Showing posts with label Perjuangan itu Manis. Show all posts

Otak Ligat! Badan Lincas!

Alhamdulillah,segala puji bagi Sang Pencipta yang teragung,Selawat dan salam kehadrat kekasih junjungan serta buat para pengikut dan seluruh kaum muslimin.

Dalam melakukan sesuatu perkara,peranan otak sangat penting. Terlebih-lebih lagi perkara tersebut memerlukan otak yang ligat dalam mencernakan buah fikiran mahupun mengeluarkan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu kemusykilan atau masalah.

ihsan google
Bagi mereka yang sibuk,memegang jawatan dalam persatuan,organisasi, harakah,dan sebagainya, otak ligat dan badan lincas sangat besar peranannya. Bagi yang banyak tanggungjawabnya, tersangatlah memerlukan otak yang ligat berfikir bagi mengawal gerak kerja agar tidak bertindan dan terlepas pandang.

Kadang-kadang kita(khususnya waalid) sangat perlu untuk belajar melakukan banyak benda dalam satu masa. Sebagai persediaan untuk berada dalam medan yang sebenar di tanah air tercinta. Tugas sebagai seorang anak,seorang suami,seorang da'ie dan mungkin banyak lagi taklifan yang akan diberikan nanti amat memerlukan persediaan yang cukup. Barulah nanti tidak 'mati katak' untuk melakukan semuanya.

Untuk mendapatkan otak yang ligat dan badan yang lincas,petua yang senang dan paling mudah untuk dilakukan ialah berSUJUD, mungkin petua ini jarang diambil berat oleh kita.

ihsan google

Sujud mampu menjadikan otak kita cerdas kerana ketika sujud,darah akan mengalir ke dalam satu saluran yang tidak akan sampai darah padanya melainkan ketika kita sujud. InsyaAllah otak kita akan semakin cerdas dan pintar. Disamping itu,banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan dan 'keligatan' otak kita ni. Termasuklah faktor pemakanan,persekitaran,pergaulan dan sebagainya.

"Akal yang cerdas dari badan yang sihat..."

Seorang yang bergelar ustaz atau pendakwah,kadang-kadang dilihat atau sinonim hanya menadah kitab,mengajar,kuliah,ceramah dan sebagainya. Sebenarnya,dalam Islam juga menggalakkan untuk kita beriadhah. Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam juga turut beriadhah,Nabi beriadhah dengan menunggang kuda,berenang dan memanah.

Mempelbagaikan kemahiran diri termasuk bersukan juga merupakan satu cara untuk para da'ie untuk mendekati para mad'u mereka,namun bukan perlu jadi pemain sukan yang pro,cukuplah sekadar kita reti untuk bersukan. Kalau main bola,agak-agak sepak bola tu kena dah kira ok la tu..begitu juga sukan-sukan yang lain.

Ok,ok..dah melalut dah..asalnya waalid hanya nak buat entry ringkas..jadi panjang pulak,harap maaflah kalau kalian bosan baca entry yang panjang lebar ini..huhu.

Sebagai kesimpulan,blog waalid yang agak bersawang akhir-akhir ini adalah kerana waalid sedang cuba untuk menjadi otak ligat dan badan lincas...huhu. Dah takde keje cari keje..nah,rasakan kau waalid..sahabat-sahabat tolong doakan agar segala pekerjaan waalid dimudahkan olehNya ya.. jazakumullahukhairan jazak...^_^

Wasiat Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam



Wahai Para Da’i Islam!
Carilah kematian nescaya anda akan dikurniakan kehidupan. Janganlah anda sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah anda sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar.

Wahai Para Ulama Islam!
Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

Wahai Kaum Muslimin!
Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.

Wahai Kaum Wanita!
Jauhilah kehidupan mewah dan megah karena kemewahan itu musuh dalam selimut yang akan merosak jiwa manusia. Hindarilah perkara yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan-keperluan asasi.
Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang berani dan sedia berjihad.


Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Hiduplah dengan penuh perhatian terhadap permasaalahan kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam seminggu untuk hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.

Wahai Anak-Anak!
Jauhkanlah diri kalian dari dendangan lagu-lagu dan muzik-muzik penghamba nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari kehidupan orang-orang yang hidup bermewah-mewahan.

Wahai Ummu Muhammad! (Isteri Abdullah Azzam)
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.
Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dokongan yang sangat bererti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkat ini dalam berjuang di medan Jihad.


