Untuk pengetahuan ramai, kos untuk yuran pengajian perubatan adalah sebanyak RM 144,189.70 untuk enam tahun dan menyamai RM24000 setiap tahun. Jumlah yang begitu banyak tersebut memadai untuk membuat pelajar tersebut bagai terkapai-kapai kelemasan dalam mencari sumber bagi menampung kos tersebut setelah penarikan pinjaman oleh yayasan.

Kiraan Yuran Pengajian Perubatan : 
USD8000 x 6tahun = USD48000
USD48000 = RM 144,189.70 (xe.com)

Jumlah RM24000 adalah satu nilai yang sangat besar...lagi-lagi jika dinisbahkan kepada golongan awam yang hanya diibaratkan hanya 'cukup-cukup makan' bagi mereka yang 'makan gaji' peringkat bawahan, lainlah bagi mereka yang berjawatan besar,yang menabung RM1000 sehari hingga mampu membeli barangan kemas yang mahal-mahal...huhu


Setelah berita penarikan pinjaman ini tersebar di alam maya,banyak respon yang saya lihat..ada yang menyokong tindakan Yayasan,ada yang bersimpati terhadap mahasiswa yang menjadi mangsa,ada yang tidak hirau langsung, tidak kurang yang MARAH dengan tindakan yang  ZALIM oleh pihak yayasan ini.

Namun, saya sangat kurang senang dengan sahabat-sahabat yang langsung tidak hiraukan nasib saudara mereka yang dizalimi..satu renungan yang mudah untuk mereka...bayangkanlah musibah yang sahabat kita hadapi tersebut terkena atas 'kepala' kita,kemudian orang lain tidak ambil peduli..apakah perasaan kita ya?tepuk dada tanyalah iman masing-masing. tidakkah kalian pernah mendengar sabda kekasih kita,Saidina Rasulullah S.A.W :

من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
"sesiapa yang tidak mengendahkan  urusan orang-orang Islam bukanlah dikalangan mereka"

Jadilah kita di kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W dengan mengambil berat dengan isu-isu kezaliman dan penindasan saudara-saudara kita dan jangan juga kita lupakan kewajipan2 kita untuk membantu mereka serta kewajipan-kewajipan yang terpundak atas batu jemala kita...


MAHASISWA BENCI KEZALIMAN!
TIBANYA SAAT MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN!
WAHAI ORANG-ORANG ZALIM,HIRUPLAH NAFAS TERAKHIRMU SEPUAS-PUASNYA...JANJI ALLAH AKAN BERLAKU!!

Semoga Sahabat-sahabat yang tertindas dan dizalimi terus sabar dan tabah dengan ujian yang berat ini...ingatlah bahawa Allah tidak akan membiarkan orang zalim terus menerus senang...Wallahu Musta'an...

Jadi 'HERO' dan 'HEROIN' yang BerAKAL

Kesekian kali kita mendengar tangkapan demi tangkapan,siasatan demi siasatan dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang entah bagaimana yang difikirkan oleh mereka, mereka bukanlah orang yang tidak berpelajaran,bahkan di antara mereka adalah golongan mahasiswa dan cerdik pandai.

Gambar Mahasiswi yang baru ditahan dek ugutan terhadap PM


Mungkinkah kecerdikan mereka menghalang pemikiran dengan baik dalam membuat sesuatu tindakan?.

Sebagaimana yang kita ketahui,para hukama' pernah menukilkan :

الحق بلا النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Benar, jika kita mahu melaksanakan sesuatu tindakan,tidak kiralah apa jua bentuk tindakan samada untuk kepentingan sesebuah gerakan,mahupun yang melibatkan urusan peribadi, apa yang perlu di utamakan ialah 'akal' atau pemikiran yang waras. dan akal tersebut mestilah dipandukan oleh iman.

bukannya sesuatu tindakan diletakkan hawa nafsu dalam menentukannya kerana nafsu akan mendorong manusia kepada kejelekan atau perkara yang dimurkai Allah.

Mahasiswa yang ditahan juga kes ugutan tempoh hari


Sebelum ini kita dikejutkan dengan ugutan bunuh oleh seorang mahasiswa kepada Perdana Menteri Malaysia..hari ini kecoh pulak berkenaan isu seorang mahasiswi yang ditahan untuk disiasat dek ugutan bunuh kepada PM di dalam laman sosialnya.

Entah apa yang mereka fikirkan. pada pandangan saya,diorang hanya main-main dan ingin menunjukkan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan Dato' Seri PM, namun bukan begitu caranya... Negara kita mempunyai undang-undang. perkara ugut bunuh ni bukan sesuatu yang main-main sedare.

Saya melihat anak muda khususnya mahasiswa/wi kian hari semakin bangkit menentang kebatilan,namun biarlah kebangkitan yang diaplikasikan biarlah yang mengikut flow dia dan bukannya membuta tuli. Antara tindakan yang boleh kita lakukan kalau benci sangat dengan kerajaan sekarang, realisasikannya pada PRU-13 nanti..hehe

Selain itu,tindakan yang relevan buat masa sekarang ialah memberi penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang. sungguh,di luar sana ramai yang masih berada di bawah tempurung,lagi-lagi mereka yang tidak terdedah dengan kecanggihan moden,hanya berharap dan ber'iman' dengan media massa yang kebanyakannya pro kerajaan. tiada kebebasan media untuk pembangkang dan surat-surat khabar yang sudah terbukti menjadi agen pemutar belit.

Oleh itu,tugas kita@mahasiswa untuk bertungkus lumus mengeluarkan masyarakat dari kepompong 'jahiliah moden'  ini. Jangan bertindak sembarangan yang boleh memakan diri,rugi sahabat-sahabat...tenaga kalian boleh digunakan dalam banyak perkara lagi. Kalau ditangkap,dihumban dalam penjara..kalian juga yang merana.
 Gunakanlah segala kemahiran yang ada untuk menyedarkan masyarakat agar tidak tertipu dengan kerajaan sekarang. 

Pendek kata, marilah sama-sama menjadi 'HERO' @ 'HEROIN' yang ber'AKAL'...buat sesuatu dengan berlandaskan perancangan dan  secara ber'JEMAAH' bukan INDIVIDU...

عليكم بالجماعة فإن الجماعة رحمة والفرقة عذاب

Bagi kalian berjemaah(berkumpulan) kerana berjemaah itu adalah Rahmat dan berpecah itu azab
wallahua'lam.

ARMA : ANTARA KEBAJIKAN DAN BAHAN UGUTAN

web pmram 
 
Semenjak penafian awal hak PMRAM dalam meduduki anjung ARMA yang sudah pun berlalu selama hampir dua dekad, siri demi siri penafian hak telah dilalui PMRAM dan juga ahlinya.
Setiap peristiwa dan catatan kronologi daripada setiap penafian hak tersebut memberikan kesan yang cukup mendalam dan   dapat dilihat hingga kini.

Bagaimana kita lihat hak yang telah dipersetujui antara PMRAM dan pihak kedutaan iaitu kuasa pemutus kepada dasar pentadbiran ARMA perlu melibatkan 3 orang wakil badan pengurus telah pun dihapuskan daripada peraturan ARMA 1981 tanpa perbincangan secara bersama dengan pihak PMRAM.
Ketiadaan 3 orang wakil PMRAM dalam struktur jawatankuasa pemutus dasar pentadbiran ARMA untuk membuat keputusan sekaligus sebagai ahli mesyuarat telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap pihak-pihak tertentu.

Ini dapat kita lihat apabila keputusan yang hampir merenggut hak bersuara 3 orang mahasiswa yang menetap di ARMA yang telah diugut untuk dikeluarkan daripada ARMA ekoran terlibat dalam perhimpunan BERSIH baru-baru ini.

Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya perjuangan untuk mendapatkan kembali hak keberadaan 3 orang wakil PMRAM dalam jawatankuasa lembaga itu.

Ini kerana, seperti yang termaktub dalam peraturan asrama tahun 1981, PMRAM mempunyai kuasa dalam kumpulan mesyuarat pentadbiran dan pengurusan ARMA. Berikut senarai ahli jawatankuasa asal pentadbiran dan pengurusan ARMA:-

1. Pengarah, JPM (Pengerusi)
2. Penyelia Asrama (Setiausaha)
3. Pegawai Kebajikan (I) JPM
4. Pegawai Kebajikan (II) JPM
5. Juruwati Asrama
6. Tiga orang wakil PMRAM

Ahli Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang berhak membuat dasar dan keputusan  serta menjadi penasihat dan menimbang sebarang rayuan daripada pelajar.

Walaupun bilangannya hanya 3 daripada 8, sekurang-kurangnya pihak PMRAM dapat menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu keputusan. Akan tetapi kumpulan Ahli Jawatankuasa ini dibubarkan dan diubah tanpa restu dan persetujuan PMRAM dan sekaligus menafikan hak keberadaan PMRAM di ARMA.

Tujuan asal perjuangan orang-orang dahulu untuk mendirikan sebuah asrama adalah untuk kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di sini, namun kini asrama tersebut iaitu ARMA telah dijadikan sebagai ‘senjata’  dan bahan ugutan  bagi mahasiswa yang berani bersuara menyatakan pendapat mereka.

Usaha untuk mendapatkan semula ruang  pejabat PMRAM di ARMA telah pun dimulai dan dilakukan oleh mereka terdahulu yang cintakan hak dan kebajikan.

Maka peranan kita pula selaku mata rantai penerus perjuangan untuk mempertahankan tujuan murni mereka itu agar ia kekal menjadi tujuan kebajikan dan tiada unsur memberatkan terhadap mana-mana individu yang bersuara.

Bersama-samalah  kita memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dikecapi oleh PMRAM. Dan bangkitkanlah sensitiviti dan semangat sesama ahli dalam memperjuangkannya. Tidak lain tidak bukan hanya untuk kebajikan kepada seluruh mahasiswa.

“ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka”
Semarak Gelombang Kuning.


Disediakan oleh:-

Muhammad Nadzir b. Jamaluddin
Pengarah,
Unit Panitia ARMA,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.
Sumber : Web Rasmi PMRAM

Gelagat KJ Boboy berhadapan dengan Pelajar

Dalam satu majlis berbuka puasa yang dia adakan di Mansurah, en. KJ boboy yang sudah cuak perangainya oleh pelajar-pelajar mesir turut hadir sama...pun begitu,kehadirannya membuka peluang bagi pelajar-pelajar bersua muka dengannya untuk berbicara berkenaan isu kezaliman terhadap mahasiswa yang kian menjadi-jadi.

pendedahan yang dilakukan kak limah mungkin menyebabkan KJ boboy takut untuk berhadapan dengan pelajar kerana difahamkan beliau hanya menunggu dalam kereta setibanya di tempat majlis apabila melihat sekumpulan pelajar memegang sepanduk yang tertera "Sila Hantar KJ pulang!!!"..takut ke KJ boboy?

rakaman di bawah adalah antara adegan dan peristiwa yang berlaku di sana.




Musykil :
  1. larangan untuk pelajar ambil gambar,tapi KJ boboy boleh ambil plak?
  2. nampak Pengarah EM bengang dengan KJ jee..
  3. KJ boboy libas kamera/video pelajar?

Pengurusan Haprak En Khairi Jalaludin (Atase Pendidikan EM Mesir).

"Isu mahasiswa di Mesir yang berlaku baru-baru ini tidak senyap begitu sahaja. Timbul pula isu baru berkaitan pengurusan KJ.

FB Kak limah telah mendedahkan pelbagai kejahatan yang telah dilakukan oleh en.KJ. Antara tugas utama KJ adalah untuk memastikan semua pelajar di Mesir akan menyokong UMNO.

KJ terlalu sibuk untuk mengUMNOkan orang sampai terabai kerja utama dia selaku Atase Pendidikan. KPT (kementerian Pengajian Tinggi) melantik beliau untuk menjalankan tugas selaku pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke universiti-universiti di Mesir ini. malang sekali tugasan utama beliau terbengkalai dan menyusahkan orang lain.

Isu terbaru berkaitan pengurusan pegawai "haprak" ini telah terbongkar apabila seorang mahasiswi Universiti Ain Shams bernama Hanisah Hashim mendedahkan kelalaian KJ dalam mengurus kemasukan beliau ke tempat pengajian beliau.

Saudari hanisah telah menerima surat "Pemakluman Kemasukan Ke Universiti di Mesir" dari pihak KPT yang bertarikh pada 8 disember 2009. Surat tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah mendapat tempat di Universiti Ain Shams dan akan memulakan pengajian pada sesi 2009/2010.

surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 1)

surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 2)

Saudari hanisah telah mengalami beberapa masalah sehingga terpaksa memohon untuk menagguhkan pengajiannya. Permohonan beliau telah dihantar kepada KJ untuk diuruskan dan dimaklumkan kepada pihak Pejabat Pelajar Luar (wafidin) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Pihak KPT telah memberi jawapan balas kepada saudari hanisah terhadap permohonan tersebut dan menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan pendaftaran bagi sesi 2009/2010.

surat penangguhan pendaftaran (16 julai 2010)

Namun malang sekali, KJ telah menipu pihak KPT dengan memaklumkan bahawa permohonan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Ini terbukti apabila pihak universiti mengesahkan bahawa status pengajian hanisah adalah mengulang tahun "repeat year" bukan sebagai pelajar baru sesi 2010/2011. Status pengajian ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung sendiri kos yuran yang berganda sebanyak GBP 3000 bersamaan LE 30,000 (RM 15,000).

Rentetan dari bebanan yuran yang tidak mampu dijelaskan, saudari hanisah tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan sesi 2010/2011.
pengesahan status pengajian "repeat year" saudari hanisah dari pihak universiti.


"financial slip" yang perlu dijelaskan berjumlah GBP 3000 / RM 15,000.

Isu ini jelas menunjukkan pengurusan haprak KJ yang telah menipu pihak KPT dan menyusahkan banyak pihak. Mahasiswa sedar menyarankan agar pihak KPT menyiasat maklumat yang telah diberikan oleh pegawai ini dan memilih pegawai yang profesional untuk menjalankan amanah tugasan. En Khairi Jalaludin perlu dipanggil pulang dan menamatkan perkhidmatannya di Mesir.

Kerana terlalu sibuk dengan tugasan parti, kerja utama selaku Atase terbengkalai.


sumber :http://ibnharith.blogspot.com/ "

PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, En Khairi Jalaluddin

KAHERAH, 9 Ogos - Satu aduan berkaitan salah laku seorang pegawai EM, En Khairi Jalalluddin ke atas seorang mahasiswi perubatan bidang pergigian Universiti Ain Shams telah diterima oleh pihak PMRAM tengahari tadi.

Aduan tersebut berkaitan kekeliruan status penangguhan kuliah selama setahun oleh mahasiswi tersebut, Hanisah binti Hashim yang berasal dari Selangor.

Beliau disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.

Sehubungan itu, beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK (sekarang EM) rujukan JPMK(AKA)1000/016/06(03) atas alasan Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi , Pegawai Atase EM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia.

Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa saya sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah dibuat.

"PMRAM memandang kes ini sebagai isu penganiayaan ke atas mangsa (Saudari Hanisah Hashim). Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci bagi tindakan susulan," ujar Syeikh Mujahid, Naib Presiden III, selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini dan surat yang JPMK yang telah dikeluarkan daripada En. Khairi selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam isu ini. Kita juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membela nasib saudari kita ini," tambah beliau lagi.

sumber : PMRAM

Isu Mahasiswa : Temubual Bersama Ustaz Ridhuan Mat Nor




5 OGOS - Pihak Media Mesir hari ini telah menyiarkan video temubual eksklusif bersama Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan YB Khalid Samad berhubung isu pencabulan hak mahasiswa.



Video selama 3 minit 48 saat boleh didapati pada pautan di bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=CgkwcClKwRk (klik)

sumber asal : http://mediamesir.blogspot.com

KJ Boboy sayang...sila kemas barang dan pulang!

Bismillah walhamdulillah.

Akhir-akhir ini,air nil yang sentiasa mengalir tenang menyaksikan kebangkitan mahasiswa timur tengah khususnya mesir melawan kezaliman dan kekejaman pihak yang kononnya 'menjaga kebajikan' para pelajar di Mesir ini.

Banyak kes yang berlaku dek kerakusan nafsu serakah yang ingin melihat mahasiswa kita mandom dalam mendepani isu-isu yang berlaku terutama yang melibatkan politik sedangkan mahasiswa kita adalah warga Malaysia yang mempunyai hak individu yang wajib diraikan oleh mana-mana pihak.

Bermula dengan isu pembuangan saudara Alang@Firdaus Mazlan yang dikeluarkan dari pengajiaannya di Darul Ifta' Al-Misriyyah(kursus mufti) yang hanya berbaki seminggu untuk ditabalkan sebagai graduan,dibuang tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab telah membogelkan sikap profesional satu pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini.

Antara pendedahan yang dibuat oleh Kak Limah


Mahasiswa dipanaskan lagi dengan isu pembuangan sahabat-sahabat daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiyah(kini dikenali Dewan Malaysia Abasiah Kaherah) juga menunjukkan pihak yang terlibat tidak profesional dalam melaksanakan tugas. Tanpa sebarang dokumen yang membuktikan dan hanya dengan arahan lisan menyebabkan mereka senang untuk bermain lidah dengan isu ini,namun hakikatnya 3 orang sahabat yang dibuang telah tampil di hadapan ribuan mahasiswa untuk adakan pengakuan ketika munajat perdana dan qunut nazilah yang diadakan di dataran Hayyu Asyier.

Tidak puas dengan itu,pihak yang suka dengan kekejaman ini terus rakus mendabik dada dan mengugut pelajar-pelajar untuk ditarik pinjaman dan zakat pengajian mereka,agaknya mereka bangga dapat menggunakan kekuasaan yang ada pada mereka untuk menyekat kebebasan hak mahasiswa. 40 orang pelajar dari Negeri Perak di senarai hitamkan dan pelajar-pelajar disulitkan untuk membuat urusan di Education Malaysia.

Semalam,4 ogos mahasiswa terus diapikan perasaan mereka disamping bahang cuaca yang seakan-akan merasai bahang kebangkitan mahasiswa dengan 6 orang mahasiswa Terengganu yang dihantar surat oleh yayasan terengganu untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kpd pihak mereka.

Dalam kepanasan yang sedang membara,muncul satu lembaga yang digelar 'kak limah' oleh mahasiswa Mesir. 'kak limah' ini merupakan hacker yang berjaya memecah masuk ke dalam laman sosial seorang pegawai atase pendidikan,en,khairi jalaluddin atau nama glamournya 'kj boboy' dan telah membongkar segala kegiatan balik tabir dan sememangnya terbukti bahawa segala tindakan yang disebut di atas adalah di dalangi oleh pegawai ini.

Sahabat-sahabat semua boleh merujuk laman facebook 'KJ bocor fan Club' untuk menyaksikan sendiri bukti-bukti yang dikeluarkan oleh 'kak limah' berkenaan salah laku pegawai ini. Semuanya fakta dan bukannya auta.

Dengan kebangkitan mahasiswa,saya merasakan bahawa kj boboy yang terbukti ketidakrasionalan kewujudannya di sini(mesir) sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia kerana telah memalukan institusi pendidikan dan pihak Education Malaysia(EM) dengan kewujudan pegawai sebegini.

Moga-moga,ramadhan yang mulia ini membuka pintu hati kj boboy untuk bertaubat dan membetulkan keadaan dan ketegangan yang dilakukannya serta berkemas barang dan berambus dari ardhul kinanah ini sebelum munajat dan doa mahasiswa yang dizalimi menenggelamkan kamu di bumi kinanah. kalau kamu tiada perasaan sekalipun,ingatlah penderitaan anak isteri kamu..wallahua'lam.

serangkap pantun dariku untukmu kj boboy...

berapi-api kemarahan mahasiswa mahasiswi
semakin meletup kedatangan kak limah
kj boboy buat apa kau bertangguh lagi?
kemas barang,minta maaf...teruslah kau blah!


Sebagai rujukan dan perhatian sahabat-sahabat,boleh mendapatkan berita-berita semasa dan terkini dari beberapa sumber yang dipercayai iaitu :

1) http://mediamesir.blogspot.com/
2) https://www.facebook.com/pages/KJ-Bocor-Fan-Club/168407069899029  - (kj bocor) 

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -