Showing posts with label zakat. Show all posts
MAIDAM buat Program tergesa-gesa?
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah mengumumkan melalui wakil rasmi mahasiswa di bumi Mesir ini berkenaan satu program pengagihan duit zakat untuk kali keduanya selepas pengagihan kali pertama dilaksanakan di bumi Mesir tempoh hari sempena rombongan kerajaan yang diketuai oleh YB Khazan Che Mat.
Program tersebut akan berlangsung di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012,isnin akan datang.
Sebelum ini,pihak MAIDAM memaklumkan akan memasukkan baki duit zakat tersebut ke dalam akaun masing-masing,dalam minggu inilah(13-19 Mei) seperti yang dijanjikan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang menelefon MAIDAM.
Namun,hari ini satu makluman berkenaan program pengagihan baki zakat sebagaimana dalam gambar di atas.
Para mahasiswa ketika ini sedang bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperiksaan semester kedua dan ada yang sedang berperang dengan soalan-soalan peperiksaan,mudah cakap,semua mahasiswa yang mendapat bantuan dermasiswa(baca zakat) berada di bumi Mesir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.
Apakah rasionalnya pihak MAIDAM mengadakan program last minit seperti ini?
Bagi pandangan peribadi saya,dan sangka baik saya,pihak MAIDAM ingin memberikan amanat kepada ibu bapa dalam mempastikan pelajar-pelajar di bumi Mesir lebih memfokuskan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Itu seperti kebiasaanlah pihak seperti MAIDAM memberi alasan.
Namun,selama saya menyertai program-program seperti ini,yang terbaru,diadakan di Asrama Rumah Melayu(ARMA-Abbasiah,Kaherah), ternyata ungkapan dan ucapan berbaur politik dibentangkan kepada pelajar. Begitu juga program-program anjuran MAIDAM sebelum-sebelum ini,kali pertama boleh diandaikan tersalah/tersilap..tapi kalau sudah kerap kali?nilaian kalianlah sebagai jawapannya..:)
Pun begitu,saya berharap,program ini tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelma(sampai sudah bakal,ntah bila pastinya..huhu). Tentunya saat dan peluang ini boleh digunakan untuk meraih undian kepada kerajaan sekarang,kononnya kerajaan sekaranglah bertungkus lumus memberi kemudahan dan bantuan kepada rakyat,ya! memang itu saya tidak nafikan,kalian sebagai sebuah kerajaan.Terima Kasih Kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan(mana-mana kerajaanpun) baik BN,PAS dll untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
Namun yang disesali ialah sifat bangga diri dan takbur pihak yang membuat jasa seolah-olah semuanya mereka yang tentukan hingga terlupa(bukan sengaja kot) semua itu adalah amanah ALLAH kepada mereka yang mana akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan kelak. kalau api lilin sudah tidak mampu kita tahan,usahlah mengundang api yang sepercikannya mampu memusnah bumi!.
Cadangan saya,disamping membuat perjumpaan dengan ibubapa(wakil),seharusnya pihak MAIDAM lebih kerap turun ke medan bagi mengetahui keadaan semasa pelajar-pelajar,persoalan-persoalan yang terperam di minda setiap pelajar harus dijawab dan diberi pencerahan.
Mungkin program ini dirancang last minit sehingga tidak sempat menghantar surat,saya kecewa dengan sudut pengurusan mereka kerana boleh saya katakan masih diperingkat rendah,sepatutnya lebihkan kursus bagi memperbaiki sistem pengurusan dan juga akhlak pekerja!.
Akhlak pekerja?
Ya,kerana baru-baru ini saya ada menghubungi pihak MAIDAM untuk mengetahui status permohonan saya, namun saya tersentak dengan rungutan pegawai yang menjawab panggilan apabila terdengar rungutan dari jauh dengan katanya : "owoh...zakat pulookkkk....."-dengan nada rungutan. Mungkin pegawai tersebut terlupa bahawa saya sedang mendengar melalui ceropong telefon ketika itu. Harap pegawai-pegawai yang bekerja secara amanah tidak melakukan hal yang sedemikian,kerana menandakan anda tidak ikhlas dalam pekerjaan.- lain kali,letak telefon dalam laci,insyaAllah saya tidak mendengar..heh! :p
Akhirnya,sekali lagi,saya berharap MAIDAM dapat memperbaiki cara pengurusan mereka kerana sudah banyak kesilapan dan kelemahan yang sama ditonjolkan. Pengurusan yang tidak cekap itu boleh melambangkan bagaimana kalian menguruskan harta zakat,harta yang diamanahkan oleh rakyat untuk kalian menguruskannya. Bagaimana mahu meraih kepercayaan rakyat?fikir-fikirkanlah..
wallahua'lam
Wan Harujan merepek!! tidak menjawab isu yang ditimbulkan
Assalamualaikum w.b.t
Semalam heboh diperkatakan berkenaan video yang konon-kononnya pihak MAIDAM memperjelaskan isu.namun bagi saya,ianya tidaklah menjelaskan isu,bahkan merepek.kenapa saya berkata sedemikian?nanti kalian boleh lihat dan teliti dengan betul-betul hujah dan keterangan yang saya cuba sampaikan.kalian boleh menilai dengan fikiran waras kalian bagaimana isu zakat ini diputarbelitkan dan di'gula-gula'kan oleh pihak yang tidak AMANAH dengan tanggungjawab yang diberikan.
Baik, untuk permulaan,kalian lihat dan dengarlah setiap butir bicara Wan Harujan yang selaku ketua pegawai eksekutif MAIDAM Terengganu.
Bagi yang mempunyai internet yang 'ciput' boleh baca ini :
Pertama : Isu yang digembar-gemburkan sebelum ini mengenai SEKATAN ZAKAT bukanlah untuk mengetahui berkenaan kaedah potongan,peratusan potongan kalau lebih empat tahun dan sebagainya kerana semua ini telah jelas dan diketahui oleh semua pihak. Namun yang sepatutnya dijelaskan oleh HARUJAN ialah kenapa duit zakat yang telah diLULUSkan kepada para pelajar tidak diberikan??? untuk pengetahuan ramai,sejumlah 14 orang mahasiswa yang telah diluluskan bantuan mereka telah disekat sebahagian duit bantuan mereka kerana tidak menepati asnaf zakat, kata MAIDAM.
Tidak percaya? boleh lihat contoh surat di bawah ini.
Dan antara luahan yang diucapkan oleh pelajar-pelajar yang disekat zakat mereka :
Kedua : bercakap soal asnaf zakat,14 orang yang disekat sebahagian zakat mereka bukanlah yang sudah tamat belajar,bukan juga yang gagal peperiksaan,bukan juga yang melancong...TAPI,yang disekat separuh zakat mereka adalah hanya SATU persamaan 'alasan' mereka untuk menyekat bantuan ini. alasan itu ialah mereka,yakni pelajar-pelajar yang disekat ini tidak HADIR ke program yang di anjurkan oleh pihak MAIDAM di bumi Mesir ini...- ehem2..awak kata tu ada bukti ke??? ye,dengan saya ada senarai nama mereka yang disekat.dan dikalangan mereka adalah pelajar yang berjaya naik tahun,najah(berjaya) dalam peperiksaan, tidak hadir program kerana bercuti di Malaysia dsb. eh, cuba kita lihat dan hayati ini :
5- Riqab - Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada ikatan atau belenggu perhambaan.
Di Singapura, Zakat didalam kategori penerima ini dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan. Asnaf ini juga menolong anak-anak dari asnaf fakir miskin dalam perbelanjaan mereka.
6- Gharimin - Seseorang yang terpaksa berhutang dan memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asasnya.

kalian dah dengar?dah baca?baik...jom kita perhatikan satu persatu.BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum W.B.TDengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasn berkenaan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak mengenai dakwaan mengatakan bahawa duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir telah disekat.Yang pertama saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa pengagihan wang zakat melibatkan parti politik yang sebenarnya apa jua keputusan yang dibuat adalah tidak tertakluk kepada mana-mana pengaruh atau arahan mana-mana pihak.Majlis boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan hukum syarak atau peraturan serta pekeliling yang ditetapkan.Dakwaan mengatakan bahawa bantuan zakat kpd pelajar di mesir disekat adalah tidak benar sama sekali kerana berasaskan maklumat yang kita ada, jumlah bantuan zakat ditambah.misalnya tahun 2008 sejumlah 274 penerima dan wang yang telah kita agihkan sebanyak 1.4 juta,manakala tahun 2009 jumlah yang diagih 1.5 juta,2010 1.2 juta,2011 1.7 juta dan bagi 2012 peruntukan yang diberi bagi membiayai bantuan kpd para pelajar yang menuntut di mesir dibawah asnaf fi sabilillah berjumlah 2.1 juta. Ini menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekat tetapi kita tambah bantuan.Walaubagaimanapun mesyuarat telah memutuskan beberapa sekatan ke atas pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaan atau telah lebih tempoh 4 tahun bagi ijazah pertama yang mana dengan keadaan demikian kita masih lagi membantu tetapi jumlah dikurangkan berdasarkan jumlah-jumlah tertentu yang ditetapkan oleh pihak majlis.Selain daripada itu,sekatan juga dikenakan sekiranya pelajar-pelajar berkenaan tidak menunjukkan prestasi dari segi kelulusan pelajaran di tahun-tahun mereka menuntut dengan dikenakan kadar potongan peratus yang tertentu.Jadi apa yang dikenakan sekatan,tujuan sebenar adalah untuk membolehkan wang ini digunakan sebaik mungkin dan para pelajar mengambil perhatian supaya menumpukan kepada pelajaran dan Berjaya dalam pelajaran.Dan kita telah bersetuju untuk menambah jumlah bantuan sekiranya mereka Berjaya dalam peperiksaan tahunan samada memperoleh jayyid jiddan atau mumtaz. Kadarnya akan dinaikkan sekiranya mereka memperolehi kejayaan di peringkat sedemikian. Terima kasih
Pertama : Isu yang digembar-gemburkan sebelum ini mengenai SEKATAN ZAKAT bukanlah untuk mengetahui berkenaan kaedah potongan,peratusan potongan kalau lebih empat tahun dan sebagainya kerana semua ini telah jelas dan diketahui oleh semua pihak. Namun yang sepatutnya dijelaskan oleh HARUJAN ialah kenapa duit zakat yang telah diLULUSkan kepada para pelajar tidak diberikan??? untuk pengetahuan ramai,sejumlah 14 orang mahasiswa yang telah diluluskan bantuan mereka telah disekat sebahagian duit bantuan mereka kerana tidak menepati asnaf zakat, kata MAIDAM.
Tidak percaya? boleh lihat contoh surat di bawah ini.
![]() |
| Penerima surat ini tidak diberikan separuh lagi haknya kerana tidak berada di Mesir akibat pulang mendapatkan rawatan. |
Dan antara luahan yang diucapkan oleh pelajar-pelajar yang disekat zakat mereka :
Kedua : bercakap soal asnaf zakat,14 orang yang disekat sebahagian zakat mereka bukanlah yang sudah tamat belajar,bukan juga yang gagal peperiksaan,bukan juga yang melancong...TAPI,yang disekat separuh zakat mereka adalah hanya SATU persamaan 'alasan' mereka untuk menyekat bantuan ini. alasan itu ialah mereka,yakni pelajar-pelajar yang disekat ini tidak HADIR ke program yang di anjurkan oleh pihak MAIDAM di bumi Mesir ini...- ehem2..awak kata tu ada bukti ke??? ye,dengan saya ada senarai nama mereka yang disekat.dan dikalangan mereka adalah pelajar yang berjaya naik tahun,najah(berjaya) dalam peperiksaan, tidak hadir program kerana bercuti di Malaysia dsb. eh, cuba kita lihat dan hayati ini :
إِنَّمَا
الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا
وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي
سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ
عَلِيمٌ حَكِيمٌ
kalau bahasa melayu ini antara point2nya :
1- Fakir - Seorang
yang tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian. Ini adalah
orang-orang yang sangat sengsara, yang tidak mempunyai apa-apa, untuk
menampung keperluan harian
2- Miskin - Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan mereka. Kewangan ini digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, bil air lampu dan perubatan
3- Amil - Seseorang yang dilantik untuk memungut ZAKAT dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan ZAKAT.
4- Muallaf - Seseorang yang baru memeluk agama Islam. Bantuan
ini diberikan kepada Saudara baru yang baru memeluk agama Islam. Elaun
serta latihan bagi mereka untuk lebih mengenal erti seorang Muslim.
5- Riqab - Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada ikatan atau belenggu perhambaan.
Di Singapura, Zakat didalam kategori penerima ini dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan. Asnaf ini juga menolong anak-anak dari asnaf fakir miskin dalam perbelanjaan mereka.
6- Gharimin - Seseorang yang terpaksa berhutang dan memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asasnya.
Zakat boleh diberikan kepada seseorang yang berhutang untuk keperluan asasnya.
Bantuan
untuk melunaskan hutang akan diberikan sekali sahaja untuk keperluan
asas seperti bil air, lampu dan yuran penyenggaraan.
7- Fisabilillah - Mereka yang berjuang kerana Allah, demi kebaikan masyarakat.
Fisabilillah
meliputi semua perkara yang baik, terutama usaha-usaha dalam membantu
memperjuangkan agama Allah. Gaji pegawai dakwah bagi membantu unit
strategik masjid, asatizah dan pendidikan Islam.
8- Ibnissabil - Musafir yang terkandas dalam perjalanan.
Bantuan
yang diberi termasuk bantuan makanan dan tiket untuk perjalanan pulang
bagi mereka yang terkandas dalam perjalanan yang dibenarkan.
eh??? ada tak syarat kena pergi program MAIDAM?dalam kitab mana ya menyebut syarat asnaf zakat kena hadir program maidam???boleh bagi tajuk kitab?heh!
oh...mungkin tidak memahami bahasa melayu...ini saya bagi dalam bahasa inggeris pulak ye :
| 1- Fakir: Has neither material possession nor means of livelihood |
|
| 2- Miskin: Does not have sufficient means of livelihood to meet his/her basic need |
|
| 3- Amil: Appointed to collect Zakat and the expenses incurred in the administration of Zakat | |
| 4- Muallaf: Recently embraced Islam | |
| 5- Riqab: Wants to free himself/herself from bondage or shackles of slavery. In Singapore this category of recipients is spent to those who need help to pursue their education | |
| 6- Gharimin: In debt but needs assistance to meet his/her basic needs | |
| 7- Fisabilillah: Strive in the cause of Allah for the betterment of the community | |
| 8- Ibnussabil: Stranded travellers on a permissable journey |
Ketiga : ini sesuatu yang mustahak dan kalau tidak disiasat betul-betul,boleh berlaku penyelewengan dan ketirisan....baik,selepas sebahagian zakat disekat setelah bantuan mereka diLULUSkan oleh pihak MAIDAM...timbul satu persoalan, DIMANAKAH DUIT BANTUAN YANG TELAH DILULUSKAN TERSEBUT??? jika dihitung, separuh zakat yang disekat berjumlah RM2500 setiap orang,kalau didarab dengan 14 orang?? bersamaan RM35000. jadi, WAN HARUJAN perlu jawab,ke manakah duit pelajar tersebut?ada sesiapa tahu jawapan???wallahua'lam...
hmmm...kalian buatlah penilaian betul-betul...betul atau tidak tindakan MAIDAM ini....sebenarnya saya kurang bersetuju dengan tindakan MAIDAM menukar nama bantuan zakat kepada bantuan DERMASISWA...rasionalnya ape?sebab bagi saya,kalau guna nama dermasiswa,sensitiviti terhadap wang zakat adalah kurang..tapi kalau guna nama wang ZAKAT?ha...nampak kepentingan dan kewajipan menguruskannya dengan cara yang teliti dan berhemat...kalau guna nama dermasiswa,macam kurang sensitiviti terhadap wang tersebut..wallahua'lam.
Saya hanya mengatakan yang benar,tidak hairan kalau selepas ini,mungkin nasib saya seperti sahabat2 yang lain,disekat zakat dan sebagainya..namun itu semua tidak menjadi halangan untuk saya mengatakan kebenaran..'jenuh' sudah berada dalam keadaan hipokrit...disekat itu,sekat ini...tidak boleh bersuara,berhimpun dan sebagainya...saya ingin Malaysia betul2 mempunyai suasana demokrasi yang adil sebagaimana adilnya pemerintahan Islam dizaman era khilafah islamiyyah...ingatlah.zaman itu akan kembali...insyaAllah...
sekian..wallahua'lam.
Hukum Penggunaan Wang Zakat. Lampiran Khas 2
Amil Zakat
Amil zakat bermaksud orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menguruskan harta zakat. Mereka merangkumi;
- al-Hasyir: yang mengumpul data pemilik harta yang bakal dikenakan zakat.
- al-'Arif; yang meninjau orang-orang yang layak menerima zakat.
- al-Hasib; yang menguruskan pengiraan harta zakat.
- al-Katib; juru tulis/pencatat bagi hal berkait pengurusan zakat.
- al-Jabi; yang menjalankan pungutan zakat.
- al-Qassam; yang menjalankan pengagihan harta zakat.
- Hafizul-Mal; yang menyimpan atau mengawasi simpanan harta zakat.
Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu'; diberikan kepada semua mereka di atas dari saham amil kerana semua mereka termasuk dalam pengertian amil-amil zakat, yakni mereka diberikan dari saham yang dinamakan saham amil iaitu 1/8 zakat.
(al-Majmu', Kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/175).
Jawatan yang berhak mendapat saham amil tersebut hanyalah yang ada kaitan secara langsung dengan tugas-tugas pentadbiran zakat. Kerana itu, Imam an-Nawawi menjelaskan lagi; Di sisi ashabuna (yakni fuqahak mazhab Syafiie); "Tiada hak dalam harta zakat untuk sultan/pemerintah, gabenor wilayah dan qadhi (hakim), akan tetapi gaji mereka -jika mereka tidak bertugas secara sukarela- hendaklah diambil dari Baitul-Mal (dari harta khumus yang diperuntukkan bagi maslahah-maslahah negara) kerana tugas/pekerjaan mereka umum bagi maslahah sekelian kaum muslimin, berbeza dengan amil zakat (yang bertugas khusus untuk harta zakat, maka layak diberikan upah dari harta zakat)"
(al-Majmu', 6/175).
Menurut fuqahak; kadar zakat yang diberikan kepada amil-amil ialah yang bersesuaian dengan upah kerja/tugas mereka. Jika saham 1/8 yang diperuntukan untuk amil menyamai kos upah amil, diberikan semua saham itu kepada mereka. Jika saham itu melebihi kos upah tersebut, diberikan kepada mereka kos upah mereka dan yang selebihnya hendaklah dipulangkan kepada asnaf-asnaf yang lain.
Jika saham 1/8 itu tidak cukup untuk menampung kos upah mereka, para ulamak berbeza pandangan;
1. Sebahagian berpandangan; diambil dari bahagian asnaf-asnaf yang lain.
2. Sebahagaian berpandangan; ditampung dengan wang dari Baitul-Mal.
Menurut mazhab Syafiie; jika imam (pemerintah) ingin menetapkan upah bagi pegawai-pegawai pengurusan zakat semuanya diambil dari Baitul-Mal (tanpa melibatkan harta/wang zakat), hukumnya harus. Jika ini dilakukan, semua harta zakat diagihkan kepada asnaf-asnaf yang lain.
(al-Majmu', 6/175).
Merujuk kepada kes Dato Jamil Khir;
1. Menggunakan harta zakat untuk bayaran guaman bagi kes berkait dengan JAWI dan mengambilnya dari saham Amil adalah tidak tepat kerana kes itu tidak ada kaitan dengan tugas/peranan pengurusan zakat.
2. Kadar yang diberikan kepada amil bukanlah sewenang-wenangnya, tetapi bersesuaian dengan kadar upahnya sahaja iaitu dengan melihat kepada peranannya dalam pengurusan zakat. Dalam kes Jamil Khir, jumlah yang terbabit (bagi bayaran guaman itu) di luar logik jika hendak dianggap sebagai upah amil di samping ia tiada kaitan dengan pengurusan zakat sebagaimana disentuh tadi.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Hukum Guna Wang Zakat : Lampiran Khas 1
Hukum Penggunaan Wang Zakat : Lampiran Khas
1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.
Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;
تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)”
(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).
Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;
إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ
“Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan”
(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).
2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina ‘Umar pernah menegaskan;
إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.
“Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim”.
Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً
(Surah an-Nisa’, ayat 10)
Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; “Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka”
(al-Majmu’, kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).
3. Golongan yang berhak menerima zakat
Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;
1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(at-Taubah: 60)
4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.
(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).
Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?
5. Pengertian Sabilillah
Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;
“Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai’)”
(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).
6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;
“Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik”
(al-Majmu’, Imam an-Nawawi).
7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):
Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)”.
8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha’ yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum”.
(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).
9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah “Fi Sabilillah”, penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; “Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….”.
(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).
10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; “Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja”
(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia