Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!
Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.
Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.
Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.
Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....
Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...
Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???
jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu
Nostalgia Tumbong Nyor
![]() |
| Ihsan fb page :
|
Sesiapa yang merasainya sahaja mengetahui...zaman sekarang ni,santan pun dah ada yang diperah dan disegerakan..entah budak2 sekarang kenal ke tidak makanan ni..hehe
p/s: dulu time kecik2 suka sangat berebut dengan adik untuk makan benda ni..kikiki...silap aribulan dapat 'hadiah' dari emak...huhu...

