Showing posts with label Lawak. Show all posts

Ustaz,macam ni boleh ke?

Macam ni boleh ustaz?...huhu

Kebelakangan ini mood untuk berblog semakin menurun disebabkan kesibukan yang melanda di sekolah. al-maklum sajalah,bila akhir-akhir sesi persekolahan ni,banyak aktiviti yang diadakan,tidak kira lagi yang ditangguh perlaksanaannya.

Minggu lepas pula telah berlangsung dua program besar dalam seminggu,bebanan makin berat bila ramai guru yang terlibat dengan kursus KSSR tahun 4 untuk 2014. Namun, Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan olehNya.

18 Sept 2013 - Kem Bestari Solat Mega

Beberapa aktiviti telah berlangsung dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar,antara ragam yang telah waalid rakamkan adalah seperti dalam gambar di atas,haha...

Dalam slot intinjak dan wudhuk,pelajar di minta untuk mencari bahan-bahan untuk dibuat istinjak,dan antaranya adalah seperti yang korang boleh lihat sebagaimana gambar,boleh bayangkan tak kalau nak istinjak guna bahan seperti itu?mahu buasir agaknya...huuhuhu

20 Sept 2013

Sambutan gabungan 3 perayaan serentak, Merdeka, Aidilfitri(baru sambut..syawal habis daa..hhaha) dan hari Malaysia.. ada sedikit gambar.nnti waalid buat entry lain ya..

okeh..nak keluar jalan2 jap...hujung-hujung minggu ni pergi cuci mata best jugak kan?hik3...jangan marah haaa...=P

Soalan Percubaan UPSR- Loghat Terengganu



Soalan Percubaan UPSR
SUBJEK : BAHASA TERENGGANU KERTAS 2
Kod 3544/2

Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( )Tak Faham
( )Tak Sedak
( )Tak Larat
( )Tak Lulus

‘Tenong’ adalah sejenis?
( )Kenderaan
( )Sayur
( )Kuih
( )Bekas

“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( )Pahtu
( )Dok Tahu
( )Dekpong
( )GuaneFrasa

“Woh smete” membawa maksud,
( )Wah jahatnya
( )Buat tak peduli
( )Buah Manggis
( )Wah besarnya

Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( )Sangkakala
( )Seekers
( )Sangka
( )Saka

Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( )Penak benor keje lening
( )Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( )Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( )Letih perik kite keje hari ning

Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
( )Mussang
( )Plawok
( )Lebong
( )Nawwok

Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( )Jaga line
( )Tunggu pintu stor
( )Rileks dulu
( )Tunggu kejap

“Pak Itam membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( )Stik batu
( )Tago Batu
( )Plekong Batu
( )Tang ngo batu

Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( )Kaku & tidak bergerak
( )Terangsang
( )Kejur
( )Keras amat sangat

“Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Pak Itam yang …..
( )Melompat
( )Berlari
( )Membaiki Net
( )Terlalu kurus sangat

“ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
( )kerusi
( )Dapur
( )Beranda
( )Lantai

Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( )Cedding
( )Ngerrek
( )Dok malu
( )Nette

Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
( )Haiwan,Tempat,Tempat
( )Tempat,Tempat,Haiwan
( )Tempat ,Haiwan,Tempat
( )Haiwan,tempat,Haiwan

Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
( )Tenong
( )Mecceh
( )Bocong
( )Brekdih

“ Dok leh lepe” membawa maksud?
( )Tak boleh lepak
( )Tak boleh dinilai
( )Tak boleh diharap
( )Tak leh cakap sebarang

Apakah sambungan bagi frasa Komang?
( )Koman skrudrebar
( )Komang playar
( )Komang stangguk
( )Komang Spanar

“Mung nok kene enjja?” Apakah maksud enjja?
( )Tampar
( )Tumbuk
( )Terajang
( )Marah

Buruk_____7
( )Khekkong
( )Lepppok
( )Kohong
( )Nayyang

Cerlong, membawa maksud?
( )Menegur dengan kasar
( )Memandang dengan pandangan sinis
( )Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( )Menghidu dengan enak

“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
( )Terkejut
( )Hilang Sabar
( )Marah
( )Berdebar kuat

Apakah itu Ogak-ogak?
( )Sayuran
( )Buahan
( )Sayur Ulam
( )Serangga/ulat

Perkataan Tubek membawa erti
( )Tak tentu pasal
( )Masuk
( )Lalu Lalang
( )Keluar

Permukaan yang rata
( )Lewo
( )Leweh
( )Smabo
( )Lese

“Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
( )Ali memakai kasut berjenama Jerebok
( )Ali jerebok dengan lembaga
( )Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( )Ali berjerebok kedalam sungai

Kata ganda bagi Sakit?
( )Sakit tayya
( )Sakit gelekek
( )Sakit puih
( )Sakit nayyang

Maksud perkataan “Dok Imboh”
( )Tak Untung
( )Tak merasa
( )Tak cukup
( )Tak berbaloi

Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni….ayat yang paling Tranung…
( )Rasse nok pitang starang baroh
( )Perasaang nok pitang aku ni
( )Wassaang nok pesang starang baroh aku ni…

Pak Itam tiba-tiba tertidur….’Tertidu’r sesuai digantikan dengan perkataan?
( )Khellak
( )Ngekkeng
( )Khembek
( )Nembbo

Perkataan Glewa’k menerangkan perihal….
( )Seseorang yang sedang membuat lawak
( )Seseorang yang terbatuk-batuk
( )Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( )Seseorang yang termuntah

Ho guane gamok? 
Buleh gi ke dok?

Ke guane!

Siapa belanja?


Ha...satu tips yang waalid jumpa dalam facebook sekiranya korang keluar makan @ minum dengan geng-geng korang,mesti masing-masing nak kawan yang belanja,tapi siapa?

Apa kata buat seperti dalam gambar di atas...telengkupkan henset masing-masing di atas meja,dan orang yang pertama check henset dia perlu belanja kawan2 yang lain..makna kata,orang yang sibuk dengan henset ni duit masyukla agaknye..(err..kalau yang sllu mesej ngan makwe mcm mane?)

Haha...kalau semua dah keje bolehlah buat skill macam ni ye..skali skale bolehla blanje kawan2..kalau berkala-kala...pokaila..huhu

p/s: err...boleh pakai ke tips ni?sendiri buat sendiri tanggunglah ye..=P


Ya Allah,bantulah dan peliharalah saudara-saudara kami di Mesir,Palestin,Syria dan seluruh ummat Islam yang dizalimi dan ditindas...Aaamin

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -