Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts
Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar)Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.
Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.
Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor.
Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser). Rawatan Alternatif Penyakit Kanser (baca di sini)
Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.
"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.
"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
© Permata : Alfatihah buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo'...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan keampunan Allah Taala..takziah buat keluarga Allahyarhamah di atas kehilangan yang bermakna ini,kita semua merasai akan kehilangan...insyaAllah dengan segala jasa yang dicurahkan,kita mohon agar beliau di tempatkan bersama para solehin dan kekal dalam jannatunnaim..amin..
Di Mana Generasi Mariam
Seketika bermaya di usia remaja
demi meniti dewasa yang diberkati
betapa sukarnya menunduk nafsu serakah
menyingkir keseronokan yang alpa
Aku berjuang dalam payah yang seringkali goyah
naluri sering tercari-cari
dimanakah model solehah harus ku selusuri
Ku temui Mariam
meskipun tiada buku mengiktibari kisah kehidupannya
mahupun tiada sebaris lagu memurnikan kesolehannya
kisahnya di dalam Al -Quran menyentuh naluri ku
mujahidah kegadisan di biara ibadah
menjulang martabah muslimah bermaruah
bukan suatu istiqamah yang mudah
Aku mahu mendekati kegadisan Mariam
aku mahu menjadi generasi Mariam
Siti Mariam gadis tabah tanpa suami
menyedari hidup adalah wadah tribulasi
terbukti dia amah solehah
ketika menerima taklif ILLAHI
mengandungkan bayi tanpa suami
sengsara menghadapi tohmah dan fitnah
derita ketika melahirkan AL Masih
menyapih Nabi Isa seorang diri
Siti Mariam mencipta sejarah ibu mithali
MAriam terus islah di dlaam doa dan pasrah
ternyata taqwanya diiktiraf ALLAH
termaktub sehingga hari Qiamat di dalam surah At Tahrim ayat 12
" Sesungguhnya adalah dia (Mariam) wanita tabah
Ya Allah..tabahkanlah hatiku dalam menelusuri hidup..
agar aku teguh dari tergelincir dalam mengapai persada kasihku..
kekalkanlah ya Allah..sebagai Mariam model untuk ku mencapai martabat Solehah..
jika tidak mampu seperti Mariam..biarlah hanya sedikit tempiasnya dapat ke contohi..
Solehah woman smile in trouble..
gather strenght from doa..
and grow brave by istighfar and solat..
her great love only for Allah..

