Showing posts with label Berita. Show all posts

Gambar : Program Kemerdekaan | Aidilfitri | Malaysia

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..

Semoga sahabat-sahabat yang waalid kasihi sentiasa berada dalam keaadaan baik dan dirahmati Allah selalu.

Seperti yang waalid sebut untuk memuat naik gambar-gambar terpilih bagi program-program di sekolah waalid yang di adakan baru-baru ini..jadi dalam entry ni dimuatkan gambar-gambar yang terbaik dan mencuit hati..ape lagi?jom layan...zasss........

Antara peserta pertandingan pakaian beragam,adik Izzah Soffiah dari tahun 2

Yang ni plak penyanyi lagu tegar versi SK Seri Makmur...dahla nyanyi lagu tak ikut tema..haha

Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Fariz, dari tahun 4...hai dik..ngantuk sangat ke?hehehe

Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Elissa dari tahun 5

Antara peserta pertandingan pakaian beragam, adik Faiz dan Irfan...cantik baju melayu yang bercirikan bendera Malaysia.....kedua2 ni dari Tahun 2

Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syazwan dari prasekolah

Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syamimi dari tahun 1...hamboih..macam pelakon bollywood plak...jangan keliru ya..budak ni orang melayu..hehe

Antara pertandingan lain ialah pertandingan basikal berhias..kreatif2 diorang ni...^_^

Persembahan yang dipertandingkan...suka melihat gelagat budak2 nyanyi..macam2 yang boleh dilihat...ni persembahan dari tahun 2

Antara basikal berhias yang menjadi tumpuan...empunya diri dari tahun 2..


Sekian dahulu dari waalid..semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang dimuatkan...

Wassalamualaikum...^_^

Ajalnya di Malaysia

Assalamualaikum semua,

Berkenaan entry waalid pasal seorang sahabat yang meninggal semalam,beritanya dah masuk paper hari ini, di sini waalid berkongsi berita yang disiarkan dalam Sinar Harian


KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.
"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.
Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.
“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.
Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.
Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.
“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.
“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.- SH
 sumber : http://www.sinarharian.com.my/ajalnya-di-malaysia-1.196483

Al-Fatihah Buat Abdullah Bin Azahari

Al-Fatihah...


Setiap yang bernyawa pasti akan mati,

Sesungguhnya Allah menyanyangi hamba-hambaNya yang soleh.

Seorang junior waalid ketika berada di Mesir,namanya Abdullah Bin Azahari telah meninggal dunia pagi tadi(28/8/2013) akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya pantai timur Bukit Besi- Ajil.

Arwah diceritakan telah melanggar benteng lebuh raya dan mengalami pendarahan dalam kepala. Meninggal di tempat kejadian.

Waalid cukup tersentap dengan berita pemergiannya. Setakat yang waalid kenal,beliau(arwah) sangat baik dan cukup sopan santun. Baik muamalahnya bersama kawan-kawan,senior2 yang lebih berumur daripadanya.

Ayuhlah sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Aamin..

"Sungguh!kematian itu pasti...bilakah giliran kita?wallahua'lam...BERSEDIALAH!...."

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -