Showing posts with label Global. Show all posts

Dataran Raba'ah Berdarah!!!

Di saat kita bergembira di hari raya, saudara-saudara kita di dataran raba'ah adawiyah,Mesir hari ini bergelumang dengan darah apabila kerajaan kudeta as-sisi menyuraikan perhimpunan rakyat pro- Mursi secara ganas.

Tindakan pihak polis yang menjadi 'lembu' kepada kerajaan as-sisi telah membunuh dan melanyak rakyat-rakyat dengan rakus hingga mengakibatkan banyak nyawa yang melayang. Perbuatan ini tersangatlah melampau dan CELAKA!!!

korang lihatlah gambar-gambar pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat yang inginkan kebenaran tertegak, mereka yang tidak bersalah dan waalid percaya mereka mati dalam keadaan SYAHID dan in syaa' Allah SYURGAlah tempat mereka..







Boleh lihat gambar-gambar lain di sini ----> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.215360328622238.1073741891.202121649946106&type=3

Ya Allah...bantulah saudara-saudara kami yang tertindas...aamiin...T_T...

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kaherah Mesir.


Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Dataran Rabaah Adawiyah,Kaherah

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka membahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..

..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah

Sumber : Jundi Tarbawi

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat Obama turun dari kapal terbang, juru gambar sempat memfokuskan lens nya ke arah buku yg di pegang Oleh Obama , Buku tersbut bertajuk (The Post- American World) yg di karang Oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria ,berasal dari India dan berkerja sbgai Wartawan Di News week International...

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yg mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mmpu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera2 Islam tersbut Bakal Meranapkan segala Usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke ats negara2 Islam setelah saki baki Pro- amerika Syarikat d negara2 Islam di kalahkan....Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pd Tahun 2008 ...sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku...
dan Nmpaknya Obama sangat mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...

Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang di Menangi Oleh Calon Pilihan Rakyat....Dr Mohammad Mursi (Ikhwan) tugasnya bukan sekadar merubah segala Sistem Peninggalan Kerajaan terdahulu Bahkan Beliau Bakal merubah Kuasa Dunia ke Tangan Umat Islam...Nasib Umat Islam Di Seluruh negara bergantung pd bahu beliau dan Pemimpin2 Islam Di Tanah Arab...Moga Apa yg Di analisiskan Oleh Penulis Tersebut Menjadi Realiti dan kenyaataan,InsyaAllah...
 
Sumber:kawan FB

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -