Sejak PAS bersama Pakatan...(Ustaz Idris Ahmad)

ULASAN Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.
Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

NONEBerbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno.
Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri dari Umno. Selama ini pemimpin Umno, menganggap mereka sahaja boleh menjaga Melayu.
Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama Pakatan ialah Umno. Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.

Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi.
NONESelangor ialah sebuah negeri ndustri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno.
Ulama muttaqin
Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu.

NONESelama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama.
Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulama yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulama mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulama yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500.
NONEMalahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri Pakatan. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap.
Masuk kantong sendiri
Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri dikembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori.

azlanBagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.
Keceluparan mulut (presiden MCA) Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram.
Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam.

NONESuasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.
Merugikan Umno

Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak,
semuanya angkara kroni Umno.

traffic jams and workersMelayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid.

Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno.

Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion.
Apa yang mengejutkan, Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

NONEMelayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu.
Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela.

Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Nota pengarang: ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Penulis adalah ketua penerangan PAS pusat.

Ucapan Presiden PMRAM 2011

Assalamualaikum WBT..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Muhammad SAW, penghulu segala rasul dan nabi, serta ke atas keluarga baginda, para sahabat, dan para pemegang panji agama Allah SWT.

Kini kepimpinan PMRAM sesi 2011 memulakan pentadbiran selepas berlabuhnya tirai bagi pentadbiran sesi lepas pada 4 mei yang lalu. Di peringkat PMRAM, kita masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu Kemantapan Fikrah, Membinan Syakhsiah yang menekankan 2 agenda yang besar dalam pembawakan PMRAM iaitu fikrah dan syakhsiah.

Pengekalan tema ini menunjukkan PMRAM pada sesi ini begitu optimis dalam meneruskan kesinambungan gerak kerja yang lalu dalam memastikan agenda fikrah yang jelas dalam disampaikan ke seluruh mahasiswa/wi Islam bagi pembentukan syakhsiah yang mantap. Sehubungan itu, penerapan kitab-kitab dan pengetahuan berkenaan fikrah akan terus ditekankan di seluruh peringkat.

Mahasiswa/wi Islam sekalian,

Antara rahsia PMRAM masih lagi gah bergerak meneruskan kesinambungannya yang agung selama 81 tahun adalah disebabkan istiqamah para pemimpin serta pendokong PMRAM dalam menyampaikan agenda dakwah kepada seluruh mahasiswa/wi Islam. PMRAM yang diakui sebagai gerakan mahasiswa Islam di Mesir merupakan medium utama dan layak bagi memastikan kefahaman Islam yang syumul dicernakan kepada diri mahasiswa/wi Islam.

Program-program yang dilaksanakan adalah berdasarkan 3 ketetapan utama iaitu menonjolkan imej Islam, kesatuan ukhwah dan kebajikan ahli. Ini menunjukkan setiap program yang dilaksanakan di setiap peringkat samada pusat mahupun cawangan adalah untuk memastikan mendidik ahli untuk bersama-sama bekerja di jalan Allah SWT.

Selain itu, pihak PMRAM terus komited dalam konteks pendidikan dan akademik ahli PMRAM khasnya. Kita akan memastikan sasaran kecemerlangan akademaik sebagai senjata utama akan terlaksana secara menyeluruh. Pada sesi lepas, PMRAM mengadakan kembali HEMAT (Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir) bagi menghidupkan suasana ke arah pendidikan yang lebih tinggi iaitu Master, samada di Mesir atau di Mesir. Bahkan PMRAM turut memulakan langkah awal dengan memperkenalkan PTD (Pegawai Tinggi Diplomatik) kepada mahasiswa/wi Islam yang disampaikan sendiri oleh pihak kedutaan. Hal ini demikian adalah untuk membuka minda para lepasan Azhari dalam bidang kerja yang boleh disumbangkan.

Pendidikan merupakan agenda utama PMRAM sebagai persatuan mahasiswa/wi Islam. Melalui Badan Pendidikan Dan Komunikasi, perancangan sepanjang tahun yang teratur telah disusun rapi seperti kelas tutorial, study group, senat fakulti dan motivasi kecemerlangan. Bahkan demi memastikan kelancaran akademik mahasiswa/wi Islam, PMRAM terus menjalinkan hubungan baik dengan beberapa pihak seperti Unviversiti Al-Azhar, WAAG dan beberapa pihak terbabit.

Wahai generasi yang berintergriti,

Isu hak dan maruah, kita tetap akan memperjuangkan dengan sepenuh usaha dan keringat kita bersama. Pada sesi lepas, satu usul yang telah disepakati dalam mendesak beberapa pihak berwajin agar lebih berintergriti dalam urusan kebajikan mahasiswa/wi Islam telah pun dijalankan dengan sebaiknya. Namun begitu, isu demi isu yang merobek intergriti dan hak mahasiswa/wi Islam kini rakus dijalankan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu hari ini yang kita terus memperjuangkan yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan dalam muktamar PMRAM kali ke-78 adalah Bersama Mempertahankan BKAN Melaka. Usul ini merupakan usul yang besar. Semua peringkat mesti bergerak selari dan bersama-sama bagi menjamin BKAN Melaka terus bergerak walaupun hak mereka terus dinafikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita tidak mahu lagi hak kita terus dinafikan sebagaimana BKAN Negeri Sembilan yang kini semakin sepi dengan PMRAM bahkan terus menyendiri daripada negeri-negeri yang lain, ARMA yang kini terus dijajah oleh pihak yang rakus dan terus menzalimi PMRAM selama 18 tahun. PMRAM saban tahun terpaksa menghabiskan lebih 20 ribu junaih setahun semata-mata menanggunggung sewa pejabat ekoran pejabat milik PMRAM di ARMA dinafikan apabila PMRAM diusir dengan beberapa alasan yang direka cipta.

Kitalah yang bertanggungjawab,

Justeru, PMRAM menyeru semua mahasiswa/wi Islam untuk bersama-sama dengan PMRAM yang merupakan gerakan mahasiswa/wi Islam dalam melaksanakan semua agenda yang diperjuangkan. PMRAM bukanlah milik Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, akan tetapi PMRAM adalah amanaha ke atas semua mahasiswa/wi Islam yang mengakui memperjuangkan Islam. Bangkit wahai generasi berintegriti! Laksanakan tugas dan jalankan amanah bersama.

Akhir bicara, pastikan 2 usul yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu digerakkan oleh semua pihak agar perbahaskan yang telah dijalankan tidak menjadi tin kosong. Usah dilupai hak kita dan jasa mereka kerana kita adalah penyambung kesinambungan generasi terdahulu bagi melahirkan pelapis generasi hadapan untuk memperjuangkan Islam.

"Bangkitlah generasi berintergriti!"

"Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah"

 
Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

ISU SEMASA : KEPIMPINAN ULAMAK

sumber asal : http://aljoofre.iluvislam.com/?p=87

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan menyebabkan penulisan ini terpaksa diletakkan di prioriti yang agak bawah. Tapi saya rasa tidak ada masalah bagi pengunjung. Ini kerana adanya RSS Feed di sistem blog sekarang yang memudahkan langganan. Tidaklah teruk asyik mengklik saban waktu, tanpa adanya kemaskini. (Ketika saya menulis ini,  Saudara Syed Khir dari TV9 menghubungi saya dari Malaysia, bertanyakan mengapa sudah lama tiada update).

Ada satu isu yang saya rasa terpanggil untuk mengulas ringkas. Lebih-lebih lagi, ramai yang bertanyakan saya. Alang-alang biar saya tulis di blog sahajalah. Isu ini mungkin agak panas baru-baru ini. Banyak blogger menulis. Banyak yang diminta ulasan. Panasnya, hingga kebanyakan berita di laman rasmi Dewan Ulamak PAS berlegar sekitar isu ini. Isunya “Kepimpinan ulamak”. Perlu sangatkah ulamak yang menjadi pimpinan atau, tak kisahlah siapa pun, yang penting mendaulatkan Islam.
Sebelum saya menulis lanjut, perlu ditegaskan di sini, maksud saya dengan kempimpinan ulamak di sini, adalah ulamak yang memang mampu mentadbir dan memimpin serta memahami keperluan kepimpinan. Tidak dinafikan bukan semua ulamak mampu mantadbir. Adanya ulamak yang berjiwa bagai Sayidina Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anh (yang cukup hebat tetapi tidak disarankan menjadi pemimpin) bukan menjadi kayu ukur kepimpinan ulamak yang dimaksudkan.

Saya juga perlu sebutkan di sini, kepimpinan bukanlah suatu perkara yang patut direbutkan oleh mana-mana pihak jua, tak kira ulamak mahupun profesional. Ia adalah satu beban, satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan nanti. Akan tetapi ia juga satu fardhu kifayah yang wajib ada dalam Negara Islam.

Saya ingin mengulas ringkas persoalan dari tiga sudut:
1. Apa pandangan Fuqaha‘?
2. Bagaimana dengan sejarah?
3. Bagaimana pula pimpinan Ikhwanul Muslimin baru-baru ini yang bukan berstatus ulamak?


1. Apa pandangan Fuqaha‘?

Secara ringkasnya, majoriti Fuqaha’ meletakkan syarat untuk seseorang menjadi khalifah atau pemimpin tertinggi Ummat Islam mestilah seorang mujtahid.  Bukan calang-calang ulamak. MUJTAHID lagi. Ini kerana urusan sebagai khalifah bukanlah mentadbir manusia dalam urusan dunianya sahaja, tetapi juga akhiratnya. Malah mengatur urusan dunia juga dengan panduan syariat. Jadi hanya seorang yang arif urusan akhirat sahaja yang boleh mentadbir.

Andaikata tiada mujtahid pada zaman tersebut yang dapat mentadbir, maka diserahkan pula kepada orang yang paling banyak memiliki syarat-syarat ijtihad yang telah digariskan oleh para ulamak. Terlalu tinggi syaratnya, dan bukan sekadar memahami tuntutan agama secara dasar sahaja.
Dalam masa yang sama, ulamak yang mentadbir perlu merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk kelicinan pentadbirannya, sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam isu “mengahwinkan” pokok.

Namun tidak dinafikan di sana ada satu pendapat daripada Mazhab Hanafi yang berpandangan tidak disyaratkan untuk menjadi pempimpin mestilah seorang bertaraf mujtahid. Dalam pendapat ini, cukuplah seorang Muslim yang berfahaman dasar agama, dan sentiasa menjadikan ulamak sebagai sumber rujukan.
Pandangan majoriti Fuqaha’ bahawa syarat pemimpin mestilah seorang mujtahid ini juga menolak pandangan sebahagian pihak bahawa ulamak mestilah non-partisan dan menjauhkan diri dari urusan politik. Ini kerana jika semua ulamak terdahulu berpandangan begitu, bagaimana mungkin mereka meletakkan syarat mujtahid ini pada seorang khalifah.



2. Belajar dari sejarah..

Sesiapa yang tidak membaca sejarah takkan mampu mencipta sejarah. Kalam ini saya selalu ulang dalam ceramah-ceramah saya. Dalam isu sebesar ini lebih-lebih lagi kita perlu melihat kembali sejarah kita.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah pemimpin Negara Islam pertama. Itu tiada syak lagi. Selepas kewafatan baginda, bukan semua sahabat menjadi rujukan ilmu agama, dan berstatus mujtahid. Pengganti Baginda, Sayidina Abu Bakar asalnya seorang profesional. Tetapi akhirnya menjadi seorang mujtahid di kalangan para sahabat. Begitu juga dengan Sayidina Umar, Sayidina Utsman dan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Kesemua mereka tergolong di kalangan mujtahid terbesar daripada para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka ini dinamakan Khulafa’ Arrasyidin.

Pengganti mereka pula adalah Sayidina Muawiyah. Juga di kalangan profesional yang menjadi ulamak. Beliaulah penulis wahyu. Beliau juga perawi hadis. Beliau juga salah seorang ulamak di kalangan para sahabat. Selepas itu, turun pula pemerintahan kepada anaknya Yazid. Yazid bukan ulamak. Apa yang terjadi?
Fitnah besar melanda ummat Islam. Perpecahan demi perpecahan yang besar berlaku. Tidak dinafikan pada zaman Muawiyah sudah wujud perpecahan ini. Malah daripada zaman Sayidina Abu Bakar dengan golongan enggan membayar zakat, dan begitu juga zaman Khulafa’ Arrasyidin yang lain. Akan tetapi di zaman Yazid, ia tidak terkawal. Perpecahan cukup besar, hingga empayar Islam ketika itu tidak diketahui siapa pemerintah sebenarnya.

Mungkin ada yang menyebut, lihatlah Khulafa’ Arrasyidin itu semuanya profesional bukan? Memang benar. Tetapi mereka telah ditarbiah oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri hingga mereka menjadi mujtahid besar. Profesional kita hari ini pun boleh jadi ulamak jika belajar dengan bersistem dan bukan hanya dasar-dasar Islam sahaja. Ilmu Islam boleh dipelajari oleh semua pihak. Menjadi mujtahid atau tidak, itu anugerah Allah.

3. Pimpinan Ikhwanul Muslimin pula bagaimana?

Ada pihak di Malaysia (malah di kalangan mereka yang ingin berjuang dalam gerakan Islam) yang menimbulkan persoalan, Syaikh Mustafa Masyhur dan Syaikh Mahdi Akif bukanlah di kalangan ulamak, akan tetapi bagaimana mereka menjadi Mursyidul Am bagi sebuah gerakan Islam yang cukup hebat, Ikhwanul Muslimin?

Senang ceritanya, Syaikh Mustafa Masyhur dan Syaikh Mahdi Akif walaupun tidak digelar ulamak, tetapi keilmuan mereka jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan “ustaz-ustaz” kita di Malaysia. Kitab-kitab karangan mereka sahaja sudah membuktikan betapa tinggi ilmu mereka. Banding dengan Ustaz pun kita kalah, belum nak dibandingkan dengan golongan profesional kita.

Mereka tidak digelar ulamak. Tetapi mereka telah menghafal AlQuran dari kecil. Hadis telah menjadi sebati dalam diri. Kalam Fuqaha’ dan ulamak mereka telah hadami. Walaupun Syaikh Mahdi contohnya, adalah guru sukan, tetapi beliau adalah khatib di Masjid. Beliau adalah pendakwah yang cukup tegar. Ilmunya jauh lebih hebat dari kita. Jadi sebenarnya perbandingan yang kita lakukan dengan profesional Malaysia lansung tidak kena. Malah ia lebih menunjukkan betapa Ikhwanul Muslimin sehingga hari ini masih lagi menitikberatkan kepimpinan ulamak.

Adapun di Malaysia, oleh kerana suasana tempatan kita yang jauh berbeza, dan tahap keilmuan kita juga yang masih rendah, maka tahap mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam Pengajian Islam adalah satu kayu ukur mudah untuk ketetapan kelayakan minimum. Saya mengakui ada juga mereka yang tiada ijazah jauh lebih alim daripada yang mempunyai PhD., akan tetapi amat sukar untuk kita menentukan tanpa kayu ukur begini.

Akan tetapi bukan semua yang memiliki ijazah sarjana muda (hatta PhD) dalam pengajian Islam adalah ulamak. Banyak juga apa yang diistilahkan sebagai Ustaz Mee Segera atau Ulamak Mee Celup. Ada juga yang ijazah bergulung tetapi kefahaman agama amat kurang, maka kita perlu pula meletakkan syarat-syarat lain untuk mengenalpasti golongan ulamak (antaranya adalah dengan mengenalpasti dengan guru-guru mana yang dipelajari, dan kitab-kitab apakah yang sudah dikhatamkan).

Penutup

Tulisan ini bukan ingin merendahkan mana-mana golongan. Maaf jika ada yang terasa pula. Ia hanya sekadar satu pencerahan yang saya rasa perlu dilakukan, dan satu jawapan kepada beberapa persoalan yang masih berbuku di hati kebanyakan kita, khususnya yang ingin bergelar pejuang Islam.
Saya juga tidak menafikan kewujudan khilaf ulamak dalam hal ini yang membolehkan kita bertaqlid dengan pendapat kedua. Namun saya masih tidak nampak rasionalnya untuk meninggalkan pendapat majoriti Fuqaha’ ini berdasarkan sirah dan pengalaman gerakan Islam selama ini.

Moga gerakan Islam akan makin utuh apabila gabungan ulamak dan profesional dapat bersatu hati dan tidak berpuak-puak. Malah biarlah kita menjadi satu. Sudah ramai ulamak yang menjadi profesional pada hari ini. Satu hari nanti, kita harapkan moga ramai di kalangan profesional kita pula yang boleh bergelar ulamak kemudiannya. Amiin…

TAHNIAH DAN TAKZIAH


Buat semua pimpinan Badan Pengurus PMRAM dan Pimpinan HEWI PMRAM yang baru memegang tampuk kepimpinan pada tahun ini,alfaqir ingin mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH buat antum dan antunna semua. 

TAHNIAH!
Kerana kamu semua dipilih oleh ahli-ahli untuk meneruskan kepimpinan dan kelangsungan agenda PMRAM utk tahun ini...moga PMRAM terus gemilang di bawah naungan rahmat ALLAH s.w.t.
TAKZIAH!
Kerana selepas ini, kamu akan memikul amanah yang berat dan perlu berhati-hati dalam melaksanakan amanah supaya tidak tergolong dalam golongan munafik sebagaimana yang sedia maklum bahawa antara tanda-tanda orang munafik ialah apabila diberikan amanah ia khianati..mudah-mudahan kamu semua tidak tergolong dalam kalangan tersebut dan menjalankan amanah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..

ALLAHUAKBAR!!! x3

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -