MEMORI DI FACEBOOK TIGA TAHUN LEPAS
3 hours ago
Akhirnya CEO MAIDAM(Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) bersuara setelah sekian lama isu zakat digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang. Beliau menafikan bahawa sekatan zakat kepada mahasiswa timur tengah,khususnya Mesir merupakan tuduhan liar pembangkang dan fitnah semata-mata...ini petikan ucapannya(boleh lihat gambar 1) :
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Umno Terengganu menyekat dan terlibat dalam urusan pengagihan duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata dia kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah tanpa mendapatkan kesahihan maklumat.
“Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbunyi `Umno Terengganu sekat duit Zakat pelajar Terengganu di Mesir yang dihantar kepadanya pada 26 Januari lalu adalah tidak benar sama sekali dan ianya berunsur fitnah.-teganukita
![]() |
GAMBAR 1 |
“Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sudah semakin dekat, pihak pembangkang akan guna pelbagai isu bertujuan menutup segala kebaikan yang dilaksanakan Umno ,” katanya.kalian juga boleh rujuk printscreen yang sudah saya ambil dari blog teganukita(Gambar 2).
Katanya, pihaknya mengetahui terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan ini bertindak melampaui undang-undang dengan melibatkan diri dalam politik.
“Kita kesal dengan sikap mereka ini kerana bertindak di batasan walaupun menyedari setiap kemudahan yang diterima itu diusahakan dan dibantu oleh kerajaan,” katanya.-teganukita
![]() |
GAMBAR 2 |
- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -