Showing posts with label Terengganu. Show all posts

ILMAM TRG : RAYUAN SUMBANGAN PROGRAM KEM BINA INSAN ILMAM '14

Assalamualaikum.
RAYUAN SUMBANGAN PROGRAM KEM BINA INSAN ILMAM '14
Ilmam Terengganu Original akan mengadakan Kem Bina Insan ILMAM '14 (program persediaan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir);
Pada 26, 27 & 28 Jun 2014 di Chalet Yunie, Rusila.
Kos bagi membiayai keseluruhan program adalah RM3,500 (tempat, makanan dll).
Oleh itu, ILMAM menyeru agar semua pihak dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut DEMI KESINAMBUNGAN PEWARIS ULAMA.

Sumbangan boleh disalurkan melalui;

Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - 13017010826146 atas nama Bimbingan ILMAM.

Sumbangan hendaklah dimaklumkan jumlahnya @ terus melalui Ust Abdullah Haris bin Zakaria +60145155577 (Bendahari Program).

Jutaan terima kasih atas sumbangan dan komitmen kalian semua.

Yang Menjalankan Amanah;

Mohd Riduan bin Abu Bakar
Pengarah
Kem Bina Insan '14
ILMAM Terengganu


P/S : kalau kawan-kawan ada yang rezkinnya lebih dan ingin menambah saham akhirat,dipersilakan untuk membantu dan menderma agar program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar...

Siiru 3ala Barokatillah!

MAIDAM buat Program tergesa-gesa?


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah mengumumkan melalui wakil rasmi mahasiswa di bumi Mesir ini berkenaan satu program pengagihan duit zakat untuk kali keduanya selepas pengagihan kali pertama dilaksanakan di bumi Mesir tempoh hari sempena rombongan kerajaan yang diketuai oleh YB Khazan Che Mat.

Program tersebut akan berlangsung di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012,isnin akan datang.

Sebelum ini,pihak MAIDAM memaklumkan akan memasukkan baki duit zakat tersebut ke dalam akaun masing-masing,dalam minggu inilah(13-19 Mei) seperti yang dijanjikan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang menelefon MAIDAM.

Namun,hari ini satu makluman berkenaan program pengagihan baki zakat sebagaimana dalam gambar di atas.

Para mahasiswa ketika ini sedang bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperiksaan semester kedua dan ada yang sedang berperang dengan soalan-soalan peperiksaan,mudah cakap,semua mahasiswa yang mendapat bantuan dermasiswa(baca zakat) berada di bumi Mesir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.

Apakah rasionalnya pihak MAIDAM mengadakan program last minit seperti ini?

Bagi pandangan peribadi saya,dan sangka baik saya,pihak MAIDAM ingin memberikan amanat kepada ibu bapa dalam mempastikan pelajar-pelajar di bumi Mesir lebih memfokuskan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Itu seperti kebiasaanlah pihak seperti MAIDAM memberi alasan.

Namun,selama saya menyertai program-program seperti ini,yang terbaru,diadakan di Asrama Rumah Melayu(ARMA-Abbasiah,Kaherah), ternyata ungkapan dan ucapan berbaur politik dibentangkan kepada pelajar. Begitu juga program-program anjuran MAIDAM sebelum-sebelum ini,kali pertama boleh diandaikan tersalah/tersilap..tapi kalau sudah kerap kali?nilaian kalianlah sebagai jawapannya..:)

Pun begitu,saya berharap,program ini tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelma(sampai sudah bakal,ntah bila pastinya..huhu). Tentunya saat dan peluang ini boleh digunakan untuk meraih undian kepada kerajaan sekarang,kononnya kerajaan sekaranglah bertungkus lumus memberi kemudahan dan bantuan kepada rakyat,ya! memang itu saya tidak nafikan,kalian sebagai sebuah kerajaan.Terima Kasih Kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan(mana-mana kerajaanpun) baik BN,PAS dll untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Namun yang disesali ialah sifat bangga diri dan takbur pihak yang membuat jasa seolah-olah semuanya mereka yang tentukan hingga terlupa(bukan sengaja kot) semua itu adalah amanah ALLAH kepada mereka yang mana akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan kelak. kalau api lilin sudah tidak mampu kita tahan,usahlah mengundang api yang sepercikannya mampu memusnah bumi!.

Cadangan saya,disamping membuat perjumpaan dengan ibubapa(wakil),seharusnya pihak MAIDAM lebih kerap turun ke medan bagi mengetahui keadaan semasa pelajar-pelajar,persoalan-persoalan yang terperam di minda setiap pelajar harus dijawab dan diberi pencerahan.


Mungkin program ini dirancang last minit sehingga tidak sempat menghantar surat,saya kecewa dengan sudut pengurusan mereka kerana boleh saya katakan masih diperingkat rendah,sepatutnya lebihkan kursus bagi memperbaiki sistem pengurusan dan juga akhlak pekerja!.

Akhlak pekerja?

Ya,kerana baru-baru ini saya ada menghubungi pihak MAIDAM untuk mengetahui status permohonan saya, namun saya tersentak dengan rungutan pegawai yang menjawab panggilan apabila terdengar rungutan dari jauh dengan katanya : "owoh...zakat pulookkkk....."-dengan nada rungutan. Mungkin pegawai tersebut terlupa bahawa saya sedang mendengar melalui ceropong telefon ketika itu. Harap pegawai-pegawai yang bekerja secara amanah tidak melakukan hal yang sedemikian,kerana menandakan anda tidak ikhlas dalam pekerjaan.- lain kali,letak telefon dalam laci,insyaAllah saya tidak mendengar..heh! :p

Akhirnya,sekali lagi,saya berharap MAIDAM dapat memperbaiki cara pengurusan mereka kerana sudah banyak kesilapan dan kelemahan yang sama ditonjolkan. Pengurusan yang tidak cekap itu boleh melambangkan bagaimana kalian menguruskan harta zakat,harta yang diamanahkan oleh rakyat untuk kalian menguruskannya. Bagaimana mahu meraih kepercayaan rakyat?fikir-fikirkanlah..

wallahua'lam

Ahmad Said Tidak Minat Dunia Pendidikan...


" Ramai orang Terengganu tak tahu pasal misi Ahmad Said yang menamatkan pinjaman 6 orang pelajar yang terbabit dengan perhimpunan bersih 2.0 dulu.Anda boleh lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Idris Jusoh ketika menerajui Terengganu 2004/2008 dulu. KUSZA (kolej sultan Zainal Abidin) Gong Badak dijual kepada kerajaan pusat dijadikan university Darul Iman (UDM). Kolej Yayasan Terengganu Cendering di jual kepada UITM.

Ini menunjukkan bertapa tiada minatnya peneraju kerajaan negeri Terengganu yang bernama Ahmad said ini pada dunia pendidikan, sedangkan pendidikan adalah asset penting kepada negeri kaya rakyat miskin ini. 



Demikian juga Ahmad Said. Beliau boleh dikatakan dua kali lima dengan Idris Jusoh dalam dunia pendidikan negeri Terengganu.

Kalau Ahmad said benar benar berminat dengan dunia pendidikan sudah barang tentu sebaik saja dilantik menjadi menteri besar pasti diadakan tapak baru bagi  Kolej sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu untuk memberi peluang kepada rakyat negeri ini melanjutkan pelajaran.

Pada penulis, Yang diminatinya ialah membina jalanraya jalanraya dan jambatan jambatan yang harganya terlalu mahal berbanding dengan harga sebenar tanpa mengambil rampas tanah macam yahudi sekalipun.

Pada pengetahuan penulis Untuk membina sebuah kolej hanya menelan kos RM 50 juta saja. Tidak lebih RM 100 juta.Tapi membina sebatang jalan dari Jeram ke Teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter kosnya RM 250 juta. Sebuah jambatan se kankang gajah kosnya RM 210 juta.

Beliau tak fikir pasal peluang anak anak rakyat untuk melanjutkan pelajaran apabila gagal memasuki mana metrikulasi kerana SPM rendah. Kalau dulu Terengganu ada dua buah kolej yang boleh menampung  pelajar pelajar yang gagal.

Beliau juga tak fikir bagaimana cara untuk memberi ruang dan peluang pekerajaan dalam bidang pendidikan kepada sisawazah lepasan university tempatan yang masih ramai tak dapat kerja. Atau dengan kata lain betapa ramainya siswawah rakyat Terengganu yang menganggur.
Beliau juga tak pernah fikir pasal pensyarah UITM yang kena buang kerja dan bermasalah, kerana tak ada ijazah master yang menjadi syarat  layak sebagai pensyarah tetap dan mengekalkan jawatan serta berpencen.

Kalau beliau benar benar berminat dengan pendidikan sudah tentu sebaik saja menerajui Terengganu selepas pilihanraya umum ke 12 berusaha membina kolej Sultan Zainal Abidin dan  kolej Yayasan yang dijual oleh Idris dulu itu. 

Inilah satu satunya tanda orang yang tak berminat dengan dunia pendidikan untuk memberi peluang anak anak rakyat Terengganu melanjutkan pelajaran setelah gagal memasuki mana mana kolej metrikulasi yang semakin hari semakin ketat syaratnya itu.

Apa akan jadi dengan pelajar SPM yang dapat 4 A dan 3 A tak dapat masuk metrikulasi. Kalau ada kolej yang dibina oleh kerajaan negeri pasti mereka dapat peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi menerusi diploma yang diperolehi itu.

Berapa ramai anak anak rakyat Terengganu yang ada cita cita untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, terpaksa bekerja di pusat pusat beli belah atau dikedai kedai pakaian yang jelas telah menyekat peluang mereka melanjutkan pelajar keperingkat lebih tinggi. 

Sumber : Tranungkite

Permata : hurm....xminat dunia pendidikan,tapi 'berlagak' minat...wallahua'lam

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -