Tazkirah: Facebook Jangan Sebab Terpaksa

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.



Para pembaca yang budiman.

Lihatlah video di atas bahawa daripada satu perbuatan berfacebook yang terpaksa dan tidak disengajakan, boleh membawa kita kepada perbuatan yang lain tanpa sengaja atau terpaksa lagi sia-sia, bahkan, mungkin juga boleh membawa kepada dosa yang tidak kita inginkan.

Janganlah kita berfacebook semata-mata kerana terpaksa dan janganlah kita pula memaksa diri kita dan orang lain untuk berfacebook. Ingatlah, berfacebook atau berbuat sesuatu pekerjaan itu, hatta berdiam diri sekalipun, lakukannya hanya jika ia bermenfaat untuk kedua-dua kehidupan kita di dunia dan akhirat atau untuk akhirat semata-mata. Selainnya, sekiranya hanya untuk membuang masa dengan sia-sia atau dengan berlakunya dosa, maka eloklah ditinggalkan!

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan Allah SWT telah menetapkan dua orang malaikat Raqib dan 'Atid bagi memantau dan mencatat setiap masa yang kita lalui dan amal yang kita perbuat baik secara terang atau secara tersembunyi hatta di dalam hati dan fikiran kita sekalipun. Kesemuanya itu akan ditanya oleh Allah SWT dan akan dinilai di hadapan para Anbiyak dan sekelian Mukminin.

Bertakwalah dan ingatlah Allah banyak-banyak, di setiap masa dan ketika, semoga kita beroleh kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ikutilah jejak Nabi Muhammad SAW, yang senantiasa hidup dalam beramal soleh dan memberi ingatan, pelajaran dan amaran kepada semua umat manusia. Sesungguhnya, yang menjadi suri teladan dan contoh ikutan yang terbaik bagi setiap orang yang beriman itu adalah akhlak Rasulullah SAW, akhlak mulia yang diibaratkan seumpama Al-Quran yang Agung lagi Terpuji.

Insafilah akan setiap kesilapan dan kesalahan kita. Bermuhasabahlah! Akan setiap perkerjaan dan masa kita. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan leka, apatah lagi dalam golongan yang munafik, fasik atau sesat. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat senantiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka dan memastikan segalanya berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

Sumber asal : Abu Fahim

MAHARAJA LAWAK : JOZAN PERSENDA PELAJAR AZHAR!

Bismillah walhamdulillah. Penulisan alfaqir kali ini berkisar tentang isu-isu semasa yang menjadi sensitiviti alfaqir dan juga mungkin sebilangan besar sahabat di luar sana yang pernah belajar di al- azhar dan juga yang sedang menuntut.

Perkara ini mungkin di anggap remeh dan temeh serta tidak di ambil peduli oleh sebilangan besar masyarakat hari ini,tapi jika kita cuba fikirkan kembali, adakah wajar pelajar-pelajar al-azhar yang rata-ratanya dari kalangan pelajar Pengajian Islam dikaitkan dengan najis Arak?memang amat-amat tidak wajar dan tidak patut diperlekehkan sedemikian, ini kerana najis arak amat jelas akan pengharamannya di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. jadi perkara ini di anggap besar dan serius oleh alfaqir.

Alfaqir amat tidak senang dengan sindiran kumpulan jozan ini,yang memang jelas mempermain dan memperlekehkan pelajar-pelajar al-azhar dan kenapa perlu libatkan kami(pelajar) azhar dalam lawak mereka?jika ianya tidak berkaitan dan bersangkutan dengan perkara-perkara haram(cth: arak), alfaqir juga tidak kisah. Tapi jika sudah melibatkan akan MARUAH pelajar-pelajar agama, lawak tidak lagi menjadi lawak bahkan boleh dikatakan ianya menjadi fitnah dan tohmahan yang amat tidak wajar oleh johan dan zizan



Perkara ini perlu dititikberatkan agar golongan agamawan tidak dipandang rendah oleh masyarakat setempat. Ini kerana,rancangan ‘maharaja lawak’ ini disaksikan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan jika perkara seperti fitnah dan mempersendakan ini berlarutan,ia boleh menjadi asbab dan barah yang akhirnya akan menyebabkan golongan agamawan dan ulama’ tidak ada tempat lagi di hati masyarakat,nauzubillah.



Alfaqir harap perkara-perkara ini tidak lagi berulang dan sebagai peringatan buat semua,moga-moga sensitiviti kita terhadap perkara-perkara sebegini akan mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. dan dimudahkan untuk mendapat rahmat-Nya serta digolongkan dalam golongan yang beriman dan golongan ahlul jannah..amin.

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh  dunia. Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini.
Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni, budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan boleh diamalkan pada setiap zaman dan tempat walau dimana kita berada.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu yang tiada sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.
Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan adalah dibolehkan oleh syarak. Dalil keharusan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
 
"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."
Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya:
 
"Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana."
Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
 
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri daripada orang awam.
 
Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.
 
Oleh itu apabila membincangkan mengenai hiburan, hal-hal seperti susunan kata-kata yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.
 
Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.
 
Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan sosialnya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan emosi, perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya.
Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi hendaklah dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan diterima dari pandangan syarak.

Kesimpulan:
 
Menurut Fatwa Syeikh Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat.
 
Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada perincian syarak berkenaan peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kepada keadaan masa dan tempat serta mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang melalaikan dan dikaitkan dengan pemain muzik serta penyanyi yang mempamirkan akhlak yang buruk merupakan perkara yang ditegah sama sekali.
 
Setelah kita melihat secara ringkas perbahasan mengenai hiburan dari sudut pandangan syarak , maka dapatlah kita menilai dan membuat perbandingan antara hiburan yang ada disekeliling kita, adakah ia bertepatan dengan pandangan hukum ataupun tidak. Artikel ini juga mampu memberi panduan kepada kita dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kehidupan kita seharian agar tidak tersasar dari nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh agama kita.

Sumber : MANHAL PMRAM

DEBARAN MUKTAMAR SANAWI PMRAM

Saban tahun, sebuah organisasi pelajar yang gah di bumi mesir ini akan mengadakan muktamar sebagai penutup satu sesi dan bermulanya sesi/penggal pentadbiran baru...


PMRAM sememangnya gah dek kematangan dan dengan jumlah ahli yang ramai dan juga masyhur dngan keprihatinan serta kecaknaan mereka terhadap ahli-ahli mereka dan sentiasa mencari jalan untuk membantu ahli-ahli mereka dalam pelajaran dan menuntut ilmu di bumi barakah ini...terima kasih PMRAM...

Semoga PMRAM sentiasa dalam naungan Allah dan semua urusan dipermudahkan Allah,bersabarlah dalam setiap tohmahan dan cubaan kerana itulah menjadi bukti bahawa apa yang dibawa oleh PMRAM adalah benar dan kemurnian dan keizzahan dustur PMRAM yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..

Baarakallu fiikum...

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -