Showing posts with label Musykil. Show all posts
Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!
Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.
Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.
Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.
Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....
Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...
Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???
jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu
Update tapi tak update
Haa...faham ke tak dengan tajuk entry waalid kali ni?update tapi tak update. maksudnya waalid update entry kat blog,tapi dekat bloglist kawan2 waalid yang ada listkan blog waalid tidak berupdate..dah 5 bulan tu..padahal waalid sekarang boleh kata aktif jugaklah update blog ni..
Sebagai contoh, waalid ada join listkan blog dekat BlogWalking Area , namun setiap kali waalid update entry,waalid pergi check kat sana,tetap sama..tak timbul pun tajuk entry terkini...
![]() |
| haa..nampak tak blog waalid still 5 bulan yang lepas...huk3...(T_T) |
Aduh!.macam mana nak selesaikan masalah ni ye?tak ramailah yang datang blog waalid..walaupun dah sememangnya takde orang datang pun sini..hehe..em,kalau ada sahabat2 waalid yang tahu macam mana nak selesaikan kes ni,boleh bagitau ye,waalid dah buntu dah ni..Terima kasih....huhuhu
Bila Nak Kawen,Baru Kenal Masjid & Surau??
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Musim orang kawen.,macam-macam cerita yang boleh kita dengar,semalam telefon ayah utk bertanya khabar...hemm..keluarga xbrape sihat,adik demam dan ada jangkitan kuman,mak pulak baru nak mula demam..muntah2 ..semoga Allah sembuhkan penyakit mereka.aamin.
Dalam duk sembang-sembang ngan ayah,tiba2 ayah cakap,
"Esok jumaat,ada orang dekat rumah(jiran) nak kawen..",
sy tanya, " Siapa ayah??".
Ayah jawab,"Entah...orang xrajin kenal surau,xbergaul dengan jemaah,ayah tak kenal"
emmm......
Buat semua,jangan tunggu sampai jadi begini
|
|
|
V
Baru kita nak ke Masjid?Surau?...takde gunanya lagi..
Time hidup ni,kenal2 la dengan masjid,surau,ahli qaryah(org kampung),jangan asyik duk main Fb,blog,twit2 dan sebagainya(terperuk kat rumah je)...
DUSSHH!!!
Terkena pukulan sebijik atas kepala(terkena atas diri sendiri daa)...tu la,kan dah kena berleter..huhu
PERINGATAN :
MATI itu PASTI
AKHIRAT itu MESTI
MUNGKAR dan NAKIR itu DIYAKINI
Semoga terselamat diri sendiri dari azab yang tidak terperi...
wallahua'lam