Ke atas pundakmulah aku serahkan tanggungjawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak dan seorang bayi. Engkau hidup dalam sebuah bilik kecil yang terbina dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim sejuk).
Kemudian aku serahkan ke atas pundakmu segala urusan rumah tangga ketika bebanan semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah banyak, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.


Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergemilang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud nescaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, nescaya mereka akan mencintaimu.


Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, puasa sunnah dan istighfar di waktu pagi akan membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya beribadah.
Bertemanlah dengan wanita-wanita solehah, tidak mengejar kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cintakan keduniaan, akan memberikan ketenangan hati.


Semoga Allah mempertemukan dan menyatukan kita di Syurga Firdaus, sebagaimana Allah menyatukan kita di dunia.

Wahai Kalian Anak-Anakku!
Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit sahaja. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.


Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban.
Demi Allah, aku tidak mampu hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin.
Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.


Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlussunnah wal-Jama’ah) .
Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafalkanlah Al-Quran.
Jagalah lidah, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaul-lah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.


Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syar’i yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.
Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada nenek dan Datuk kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), karena keduanya-lah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

 
Isnin, pada waktu Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)
Abdullah Yusuf Azzam
Wasiat ini ditulis oleh Sheikh Abdullah Azzam semasa jihad Afghanistan menentang Uni Soviet masih berlangsung.

Aku Pejuang Bukan Petualang!

Akulah pejuang islam..
Sibuk kehidupan kerana perjuangan..
Harta dan masa jadi taruhan
Untuk menobat islam berwawasan…

Akulah pejuang islam
Amat bongkakku dengan perjuanganku
Ufuk fajar sentiasa berlalu
Diri tewas dek kebebalan nafsu

Akulah pejuang islam…
Teguran si pemimpin seringku dustai
Kerana terasa diri meninggi
Ego dan riak sentiasa menguasai
Musnahlah pejuang dimakan diri

Segala macam menjadi perhatian
Untuk membenam aura kezaliman
Halal dan haram tiada timbangan
Samalah pejuang dengan petualang

Tetaplah kamu dengan panduan Ilahi
Sujud,qiam dan tasbih mengganti kelahi
Barulah gelaran pejuang memekar wangi
Tanpa kerosakan jiwa yang sejati

Sampainya saat kamu merungkai belenggu
Keredhaan tuhan harapan yang satu
Bulatkanlah tekad melawan seteru
Berpandukan garisan yang telah ditentu

Nukilan : waalidaisya5035




Yang Benar Tetap Benar!

Sekitar Keputusan perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk. tangisan kegembiraan para ibu-ibu dan sanak saudara dgn keputusan hakim membebaskan sahabat kite Muhammad Azman, suwandi 


Para keluarga yg tak jemu menunggu tadi

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.-Hd


Dari Harakahdaily sep 2007


KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.

Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.
Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.

Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini


Kami Bebas dari mainan jahat kebatilan

Kronologi Terawal
Berikut dipaparkan kronologi paling awal ditulis tentang Insiden Batu Buruk;

08/09 1200
Petugas ceramah dirikan pentas

08/09 1700
Polis arahkan rombak pentas

08/09 1700
Polis minta kad pengenalan petugas

08/09 2000
FRU masuk dan mula arahkan bersurai

08/09 2130
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

08/09 2140
Dato’ Mustaffa Ali dan penceramah lain tiba berhampiran Warong Pak Maidin

08/09 2140
Keselamatan alih kon halangan jalan ke tapak ceramah di simpang Warong Pak Maidin

08/09 2140
Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.

08/09 2140
Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.

08/09 2140
Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit

08/09 2200
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

08/09 2230
FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

08/09 2230
Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.

08/09 2400
Salah seorang Polis preman menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai, disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar lalu polis keluarkan pistol dan menembak ke dada Suwandi Abd Ghani menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Keduanya dikejarkan ke hospital.

09/09 0110
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.

09/09 0110
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

09/09 0130
FRU dan polis berundur sepenuhnya.

09/09 0130
Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.

09/09 0130
Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

Tetapi hari ini perbicaraa kesnya telah berakhir sebentar tadi dengan tertuduh dibebaskan

Sahabat2 seperjuangan bersujud syukur atas kemenangan yang diberikan oleh Allah...alhamdulillah,indahnya Islam..:)


Ingatlah kawan2...Al-Haq,Huwalhaq!..yang benar tetap benar dan akan menang pada akhirnya...alhamdulillah!

sumber : harakahdaily,jkkkfanclub,fb 

Ukhuwah Fillah Untuk Islam...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat Allah Taala di atas segala kurniaanNYA yang melimpah ruah.Allah menyediakan segala macam nikmat kepada hamba-hambaNYA tanpa mengharapkan sebarang pulangan...alangkah 'kedekut' nya kita kalau kita malas untuk melaksanakan tanggungjawab kita selaku hamba Allah,kalaulah segala nikmat yang diberikan oleh Allah diminta bayaran dan cukai..sudah tentu kita tidak mampu menggunakan nikmat-nikmat Allah yang banyak.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pembawa rahmat sekelian alam.tidak dilupakan ahli keluarga baginda,para sahabat dan pewaris2nya.Allahumma Sholli Ala Saidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam..

Usrah memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu muslim yang bersyakhsiah tinggi sebagai memenuhi tuntutan 'marohil a'maal' dalam mencapai target daulah islamiyyah seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan khilafah islamiyyah dan sehinggalah islam dapat dijulang seantero alam.

Berukhuwah di dalam sesebuah usrah mampu melahirkan kasih sayang sesama ahli usrah sehingga mampu sampai ke tahap ukhuwah paling tinggi iaitu ithar yang mana mendahulukan saudaranya lebih daripada dirinya.tahap ini amat mudah untuk diteorikan dan disyarah dengan semangat berkobar-kobar,namun untuk melaksanakan tersangatlah sukar jika kefahaman dan kesatuan yang dibina bukan semata-mata kerana Allah.

Nabi S.A.W bersabda :

 لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

[Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai olehnya]



Kepelbagaian method dan perlaksanaan usrah juga merupakan satu kaedah untuk menarik minat mad'u yang pelbagai agar persepsi terhadap usrah. Bermula dengan minat inilah,segala hadaf/manhaj yang cuba disampaikan dalam usrah diterima baik oleh setiap ahli usrah.


Berusrah di lapangan hijau hadiqoh dauliyah
Dengan kukuhnya kesatuan di kalangan ahli usrah,mampu melahirkan satu keluarga yang memahami kehendak dan tanggungjawab terhadap Islam seterusnya melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang teguh dengan Ajaran Islam,menjadi masyarakat Islam yang umpama benteng kota konstantinopel yang begitu utuh dan sukar dikalahkan.

Ummat Islam hari ini amat rapuh dan mudah dikalahkan sekiranya musuh Islam menyerang...kerana apa?kerana penghayatan agama di kalangan masyarakat Islam khususnya di negara Malaysia hari ini teramat jauh dari landasan sebenarnya. Realiti hari ini dapat menggambarkan masa hadapan Masyarakat Islam yang akan musnah sekiranya tidak diambil langkah drastik untuk membasmi gejala sosial yang meningkat,jenayah yang berleluasa,maksiat yang bermaharajalela, dan juga untuk mengembalikan kefahaman tentang Islam yang sebenar.

test semangat mujahidin skit.huhu..ade gaye x?;p

Negara Malaysia semakin lama semakin tenat jika diperhatikan dari jarak jauh dek masalah-masalah yang diutarakan tadi semakin menjadi-jadi lagi-lagi masalah-masalah sebegini turut menular di kalangan pemimpin negara sebagaimana yang disiarkan di dada-dada akhbar dan blog2 picisan yang membongkar satu persatu kebejadan dan kebobrokan yang berlaku. Perkara ini amat malang buat sebuah negara yang dikagumi dengan pembangunan yang pesat dari segi material tetapi kurang dari segi rohani. Negara yang maju tanpa diseiringkan dengan pembangunan akidah dan modal insan yang baik akan memberi impak yang tidak baik kepada negara,lebih-lebih lagi kepada Islam itu sendiri.

Pejuang2 agama Allah..insyaAllah...

"Apa guna rupa yang cantik andai isi di dalamnya busuk..."
Apa gunanya Malaysia terkenal di serata pelusuk dunia dengan kemajuan seandainya isi-isinya tidak berakhlak dengan akhlak yang seiring dengan kemajuan yang dilaung-laungkan...

Sama-samalah kita berusaha dan kembalikan saudara-saudara kita ke jalan yang benar-benar boleh dibanggakan terutamanya yang berkaitan pembangunan insan berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya.insyaAllah.

p/s : terima kasih buat semua ahli usrah saya yang menceriakan suasana usrah dengan gelagat kalian yang xkering gusi dibuatnya...:)..semoga thabat dalam perjuangan Islam..Sayang Kalian semua kerana ALLAH...

PARTI ISLAM MENANG UNDI PILIHAN RAYA PARLIMEN MESIR


Dalam dua fasa awal pilihan raya parlimen, parti-parti Islam telah mendahului undian dengan memenangi 62.2 peratus undi dan megekalkan kemenangan mereka dalam keseluruhan pertandingan.

Parti Kebebasan dan Keadilan, cabang politik Ikhwan Muslimin melaporkan dalam laman webnya bahawa mereka telah mendapat 35.2 peratus undi.

Parti Nour menduduki tempat kedua dengan memenangi 27 peratus undian. Setakat ini, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Nour adalah sebanyak 111 kerusi.

Manakala tempat ketiga diduduki oleh Parti Wafd yang jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 14 kerusi dalam fasa akhir pengundian. Menurut satu kenyataan, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Wafd adalah sebanyak 37 kerusi.

Berikut adalah senarai enam parti politik yang memenangi undian pilihan raya paling tertinggi setakat ini:

1) Parti Kebebasan dan Keadilan = 213 kerusi

2) Parti Nour = 111 kerusi

3) Parti Wafd = 37 kerusi

4) Egyptian Block = 12 kerusi (atau lebih)

5) Reform and Development Party: 12 kerusi

6) Jama'a al-Islamiya: 13 kerusi
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2012
Olahan sumber: Al-masry Al-youm

link : Map2care

Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar)Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor.
Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser). Rawatan Alternatif Penyakit Kanser (baca di sini)

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

© Permata : Alfatihah buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo'...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan keampunan Allah Taala..takziah buat keluarga Allahyarhamah di atas kehilangan yang bermakna ini,kita semua merasai akan kehilangan...insyaAllah dengan segala jasa yang dicurahkan,kita mohon agar beliau di tempatkan bersama para solehin dan kekal dalam jannatunnaim..amin..

Mujahid Tegar : Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan




http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQXTtAT92GrgdhB4xVdEsgTIFrHye0x72WmfApIQofsduPl54G5Zw


Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’ lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.
Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.


Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.


Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962. Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair.

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQpifBB78QQ4FcbW2uI-RCaMH5W2HVHfRambYFFbycuHuwBEQiahg

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Setelah berkahwin, isterinya menemani almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.


Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).


Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia.


Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah. Beliau juga pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang rujukan dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi masyarakat.


Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989. Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS. Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, al marhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh al marhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah. Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata merah berair kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am yang sarat dengan makna mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Oleh: Riduan Mohamad Nor
(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat)




Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun

************
Menyelirat darahku membaca nukilan ini...bersemangat dan mengembang roh jihad dalam dadaku..Ya Allah..iringkanlah doaku kepada semua rakyat yang berhimpun pada 9 julai nanti dan kau hindarkanlah mala petaka dari kami...amin

p/s : rasa macam nk terbang terus ke Malaysia utk sertai perhimpunan bersih nanti...hanya doa yang mampu diiringi...

BERSIH : Pesanan Buat PDRM




Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung.


Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

 

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!

Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.

Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!


EDYES @ edyesdotcom Mohon rakan share dan sebar artikel ini

Bob lokman : Melodi(hiburan) untuk ingat Allah

 

Bismillah wa subhanallah...
begitulah hidayah Allah..sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..siapa sangka yang bob ini kalau dahulunya merupakan seorang pelakon/pelawak dan yang giat dalam seni tanah air kini berada dalam arena perjuangan PAS..berceramah untuk menyedarkan orang ramai akan kefasadan(kerosakan) yang berlaku dan sedang memamah tanah air kita.

Semoga pejuang-pejuang Allah sentiasa thabat dalam memperjuangkan Islam di tanah air dan seluruh tanah ummat Islam.

Firman Allah yang bermaksud;"Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat."

Wahai Saudara/iku...bangkitlah dari lenamu dan mimpi ngerimu...ayuhlah tegakkan Islam dan tentanglah kemungkaran dan pemimpin yang tidak ingin melihat Islam itu dijulang...agar kita selamat dunia dan akhirat...

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -