Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

سبحان الله | Penemuan Ikan Baru di Laut Merah!

gambar : masryoum

'سبحان الله'....'سبحان الله'.....'سبحان الله'

Penemuan spesis ikan baru mengingatkan kita akan kebesaran Allah Taala yang Maha Agung. Setiap kejadian di alam ini semata-mata sebagai bukti kepada makhluk yang mencari petunjuk sebenar,mencari sang pencipta yang Maha Esa.

Professor Mohammad Abu Rijal, Pendidik di Jabatan Sains Marin,Fakulti Sains Universiti Port Said mengumumkan penemuan ikan tersebut dan mencatat penemuan kali pertama di Laut Merah.
Buat masa ini,ikan ini sedang dikaji dan diselidiki oleh 'National Institute of Oceanography and Fisheries' . Ikan ini(seperti gambar) agak pelik kerana seperti ikan yang tidak sempurna,seperti hanya mempunyai kepala sahaja,سبحان الله' 

Ikan yang pelik ini dijumpai di Pantai Perlancongan di Hurghada. Namun,ikan ini disyaki oleh Prof  Mohammad Abu Rijal adalah beracun dan beliau menasihati orang ramai yang menjumpai ikan ini untuk tidak memakannya sehingga selesai penyelidikan dan kajian yang dijalankan.

Wallahua'lam...

Sumber : alMasryalyoum

Apakah Tandanya?

Bismillah Walhamdulillah..
Syukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ramadhan kali ini,masuk hari ini sudah hari ketujuh kita dan semua ummat Islam berpuasa,bagaimanakah dengan amalan kita?puasa kita,tadarrus Al-Quran kita,Bacaan Al-Quran kita,solat tarawih kita,Qiam kita dan ibadah-ibadah lain,adakah semuanya maintain atau 'cerlang-cerluk'..tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Kelopak mata sebelah kiri atas bergerak

Sudah masuk dua hari kelopak mata sebelah kiri atas ni asyik bergerak-gerak...agak menyulitkan sebab kadang-kadang menyebabkan mata tak boleh nak fokus kepada sesuatu... seingat saya,pernah ibu dan kakak saya memberitahu akan alamat dan petanda kalau kelopak mata bergerak-gerak,dan itu hanyalah petua orang dulu-dulu. Memang tidak boleh mempercayai sangat dan boleh membawa kepada rosak akidah.

Sememangnya petua orang dulu-dulu berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang luas..mungkin juga ada benarnya petanda-petanda ini..tapi,sebaiknya kita tidak mempercayai sangat perkara-perkara sebegini. 

Apa Tandanya?

Entahlah..mungkin saudara-saudara di luar sana ada yang mengetahui dan boleh berkongsi di sini akan alamat dan tanda tersebut..apa yang saya dapati hasil carian di google maka terjumpalah akan jawapan ini...

Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

harap-harapnya..apa yang dikatakan benar sebab sekarang saya menunggu keputusan peperiksaan baru-baru ini..kalaulah benar apa yang dikatakan..moga-moga sesuatu yang baik itu adalah keputusan yang baik..amin..(^_^)..

dan ada lagi petanda-petanda yang dikhabarkan...sebanyak 80 petanda..mungkin boleh baca tapi percaya jangan sangat..huhu..

layanz....

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut


1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

so,harapan saya..perkara ini tidak di ambil serius dan mempercayai 100%..sebaliknya,berdoalah akan kesejahteraan dan diberikan kebaikan dunia dan akhirat..wallahua'lam.

Kena Taat Pemimpin,So...Tak Boleh Lawan Kerajaan BN

Sebelum ini,saya pernah dengar akan statement sebegini, ada individu-indvidu yang mengeluarkan ayat-ayat sebegini untuk menjadi hujah menyokong kerajaan sekarang ini,UMNO.



Saya tertarik dengan satu ulasan Ustaz Hairul Nizam Mat Husin berkenaan ini,beliau menyebut bahawa beliau pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang  merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis Dr. Abdul Razzaq di University Of Lyon di Perancis ini seingatnya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.

Buku karangan Dr. Abdul Razzaq yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

  1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.
  2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.
  3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.
  4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.
  5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.
  6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).

Ustaz Hairul Nizam secara peribadi semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Beliau bertanya kepada mereka: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan mereka dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.

Sebagai kesimpulannya,Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.




- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -