Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke?
![]() |
| Utusan Online |
Waalid menganggap ini adalah satu daripada penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan juga kesucian Islam oleh ORANG ISLAM SENDIRI!
Tambahan pula, sudah di fatwakan haram orang Islam untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Berdasarkan petikan yang ditulis dalam utusan online :
Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.Perbuatan mereka telah melanggar fatwa yang telah ditetapkan?apakah tindakan yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka?Di harapkan pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak menjaga kesucian Agama Islam.
Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.
Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.
Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Wallahua'lam.
Sumber berita : Utusan
Renungan : Kalau orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kesucian Agama Islam, apakah yang kita harapkan orang lain(kafir) untuk menyanjung kesucian Agama Islam?fikir-fikirkan...
[Isu Asyraf Muslim] : Apa Dapat Sibuk kat Rumah Tangga Orang?
Tidak lama selepas itu, isu menjadi semakin 'BOOOOMMM!!!' dengan tersebarnya status fb yang dikatakan ditulis oleh isterinya,dayana kepada Asyraf.
Inilah status itu :
Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
Ramai yang mencemuh tindakan Asyraf ini, namun bagi waalid ianya sangat tidak manis untuk kita menyalahkan perkahwinannya. Lebih-lebih lagi kita seumpana 'menjaga tepi kain orang' dengan mempertikaikan perkahwinannya. Sedangkan dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin empat.
Ya,memang salah cara Asyraf berkahwin tanpa pengetahuan Isterinya,namun kita tak payahlah sibuk-sibuk menjaja-jaja cerita yang macam-macam. Tak cukup 'garam' kita tambah sikit, kemudian orang lain nak menyedapkan lagi cerita, tambah ' asam ' sikit..akhirnya timbul perkara yang boleh menjadikan sesuatu perkara menjadi lebih rumit...
Hem...memang tabiat orang kita..pantang ada benda 'hot' nak sebar!
Apa yang kita dapat?
1- Memang dapat dosa lah sebab menyibuk hal rumahtangga orang lain.
2- Dosa lagi sebab menyebarkan berita palsu(Puisi Dayana)
3- Dosa lagi sebab boleh jadi kita makin mengeruhkan keadaan
Haa...apa yang kita dapat? tidak lain hanyalah DOSA!
Banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan Allah dan kita doakan agar hubungan mereka tidak porak peranda dan dijaga oleh Allah Taala.
Wallahua'lam.
p/s : kahwin dua pun nak heboh...kalau kahwin 22 ke, 40 ke..lain cerita lah...huhuhu
Maaf kalau ada salah bicara...
Mesir Kembali Bergolak?
Kenapa di kata anti Islam? terdapat peristiwa yang mana mereka menahan dan melarang laungan azan asar serta maghrib di sebuah wilayah di Bandar Mansurah.
Perhimpunan besar-besaran akan di adakan pada 30 Jun ini sempena genap setahun pemerintahan Dr Mursi. Ayuh sama-sama doakan agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada rakyat-rakyat Mesir dan juga rakyat-rakyat Malaysia yang sedang berada di sana, semoga Allah memelihara mereka dari tangan-tangan yang memusuhi Islam..in syaa Allah..
Info terbaru berkenaan situasi di Mesir boleh lihat@rujuk di pautan berikut :-
1) http://pmram.org/v2/
2) https://www.facebook.com/abdul.malik.1481/posts/10201335909257186
p/s: jangan lupa doakan juga saudara-saudara kita di Syria dan juga tempat-tempat lain...
Boikot Kurma SYIAH!!!
Sempena Ramadhan yang bakal menjelma ini, marilah kita bersama memberi sokongan kepada saudara Sunni kita di Syria sana. Mari beramai-ramai MEMBOIKOT SEGALA KURMA keluaran IRAN!!
Kerana kurma-kurma ini adalah milik Syiah Rafidhah!! Ianya telah tercemar dengan darah-darah saudara Sunni kita di Syria!!
Terdapat pelbagai lagi alternative kurma buatan saudara-saudara Sunni kita yang boleh kita nikmati.

Untuk membantu ataupun tidak, KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!
sumber : Ustaz Nazmi Karim (Original)
kawan..untuk berjuang dengan tenaga sudah tidak mampu...ayuh berjuang dengan nafsu..moga di sana ada ganjarannya meskipun sedikit..in syaa Allah...
Hilanglah Pewaris...
Sedihnya bakal ditinggalkan Ramadhan ditambah lagi kesedihan melihat generasi pelapis dan bakal pewaris para nabi digula-gulakan. Semangat mereka dicantas,disekat dan sebagainya lagi dengan tujuan menjaga kepentingan sesuatu pihak.
Pelajar-pelajar yang bercita-cita murni untuk menyambungkan pelajaran ke bumi anbiya',Mesir semakin hari semakin dilunturkan dengan 'agenda' tersembunyi yang boleh jadi dilayarkan oleh individu2 tertentu agar dapat mengawal jumlah pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.
Daripada sejumlah yang mengambil imtihan qabul(ujian kelayakan),hanya seramai 111 orang yang berjaya untuk menyambung ke Universiti Al-Azhar,Mesir. berikut merupakan jumlah dari setiap negeri :
Kedah : 32 OrangBaru-baru ini terbitnya satu kumpulan yang menubuhkan satu facebook fanpage [
Selangor : 28 Orang
Kelantan : 17 Orang
Perak : 10 Orang
Johor : 6 Orang
Pahang : 6 Orang
Perlis : 3 Orang
Melaka : 2 Orang
Negeri Sembilan : 2 Orang
Sabah : 2 Orang
Terengganu : 2 Orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 1 Orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya : 0 Orang
Wilayah Persekutuan Labuan : 0 Orang
Pulau Pinang : 0 Orang
Sarawak : 0 Orang
Kami Mahukan Ramai Pelajar Malaysia Dapat Menyambung Pelajaran Ke Al-Azhar]..Usaha murni yang mereka lakukan tersebut semata-mata mahu melihat bakal-bakal pelapis agama Allah terus diberikan peluang untuk menimba ilmu di bumi para nabi ini. Waalid menyokong 100% desakan itu dan berharap agar kalaulah ada 'tangan2 ghaib ' yang berperanan dalam isu ini,bolehlah membatalkan agenda kalian!
Suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini.
Peratusan Lulus Imtihan Qabul
Melihat kepada kajian statistik yang dibuat,peratus yang lulus(berjaya) dalam imtihan qabul amat menyedihkan dan peratus yang gagal pula sangat 'memberangsangkan'! secara logiknya,bukankah sepatutnya ada usaha untuk mengurangkan masalah tidak lulus ini?. Imtihan Qabul ini hanyalah menguji tahap kelayakan para pelajar..kalau semakin lama semakin ramai yang tidak layak..persoalannya,apakah sistem pendidikan di Malaysia khususnya STAM@yang seumpamanya sangat LEMAH?!-kalian fikirlah sendiri.
Kalau nak diungkit perkara-perkara yang diibaratkan seperti 'mencantas' orang-orang yang nak mengaji agama ini,terlalu banyak..hinggakan terkadang merasakan seperti kami(org2 mengaji agama) ni seperti dianak tirikan oleh sang pemerintah. Dalam sudut agihan zakat,pinjaman,dihalau dari asrama,dinafikan hak dan sebagainya. Semuanya pernah disaksikan sendiri oleh waalid selama mana berada di Ardul Kinanah ini.
Biarkanlah Mereka Bertebaran...
Tidak dinafikan,tempat-tempat lain juga tidak peri hebatnya dalam ilmu pengetahuan,Jordan misalnya...ramai lepasan2 sana yang giat berbakti mencurahkan ilmu di tanah air. Juga di tempat-tempat lain. Seharusnya,biarkanlah pelajar memilih tempat yang mereka minati agar bila berkumpulnya lepasan dari pelbagai tempat bakal menatijahkan satu kumpulan HEBAT dalam ilmu pengetahuan.
'manusia kacukan pun boleh jadi lebih bijak dari biasa,inikan pula ilmu kalau dikacuk dari pelbagai ulama2 hebat...masyaAllah tabaarokallah!'
Pada pendapat peribadi waalid,biarkanlah dan bantulah mereka bertebaran dalam mengejar mutiara2 ilmu daripada ulama'2 terkemuka...kelak nanti Agama,Bangsa dan Negara juga yang terbela.
Cukuplah buat perkongsian untuk kali ini,menulis dalam keadaan sedih,geram dan kecewa mungkin membantutkan idea untuk bertandang.semoga apa yang diluah dapat mengurangkan resah dan gusar yang terbuku di jiwa ini...
wallahua'lam.
p/s : terbaca satu komen dalam blog Lisanul Hakim berbunyi :
(Mengikut maklumat dari edu malaysia egypt hari ini, pelajar2 yang gagal imtihan qabul boleh sahaja belajar di markaz lughah al azhar di mesir seperti thun2 sebelum ini, berita sebelum ini yang mengatakan para pelajar wajib belajar di yayasan sofa adalah TIDAK BENAR... nampaknya ada orang mengambil kesempatan dalam isu ini, maklumat lanjut : Puan Zakiah +201145844474 en sulaiman +201001294139.)
hem...apakah maksudnya itu ya?mungkin benar sangkaan waalid bahawa adanya 'tangan ghaib' ?wallahua'lam....
Fitnah ke Atas Dato' Seri Bentara Guru....TGNA
Terbaca isu terbaru di entry Bloglist Malaysia berkaitan satu fitnah yang dikenakan terhadap Dato' Seri Bentara Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, waalid kira satu isu yang melampau dan dahsyat dimainkan oleh mereka-mereka yang tidak berakal!
Serius waalid terkejut dan sedih dengan perkara di atas,ulamak yang disegani dan disanjungi difitnah dan dicela sedemikian rupa...cukuplah kamu tidak mendengar kata-kata ulamak..tapi jangan pula kamu mencela dan memfitnah mereka.
Apapun,kita tunggu dan lihat apakah permainan mereka yang seterusnya...bagi yang membuat fitnah,kalau betul2 itu adalah fitnah..hentikan dan bertaubatlah sebelum terlambat..dan kalau benar perkara itu berlaku...serahkanlah bukti2 yang ada pada pihak berkuasa dan hakimilah si pesalah di mahkamah..tidak perlu disebarkan aib orang..wallahua'lam..
....T_T....
Kemenanganmu satu Tanggungjawab Besar
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang telah membuktikan kekuasaanya pada hari semalam dengan kemenangan yang berpihak kepada rakyat Mesir,kemenangan Dr.Muhammad Mursi dari parti Hurriyyah Wal A'dalah(FJP). Kegembiraan rakyat Mesir tidak terhingga sehinggakan ketika jari ini sedang memetik punat2 huruf masih lagi terasa keriangan rakan-rakan Mesir meyambut kegembiraan mendapat presiden pertama selepas Thaurah(revolusi) 25 Januari..
Kemenangan rakyat Mesir memang selayaknya buat mereka,kerana kesungguhan dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk mengecap kejayaan ini.
Mereka sanggup bergadai nyawa untuk melawan kezaliman,mereka sanggup berpanas terik di dataran tahrir untuk menyuarakan ketidakpuashatian mereka..sehingga suhu yang boleh menggeleggakkantaik telinga otak,mereka masih mampu bersesak-sesak di dataran tahrir..hanya semata-mata mahukan keadilan..Namun,setelah kemenangan diumumkan,sujud dan syukur mereka hanya kepada Allah semata-mata..Alhamdulillah...
Ucapan sulung Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir semalam(boleh tonton sini), memperlihatkan kepada kita bahawa sinaran cahaya Islam kian menyinsing terang...seorang presiden yang Menghafaz Al-Quran,merupakan presiden kedua negara yang menghafaz Al-Quran selepas Ismail Haniyeh. Semoga Allah memelihara Mesir dan D.Muhammad Mursi dalam menakhoda bahtera Mesir...insyaAllah.
Memandu sebuah negara yang sudah lama dengan sistem diktator,sistem pentadbiran yang bobrok,tentunya merupakan suatu yang amat sukar dan mustahil dalam sekelip masa mampu untuk mengubah sepenuhnya,begitulah beratnya tugas dan tanggungjawab yang terpikul ke atas negara Mesir ketika ini,namun,kamu Dr.Muhammad Mursi,telah dilantik oleh rakyat dan insyaAllah,rakyat akan membantu kamu dalam membangunkan Mesir.
[gambar] Satu keajaiban Allah,bertepatan tarikh semalam,dalam kalendar Mesir..tercatat ayat dalam surah ghaafir yang termaktub "bagi siapa penguasaan hari ini?(maksud)",maka terjawablah bahawa penguasaan hari ini(24 Jun 2012) adalah kepada Islam dan rakyat Mesir...Subhanallah...
Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang telah membuktikan kekuasaanya pada hari semalam dengan kemenangan yang berpihak kepada rakyat Mesir,kemenangan Dr.Muhammad Mursi dari parti Hurriyyah Wal A'dalah(FJP). Kegembiraan rakyat Mesir tidak terhingga sehinggakan ketika jari ini sedang memetik punat2 huruf masih lagi terasa keriangan rakan-rakan Mesir meyambut kegembiraan mendapat presiden pertama selepas Thaurah(revolusi) 25 Januari..
Kemenangan rakyat Mesir memang selayaknya buat mereka,kerana kesungguhan dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk mengecap kejayaan ini.
Mereka sanggup bergadai nyawa untuk melawan kezaliman,mereka sanggup berpanas terik di dataran tahrir untuk menyuarakan ketidakpuashatian mereka..sehingga suhu yang boleh menggeleggakkan
![]() |
| Rakyat Mesir Sujud Syukur di Medan Tahrir |
"Bukan senang untuk senang dan bukannya susah untuk susah..."
Ucapan sulung Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir semalam(boleh tonton sini), memperlihatkan kepada kita bahawa sinaran cahaya Islam kian menyinsing terang...seorang presiden yang Menghafaz Al-Quran,merupakan presiden kedua negara yang menghafaz Al-Quran selepas Ismail Haniyeh. Semoga Allah memelihara Mesir dan D.Muhammad Mursi dalam menakhoda bahtera Mesir...insyaAllah.
Memandu sebuah negara yang sudah lama dengan sistem diktator,sistem pentadbiran yang bobrok,tentunya merupakan suatu yang amat sukar dan mustahil dalam sekelip masa mampu untuk mengubah sepenuhnya,begitulah beratnya tugas dan tanggungjawab yang terpikul ke atas negara Mesir ketika ini,namun,kamu Dr.Muhammad Mursi,telah dilantik oleh rakyat dan insyaAllah,rakyat akan membantu kamu dalam membangunkan Mesir.
[gambar] Satu keajaiban Allah,bertepatan tarikh semalam,dalam kalendar Mesir..tercatat ayat dalam surah ghaafir yang termaktub "bagi siapa penguasaan hari ini?(maksud)",maka terjawablah bahawa penguasaan hari ini(24 Jun 2012) adalah kepada Islam dan rakyat Mesir...Subhanallah...
Panas | Indonesia Mendakwa Malaysia Menciplak Tarian Tradisionalnya?
Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan
Minggu, 17 Juni 2012, masyarakat Indonesia mulai ramai membicarakan “klaim” Malaysia atas Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan. Keriuhan ini berasal dari berita di situs Bernama yang menyatakan Malaysia akan meregistrasi tari Tor-tor dan Gordang Sambilan sebagai peninggalan nasional mereka berdasarkan Bab 67 Undang-undang Peninggalan Nasional 2005.
Rais Yatim menyatakan, mempromosikan kebudayaan dan seni asal Mandailing penting untuk mempererat persatuan. Namun rakyat Indonesia keburu murka. Ini kasus kesekian yang menyulut perseteruan budaya kedua negara.
Ramli Abdul Karim Hasibuan, Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat perhimpunan warga keturunan Mandailing di jiran, mengklarifikasi. Ia menjelaskan, organisasinya lah yang mengajukan permohonan kepana pemerintah Malaysia untuk mengakui Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan.
Tujuannya, agar kesenian rakyat Mandailing tersebut bisa berdiri setara dengan kebudayaan Jawa, Minang, dan Banjar di Malaysia. “Kami ingin diakui bahwa kami eksis di Malaysia,” kata Ramli. Rais Yatim pun menyanggupi. Ia meneliti dulu kebudayaan Mandailing sebelum menyetujui permintaan itu.
Ramli mengatakan, Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan telah mendarah daging di tengah rakyat Malaysia. Tarian ini sering dimainkan saat perkawinan atau acara-acara perayaan lainnya. Dimasukkannya Tor-tor ke dalam Warisan Kebangsaan Malaysia, tegas dia, bukan untuk klaim negara, melainkan demi pelestarian agar budaya itu tidak hilang.
“Apabila tarian Tor-tor sudah terdaftar, maka kami akan mendapat anggaran dari kementerian untuk melestarikan budaya ini. Atau bahkan kementerian akan membuat satu perkumpulan tari Tor-tor dan Gordang Sembilan,” kata Ramli. Suatu keuntungan bagi pelestarian budaya Mandailing.
Jadi, Ramli menekankan, warisan budaya itu bukan berarti klaim pemerintah. “Dalam akta tahun 2005 tersebut dikatakan, kebudayaan yang terdaftar dipelihara atau dipertahankan, tetapi kepemilikannya tetap kepada asal-usul negara, yaitu Indonesia. Tidak dimiliki pemerintah Malaysia,” lanjutnya lagi.
Ramli menjelaskan, jumlah warga suku Mandailing di Malaysia mencapai 500.000 orang. Warga Mandailing, telah ada di Malaysia sejak tahun 1800, sebelum negara Indonesia dan Malaysia berdiri. “Kami tidak mengatakan Tor-tor itu punya kami. Tor-tor itu punya rakyat Mandailing, Sumatera Utara. Di manapun Anda berada, jika bicara Tor-tor, maka itu milik orang Mandailing,” ujarnya. (umi) - sumber:vivanews
---------------------
Permata : Apakah benar apa yang didakwakan?kita serahkan kepada pimpinan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya agar persaudaraan antara dua negara tidak berlanjutan...

Mengundi dan Haji...Mana Lebih Perlu Diutamakan Menurut Syarak
Isu terbaru yang tercetus di Negara sekarang ialah berkaitan tangguh haji sebab mengundi..
Wah,kalau kita lihat dari tajuknya agak terkesotlah jiwa2 orang Islam,soal ibadah pun dipolitikkan jugak..kan?
Namun,sebelum kita menjatuhkan hukuman dan penghakiman,perlu kita meneliti beberapa perkara yang mungkin disana setelah kita memahaminya,lapanglah dada..tenteramlah jiwa yang gundah gelana..
Dalam isu ini,saya ingin berkongsi satu artikel yang telah di tulis oleh sahabat saya yang merupakan pengerusi FELO MANHAL(Markaz Pengumpulan dan Hasilan Penyelidikan PMRAM), MANHAL adalah satu badan yang melakukan kajian dan penyelidikan untuk memperjelaskan tentang sesuatu isu berdasarkan dalil-dalil serta fatwa-fatwa yang diambil daripada ulama' Mu'tabar..
Jadi,untuk isu ini...pihak MANHAL telah mengeluarkan satu artikel kajian dan menerangkang isu ini..harap dapat memberi penerangan kepada semua,anda yang membaca ini wajib memberi dan menyebarkan penerangan ini kepada orang ramai agar isu ini tidak disalah ertikan dan sekaligus mengelakkan timbulnya fitnah.
Allah S.W.T Berfirman :
"Maka Tanyalah 'ahlinya' jika kamu tidak mengetahui"
Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.
HUKUM MENGERJAKAN HAJI
Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim
Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.” – Surah Al-Baqarah : 197
Para ulama’ sepakat bahawa kewajipan haji adalah sekali sahaja bagi yang berkemampuan. Adapun kali yang kedua dan selebihnya merupakan ibadah tambahan yang dilakukan oleh individu tersebut sahaja, bukan atas dasar kewajipan. Hal ini dilihat kepada Nabi SAW tidak melaksanakan haji melainkan sekali sahaja iaitu Haji Wada’.[1]
Syarat wajib Haji ialah :
1- Islam
2- Baligh
3- Berakal
4- Merdeka
5- Berkemampuan
Berkemampuan di sini dimaksudkan dengan cukup bekalan untuk melaksanakan ibadah Haji serta perjalanan yang ingin dilalui selamat ke atas jiwanya dan hartanya. Jika seseorang muslim tersebut tidak mencukupi salah satu syarat ini maka Haji tidak wajib ke atasnya.
Dalam Mazhab As-Syafie, kewajipan Haji tidak wajib melaksanakannya di awal waktu, bahkan terpulang kepada seseorang muslim untuk melaksanakannya pada bila-bila masa (ketika mencukupi syarat-syarat wajib) sebelum luput kewajipan tersebut iaitu kematian dan sakit sehingga menyebabkannya tidak mampu.
Sehubungan itu, sekiranya seseorang muslim tersebut mengetahui walau secara sangkaan yang kuat (zhan) akan seperti kematiaan dan sakit yang teruk maka haram baginya untuk melewatkan kewajipan haji sehingga menyebabkan luput kewajipan haji ke atasnya. Namun jika ia tidak mengetahui walau secara sangkaan yang kuat maka hukum kewajipan Haji kembali kepada asal iaitu terpulang kepadanya untuk melaksanakan kewajipan Haji pada bila-bila masa (apabila mencukupi syarat-syarat wajib).
Justeru, berdasarkan ilmu usul feqh berkenaan dengan kewajipan Haji ini, ia termasuk dalam kategori wajib muwassa’[2] (luas) iaitu wajib melakukan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan tersebut sebelum luput kewajipan itu.
Maka kesimpulan mengenai kewajipan Haji dapat dibuat beberapa perkara :
- Wajib dan merupakan salah satu rukun Islam
- Kewajipan hanya sekali sahaja
- Kewajipan apabila mencukupi 5 syarat wajib
- Termasuk dalam wajib muwassa’ (luas) iaitu boleh melaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan sebelum luput kewajipan dengan sebab kematian atau sakit yang teruk
Hukum Mengundi
Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.
Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.
Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.
Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”
Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :
ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب

-----------------------------

Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.
Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat[3] iaitu :
- Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang syaitan sebanyak 2 peringkat
- Jihad menentang golongan kafir sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang golongan zalim, bid’ah dan fasik sebanyak 3 peringkat
Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
“Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian ‘tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah’ dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman”[4]
Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu :
1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik
2- Waktu, masa, tenaga serta harta yang dibelanjakan bagi memenangkan pihak yang adil dan menarik masyarakat kepada perjuangan Islam dan menerima perundangan Islam merupakan jihad sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan Allah SWT membeli jiwa serta harta mereka dengan bayaran syurga
3- Termasuk juga dalam konteks menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia menyeru masyarakat dalam memilih perjuangan Islam dan menolak pihak yang zalim. Pihak yang tidak melaksanakan Islam adalah pihak yang zalim
4- Undi juga dikira sebagai salah satu konsep nasihat iaitu menasihati pemimpin. Ia termasuk dalam seruan Islam berkenaan agama sebagai konsep nasihat.
5- Termasuk dalam kewajipan masa kini iaitu menentang kerajaan yang zalim. Mengalahkan pihak dengan undian sebagaimana mengalahkan pihak musuh di medan perang. Tuntutannya mengalahkan pihak kezaliman dan memenangkan Islam walau dalam bentuk yang berbeza.
Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :
1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :
2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”
3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :
4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”
5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :
6- “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”[5]
Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara :
- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam
- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali
- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya
Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat
Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat.
Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut.
Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah.”
Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah.
Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada :
Feqh Muwazanat : –
1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama.
2- Hasil kewajipan menunaikan Haji adalah kembali kepada individu yang melakukan Haji tersebut. Hasil kewajipan mengundi adalah kembali kepada umum iaitu pemerintah Islam yang diundi dan menang akan membawa maslahat umum dalam pemerintahannya.
3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.
Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara[6] sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu
- Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama)
- Kadar menyeluruh samada umum atau individu. Haji (individu) dan mengundi (umum)
- Kesan waktu mudharat samada pasti atau tidak. Haji (pasti berlaku mudharat tetapi tahun tersebut sahaja) dan mengundi (pasti berlaku mudharat tetapi untuk tempoh 5 tahun)
Feqh Aulawiyat : -
- Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib.
- Haji tidak segera iaitu termasuk dalam konteks wajib muassa’ (luas), tempoh melaksanakannya sebelum luput kewajipan iaitu kematian atau sakit teruk. Mengundi termasuk dalam konteks wajib mudhaiyyaq (sempit), tempoh melaksanakannya ialah dalam waktu kewajipan tersebut ketika dalam pilihanraya.
Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa :
1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama.
2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum.
3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa’) manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq).
4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya.
Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara :
1- Pihak kerajaan (mana-mana negara terutama Negara-negara Islam), elakkan daripada berlakunya pertembungan tarikh antara pilihanraya dan ibadah Haji bagi meraikan syiar Islam iaitu Haji agar umat Islam dapat fokus untuk melaksanakan ibadah Haji sepenuhnya.
2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini.
3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi).
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.
5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas).
6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi).
Wallahu a’lam….
Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan :
1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam
2- Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar As-Sharouq
3- Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dr Abdul Aziz Azzam, cetakan Dar Al-Hadis Al-Kaherah
4- Dhawabit Al-Maslahat, Dr Muhamad Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr
5- Nihayah As-Sul Syarh Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, cetakan Dar Ibnu Hazm
6- Hasyiah Baijuri, cetakan Dar Al-Maktab Al-Islami
[1] Hasyiah Baijuri, jilid pertama, cetakan Dar Al-Kutub Al-Islami, m/s 591
[2] Nihayatul Sul Fi Syarhi Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, jilid pertama, m/s 98
[3] Zad Al-Ma’ad, oleh Imam Ibnu Qayyim. Rujuk kitab Al-Intikhabat Ahkam Wa Dhawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam, m/s 33
[4] Sahih Muslim no 35
[5] Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi m/s 138-139
[6] Dhawabit Al-Maslahat, oleh Dr Said Muhamad Ramadhan Al-Buti, m/s 261

Yang Benar Tetap Benar!
Sekitar Keputusan perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk. tangisan kegembiraan para ibu-ibu dan sanak saudara dgn keputusan hakim membebaskan sahabat kite Muhammad Azman, suwandi
Para keluarga yg tak jemu menunggu tadi
KUALA
TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan
melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada
8 September 2007, lima tahun lalu.
Kedua-dua
tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas
dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya
mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.
Selain
Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta
Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut
dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan
perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan
takbir para hadirin.
"Hari
ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani
yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan
setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.
"Mahkamah
juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh
di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan
keputusan tersebut.
Sebelum
ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8
September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn,
Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi
undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.
Mereka
berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu
dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.
Harakahdaily
difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih
mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.
Ketua
Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman
seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.
Hadir
sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali,
Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,
Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50
orang ahli keluarga dan orang ramai.-Hd
Dari Harakahdaily sep 2007
KUALA
TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh
polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang
ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.
Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.
Kecederaan
berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas
telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.
Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.
Pertempuran
berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis
ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.
Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini
Kami Bebas dari mainan jahat kebatilan
Kronologi Terawal
Berikut dipaparkan kronologi paling awal ditulis tentang Insiden Batu Buruk;
08/09 1200
Petugas ceramah dirikan pentas
08/09 1700
Polis arahkan rombak pentas
08/09 1700
Polis minta kad pengenalan petugas
08/09 2000
FRU masuk dan mula arahkan bersurai
08/09 2130
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.
08/09 2140
Dato’ Mustaffa Ali dan penceramah lain tiba berhampiran Warong Pak Maidin
08/09 2140
Keselamatan alih kon halangan jalan ke tapak ceramah di simpang Warong Pak Maidin
08/09 2140
Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.
08/09 2140
Salah
seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas
keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.
08/09 2140
Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit
08/09 2200
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
FRU
mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO
dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas
didirikan.Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan
ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.
08/09 2400
Salah
seorang Polis preman menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai,
disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut
dikejar lalu polis keluarkan pistol dan menembak ke dada Suwandi Abd
Ghani menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan
daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Keduanya dikejarkan
ke hospital.
09/09 0110
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.
09/09 0110
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.
09/09 0130
FRU dan polis berundur sepenuhnya.
09/09 0130
Kerosakan
harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar
Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2
jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.
09/09 0130
Orang
ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk
dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi,
baru bersurai.
Tetapi hari ini perbicaraa kesnya telah berakhir sebentar tadi dengan tertuduh dibebaskan
![]() |
| Sahabat2 seperjuangan bersujud syukur atas kemenangan yang diberikan oleh Allah...alhamdulillah,indahnya Islam..:) |
Ingatlah kawan2...Al-Haq,Huwalhaq!..yang benar tetap benar dan akan menang pada akhirnya...alhamdulillah!
sumber : harakahdaily,jkkkfanclub,fb
Dedikasi Khas Buat Sahabat di Tahrir...
![]() |
| Calon Ikhwanul Muslimim(Dr.Muhammad Mursi) turut sama di Medan Tahrir semalam |
Buat sahabat2 yang sedang berjuang di Medan Tahrir..saya tujukan lagu ini untuk kalian..semoga usaha kalian mendapat lindungan Allah dan pertolongan-Nya..aamin
Semoga Allah Taala memberikan kemenangan kepada keadilan dan melindungi Mesir dan rakyatnya daripada perancangan jahat musuh...
Kawan2 jangan sombong ya,amik masa 2,3 saat untuk mengangkat tangan dan berdoa agar Allah memberikan keamanan kepada saudara2 kita di Mesir,Syria,Palestin,dll...semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah...:)
SMMS: Terkilan Dengan Penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012
Pemuda merupakan aset terbesar sesebuah negara. Masa depan negara perlu dinilai kepada keadaan pemuda hari ini. Jika baik pemuda hari ini, makabaiklah masa depan negara. Namun andainya rosak pemuda hari ini, maka gelaplah masa depan negara kelak.
Pemuda perlu dibangunkan dengan sebaiknya berlandaskan kepada kehendak syarak. Ini amat penting bagi memastikan golongan pemuda memilikidaya tahan yang tinggi untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan pelbagai ancaman yang datang sama ada dari sudut mental, fikizikal danspiritual. Kekuatan dalaman ataupun pegangan agama yang kukuh merupakan asas paling utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakantunjang utama yang dapat membentengi mereka daripada gejala yang tidak sihat.
Oleh yang demikian acuan pendidikan terhadap golongan muda mudi perlu diteliti dengan sebaiknya agar dapat mencorak dan membentuk jati dirianak muda yang kental serta mampu bertahan daripada asakan -asakan yang boleh merosakkan mereka. Realiti yang berlaku kepada golongan mudahari ini amat membimbangkan dan merisaukan pelbagai pihak. Anak muda dewasa ini terlalu banyak didedahkan dengan hiburan yang melampausehinggakan berlaku kelompongan dari sudut pengisian rohani dan spiritual. Tidak salah untuk berhibur, namun perlu diingatkan hiburan yangdihidangkan itu mestilah tidak keterlaluan dan dipagari oleh batasan syarak.
Himpunan Jutaan Belia 2012 itu telah disajikan dengan pelbagai segmen dan aktiviti. Antaranya segmen Modal Insan, Gerbang Kerjaya, Young Entrepreneur, Perkhemahan dan Jambori. Terdapat juga aktiviti seperti Himpunan Pendakwah Muda, Himpunan Guru Muda dan Pesta Buku Ilmiah.Tidak dinafikan aktiviti-aktiviti ini mampu membina kekuatan mental, fizikal dan spiritual mereka. Namun, apa yang membimbangkan adalah "pencemaran minda" dengan sajian hiburan melampau dan keterlaluan yang mana 500 artis telah diundang dari seantero dunia untuk disajikankepada generasi bakal pemimpin negara. Fenomena seperti ini akan mencelarukan lagi pemikiran dan pemahaman anak muda yang bakal menjadi pewaris tampuk kepimpinan negara kelak. Bak kata pepatah melayu, ‘Madu yang dicampur racun, hilanglah khasiat madu tersebut’.
Penganjuran konsert hiburan yang melampau itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi wujudnya suasana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ditambah lagi dengan pakaian yang dipamerkan oleh artis yang amat mengghairahkan sekaligus boleh merosakkan nilai jati diri golongan anak muda.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia Sedunia (SMMS) yang dianggotai oleh PMRAM-Mesir, GAMIS-Malaysia, MPMMJ-Jordan, PERMAYA-Yaman, PERSADA-Arab Saudi, PPIMI-Irealand, IPIJ-Jepun, PKPMI-CA-Indonesia, MCOT-England, PPMK-Korea dan PPMS-Syria melahirkan rasa terkilan di atas kegagalan pihak penganjur dalam melaksanakan pengisian yang terbaik buat anak muda.
SMMS mengharapkan agar program atau aktiviti yang boleh mencelarukan pemikiran, budaya dan kesucian agama ini tidak berulang di masa hadapan dan tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berwajib dalam memulihkan semula imej golongan anak muda Malaysia yang ternyata sudah tercemar di mata masyarakat.

Kenyataan bersama:
Solidariti Mahasiswa Malaysia SeDunia (SMMS)
Kekecohan : Pemimpin2 Parti Perlu Mainkan Peranan!
Malam Jumaat luar biasa di Pantai Dalam
|
SAKSI MATA
Hari Khamis 24 Mei yang lalu sepatutnya sama seperti hari-hari Khamis
lain. Saya ditugaskan membuat liputan ceramah politik PKR - satu perkara
yang biasa saya lakukan sebelum bertugas di Malaysiakini lagi.
Ceramah itu dijadual berlangsung di Pantai Dalam, yang terletak dalam
kawasan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Sepanjang jalan bermula dari stesen Petronas Pantai Dalam ke tapak ceramah di PPR Pantai Permai aliran trafik lebih sesak daripada biasa.
Kelihatan
pemuda-pemuda berbaju-T merah memegang kain rentang berdiri di kiri
kanan jalan. Pada kain rentang tersebut tertulis mesej-mesej antaranya
"Anwar kaki pusing", "Parti anak-beranak", dan "Parti Kencing Rakyat"
Saya tidak pasti sekiranya kesesakan trafik hari itu berpunca daripada kebanjiran ramai orang ke ceramah Pakatan Rakyat yang merupakan satu perkara biasa, atau kerana jalan raya ke tapak ceramah menjadi semakin sempit dengan kehadiran pemuda-pemuda berbaju merah tadi.
Kira-kira 10 meter dari tapak ceramah PKR rupa-rupanya turut berlangsung satu lagi ceramah politik. Kain rentang ceramah politik itu bertulis "Ganyang Petualang Negara", dipercayai ditujukan buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan saya tepat apabila mendapati antara penceramah yang dijadualkan berucap di pentas itu adalah Ummi Hafilda Ali, seperti yang dapat dilihat pada satu kain rentang.
Wah! Ini kali pertama saya bakal melihat Ummi Hafilda berceramah dan juga ceramah politik berkembar.
Di pentas ceramah PKR, Nurul Izzah Anwar baru mengambil tempat untuk berceramah. Selang beberapa minit beliau berucap suaranya tiba-tiba 'hilang' daripada sistem siaraya.
Pada
waktu itu, saya mengagak ia mugkin disebabkan gangguan teknikal yang
kadang-kala berlaku pada mana-mana ceramah. Namun, pada masa sama lampu
khemah menempatkan Nurul Izzah turut gelap. Rupa-rupanya tapak ceramah
PKR putus bekalan elektrik.
Beberapa petugas ceramah berlari ke blok apartmen bersebelahan yang membekalkan kuasa elektrik ke tapak ceramah. Saya bergegas mengekori mereka.
"Wayar kena potong-potong! Wayar kena potong!" jerit seorang petugas. Apabila saya tiba, saya lihat wayar elektrik terputus dua. Selepas saya merakamkan beberapa keping gambar, petugas ceramah menyambung semula wayar itu dan bekalan elektrik di tapak ceramah PKR kembali pulih.
Saya beredar ke tapak ceramah Umno untuk meninjau suasana di situ. Ummi Hafilda sedang berucap dan kira-kira 200 orang berpakaian merah sedang mendengar ucapannya. Mereka memenuhi kira-kira dua daripada lima khemah tersedia. Ummi kelihatan manis - berjubah kain licin nipis berwarna hijau. Ummi berucap menggunakan rostrum dan sambil berucap kain jubahnya ditiup angin kipas pentas di belakangnya.
Saya kembali ke tapak ceramah PKR dan mengambil tempat hampir dengan khemah ceramah untuk mengikuti ceramah Anwar yang baru menaiki pentas.. Kini Anwar sedang berucap.
Tiba-tiba,
beberapa orang hadirin di sebelah saya bangun berdiri dan keadaan
bertukar menjadi kecoh. Saya tertanya-tanya apa yang berlaku. Mereka
bising-bising dan meninjau-ninjau ke arah belakang.
Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka dibaling telur dan mereka cuba mencari dari arah mana datangnya telur itu. Anwar yang menyedari perkara itu meminta hadirin bertenang dan meneruskan ceramahnya semula.
Selang beberapa minit Anwar berucap, tiba-tiba hadirin ceramah berhampiran saya kembali berdiri dan keadaan kembali kecoh. Namun suasananya kali ini terasa lebih panik.
Saya ternampak seorang wanita mempamerkan wajah takut selepas beliau meninjau ke bahagian belakang khemah tersebut. Pada masa itu juga beberapa kamera video yang merakam ucapan Anwar diangkat dan jurukamera bergegas berpusing ke belakang.
"Beri laluan! Beri laluan!" jerit suara dari arah belakang saya. Seorang lelaki tua berbaju putih dengan kesan tompok darah dipapah dekat dengan pentas ceramah dalam keadaan tidak bermaya. Apabila beliau dipapah semakin dekat dengan tempat saya berdiri, kelihatan darah mengalir keluar dari dahinya dengan tidak berhenti-henti.
Orang ramai mendudukkan beliau di atas kerusi di hadapan pentas. Keadaan sekeliling bertambah panik kerana darah masih terus mengalir keluar dari dahinya dan menitik ke atas baju-T beliau.
Melihat keadaan lelaki itu Anwar melaungkan "Pemuda Umno sial! Pemuda Umno sial!" melalui sistem pembesar suara.
Lelaki itu kemudian diusung keluar dari tapak ceramah dan dibawa ke tempat lain masih dalam keadaan separa sedar - dipercayai untuk rawatan.
Tidak berpuas hati dengan perkara yang berlaku, penyokong lelaki PKR mula berdiri dan bergerak ke arah pintu pagar kuarters DBKL yang memisahkan ceramah PKR dan ceramah Umno.
Pada masa sama penyokong Umno dari dalam kawasan kuarters DBKL turut bergerak ke arah pagar tersebut. Namun jumlah mereka hanya dianggarkan satu perlima daripada penyokong PKR.
Di pentas Umno, Ummi masih berceramah begitu juga Anwar di tapak ceramah PKR.
Penyokong kedua-dua pihak mula menjerit-jerit ke arah satu sama lain. Kedua-duanya kelihatan seolah-seolah sedia untuk bertempur dan akan memanjat pagar ke sebelah pihak satu lagi jika polis tidak berkawal berhampiran pagar itu.
Keadaan yang sama berterusan sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mula berucap di sebelah PKR. Di pihak Umno, Ummi Hafilda masih lagi berucap. Namun beliau akan menghentikan ucapannya untuk mendengar butiran ucapan Khalid Samad dan membidasnya secara spontan.
Saya kini berada di antara pagar yang memisahkan kedua-dua penyokong. Dari tempat saya berdiri, sekali sekala saya ternampak beberapa penyokong Umno dengan bendera Malaysia diikat menyembunyikan wajah mereka melontar telur dan botol air mineral ke arah penyokong PKR. Polis berdiri memerhatikan perkara tersebut tetapi mereka tidak pula melarangnya.
Sekitar dua puluh minit kemudian keadaan tegang beransur reda. Sorak-menyorak sudah berkurangan. Saya kembali ke tapak ceramah PKR. Khalid Samad sedang berucap dan menceritakan kejayaan-kejayaan negeri Selangor kepada penduduk setempat.
Saya dan rakan setugas, Koh Jun Lin dihampiri seorang lelaki. Menurutnya ada seorang budak perempuan turut menjadi mangsa lontaran batu pada malam itu. Kami mengikut lelaki itu ke bahagian khemah penceramah dan menemubual budak perempuan itu dengan ditemani ibunya.
Ceramah berakhir tidak lama kemudian apabila Khalid Samad membacakan doa sebagai penutup ucapan beliau.
Merenung kembali perkara yang baru sahaja berlaku beberapa minit lalu, saya tidak dapat membayangkan bagaimana suasana pilihan raya umum kelak.
******************************
Permata : bagaimana mahu hentikan kekecohan yang semakin membarah ni?pemimpin2 parti tegurlah anak buah masing2..huu...semoga Malaysiaku sentiasa aman dan sentosa...

Alahai Tok Siak..
NILAI – Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di sini didakwa bertindak di luar kawalan apabila menyentap baju seorang pemandu teksi hingga koyak.
Insiden itu berlaku 20 Mei lalu ketika mangsa, Mohd Azuwar Sulaiman, 36, sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib di masjid terbabit.
Duhai tok siok..kalau yang solat rupa ini bagaimana agaknya tindakan kamu ya?bakar terus orang solat..??hehe....atau kamu senyum sahaja?yang ini jelas dan terang lagi bersuluh adalah salah dan lambang salib dibawa ke dalam solat..pernahkah kamu menyedari ini?
Ulasan :
Memakai pakaian yang bersih dalam menunaikan solat adalah syarat SAH sesuatu solat sebagaimana yang disebut dalam kitab Fiqh Al-Manhaji. Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al-Mudasthir :" وثيابك فطهر " yang bermaksud -"dan sucikanlah pakaianmu".
Oleh itu,mana-mana pakaian yang bersih sah untuk dibawa dalam solat. Berbalik kepada isu yang berlaku, adalah tidak menjadi kesalahan seseorang memakai baju BERSIH yang diyakini tidak dikotori najis. Tok Siak tidak boleh menghalang individu tersebut memakai pakaian 'bersih' kerana ianya adalah hak individu terbabit.
Kita melihat,masalah di sini ialah kebencian seorang individu terhadap program BERSIH yang dilakukan tempoh hari. Seharusnya,tok siak lebih mengambil jalan berlapang dada agar tidak memburukkan nama Agama serta rumah Allah. Tindakan beliau yang tegas kemungkinan boleh menjadi penyebab orang ramai menjauh dari mendekati masjid..
Tuntutlah ilmu kerana ianya satu tuntutan daripada Allah supaya kita semua tidak terus menerus dlam kejahilan,Islam itu agama yang mudah dan jangan bermudah-mudah dengan agama..
Maksudnya "Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagimu"(al-baqarah ;185)
Wallahua'lam..

Menceritakan kejadian, Mohd Azuwar berkata, secara tiba-tiba siak terbabit datang ke arahnya dan serta merta menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.
“Kira-kira 20 jemaah yang melihat kejadian tersebut terkejut dan tidak menyangka siak terbabit boleh bertindak sedemikian ketika berada di dalam masjid.
“Saya tidak melawan atau melenting dengan tindakannya, tetapi kesal kerana orang beragama sepertinya boleh buat demikian,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia percaya kejadian itu adalah kemuncak kemarahan siak terbabit yang sebelum ini pernah menghalaunya daripada menunaikan solat di masjid berkenaan hanya kerana dia memakai baju Bersih 3.0.
Katanya, ketika itu dia baru tiba di masjid itu untuk menunaikan solat Isyak namun diminta keluar serta merta.
“Saya tidak mahu menimbulkan sebarang provokasi, jadi saya terus keluar kerana menghormati rumah ibadat.
“Tapi saya tidak sangka dia boleh bertindak lebih berani apabila menyentap baju saya sedangkan saya hanya hadir untuk solat bersama jemaah lain,” katanya.
Kecewa dengan insiden kali kedua itu, Mohd Azuwar memaklumkan kejadian berkenaan kepada ketua kampung untuk diambil perhatian.
Mohd Azuwar berkata, dia berharap insiden seperti itu tidak berulang kerana ia boleh menjejaskan institusi rumah ibadat.
“Saya rasa tidak salah memakai baju berkenaan dan tidak ada kena mengena jika mahu solat tidak boleh pakai baju Bersih 3.0 tetapi siak terbabit seolah-olah mahu membesarkan isu,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, mempunyai fahaman politik berbeza tidak sepatutnya menjadi penyebab seseorang itu bertindak di luar kawalan sehingga membawa kepada pergaduhan.
Menurutnya, sebagai seorang Muslim, setiap orang perlu menjaga adab dan memastikan perpaduan sesama umat Islam sentiasa dipelihara walaupun berbeza pendapat.
“Kita perlu menghormati perbezaan pendapat. Kita perlu ubah sikap kepada politik lebih matang.
“Agama Islam mengajak perpaduan dan perpaduan boleh diwujudkan walaupun berbeza dalam politik,” katanya mengulas insiden berkenaan.
Mohd Taufek berkata, pihaknya berharap kejadian seumpama itu dapat diberi perhatian serius dan dibendung sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).-SH
Duhai tok siok..kalau yang solat rupa ini bagaimana agaknya tindakan kamu ya?bakar terus orang solat..??hehe....atau kamu senyum sahaja?yang ini jelas dan terang lagi bersuluh adalah salah dan lambang salib dibawa ke dalam solat..pernahkah kamu menyedari ini?
Lihat betul2.....
Ulasan :
Memakai pakaian yang bersih dalam menunaikan solat adalah syarat SAH sesuatu solat sebagaimana yang disebut dalam kitab Fiqh Al-Manhaji. Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al-Mudasthir :" وثيابك فطهر " yang bermaksud -"dan sucikanlah pakaianmu".
Oleh itu,mana-mana pakaian yang bersih sah untuk dibawa dalam solat. Berbalik kepada isu yang berlaku, adalah tidak menjadi kesalahan seseorang memakai baju BERSIH yang diyakini tidak dikotori najis. Tok Siak tidak boleh menghalang individu tersebut memakai pakaian 'bersih' kerana ianya adalah hak individu terbabit.
Kita melihat,masalah di sini ialah kebencian seorang individu terhadap program BERSIH yang dilakukan tempoh hari. Seharusnya,tok siak lebih mengambil jalan berlapang dada agar tidak memburukkan nama Agama serta rumah Allah. Tindakan beliau yang tegas kemungkinan boleh menjadi penyebab orang ramai menjauh dari mendekati masjid..
Tuntutlah ilmu kerana ianya satu tuntutan daripada Allah supaya kita semua tidak terus menerus dlam kejahilan,Islam itu agama yang mudah dan jangan bermudah-mudah dengan agama..
يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر