Showing posts with label penindasan mahasiswa. Show all posts

Hilanglah Pewaris...

Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul 'Izzati yang masih lagi membenarkan diri yang hina ini untuk bernafas dalam udara ramadhan. Semakin hari semakin suram dan muram dek waktunya sudah ke penghujung..meninggalkan manusia yang alpa dengan kesibukan duniawinya.

Sedihnya bakal ditinggalkan Ramadhan ditambah lagi kesedihan melihat generasi pelapis dan bakal pewaris para nabi digula-gulakan. Semangat mereka dicantas,disekat dan sebagainya lagi dengan tujuan menjaga kepentingan sesuatu pihak.


Pelajar-pelajar yang bercita-cita murni untuk menyambungkan pelajaran ke bumi anbiya',Mesir semakin hari semakin dilunturkan dengan 'agenda' tersembunyi yang boleh jadi dilayarkan oleh individu2 tertentu agar dapat mengawal jumlah pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Daripada sejumlah yang mengambil imtihan qabul(ujian kelayakan),hanya seramai 111 orang yang berjaya untuk menyambung ke Universiti Al-Azhar,Mesir. berikut merupakan jumlah dari setiap negeri :

Kedah : 32 Orang
Selangor : 28 Orang
Kelantan : 17 Orang
Perak : 10 Orang
Johor : 6 Orang
Pahang : 6 Orang
Perlis : 3 Orang
Melaka : 2 Orang
Negeri Sembilan : 2 Orang
Sabah : 2 Orang 
Terengganu : 2 Orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 1 Orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya : 0 Orang
Wilayah Persekutuan Labuan : 0 Orang
Pulau Pinang : 0 Orang
Sarawak : 0 Orang
Baru-baru ini terbitnya satu kumpulan yang menubuhkan satu facebook fanpage [
Kami Mahukan Ramai Pelajar Malaysia Dapat Menyambung Pelajaran Ke Al-Azhar]..Usaha murni yang mereka lakukan tersebut semata-mata mahu melihat bakal-bakal pelapis agama Allah terus diberikan peluang untuk menimba ilmu di bumi para nabi ini. Waalid menyokong 100% desakan itu dan berharap agar kalaulah ada 'tangan2 ghaib ' yang berperanan dalam isu ini,bolehlah membatalkan agenda kalian!

Suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini.

Peratusan Lulus Imtihan Qabul
Melihat kepada kajian statistik yang dibuat,peratus yang lulus(berjaya) dalam imtihan qabul amat menyedihkan dan peratus yang gagal pula sangat 'memberangsangkan'! secara logiknya,bukankah sepatutnya ada usaha untuk mengurangkan masalah tidak lulus ini?. Imtihan Qabul ini hanyalah menguji tahap kelayakan para pelajar..kalau semakin lama semakin ramai yang tidak layak..persoalannya,apakah sistem pendidikan di Malaysia khususnya STAM@yang seumpamanya sangat LEMAH?!-kalian fikirlah sendiri.

Kalau nak diungkit perkara-perkara yang diibaratkan seperti 'mencantas' orang-orang yang nak mengaji agama ini,terlalu banyak..hinggakan terkadang merasakan seperti kami(org2 mengaji agama) ni seperti dianak tirikan oleh sang pemerintah. Dalam sudut agihan zakat,pinjaman,dihalau dari asrama,dinafikan hak dan sebagainya. Semuanya pernah disaksikan sendiri oleh waalid selama mana berada di Ardul Kinanah ini.

Biarkanlah Mereka Bertebaran...
Tidak dinafikan,tempat-tempat lain juga tidak peri hebatnya dalam ilmu pengetahuan,Jordan misalnya...ramai lepasan2 sana yang giat berbakti mencurahkan ilmu di tanah air. Juga di tempat-tempat lain. Seharusnya,biarkanlah pelajar memilih tempat yang mereka minati agar bila berkumpulnya lepasan dari pelbagai tempat bakal menatijahkan satu kumpulan HEBAT dalam ilmu pengetahuan.

'manusia kacukan pun boleh jadi lebih bijak dari biasa,inikan pula ilmu kalau dikacuk dari pelbagai ulama2 hebat...masyaAllah tabaarokallah!'

Pada pendapat peribadi waalid,biarkanlah dan bantulah mereka bertebaran dalam mengejar mutiara2 ilmu daripada ulama'2 terkemuka...kelak nanti Agama,Bangsa dan Negara juga yang terbela.

Cukuplah buat perkongsian untuk kali ini,menulis dalam keadaan sedih,geram dan kecewa mungkin membantutkan idea untuk bertandang.semoga apa yang diluah dapat mengurangkan resah dan gusar yang terbuku di jiwa ini...

wallahua'lam.


p/s : terbaca satu komen dalam blog Lisanul Hakim berbunyi :

(Mengikut maklumat dari edu malaysia egypt hari ini, pelajar2 yang gagal imtihan qabul boleh sahaja belajar di markaz lughah al azhar di mesir seperti thun2 sebelum ini, berita sebelum ini yang mengatakan para pelajar wajib belajar di yayasan sofa adalah TIDAK BENAR... nampaknya ada orang mengambil kesempatan dalam isu ini, maklumat lanjut : Puan Zakiah +201145844474 en sulaiman +201001294139.)

hem...apakah maksudnya itu ya?mungkin benar sangkaan waalid bahawa adanya 'tangan ghaib' ?wallahua'lam....

Apakah Nasib Pelajar INi???!!!

hem...entahler labuu....






2 pelajar tajaan Terengganu sertai Bersih 3.0

2 Jun 2012
KUALA TERENGGANU - Dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas, diberi surat tunjuk dan nasib mereka bakal diketahui sebaik sahaja mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar.

Beliau berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang.

Setakat ini pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.

"Selain itu, kami dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan ini turut serta dalam demonstrasi bersama parti pembangkang," katanya.

Ahmad berkata difahamkan seorang daripada pelajar yang didapati terlibat dalam demonstrasi itu mempunyai pertalian keluarga dengan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti pembangkang di negeri ini.

Beliau berkata sewajarnya pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk lulus dengan cemerlang, sekali gus berjaya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, namun masih ada pelajar yang bertindak kurang bijak kerana taksub dengan parti politik tertentu.

"Kita berharap selepas ini pelajar lebih berhati-hati dan memahami dengan jelas surat perjanjian yang ditandangani ketika memohon pinjaman dan tajaan pendidikan kerana tindakan tegas akan diambil jika didapati terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Bernama

sumber : sinarharian

MAIDAM buat Program tergesa-gesa?


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah mengumumkan melalui wakil rasmi mahasiswa di bumi Mesir ini berkenaan satu program pengagihan duit zakat untuk kali keduanya selepas pengagihan kali pertama dilaksanakan di bumi Mesir tempoh hari sempena rombongan kerajaan yang diketuai oleh YB Khazan Che Mat.

Program tersebut akan berlangsung di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012,isnin akan datang.

Sebelum ini,pihak MAIDAM memaklumkan akan memasukkan baki duit zakat tersebut ke dalam akaun masing-masing,dalam minggu inilah(13-19 Mei) seperti yang dijanjikan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang menelefon MAIDAM.

Namun,hari ini satu makluman berkenaan program pengagihan baki zakat sebagaimana dalam gambar di atas.

Para mahasiswa ketika ini sedang bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperiksaan semester kedua dan ada yang sedang berperang dengan soalan-soalan peperiksaan,mudah cakap,semua mahasiswa yang mendapat bantuan dermasiswa(baca zakat) berada di bumi Mesir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.

Apakah rasionalnya pihak MAIDAM mengadakan program last minit seperti ini?

Bagi pandangan peribadi saya,dan sangka baik saya,pihak MAIDAM ingin memberikan amanat kepada ibu bapa dalam mempastikan pelajar-pelajar di bumi Mesir lebih memfokuskan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Itu seperti kebiasaanlah pihak seperti MAIDAM memberi alasan.

Namun,selama saya menyertai program-program seperti ini,yang terbaru,diadakan di Asrama Rumah Melayu(ARMA-Abbasiah,Kaherah), ternyata ungkapan dan ucapan berbaur politik dibentangkan kepada pelajar. Begitu juga program-program anjuran MAIDAM sebelum-sebelum ini,kali pertama boleh diandaikan tersalah/tersilap..tapi kalau sudah kerap kali?nilaian kalianlah sebagai jawapannya..:)

Pun begitu,saya berharap,program ini tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelma(sampai sudah bakal,ntah bila pastinya..huhu). Tentunya saat dan peluang ini boleh digunakan untuk meraih undian kepada kerajaan sekarang,kononnya kerajaan sekaranglah bertungkus lumus memberi kemudahan dan bantuan kepada rakyat,ya! memang itu saya tidak nafikan,kalian sebagai sebuah kerajaan.Terima Kasih Kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan(mana-mana kerajaanpun) baik BN,PAS dll untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Namun yang disesali ialah sifat bangga diri dan takbur pihak yang membuat jasa seolah-olah semuanya mereka yang tentukan hingga terlupa(bukan sengaja kot) semua itu adalah amanah ALLAH kepada mereka yang mana akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan kelak. kalau api lilin sudah tidak mampu kita tahan,usahlah mengundang api yang sepercikannya mampu memusnah bumi!.

Cadangan saya,disamping membuat perjumpaan dengan ibubapa(wakil),seharusnya pihak MAIDAM lebih kerap turun ke medan bagi mengetahui keadaan semasa pelajar-pelajar,persoalan-persoalan yang terperam di minda setiap pelajar harus dijawab dan diberi pencerahan.


Mungkin program ini dirancang last minit sehingga tidak sempat menghantar surat,saya kecewa dengan sudut pengurusan mereka kerana boleh saya katakan masih diperingkat rendah,sepatutnya lebihkan kursus bagi memperbaiki sistem pengurusan dan juga akhlak pekerja!.

Akhlak pekerja?

Ya,kerana baru-baru ini saya ada menghubungi pihak MAIDAM untuk mengetahui status permohonan saya, namun saya tersentak dengan rungutan pegawai yang menjawab panggilan apabila terdengar rungutan dari jauh dengan katanya : "owoh...zakat pulookkkk....."-dengan nada rungutan. Mungkin pegawai tersebut terlupa bahawa saya sedang mendengar melalui ceropong telefon ketika itu. Harap pegawai-pegawai yang bekerja secara amanah tidak melakukan hal yang sedemikian,kerana menandakan anda tidak ikhlas dalam pekerjaan.- lain kali,letak telefon dalam laci,insyaAllah saya tidak mendengar..heh! :p

Akhirnya,sekali lagi,saya berharap MAIDAM dapat memperbaiki cara pengurusan mereka kerana sudah banyak kesilapan dan kelemahan yang sama ditonjolkan. Pengurusan yang tidak cekap itu boleh melambangkan bagaimana kalian menguruskan harta zakat,harta yang diamanahkan oleh rakyat untuk kalian menguruskannya. Bagaimana mahu meraih kepercayaan rakyat?fikir-fikirkanlah..

wallahua'lam

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -