Posted by : Waalid Al-Marbawi Jul 30, 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Bismillah pembuka bicara..salam perjuangan buat semua,ukhuwwah fillah abadan abadaa

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya memberikan kita,hamba-Nya pelbagai nikmat tanpa mengharapkan setitik balasan daripada kita, namun selaku hamba, kita sepatutnya menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah dengan melaksanakan sebaik-baiknya akan segala perintah dan menjauhkan sejauh-jauhnya akan larangan-Nya. Hanya itulah yang mampu kita lakukan sebagai balasan di atas kurniaan Allah yang berlipat ganda. Sesungguhnya Allah tidak memerlukan akan balasan dari hamba-Nya kerana Allah bersifat dengan kesempurnaan. Tetapi amalan dan kebaikan yang kita laksanakan adalah sebagai bukti kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T.

Alhamdulillah,sebagai permulaan penulisan alfaqir di ruangan teratak ‘Permata Perjuangan’ ini, sukalah alfaqir untuk menyatakan bahawa sesungguhnya ilmu yang ada pada alfaqir amat cetek dan masih memerlukan tunjuk ajar dari alim ulama’ di luar sana,pun begitu,hasrat alfaqir menulis di laman blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada alfaqir,ruangan ini adalah sekadar menjadi medium untuk alfaqir memberi kesedaran kepada diri alfaqir dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Boleh jadi ruangan ini menjadi diari dan jurnal kehidupan alfaqir sebagai tatapan untuk saudara mara dan juga anak-anak alfaqir apabila mereka sudah dewasa. Pendek kata kita semua merupakan da’ie(pendakwah) dan adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk menyebarkan Islam dan ajarannya.

“Permata Perjuangan”,itulah nama blog yang alfaqir gunakan. Alfaqir menjadikan nama itu sebagai asas blog alfaqir kerana ianya menjadi semangat dan tazkirah(peringatan) kepada alfaqir ketikamana alfaqir merasa lemah dan cuba melarikan diri dari perjuangan Islam. Apabila membaca kalimah “Permata Perjuangan” kita dapat mengingatkan diri kita bahawa kita adalah mata rantai dan permata dalam perjuangan. Sebagaimana permata, ia tidak akan Nampak bersinar dan bercahaya jika tidak di gilap dan dicuci, oleh itu, blog ini boleh alfaqir sifatkan sebagai penggilap dan melatih diri alfaqir untuk menjadi permata perjuangan yang diperlukan oleh Islam,insyaAllah..

Oleh itu,sukalah alfaqir tegaskan di sini,blog ini hanyalah untuk kegunaan peribadi dan bukanlah membuktikan kenyataan dan pendirian mana-mana pihak,oleh itu,sekiranya ada kenyataan dan pendirian mana-mana pihak yang tertentu,ianya mungkin di ambil untuk disebarkan dan insyaAllah alfaqir akan meletakkan link(sumber asal) sekiranya ia di ambil dari sumber-sumber lain. Dan sekiranya tiada apa-apa sumber, tulisan di blog ini adalah tanggungjawab alfaqir 100%.

Sekian dahulu untuk permulaan dan kata aluan dari diri alfaqir..diharapkan sahabat-sahabat di luar sana dapat memberi tunjuk ajar kepada diri alfaqir yang lemah lagi dhaif ini. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -