Showing posts with label penindasan mahasiswa. Show all posts

Hilanglah Pewaris...

Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul 'Izzati yang masih lagi membenarkan diri yang hina ini untuk bernafas dalam udara ramadhan. Semakin hari semakin suram dan muram dek waktunya sudah ke penghujung..meninggalkan manusia yang alpa dengan kesibukan duniawinya.

Sedihnya bakal ditinggalkan Ramadhan ditambah lagi kesedihan melihat generasi pelapis dan bakal pewaris para nabi digula-gulakan. Semangat mereka dicantas,disekat dan sebagainya lagi dengan tujuan menjaga kepentingan sesuatu pihak.


Pelajar-pelajar yang bercita-cita murni untuk menyambungkan pelajaran ke bumi anbiya',Mesir semakin hari semakin dilunturkan dengan 'agenda' tersembunyi yang boleh jadi dilayarkan oleh individu2 tertentu agar dapat mengawal jumlah pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Daripada sejumlah yang mengambil imtihan qabul(ujian kelayakan),hanya seramai 111 orang yang berjaya untuk menyambung ke Universiti Al-Azhar,Mesir. berikut merupakan jumlah dari setiap negeri :

Kedah : 32 Orang
Selangor : 28 Orang
Kelantan : 17 Orang
Perak : 10 Orang
Johor : 6 Orang
Pahang : 6 Orang
Perlis : 3 Orang
Melaka : 2 Orang
Negeri Sembilan : 2 Orang
Sabah : 2 Orang 
Terengganu : 2 Orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 1 Orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya : 0 Orang
Wilayah Persekutuan Labuan : 0 Orang
Pulau Pinang : 0 Orang
Sarawak : 0 Orang
Baru-baru ini terbitnya satu kumpulan yang menubuhkan satu facebook fanpage [
Kami Mahukan Ramai Pelajar Malaysia Dapat Menyambung Pelajaran Ke Al-Azhar]..Usaha murni yang mereka lakukan tersebut semata-mata mahu melihat bakal-bakal pelapis agama Allah terus diberikan peluang untuk menimba ilmu di bumi para nabi ini. Waalid menyokong 100% desakan itu dan berharap agar kalaulah ada 'tangan2 ghaib ' yang berperanan dalam isu ini,bolehlah membatalkan agenda kalian!

Suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini.

Peratusan Lulus Imtihan Qabul
Melihat kepada kajian statistik yang dibuat,peratus yang lulus(berjaya) dalam imtihan qabul amat menyedihkan dan peratus yang gagal pula sangat 'memberangsangkan'! secara logiknya,bukankah sepatutnya ada usaha untuk mengurangkan masalah tidak lulus ini?. Imtihan Qabul ini hanyalah menguji tahap kelayakan para pelajar..kalau semakin lama semakin ramai yang tidak layak..persoalannya,apakah sistem pendidikan di Malaysia khususnya STAM@yang seumpamanya sangat LEMAH?!-kalian fikirlah sendiri.

Kalau nak diungkit perkara-perkara yang diibaratkan seperti 'mencantas' orang-orang yang nak mengaji agama ini,terlalu banyak..hinggakan terkadang merasakan seperti kami(org2 mengaji agama) ni seperti dianak tirikan oleh sang pemerintah. Dalam sudut agihan zakat,pinjaman,dihalau dari asrama,dinafikan hak dan sebagainya. Semuanya pernah disaksikan sendiri oleh waalid selama mana berada di Ardul Kinanah ini.

Biarkanlah Mereka Bertebaran...
Tidak dinafikan,tempat-tempat lain juga tidak peri hebatnya dalam ilmu pengetahuan,Jordan misalnya...ramai lepasan2 sana yang giat berbakti mencurahkan ilmu di tanah air. Juga di tempat-tempat lain. Seharusnya,biarkanlah pelajar memilih tempat yang mereka minati agar bila berkumpulnya lepasan dari pelbagai tempat bakal menatijahkan satu kumpulan HEBAT dalam ilmu pengetahuan.

'manusia kacukan pun boleh jadi lebih bijak dari biasa,inikan pula ilmu kalau dikacuk dari pelbagai ulama2 hebat...masyaAllah tabaarokallah!'

Pada pendapat peribadi waalid,biarkanlah dan bantulah mereka bertebaran dalam mengejar mutiara2 ilmu daripada ulama'2 terkemuka...kelak nanti Agama,Bangsa dan Negara juga yang terbela.

Cukuplah buat perkongsian untuk kali ini,menulis dalam keadaan sedih,geram dan kecewa mungkin membantutkan idea untuk bertandang.semoga apa yang diluah dapat mengurangkan resah dan gusar yang terbuku di jiwa ini...

wallahua'lam.


p/s : terbaca satu komen dalam blog Lisanul Hakim berbunyi :

(Mengikut maklumat dari edu malaysia egypt hari ini, pelajar2 yang gagal imtihan qabul boleh sahaja belajar di markaz lughah al azhar di mesir seperti thun2 sebelum ini, berita sebelum ini yang mengatakan para pelajar wajib belajar di yayasan sofa adalah TIDAK BENAR... nampaknya ada orang mengambil kesempatan dalam isu ini, maklumat lanjut : Puan Zakiah +201145844474 en sulaiman +201001294139.)

hem...apakah maksudnya itu ya?mungkin benar sangkaan waalid bahawa adanya 'tangan ghaib' ?wallahua'lam....

Apakah Nasib Pelajar INi???!!!

hem...entahler labuu....






2 pelajar tajaan Terengganu sertai Bersih 3.0

2 Jun 2012
KUALA TERENGGANU - Dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas, diberi surat tunjuk dan nasib mereka bakal diketahui sebaik sahaja mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar.

Beliau berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang.

Setakat ini pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.

"Selain itu, kami dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan ini turut serta dalam demonstrasi bersama parti pembangkang," katanya.

Ahmad berkata difahamkan seorang daripada pelajar yang didapati terlibat dalam demonstrasi itu mempunyai pertalian keluarga dengan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti pembangkang di negeri ini.

Beliau berkata sewajarnya pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk lulus dengan cemerlang, sekali gus berjaya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, namun masih ada pelajar yang bertindak kurang bijak kerana taksub dengan parti politik tertentu.

"Kita berharap selepas ini pelajar lebih berhati-hati dan memahami dengan jelas surat perjanjian yang ditandangani ketika memohon pinjaman dan tajaan pendidikan kerana tindakan tegas akan diambil jika didapati terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Bernama

sumber : sinarharian

MAIDAM buat Program tergesa-gesa?


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah mengumumkan melalui wakil rasmi mahasiswa di bumi Mesir ini berkenaan satu program pengagihan duit zakat untuk kali keduanya selepas pengagihan kali pertama dilaksanakan di bumi Mesir tempoh hari sempena rombongan kerajaan yang diketuai oleh YB Khazan Che Mat.

Program tersebut akan berlangsung di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012,isnin akan datang.

Sebelum ini,pihak MAIDAM memaklumkan akan memasukkan baki duit zakat tersebut ke dalam akaun masing-masing,dalam minggu inilah(13-19 Mei) seperti yang dijanjikan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang menelefon MAIDAM.

Namun,hari ini satu makluman berkenaan program pengagihan baki zakat sebagaimana dalam gambar di atas.

Para mahasiswa ketika ini sedang bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperiksaan semester kedua dan ada yang sedang berperang dengan soalan-soalan peperiksaan,mudah cakap,semua mahasiswa yang mendapat bantuan dermasiswa(baca zakat) berada di bumi Mesir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.

Apakah rasionalnya pihak MAIDAM mengadakan program last minit seperti ini?

Bagi pandangan peribadi saya,dan sangka baik saya,pihak MAIDAM ingin memberikan amanat kepada ibu bapa dalam mempastikan pelajar-pelajar di bumi Mesir lebih memfokuskan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Itu seperti kebiasaanlah pihak seperti MAIDAM memberi alasan.

Namun,selama saya menyertai program-program seperti ini,yang terbaru,diadakan di Asrama Rumah Melayu(ARMA-Abbasiah,Kaherah), ternyata ungkapan dan ucapan berbaur politik dibentangkan kepada pelajar. Begitu juga program-program anjuran MAIDAM sebelum-sebelum ini,kali pertama boleh diandaikan tersalah/tersilap..tapi kalau sudah kerap kali?nilaian kalianlah sebagai jawapannya..:)

Pun begitu,saya berharap,program ini tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelma(sampai sudah bakal,ntah bila pastinya..huhu). Tentunya saat dan peluang ini boleh digunakan untuk meraih undian kepada kerajaan sekarang,kononnya kerajaan sekaranglah bertungkus lumus memberi kemudahan dan bantuan kepada rakyat,ya! memang itu saya tidak nafikan,kalian sebagai sebuah kerajaan.Terima Kasih Kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan(mana-mana kerajaanpun) baik BN,PAS dll untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Namun yang disesali ialah sifat bangga diri dan takbur pihak yang membuat jasa seolah-olah semuanya mereka yang tentukan hingga terlupa(bukan sengaja kot) semua itu adalah amanah ALLAH kepada mereka yang mana akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan kelak. kalau api lilin sudah tidak mampu kita tahan,usahlah mengundang api yang sepercikannya mampu memusnah bumi!.

Cadangan saya,disamping membuat perjumpaan dengan ibubapa(wakil),seharusnya pihak MAIDAM lebih kerap turun ke medan bagi mengetahui keadaan semasa pelajar-pelajar,persoalan-persoalan yang terperam di minda setiap pelajar harus dijawab dan diberi pencerahan.


Mungkin program ini dirancang last minit sehingga tidak sempat menghantar surat,saya kecewa dengan sudut pengurusan mereka kerana boleh saya katakan masih diperingkat rendah,sepatutnya lebihkan kursus bagi memperbaiki sistem pengurusan dan juga akhlak pekerja!.

Akhlak pekerja?

Ya,kerana baru-baru ini saya ada menghubungi pihak MAIDAM untuk mengetahui status permohonan saya, namun saya tersentak dengan rungutan pegawai yang menjawab panggilan apabila terdengar rungutan dari jauh dengan katanya : "owoh...zakat pulookkkk....."-dengan nada rungutan. Mungkin pegawai tersebut terlupa bahawa saya sedang mendengar melalui ceropong telefon ketika itu. Harap pegawai-pegawai yang bekerja secara amanah tidak melakukan hal yang sedemikian,kerana menandakan anda tidak ikhlas dalam pekerjaan.- lain kali,letak telefon dalam laci,insyaAllah saya tidak mendengar..heh! :p

Akhirnya,sekali lagi,saya berharap MAIDAM dapat memperbaiki cara pengurusan mereka kerana sudah banyak kesilapan dan kelemahan yang sama ditonjolkan. Pengurusan yang tidak cekap itu boleh melambangkan bagaimana kalian menguruskan harta zakat,harta yang diamanahkan oleh rakyat untuk kalian menguruskannya. Bagaimana mahu meraih kepercayaan rakyat?fikir-fikirkanlah..

wallahua'lam

Ya,kalian berhimpun secara aman,tapi kenapa perlu menipu rakyat?

Hingar di alam maya soal keberjayaan UMNO menghimpunkan ratusan ribu ahli di Stadium Bukit Jalil. tetapi agak hairan kerana berlakunya penipuan yang mana dijadikan cara untuk meramaikan kehadiran ke perhimpunan tersebut.

Mahasiswa diperalatkan demi kepentingan maruah mereka dalam membuktikan sokongan rakyat berpihak kepada mereka,namun cara yang digunakan tidak menghalalkan matlamat yang dihadafkan. berikut merupakan bukti mahasiswa diperalatkan :

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.





Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.

Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.

Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!

Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

Tindakan sebegini hanya merosakkan imej UMNO dan sekaligus menunjukkan ketidak amanahan mereka dalam sesuatu perkara.

 Duhai saudara-saudaraku...JOM UBAH segera sebelum terlambat...:)...

PAS For ALL....Allahuakbar!

1 April 2012 - 9 Hari lagi penentu nasib 9 mahasiswa

Hari ini sudah 1 April 2012..tinggal sembilan hari sahaja lagi mesyuarat ahli lembaga Yayasan Terengganu untuk memutuskan nasib sembilan orang sahabat yang ditarik pinjaman rentetan tuduhan menyertai BERSIH 2.0. Apakah pinjaman mereka akan diteruskan atau tetap dengan keputusan penarikan pinjaman tersebut?

Saya yakin,semua orang tidak sabar untuk mengetahui keputusan mesyuarat ahli lembaga tersebut. Saya beranggapan dan berharap Yayasan Terengganu akan menyambung kembali pinjaman kepada sembilan orang mangsa penarikan pinjaman...sebabnya?entah..firasat saya mengatakan begitu...kerana kalau YT tetap dengan keputusannya,kemungkinan perkara itu akan merugikan kerajaan sendiri.

Apapun keputusan yang keluar,saya berharap ianya memberi kebaikan kepada semua pihak,baik YT mahupun Mahasiswa yang menjadi mangsa...

so...we wait and see.....



Wan Harujan merepek!! tidak menjawab isu yang ditimbulkan

Assalamualaikum w.b.t

Semalam heboh diperkatakan berkenaan video yang konon-kononnya pihak MAIDAM memperjelaskan isu.namun bagi saya,ianya tidaklah menjelaskan isu,bahkan merepek.kenapa saya berkata sedemikian?nanti kalian boleh lihat dan teliti dengan betul-betul hujah dan keterangan yang saya cuba sampaikan.kalian boleh menilai dengan fikiran waras kalian bagaimana isu zakat ini diputarbelitkan dan di'gula-gula'kan oleh pihak yang tidak AMANAH dengan tanggungjawab yang diberikan.


Baik, untuk permulaan,kalian lihat dan dengarlah setiap butir bicara Wan Harujan yang selaku ketua pegawai eksekutif MAIDAM Terengganu.




Bagi yang mempunyai internet yang 'ciput' boleh baca ini :

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasn berkenaan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak mengenai dakwaan mengatakan bahawa duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir telah disekat.

Yang pertama saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa pengagihan wang zakat melibatkan parti politik yang sebenarnya apa jua keputusan yang dibuat adalah tidak tertakluk kepada mana-mana pengaruh atau arahan mana-mana pihak.

Majlis boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan hukum syarak atau peraturan serta pekeliling yang ditetapkan.

Dakwaan mengatakan bahawa bantuan zakat kpd pelajar di mesir disekat adalah tidak benar sama sekali kerana berasaskan maklumat yang kita ada, jumlah bantuan zakat ditambah.misalnya tahun 2008 sejumlah 274 penerima dan wang yang telah kita agihkan sebanyak 1.4 juta,manakala tahun 2009 jumlah yang diagih 1.5 juta,2010 1.2 juta,2011 1.7 juta dan bagi 2012 peruntukan yang diberi bagi membiayai bantuan kpd para pelajar yang menuntut di mesir dibawah asnaf fi sabilillah berjumlah 2.1 juta. Ini menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekat tetapi kita tambah bantuan.

Walaubagaimanapun mesyuarat telah memutuskan  beberapa sekatan ke atas pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaan atau telah lebih tempoh 4 tahun bagi ijazah pertama yang mana dengan keadaan demikian kita masih lagi membantu tetapi  jumlah dikurangkan berdasarkan jumlah-jumlah tertentu yang ditetapkan oleh pihak majlis.

Selain daripada itu,sekatan juga dikenakan sekiranya pelajar-pelajar berkenaan tidak menunjukkan prestasi dari segi kelulusan pelajaran di tahun-tahun mereka menuntut dengan dikenakan kadar potongan peratus yang tertentu.

Jadi apa yang dikenakan sekatan,tujuan sebenar adalah untuk membolehkan wang ini digunakan sebaik mungkin dan para pelajar mengambil perhatian supaya menumpukan kepada pelajaran dan Berjaya dalam pelajaran.

Dan kita telah bersetuju untuk menambah jumlah bantuan sekiranya mereka Berjaya dalam peperiksaan tahunan samada memperoleh jayyid jiddan atau mumtaz. Kadarnya akan dinaikkan sekiranya mereka memperolehi kejayaan di peringkat sedemikian. Terima kasih
kalian dah dengar?dah baca?baik...jom kita perhatikan satu persatu.

Pertama : Isu yang digembar-gemburkan sebelum ini mengenai SEKATAN ZAKAT bukanlah untuk mengetahui berkenaan kaedah potongan,peratusan potongan kalau lebih empat tahun dan sebagainya kerana semua ini telah jelas dan diketahui oleh semua pihak. Namun yang sepatutnya dijelaskan oleh HARUJAN ialah kenapa duit zakat yang telah diLULUSkan kepada para pelajar tidak diberikan??? untuk pengetahuan ramai,sejumlah 14 orang mahasiswa yang telah diluluskan bantuan mereka telah disekat sebahagian duit bantuan mereka kerana tidak menepati asnaf zakat, kata MAIDAM.

Tidak percaya? boleh lihat contoh surat di bawah ini.

Penerima surat ini tidak diberikan separuh lagi haknya kerana tidak berada di Mesir akibat pulang mendapatkan rawatan.

Dan antara luahan yang diucapkan oleh pelajar-pelajar yang disekat zakat mereka :



Kedua : bercakap soal asnaf zakat,14 orang yang disekat sebahagian zakat mereka bukanlah yang sudah tamat belajar,bukan juga yang gagal peperiksaan,bukan juga yang melancong...TAPI,yang disekat separuh zakat mereka adalah hanya SATU persamaan 'alasan' mereka untuk menyekat bantuan ini. alasan itu ialah mereka,yakni pelajar-pelajar yang disekat ini tidak HADIR ke program yang di anjurkan oleh pihak MAIDAM di bumi Mesir ini...- ehem2..awak kata tu ada bukti ke??? ye,dengan saya ada senarai nama mereka yang disekat.dan dikalangan mereka adalah pelajar yang berjaya naik tahun,najah(berjaya) dalam peperiksaan, tidak hadir program kerana bercuti di Malaysia dsb. eh, cuba kita lihat dan hayati ini :

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

kalau bahasa melayu ini antara point2nya :
1-  Fakir - Seorang yang tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian. Ini adalah orang-orang yang sangat sengsara, yang tidak mempunyai apa-apa, untuk menampung keperluan harian

2- Miskin - Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan mereka. Kewangan ini digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, bil air lampu dan perubatan

3- Amil - Seseorang yang dilantik untuk memungut ZAKAT dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan ZAKAT.

4- Muallaf -  Seseorang yang baru memeluk agama Islam. Bantuan ini diberikan kepada Saudara baru yang baru memeluk agama Islam. Elaun serta latihan bagi mereka untuk lebih mengenal erti seorang Muslim.

5- Riqab -  Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada ikatan atau belenggu perhambaan.
Di Singapura, Zakat didalam kategori penerima ini dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan. Asnaf ini juga menolong anak-anak dari asnaf fakir miskin dalam perbelanjaan mereka.

6- Gharimin - Seseorang yang terpaksa berhutang dan memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asasnya.
Zakat boleh diberikan kepada seseorang yang berhutang untuk keperluan asasnya.
Bantuan untuk melunaskan hutang akan diberikan sekali sahaja untuk keperluan asas seperti bil air, lampu dan yuran penyenggaraan.

7- Fisabilillah - Mereka yang berjuang kerana Allah, demi kebaikan masyarakat.
Fisabilillah meliputi semua perkara yang baik, terutama usaha-usaha dalam membantu memperjuangkan agama Allah. Gaji pegawai dakwah bagi membantu unit strategik masjid, asatizah dan pendidikan Islam.

8- Ibnissabil - Musafir yang terkandas dalam perjalanan.
Bantuan yang diberi termasuk bantuan makanan dan tiket untuk perjalanan pulang bagi mereka yang terkandas dalam perjalanan yang dibenarkan.

eh??? ada tak syarat kena pergi program MAIDAM?dalam kitab mana ya menyebut syarat asnaf zakat kena hadir program maidam???boleh bagi tajuk kitab?heh!

oh...mungkin tidak memahami bahasa melayu...ini saya bagi dalam bahasa inggeris pulak ye :

1- Fakir: Has neither material possession nor means of livelihood

2- Miskin: Does not have sufficient means of livelihood to meet his/her basic need
3- Amil: Appointed to collect Zakat and the expenses incurred in the administration of Zakat
4- Muallaf: Recently embraced Islam
5- Riqab: Wants to free himself/herself from bondage or shackles of slavery. In Singapore this category of recipients is spent to those who need help to pursue their education
6- Gharimin: In debt but needs assistance to meet his/her basic needs
7- Fisabilillah: Strive in the cause of Allah for the betterment of the community
8- Ibnussabil: Stranded travellers on a permissable journey

Ketiga : ini sesuatu yang mustahak dan kalau tidak disiasat betul-betul,boleh berlaku penyelewengan dan ketirisan....baik,selepas sebahagian zakat disekat setelah bantuan mereka diLULUSkan oleh pihak MAIDAM...timbul satu persoalan, DIMANAKAH DUIT BANTUAN YANG TELAH DILULUSKAN TERSEBUT??? jika dihitung, separuh zakat yang disekat berjumlah RM2500 setiap orang,kalau didarab dengan 14 orang?? bersamaan RM35000. jadi, WAN HARUJAN perlu jawab,ke manakah duit pelajar tersebut?ada sesiapa tahu jawapan???wallahua'lam... 

hmmm...kalian buatlah penilaian betul-betul...betul atau tidak tindakan MAIDAM ini....sebenarnya saya kurang bersetuju dengan tindakan MAIDAM menukar nama bantuan zakat kepada bantuan DERMASISWA...rasionalnya ape?sebab bagi saya,kalau guna nama dermasiswa,sensitiviti terhadap wang zakat adalah kurang..tapi kalau guna nama wang ZAKAT?ha...nampak kepentingan dan kewajipan menguruskannya dengan cara yang teliti dan berhemat...kalau guna nama dermasiswa,macam kurang sensitiviti terhadap wang tersebut..wallahua'lam.

Saya hanya mengatakan yang benar,tidak hairan kalau selepas ini,mungkin nasib saya seperti sahabat2 yang lain,disekat zakat dan sebagainya..namun itu semua tidak menjadi halangan untuk saya mengatakan kebenaran..'jenuh' sudah berada dalam keadaan hipokrit...disekat itu,sekat ini...tidak boleh bersuara,berhimpun dan sebagainya...saya ingin Malaysia betul2 mempunyai suasana demokrasi yang adil sebagaimana adilnya pemerintahan Islam dizaman era khilafah islamiyyah...ingatlah.zaman itu akan kembali...insyaAllah...

sekian..wallahua'lam. 
  

Tarik Pinjaman : KPT Mesir adakan Munajat...Tanda Cakna Ahli

KAHERAH, 1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan ‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.

Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi 9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad Darul Quran, Mesir.

Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah. Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat” katanya.

Disamping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan seharian” ujarnya. 

Justeru itu, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.

Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah oleh generasi terdahulu.

Tabung Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu.


“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”

Disediakan oleh:

Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012

Sumber : KPT Mesir

Permata : inilah kesatuan yang dibina oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir. ahli -ahlinya ibarat isi dengan kuku, cubit paha kanan,paha kiri terasa sakitnya..moga-moga sahabat-sahabat yang teraniaya terus dibela hak dan mendapat sokongan dan bantuan dari setiap insan yang mempunyai hati dan jiwa yang ikhlas..insyaAllah..

Tarik Pinjaman : Mahasiswa Terkapai-kapai mencari RM24000

Rentetan daripada penarikan pinjaman yayasan Terengganu sebagimana yang saya telah postkan sebelum ini,beberapa orang daripada mangsa adalah merupakan pelajar Perubatan di Mesir ini. Bebanan yuran tahunan sebanyak USD8000 atau bersamaan RM24000 amat memberikan tekanan kepada mereka khususnya pelajar perubatan yang memerlukan kos yang mahal untuk menampung yuran pengajian sahaja sudah menjangkau RM24000, itu belum dikira kos perbelanjaan harian untuk kehidupan mereka.

Untuk pengetahuan ramai, kos untuk yuran pengajian perubatan adalah sebanyak RM 144,189.70 untuk enam tahun dan menyamai RM24000 setiap tahun. Jumlah yang begitu banyak tersebut memadai untuk membuat pelajar tersebut bagai terkapai-kapai kelemasan dalam mencari sumber bagi menampung kos tersebut setelah penarikan pinjaman oleh yayasan.

Kiraan Yuran Pengajian Perubatan : 
USD8000 x 6tahun = USD48000
USD48000 = RM 144,189.70 (xe.com)

Jumlah RM24000 adalah satu nilai yang sangat besar...lagi-lagi jika dinisbahkan kepada golongan awam yang hanya diibaratkan hanya 'cukup-cukup makan' bagi mereka yang 'makan gaji' peringkat bawahan, lainlah bagi mereka yang berjawatan besar,yang menabung RM1000 sehari hingga mampu membeli barangan kemas yang mahal-mahal...huhu


Setelah berita penarikan pinjaman ini tersebar di alam maya,banyak respon yang saya lihat..ada yang menyokong tindakan Yayasan,ada yang bersimpati terhadap mahasiswa yang menjadi mangsa,ada yang tidak hirau langsung, tidak kurang yang MARAH dengan tindakan yang  ZALIM oleh pihak yayasan ini.

Namun, saya sangat kurang senang dengan sahabat-sahabat yang langsung tidak hiraukan nasib saudara mereka yang dizalimi..satu renungan yang mudah untuk mereka...bayangkanlah musibah yang sahabat kita hadapi tersebut terkena atas 'kepala' kita,kemudian orang lain tidak ambil peduli..apakah perasaan kita ya?tepuk dada tanyalah iman masing-masing. tidakkah kalian pernah mendengar sabda kekasih kita,Saidina Rasulullah S.A.W :

من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
"sesiapa yang tidak mengendahkan  urusan orang-orang Islam bukanlah dikalangan mereka"

Jadilah kita di kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W dengan mengambil berat dengan isu-isu kezaliman dan penindasan saudara-saudara kita dan jangan juga kita lupakan kewajipan2 kita untuk membantu mereka serta kewajipan-kewajipan yang terpundak atas batu jemala kita...


MAHASISWA BENCI KEZALIMAN!
TIBANYA SAAT MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN!
WAHAI ORANG-ORANG ZALIM,HIRUPLAH NAFAS TERAKHIRMU SEPUAS-PUASNYA...JANJI ALLAH AKAN BERLAKU!!

Semoga Sahabat-sahabat yang tertindas dan dizalimi terus sabar dan tabah dengan ujian yang berat ini...ingatlah bahawa Allah tidak akan membiarkan orang zalim terus menerus senang...Wallahu Musta'an...

Pasca BERSIH 2.0 : Beberapa Mahasiswa Terengganu ditarik pinjaman


Sedih hati ini apabila mendengar berita penarikan pinjaman oleh pihak Yayasan Terengganu terhadap beberapa orang sahabat seperjuangan di bumi Anbiya’ ini. Angkara dituduh menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada julai tahun lalu.

Dalam pengetahuan saya,seramai  Sembilan orang telah diberi  surat untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak yayasan setelah pihak yayasan mengetahui mereka ini terlibat dalam perhimpunan(sebenarnya hanya hadir untuk tandatangan) dalam menyokong tuntutan BERSIH 2.0. Seramai 9 orang tersebut, antaranya adalah mahasiswa dari bidang Pengajian Islam dan beberapa orang dari Mahasiswa Perubatan.

Sebelum ini,isu ini sudahpun heboh diperkatakan di media kerajaan,media pembangkang berkenaan BERSIH 2.0 ini. BERSIH 2.0 ini bukanlah bertujuan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah(Mesir,Tunisia,dll) seperti yang ditakuti oleh kerajaan…namun,jika diimbas balik tuntutan BERSIH 2.0 lalu. Kita dapati ianya hanyalah menuntut agar Negara Malaysia bebas dan aman dari salahlaku serta penyelewengan dalam pengundian dan pentadbiran.

Ini imbasan tuntutan BERSIH 2.0 lalu ;

  • BERSIHKAN  SENARAI UNDI
  • MEREFORMASI UNDI POS
  • GUNA DAKWAT KEKAL
  • MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  • AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  • KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  • HENTIKAN RASUAH
  • HENTIKAN POLITIK KOTOR

Adakah kalian melihat tuntutan berikut mengancam dan mengugut kerajaan? Kalau ada yang beranggapan sedemikian,maka itu adalah hak dan pandangan tuan-tuan.

Namun, dari pandangan saya sebagai salah seorang yang SAYANGKAN  tanah air, tuntutan-tuntutan tersebut hanyalah untuk pihak kerajaan mengambil cakna dan tindakan yang sewajarnya kerana mempunyai kuasa dalam memastikan penambahbaikan dalam hal-hal yang disebutkan dalam tuntutan bersih.

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, masakan rakyat bising jika tidak ada sesuatu yang tidak kena…

Gambar : contoh surat penarikan pinjaman


Berkenaan BERSIH 2.0 versi Mesir pula,kami selaku anak2 bangsa Malaysia turut merasakan tanggungjawab kami agar tuntutan2 bersih dapat diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Bukanlah kami menentang membabi-buta,bahkan kami tersangat ingin melihat Malaysia kita bebas dari perkara-perkara yang tidak elok sebagaimana pendedahan-pendedahan yang dibongkar dari hari ke hari. 

Tanggal 9 Julai lalu hanyalah hari di mana kami warga Mesir yang prihatin turun di Dataran Hayyu Asyier,Nasr City untuk menandatangani sokongan BERSIH 2.0 dan selesai. Yang dikatakan berhimpun itu,hanyalah beberapa detik sahaja dan kami terus diminta bersurai oleh pihak Gerakan Suara Rakyat yang ketika itu diketuai oleh Ustaz Alang(Firdaus Mazlan). Pembuangan Ust. Alang juga kerana BERSIH 2.0..boleh baca [sini]

Berbalik kepada sahabat-sahabat yang ditarik pinjaman..

Saya amat kasihan kepada sahabat-sahabat yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi sahabat2 perubatan yang jika dilihat kos yuran pengajian dan tanggungan pengajian lebih tinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lebih rendah. Bayangkan, sahabat-sahabat perubatan perlu menanggung kos pengajian sebanyak USD8000 setiap semester. Itu tidak lagi termasuk kos sara hidup di bumi Anbiya’ ini….Allohurobbi.. 

Buat sahabat-sahabat yang menjadi MANGSA…hanya doa yang saya mampu panjatkan kepada Allah agar dibukakan pintu rahmat dan rezeki kepada kalian. Dan semoga Allah taala memberikan ketabahan dan kesabaran buat kalian dan keluarga kalian,berdoalah kerana doa kalian(yang dizalimi) tiada hijab antara kalian dan Allah. 

 Sama-samalah kita doakan agar pertolongan Allah datang kepada mereka dan kepada yang murah rezeki dan pemurah,bantulah mereka ini….wallahua’lam..


Lagi Penindasan Terhadap Mahasiswa-Angkara video penerangan





KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.

Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.

Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.


Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.

Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.

Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.

"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.

“Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.

Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.

Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.

Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.

"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya.

blogpolitik.blogspot.com

Asnaf ZAKAT : Menteri Termasuk, Pelajar Terkeluar...

Inilah yang berlaku kepada segelintir mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di luar negara khususnya Mesir....beberapa pelajar dari negeri terengganu telah dihantar surat penolakan untuk bantuan zakat kerana tidak menepati asnaf zakat katanya...Nampaknya orang2 yang belajar @ FI SABILILLAH sudah terkeluardari asnaf zakat yang lapan...mungkinkah ditukar dengan MENTERI(lihat)? Saudara-saudari boleh lihatlah sendiri..
right klik and choose [open link in new tab] for clear picture..thanks

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) tidak dapat mempertimbangkan permohonan bantuan tersebut kerana bantuan Dermasiswa tersebut adalah dari peruntukan Wang Zakat asnaf Fisabilillah untuk pelajar-pelajar yang benar-benar menepati asnaf tersebut sahaja. "


Tapiii.......

Lain pula yang berlaku di negaraku yang tercinta(Malaysia)

  
klik utk besarkan bagi paparan lebih jelas
 Gambar kedua : Mufti mengesahkan Memteri Jamil Khir layak menerima ZAKAT...

Tepatlah apa yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W :

جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسأل عن الساعة . . . قال صلى الله عليه وسلم : إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة ، قال : وكيف إضاعتها ؟ قال : إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة " ( رواه البخاري)
maksudnya : Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW bertanyakan tentang kiamat....lalu sabda Rasulullah SAW :apabila disia2kan amanah maka tunggulah saat kehancuran.lelaki itu brtanya lagi:bagaimana disia2kan amanah itu?lAlu Baginda SAW menjawab:apabila sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran:


renung-renungkanlah....Wallahua'lam

p/s : tolong doakan orang yang dizalimi dan juga kami mahasiswa2 yang sentiasa ditindas...jazakumullahu khairan jazak...

"Henti Penghantaran ke Mesir Satu Penilaian"


Bismilllahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia agar mereka tidak lari dari landasan yang sebenar selaku hamba Sang Pencipta di atas muka bumi ini, agar manusia tidak lupa dan bangga diri serta tidak melakukan kefasadan di dunia yang sementara ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar ,Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kaum kerabat dan para pengikut  sehingga hari pembalasan.



Terkedu dan terguris jiwa saya  sebagai  antara pelajar Terengganu di  Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,Mesir apabila tempat belajar saya dikatakan “ketinggalan zaman” oleh Ketua Pegawai  Eksekutif Majlis Agama dan Adat istiadat Melayu(MAIDAM), Wan Harujan Sulaiman sebagaimana yang dipetik dalam keratan akhbar sinar harian semalam yang bertarikh 25 Disember 2011(Ahad).

Dalam kenyataannya yang bertajuk “henti hantar pelajar ke Mesir”, antara alasan untuk tidak menghantar pelajar-pelajar ke Mesir adalah :

1-      Sistem pengajian yang ketinggalan
2-      Mengikut langkah Yayasan Terengganu
3-      Fokus untuk hantar pelajar ke Jordan
4-      Dasar kerajaan dan MAIDAM perlu patuhi
5-      Pelajar terlibat dengan aktiviti yang merugikan kerajaan
6-      Keadaan keselamatan yang tidak terjamin

SISTEM PENGAJIAN YANG KETINGGALAN

Ya,tidak dinafikan bahawa Universiti Al-Azhar masih terkebelakang dari sudut infrastruktur,TAPI  bukan dari sudut pengajian. Dengan menggunakan sistem pemfailan yang manual,tidak bermakna Univ. Al-Azhar ketinggalan dalam sudut pengajian. Ulama’-ulama’ Al-Azhar sentiasa mendepani Isu-isu semasa dan juga Isu-isu sejagat yang berlaku disekitar. Contoh  yang paling dekat ialah perhimpunan yang di adakan di Masjid Al-Azhar bagi menyelamatkan Al-Azhar dan juga pemerkasaan ‘Wathiqah Al-Azhar’ sebagaimana yang dibentangkan oleh syeikhul Azhar,Syeikh Ahmad Toyyib di Al-Azhar Conference Center(ACC) baru-baru ini menunjukkan Masyayeikh Al-Azhar sentiasa memastikan keluarannya berkualiti dan dipercayai oleh semua lapisan masyarakat.

Sistem Pengajian Al-Azhar adalah yang amat unik kerana menggunakan dua institusi iaitu jami’ah(universiti) dan jaami’(masjid) dalam usahanya melahirkan Ulama’ Al-Amilin(Ulama’ Yang Bekerja) dalam masyarakat dan bukan hanya melahirkan mahasiswa/wi yang cemerlang di atas sijil sahaja. Buktinya, selepas berlakunya revolusi 25 Januari tempoh lalu,percambahan dan meriahnya kelas di Masjid Al-Azhar merupakan kembalinya usaha untuk menjadikan Al-Azhar gemilang di persada dunia.

Selain itu, pengajian di Univ. juga melatih mahasiswa dan mahasiswinya dalam mendepani masalah-masalah kontemporari seperti wujudnya subjek ‘qodoya mu’asarah’  yang berkaitan soal hukum hakam semasa yang berlaku dalam masyarakat. Dan untuk pengetahuan semua,matapelajaran ini sentiasa dikemaskini sekiranya ada permasaalahan baru yang muncul dalam dunia moden ini, nah,terbuktilah bahawa Univ. Al-Azhar tidak ketinggalan dalam pengajiannya sebagaimana yang di tohmah.

(gambar kanan : para syeikh yang mengajar di masjid Al-Azhar setiap hari dalam seminggu)

Oleh itu,sahlah tohmahan yang mengatakan Al-Azhar tidak sesuai untuk menjadi tempat belajar kerana ketinggalan adalah tuduhan dan tohmahan yang ‘atas angin’ semata-mata.


PELAJAR TERLIBAT DENGAN PERKARA YANG MERUGIKAN KERAJAAN

Berkenaan perkara ini,saya merasakan alasan yang umum ini perlu kepada penjelasan yang khusus daripada MAIDAM. Apakah ‘perkara’ yang dikatakan merugikan kerajaan?

Yang saya Nampak,perkara yang merugikan kerajaan ialah boleh jadi ramai lepasan yang belajar di Al-Azhar apabila balik ke tanah air,tidak terlibat dalam institusi kerajaan dan berada di pihak politik pembangkang. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan perkara yang dikatakan merugikan kerajaan.

Untuk pengetahuan semua,kami di sini dinaungi oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dan Education Malaysia(EM) secara amnya dan di bawahnya terdapat Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT) yang mana persatuan ini sentiasa memastikan yang terbaik buat ahli-ahlinya. Baik dari sudut keilmuan mahupun nilai tambah dalam ilmu berorganisasi.

Sebagai contoh, dalam memastikan ahli-ahli KPT sentiasa cemerlang dalam peperiksaan, KPT Mesir di bawah seliaan Biro Akademik telah mengadakan Misi Mumtaz Imtihan(motivasi) yang menampilkan doktor Muhamad Hameda selaku pensyarah Maahad Bahasa Arab Univ. Al-Azhar.

Adakah terlibat dengan persatuan sebagai nilai tambah kepada kami dalam sudut berorganisasi yang mana ilmu ini tidak didapati di kuliah-kuliah dan perlu kepada praktikal dikatakan merugikan kerajaan?



Saya melihat ini merupakan satu bonus kepada kerajaan bilamana golongan ini balik kelak,mereka sudah terdedah dengan ilmu-ilmu asas berorganisasi, baik protokol majlis,mengendalikan mesyuarat,dan lain-lain lagi.   

Sekiranya perkara sebegini dipandang serong, amat tidak adillah pihak kerajaan dalam melayani anak-anak bangsanya di luar Negara khususnya Mesir sedangkan di tempat-tempat lain dilambung-lambung.

TELITILAH DENGAN BAIK DAN BUATLAH KEPUTUSAN

Saya berharap kepada pihak-pihak yang terbabit agar perkara ini perlu diperhalusi lagi agar ulama’-ulama’ amilin bermanhaj Al-Azhar dari Terengganu tidak disekat dan diteruskan penghantarannya kerana bimbang kalau-kalau kurangnya ulama’ menyebabkan masyarakat menjadi jahil serta jauhnya dari Rahmat Allah taala. Biarlah negeri kita ramai dengan ulama’ kerana tiada ruginya memiliki mereka,tapi kalau tiadanya ulama’,maka alangkan rugi dan bodohnya kita.

Semoga perkara ini tidak dipandang remeh oleh semua orang kerana sekirany kita benci alim ulam’,samalah kita benci pewaris-pewaris Nabi.

" العلماء ورثة الأنبياء"
“ulama’ adalah pewaris Nabi”

Justeru,buatlah keputusan yang terbaik dengan mangambil kira segenap aspek dan bukan dengan pandangan keuntungan politik semata-mata.wallahua’lam

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -