- Back to Home »
- BERSIH 2.0 Mesir , Pencabulan HAK , penindasan mahasiswa »
- Pasca BERSIH 2.0 : Beberapa Mahasiswa Terengganu ditarik pinjaman
Posted by : Yu. Syamz
Feb 28, 2012
Sedih hati ini apabila mendengar berita penarikan pinjaman oleh
pihak Yayasan Terengganu terhadap beberapa orang sahabat seperjuangan di bumi
Anbiya’ ini. Angkara dituduh menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan
pada julai tahun lalu.
Dalam pengetahuan saya,seramai Sembilan orang telah diberi surat untuk menghantar surat tunjuk sebab
kepada pihak yayasan setelah pihak yayasan mengetahui mereka ini terlibat dalam
perhimpunan(sebenarnya hanya hadir untuk tandatangan) dalam menyokong tuntutan
BERSIH 2.0. Seramai 9 orang tersebut, antaranya adalah mahasiswa dari bidang Pengajian
Islam dan beberapa orang dari Mahasiswa Perubatan.
Sebelum ini,isu ini sudahpun heboh diperkatakan di media
kerajaan,media pembangkang berkenaan BERSIH 2.0 ini. BERSIH 2.0 ini bukanlah
bertujuan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku di Timur
Tengah(Mesir,Tunisia,dll) seperti yang ditakuti oleh kerajaan…namun,jika
diimbas balik tuntutan BERSIH 2.0 lalu. Kita dapati ianya hanyalah menuntut
agar Negara Malaysia bebas dan aman dari salahlaku serta penyelewengan dalam
pengundian dan pentadbiran.
Ini imbasan tuntutan BERSIH 2.0 lalu ;
- BERSIHKAN SENARAI UNDI
- MEREFORMASI UNDI POS
- GUNA DAKWAT KEKAL
- MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
- AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
- KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
- HENTIKAN RASUAH
- HENTIKAN POLITIK KOTOR
Adakah kalian melihat
tuntutan berikut mengancam dan mengugut kerajaan? Kalau ada yang beranggapan
sedemikian,maka itu adalah hak dan pandangan tuan-tuan.
Namun, dari pandangan saya sebagai salah seorang yang
SAYANGKAN tanah air, tuntutan-tuntutan
tersebut hanyalah untuk pihak kerajaan mengambil cakna dan tindakan yang
sewajarnya kerana mempunyai kuasa dalam memastikan penambahbaikan dalam hal-hal
yang disebutkan dalam tuntutan bersih.
Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, masakan rakyat
bising jika tidak ada sesuatu yang tidak kena…
Berkenaan BERSIH 2.0 versi Mesir pula,kami selaku anak2
bangsa Malaysia turut merasakan tanggungjawab kami agar tuntutan2 bersih dapat
diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Bukanlah kami menentang
membabi-buta,bahkan kami tersangat ingin melihat Malaysia kita bebas dari
perkara-perkara yang tidak elok sebagaimana pendedahan-pendedahan yang
dibongkar dari hari ke hari.
Tanggal 9 Julai lalu hanyalah hari di mana kami
warga Mesir yang prihatin turun di Dataran Hayyu Asyier,Nasr City untuk
menandatangani sokongan BERSIH 2.0 dan selesai. Yang dikatakan berhimpun
itu,hanyalah beberapa detik sahaja dan kami terus diminta bersurai oleh
pihak Gerakan Suara Rakyat yang ketika itu diketuai oleh Ustaz Alang(Firdaus
Mazlan). Pembuangan Ust. Alang juga kerana BERSIH 2.0..boleh baca [sini]
Berbalik kepada sahabat-sahabat yang ditarik pinjaman..
Saya amat kasihan kepada sahabat-sahabat yang menjadi mangsa
lebih-lebih lagi sahabat2 perubatan yang jika dilihat kos yuran pengajian dan
tanggungan pengajian lebih tinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lebih
rendah. Bayangkan, sahabat-sahabat perubatan perlu menanggung kos pengajian
sebanyak USD8000 setiap semester. Itu tidak lagi termasuk kos sara hidup di
bumi Anbiya’ ini….Allohurobbi..
Buat sahabat-sahabat yang menjadi MANGSA…hanya doa yang saya
mampu panjatkan kepada Allah agar dibukakan pintu rahmat dan rezeki kepada
kalian. Dan semoga Allah taala memberikan ketabahan dan kesabaran buat kalian
dan keluarga kalian,berdoalah kerana doa kalian(yang dizalimi) tiada hijab
antara kalian dan Allah.
Sama-samalah kita
doakan agar pertolongan Allah datang kepada mereka dan kepada yang murah rezeki
dan pemurah,bantulah mereka ini….wallahua’lam..
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
February
(17)
- Pasca BERSIH 2.0 : Beberapa Mahasiswa Terengganu ...
- Kalaulah Arab Mesir Tahu Perangai Mahathir!
- Bertuah Punye Anok!!!
- Nasihat Lukman
- Urusan Visa Pelajar : TAHNIAH PMRAM!!!
- Air Mata Syria...(T_T)
- [WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu
- Alahai Bob la Plak Menjawab..hihi
- Bakpe PR kene Tawan Putrajaya??
- Parti Ajaran Sesat! - MB terengganu diberi tempoh ...
- Syria-JOm AminkAn Doa ini
- Keistimewaan Demokrasi...
- MB tganu- Terlibat Politik tindakan Melampaui Unda...
- Nak Buang Anak?boleh...tapi Tengok ni Jap...
- Betapa Malunya Apabila...
- Perancangan Keluarga
- Masih Adakah Lagi Pemimpin Seperti 'DIA'?
-
▼
February
(17)