Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Soalan Percubaan UPSR- Loghat Terengganu



Soalan Percubaan UPSR
SUBJEK : BAHASA TERENGGANU KERTAS 2
Kod 3544/2

Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( )Tak Faham
( )Tak Sedak
( )Tak Larat
( )Tak Lulus

‘Tenong’ adalah sejenis?
( )Kenderaan
( )Sayur
( )Kuih
( )Bekas

“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( )Pahtu
( )Dok Tahu
( )Dekpong
( )GuaneFrasa

“Woh smete” membawa maksud,
( )Wah jahatnya
( )Buat tak peduli
( )Buah Manggis
( )Wah besarnya

Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( )Sangkakala
( )Seekers
( )Sangka
( )Saka

Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( )Penak benor keje lening
( )Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( )Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( )Letih perik kite keje hari ning

Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
( )Mussang
( )Plawok
( )Lebong
( )Nawwok

Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( )Jaga line
( )Tunggu pintu stor
( )Rileks dulu
( )Tunggu kejap

“Pak Itam membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( )Stik batu
( )Tago Batu
( )Plekong Batu
( )Tang ngo batu

Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( )Kaku & tidak bergerak
( )Terangsang
( )Kejur
( )Keras amat sangat

“Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Pak Itam yang …..
( )Melompat
( )Berlari
( )Membaiki Net
( )Terlalu kurus sangat

“ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
( )kerusi
( )Dapur
( )Beranda
( )Lantai

Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( )Cedding
( )Ngerrek
( )Dok malu
( )Nette

Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
( )Haiwan,Tempat,Tempat
( )Tempat,Tempat,Haiwan
( )Tempat ,Haiwan,Tempat
( )Haiwan,tempat,Haiwan

Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
( )Tenong
( )Mecceh
( )Bocong
( )Brekdih

“ Dok leh lepe” membawa maksud?
( )Tak boleh lepak
( )Tak boleh dinilai
( )Tak boleh diharap
( )Tak leh cakap sebarang

Apakah sambungan bagi frasa Komang?
( )Koman skrudrebar
( )Komang playar
( )Komang stangguk
( )Komang Spanar

“Mung nok kene enjja?” Apakah maksud enjja?
( )Tampar
( )Tumbuk
( )Terajang
( )Marah

Buruk_____7
( )Khekkong
( )Lepppok
( )Kohong
( )Nayyang

Cerlong, membawa maksud?
( )Menegur dengan kasar
( )Memandang dengan pandangan sinis
( )Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( )Menghidu dengan enak

“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
( )Terkejut
( )Hilang Sabar
( )Marah
( )Berdebar kuat

Apakah itu Ogak-ogak?
( )Sayuran
( )Buahan
( )Sayur Ulam
( )Serangga/ulat

Perkataan Tubek membawa erti
( )Tak tentu pasal
( )Masuk
( )Lalu Lalang
( )Keluar

Permukaan yang rata
( )Lewo
( )Leweh
( )Smabo
( )Lese

“Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
( )Ali memakai kasut berjenama Jerebok
( )Ali jerebok dengan lembaga
( )Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( )Ali berjerebok kedalam sungai

Kata ganda bagi Sakit?
( )Sakit tayya
( )Sakit gelekek
( )Sakit puih
( )Sakit nayyang

Maksud perkataan “Dok Imboh”
( )Tak Untung
( )Tak merasa
( )Tak cukup
( )Tak berbaloi

Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni….ayat yang paling Tranung…
( )Rasse nok pitang starang baroh
( )Perasaang nok pitang aku ni
( )Wassaang nok pesang starang baroh aku ni…

Pak Itam tiba-tiba tertidur….’Tertidu’r sesuai digantikan dengan perkataan?
( )Khellak
( )Ngekkeng
( )Khembek
( )Nembbo

Perkataan Glewa’k menerangkan perihal….
( )Seseorang yang sedang membuat lawak
( )Seseorang yang terbatuk-batuk
( )Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( )Seseorang yang termuntah

Ho guane gamok? 
Buleh gi ke dok?

Ke guane!

Ikhlas ke macam ni?

Alhamdulillah, kita dah hari ke-8 berpuasa,sudah tentu selama 7 hari sebelumnya kita dah isikan dengan macam-macam ibadat dan pengabdian diri kepada Allah,tahniah dan Alhamdulillah..moga-moga Allah menetapkan kita dalam istiqomah melakukan ibadah kepadaNya..aamin.

Bila sebut tentang ikhlas, ianya bersifat subjektif dan hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, di sana ada tanda-tanda untuk kita mengenali sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang ikhlas.

Sebenarnya waalid nak memperingatkan diri waalid agar sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang kerja,lagi-lagi amanah mendidik anak bangsa. Kerana untuk pengetahuan,seminggu dua ni, khabarnya ada pihak dari JPN/PPD akan turun untuk memantau sekolah-sekolah. Entah sekolah waalid terlibat atau tidak dalam pemantauan itu.

ihsan google
Sebagai persediaan, guru-guru di sekolah waalid ni dah 'tak senang duduk' dengan perkhabaran itu, setiap fail-fail sekolah dikemaskini dan dilengkapkan sebaik mungkin, Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dipastikan lengkap setiap hari persekolahan, dan sebagainya persediaan dalam memastikan tidak kena 'basuh' bila pemantau datang.

Waalid melihat perkara ini sangat tidak kena bilamana kita hanya membuat sesuatu perkara dengan perfect bila adanya pemantau dari pihak yang lebih tinggi kuasanya. Walaupun sebelum datang pemantau, setiap kerja telah dilakukan,tapi mungkin banyak cacat celanya. Hah,bila dah nak datang pemantau,masing-masing mula sibuk untuk menjaga imej masing-masing.

Sebaiknya,sikap amanah dan ikhlas dalam tugasan sangat perlu kita titik beratkan agar setiap perkara yang kita lakukan dipastikan sempurna dan terbaik sekalipun tanpa pengawasan dan pemantauan.

Susahnya menghadirkan Ikhlas bila hati kotor(mcm waalid)... bila 'nampak', baru nak bertungkus lumus. Sama juga macam keimanan kita kepada Allah...bila tak nampak azab Allah,senang-senang kita buat maksiat..tapi cuba Allah beri sedikit ujian@menampakkan azabNYA..sudah tentu kita akan sempurnakan dan perbaikan setiap amalan kita,kan?

Ikhlaskan niat,Amanah dan jujur asas kemajuan Ummat Islam..

~selamat menjalani ibadah Puasa~

Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan


PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi mengandungi bahan radioaktif semula jadi berikutan kajian mendapati ia boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan.



Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sama, pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan loket berkenaan, tetapi beliau menggalakkan pengguna tidak menggunakannya.

Menurutnya, berdasarkan laporan analisis pengujian ke atas sampel pendant yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapati analisis menunjukkan kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semula jadi Uranium-238 berada pada paras yang dibenarkan, manakala Thorium-232 adalah melebihi had yang dibenarkan.

“Penggunaan loket ini boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pengguna khususnya pemakaian berterusan bagi tempoh yang lama dan berhampiran tubuh badan.

SUBRAMANIAM menunjukkan loket yang mengandungi bahan radioaktif pada sidang media di Kementerian Kesihatan, di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

“Keadaan ini akan memberi kesan bahaya terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Loket diperbuat daripada abu gunung berapi yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi terdiri daripada Uranium-238 dan Thorium-232 dan ia dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal.

Ia diedarkan beberapa syarikat jualan langsung serta berada di pasaran negara sekitar 2009 dan penjualannya dilakukan oleh individu di kaki lima, pasar malam dan laman sesawang tanpa melalui saluran sah.

Dr Subramaniam berkata, pembekal dan penjual mendakwa beberapa kelebihan penggunaan loket seperti meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakainya, melancarkan peredaran darah dalam badan, meningkatkan tenaga dan daya ingatan serta pelbagai manfaat lain.

“Bagaimanapun, kementerian mendapati loket tidak mempunyai bukti saintifik mengenai manfaat kesihatan kepada pemakai loket dan ia tidak boleh dikategorikan sebagai peranti perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap loket bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai peranti perubatan mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Ini kerana ia bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semula jadi. Memandangkan ia bukan mengikut maksud perubatan, pengawalan loket adalah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

“Penggunaannya tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya memberi kesan risiko kesihatan kepada pemakainya,” katanya.

Berikutan itu, Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta LPTA untuk bekerjasama bagi mengenakan larangan penjualan roket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.

Sumber myMetro

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -