Terengganu Bakal Dipasak Menara Berkembar

Menara berkembar setinggi 30 tingkat, yang bakal menjadi mercu tanda bandar ini, akan dibina di sebuah kawasan
seluas 16.2 hektar di Kuala Terengganu.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata menara berkembar, yang menelan belanja beratus juta ringgit itu, akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.

"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata Yayasan Terengganu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.




gambar : sekadar hiasan


Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.

Tahun ini, katanya Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.



sumber : malaysiakini




**********************************************************

Alhamdulillah,bertambah maju negeri kesayanganku nanti..tapi Alfaqir lebih suka kalau duit yang banyak untuk kos pembinaan bangunan itu dikhususkan untuk mengadakan usaha menyebarkan kefahaman Islam kepada semua rakyat terengganu. Kerana hakikat kemajuan yang sebenar ialah yang bersifat kemajuan diri dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan bukanlah semata-mata kemajuan bangunan-bangunan....

Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.
Tahun ini, katanya Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.


Ya,nampaknya bidang kedoktoran makin mendapat perhatian yang melimpah ruah,alfaqir menyeru kepada adik2 yang akan meneruskan pengajian kedoktoran,gunakanlah sepenuhnya kelebihan yang diberikan ke jalan yang sebetulnya..


tidakkah ada di sana pihak yang ingin menumpukan perhatian kpd golongan yang belajar agama?mungkinkah sudah nasib golongan agamawan yang sering menjadi 'anak tiri' kepada pihak-pihak tertentu..tidak mengapalah,sedangkan setiap perkara yang kamu lakukan akan dipertontonkan di akhirat kelak..nanti sama-samalah kita lihat kebobrokan dan kejelekan yang sudah kalian lakukan terhadap golongan agamawan..wallahua'lam

Bahaya gambar perempuan disiar di facebook

Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, saya mewajibkan pelajar ada blog dan facebook (FB). Tapi saya banyak kali menasihatkannya untuk tidak membuat posting gambar-gambar perseorangan yang boleh membawa padah apatah lagi wanita biasanya lebih baik gambarnya untuk mahram sahaja.
Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya… sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergelomang dalam dunia IT??
Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..
Sebenarnya kenyataan di atas yang kolot dan bodoh.. Mereka yang mengikuti nasihat agamanya sendiri adalah mereka yang berada dalam landasan “kemenjadian” (Pengetua saya selalu guna perkataan ini) yang hakiki. Kenapa??
Semasa di SMK Sultan Omar tahun 2002 saya telah beli dua kamera handycam Sony untuk sekolah. Digital 8 dengan harga sekitar RM2600. Handycam ini mempunyai fungsi NightShot (0 Lux). Nightshot adalah bertujuan mengambil gambar malam tanpa cahaya… gambarnya kelihatan warna hijau. Semasa aku ke sekolah SMK Tengku Intan Zaharah, handycam jenis ini pun ada, di bawah jangaan cikgu Wan Mohd Anuar.
Disebalik Nighshot 0 Lux ini, jika kita guna filter Infrared See-Through Filter PF pada waktu siang hari (sebaiknya tengahari) dia boleh menembusi baju yang nipis dan menampak apa yang ada didalam.

Bagaimana “menantang ning” berfungsi dan disalah gunakan oleh mereka yang kreatif dan mereka otak “kotor”. Jika anda belajar Fizik (kebetulan pula saya memang cikgu Fizik) anda akan mengetahui dengan fenomena cahaya.


Ini kaedah bagaimana cahaya boleh menebusi lapisan pertama kerana kita tahu cahaya putih ada 7 komponen warna. Memang susah nampak macam ini. Saya ambil satu contoh bagaimana MatSalleh pakaikan seluar dalam pada kotak Sony… Walaupun nampak lucu tapi ini boleh memberikan penerangan yang lebih baik.


Segala apa yang tersembunyi boleh nampak belaka.
Masa saya beli Handycam Sony itu kerajaan Malaysia baru sedar dan mengelurkan arahan untuk mengambil balik semua filter berkenaan dan fiter berkenaan di haramkan di Malaysia. Engkau orang tahulah benda haram ini lagi cepat mereka yang memilik handycam akan mencari… lagikan dadah yang kena hukum gantung pun ramai orang seludup… ini sekadar haram sahaja!
Kalau payah order aje melalui internet mana orang tahu ini adalah fiter.. Anjing pun tak belajar lagi mengesan fiter ini pasal takkan dia kenal bau filter. Kalau saya gantung di “tekok”saya pun siapa tahu ini fiter yang dimaksudkan kerana semua filter kamera sama sahaja.. Tak percaya tanya cikgu Mulia..
But it’s bad business to count on consumers being logical. In a discovery that was first publicized by a Japanese men’s magazine, it so happens that in a well-lit setting, in certain instances, a NightShot camera can seem to penetrate fabric, revealing the underwear of fully clothed individuals, or making people in swimwear appear virtually naked. Of course, the NightShot is only a harbinger of the prurient progress that tomorrow holds in store. Sony may not have intended to design a camera that turns people naked, but you better believe somebody else eventually will. Newsweek(1999)
Itu cerita 2002, teknologi tahun 1999…
Sekarang 2010, teknologi makin berkembang dan perkembangannya cukup pesat. Sekarang boleh scan gambar menjadikan dia seolah gambar yang tak elok menggunakan teknik Super Impose dan X-Ray.
Saya tak akan tunjuk secara secara detail, mana tahu anda akan belajar pula nak buat eksperimen.. Entah-entah gambar saya tersiar dalam majalah porno… mampus aku nak membela diri, membersih aib….
Tiga gambar pelajar perempuan di atas sebenarnya diambil daripada FBnya. Gambar itu bagus menuntup aurat. Tapi malangnya ada manusia jahat telah merosakkan imej ini dengan menggunakan teknologi baru 2010.. Hasilnya….

Kalau gambar anda disiarkan begitu di internet akibat keghairah anda membuat posting gambar dalam FB. Siapa harus dipersalahkan…. Saya nasihatkan kepada semua pelajar perempuan, guru wanita (terutama yang bujang) dan lelaki juga… awasilah gambar anda di FB… Malang tak berbau….
Pasal itu ada orang menasihati kita “jangan caya lelaki”…



sumber : darululumonline

Mahasiswa Terengganu Mesir Difitnah Dan Ditohmah

"~~Luahan rasa..Luahan hati..~~ Disaat mahasiswa di Mesir sibuk menumpukan persediaan untuk menghadapi imtihan (peperiksaan), ada pihak yang cuba memberi tekanan dengan tuduhan dan tohmahan yang kurang tepat. Sehingga menggangu fokus dan study mahasiswa untuk menghadapi imtihan. Tindakan sebegini dilihat amat kurang bijak.

Segelintir mahasiswa yang ditemui melahirkan rasa kekecewaan dan kesal terhadap tuduhan yang melulu tanpa asas bukti yang kukuh terhadap mahasiswa disini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Seluruh mahasiswa di sini melahirkan rasa kebimbangan terhadap situasi ini.

Kami mendesak agar pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak hanya mendengar sebelah pihak semata-mata sehingga membuat pertimbangan yang tidak betul dan jelas.

Di antara tuduhan buruk dan tohmahan yang dilemparkan :


Mahasiswa Mesir berkahwin awal

Soal mahasiswa mendirikan rumah tangga sepatutnya dilihat secara adil dan mengambil kira pandangan dalam Islam bukan hanya mengeluarkan pandangan mengikut kehendak nafsu semata-mata.

Apakah menjadi satu kesalahan bagi seseorang mahasiswa untuk berkahwin?? Apakah mereka lebih rela melihat suasana tidak sihat, hubungan bebas tanpa ikatan yang sah berlaku ke atas remaja masa kini?? Sedangkan kita menyaksikan kejatuhan moral remaja kita pada hari ini kian meruncing.

Sesungguhnya Islam telah menganjurkan kepada umatnya untuk mendidirikan rumah tangga adalah bertujuan memelihara maruah dan mengelakkan daripada terjebak dengan maksiat dan perkara mungkar.

Sabda Nabi Muhammad S. A. W yang berbunyi:



«يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ».


رواه البخاري ومسلم


Zaman remaja adalah masa yang terlalu kuat ujian nafsunya. Ianya dikuatkan lagi dengan saranan nabi sebagaimana sabdanya di atas kepada golongan pemuda khasnya untuk berkahwin bagi mengelakkan diri mereka dari gejala maksiat terutama dalam zaman “dunia tanpa sempadan” yang amat mencabar ini.

Mahasiswa menyalahgunakan wang zakat (melancong)

Wang zakat yang diberikan adalah hak penerima untuk mengunakan wang tersebut bagi tujuan keperluan sebagai seorang penuntut ilmu.

Kemungkinan hanya sebilangan kecil sahaja yang melakukan kesalahan sebagaimana yang dituduh itu (melancong ke luar negara) tetapi kenapa seluruh mahasiswa dihukum dengan begitu rupa??? Para mahasiswa sudah mengetahui ke arah mana sepatutnya dibelanjakan wang zakat, kami bukannya anak kecil yang bersekolah tadika. Dan kebiasaan yang menziarahi tempat-tempat bersejarah di Negara lain bukanlah semata-mata melancong ‘buta’ , tetapi adalah untuk mengambil peringatan dan pengajaran dengan kesan-kesan sejarah Islam.

Dari manakah datangnya sumber yang mengatakan mahasiswa-mahasiswa menggunakan wang zakat untuk melancong? apakah mereka mempunyai bukti yang kukuh?atau semata-mata rekaan untuk mengaibkan pelajar-pelajar Mesir? janganlah kerana “nila setitik rosak susu sebelanga”.

Adakah mereka tahu ada dalam kalangan mahasiswa yang terpaksa mengikat perut sehingga ada yang terpaksa berhutang kerana ketiadaan wang?? Wang zakat pula dilambat-lambatkan untuk dibahagikan dan terpaksa melalui proses saringan dan kelulusan yang amat menyusah dan menyeksakan pelajar.

Sedangkan Islam memperuntukkan wang tersebut kepada “asnaf fisabilillah” untuk memudahkan mereka menuntut ilmu. Tidakkah itu mencukupkan syarat bagi kami menerima hak kami? Kini sistem baru yang menghukum pelajar-pelajar yang mengulang dalam pelajaran dan lebih daripada empat tahun dikurangkan zakatnya kepada RM2000 atau kurang setahun. Anda semua cuba fikirkan dan bayangkan, dari satu aspek, memang tindakan itu untuk memberi semangat dan galakan untuk pelajar gigih berusaha, tapi dari sudut lain?tidakkah tindakan itu menyusahkan para pelajar?bagaimana pelajar hendak menumpukan perhatian kepada pelajaran sekiranya asyik memikirkan soal kewangan yang tidak mencukupi dan ada sebahagian yang berniaga untuk menyara kehidupannya di sini memandangkan harga barang sekarang kian meninggi.

Berfikirlah sebelum melontarkan pandangan dan buatlah kajian yang mendalam sebelum membuat keputusan…jangan hanya mendengar sebelah pihak begitu sahaja.

Mahasiswa tidak menyambut kehadiran pegawai dari Malaysia

Bagaimana mungkin kami boleh menyambut kehadiran pegawai atau tetamu dari Malaysia sedangkan kehadiran mereka tidak pernah dimaklumkan oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar(HEP) Terengganu di Mesir (Encik Ahmad Kamal Abdullah) kepada mahasiswa disini???

Apa masalah pegawai….

Kami ingin mendesak kepada pihak terbabit supaya lantikan pegawai HEP Terengganu di Mesir kepada Encik Ahmad Kamal Abdullah (Bekas Adun Umno Sura, Dungun. Terengganu) ditarik balik atau beliau sendiri meletakkan jawatannya.

Sepanjang lantikan beliau, beliau banyak menyusahkan mahasiswa disini. Kami diajar supaya tidak berpolitik namun beliau sendiri berpolitik dan bekerja secara tidak profesional sebagai penjawat awam.

Pejabat HEP Terengganu yang berada di Asrama Pelajar Kompleks Darul Iman, Mesir sepatutnya dibuka 5 hari seminggu tidak berfungsi dengan baik. Keadaan ini merumitkan lagi mahasiswa untuk berurusan. Bukan setakat itu sahaja, beliau dikatakan lebih banyak menghabiskan masa diluar pejabat dan pulang ke malaysia daripada berada dalam pejabat HEP. Dan sehingga waktu ini, beliau masih lagi di Malaysia dan kami tidak tahu, tugasnya di sini untuk menjaga kebajikan pelajar atau apa? Tugas si ‘ayah’ sepatutnya memberi galakan dan semangat tatkala anak-anak mereka ingin menghadapi imtihan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tugas sebagai pegawai yang disandang beliau tidak wajar diteruskan lagi kerana tiada kebertanggungjawaban dalam menjalankan amanah sebagai penjawat awam.

Seharusnya pihak kerajaan memandang serius terhadap penjawat awam yang bermasalah seumpama ini kerana ia boleh menjatuhkan imej kerajaan Negeri sebagaimana slogan yang dilanungkan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

Harapan kami…

Sebenarnya banyak lagi tuduhan yang telah dilemparkan kepada mahasiswa di mesir adalah hasil dari laporan dan maklumat yang tidak tepat. Dan kami tidak akan berdiam diri demi mempertahankan maruah kami!

Kenapa perlu mengambil pandangan dan maklumat dari sebelah pihak sahaja yang dilihat tidak adil dan kalian adalah pekerja kerajaan dan seharusnya bersikap professional.

Perlu diingat juga, sebenarnya mahasiswa di mesir bukan hanya cemerlang dalam akademik tapi mereka masih memiliki moral dan akhlak yang baik.

Janganlah kerana dendam politik seluruh mahasiswa dipersalahkan dan menjadi mangsa pengkhianatan hak. Kesungguhan dan pengorbanan mahasiswa dalam menuntut ilmu tidak pernah pula diberi penghargaan.

Kami sangat kecewa terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah melemparkan tuduhan tanpa kajian dan penelitian yang jelas, betul dan tepat.

Ingatlah kuasa yang kita ada bukan untuk selama-lamanya kerana kelak nanti kita akan menyesal. Konsep dosa dan pahala yang diajar oleh Islam juga tidak harus dilupakan.

Peringatan ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak akan tetapi sebagai satu nasihat sebagaimana anda memberi nasihat kepada kami. Oleh itu, terimalah dengan hati yang terbuka tanpa perasaan dendam yang kesumat.

Jazakumullah…

Tulus Ikhlas daripada:

Mahasiswa Islam, Cairo. "


Sumber : tkodaily 

Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS

SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

sumber :Harakahdaily

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -