La Adri (Aku Tidak Tahu)

DALAM karya agung Hujjatul Islam al-Imam Ghazali r.h. ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai mereka yang bergelar ulama. Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunya atau ulama usuuk dan ulama al-akhirah.

Ulama dunya adalah ulama yang menggunakan agama demi sedikit kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah dan pangkat. Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di sisi syarak.

Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.

Kata Imam Ghazali,
“Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, ‘La adri (aku tidak tahu)’, jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain.” (Ihya Ulumuddin, jidil 1)
Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam perbuatan mahupun kelakuan. Pada mereka al-hazmu berhati-hati besar manfaatnya, kerana mereka tahu andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu khusus ia menjadi fatwa ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri mereka khususnya masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan.
Rasulullah SAW pernah berpesan,
“Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)”. (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu’)
Jelas di sini bahawa kemuliaan seorang ulama itu bukan sahaja kepada ketinggian ilmu mereka namun sikap berhati-hati dan tawaduk mereka. Akhlak sebegini mungkin akan mendatangkan telahan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat namun mereka sedar bahawa walaupun mereka berilmu pastinya diri mereka juga punya kelemahan.
Para ulama salafus soleh antara ulama yang mempunyai kualiti ilmu, iman dan takwa yang tinggi di sisi Allah taala. Namun mereka jua dalam keadaan tertentu lebih selesa berkata la adri bagi sesuatu hukum dan perkara yang mereka tidak tekuni. Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi menyatakan ketidaktahuan kita.
Asy-Sya’bi berkata,
“La adri adalah setengah daripada ilmu. Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata. Kerana mengaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu.”
Begitu juga halnya yang berlaku kepada Abdullah Ibnu Umar saat dirinya ditanya bagi mendapatkan fatwa. Beliau berkata dengan tegas,
“Pergilah kepada ketua kamu yang sudah menerima beban tanggungjawab segala urusan manusia. Maka letakkanlah urusan tersebut kepadanya.”
Demikian juga, adalah mustahil bagi seorang manusia biasa sebagaimana tinggi dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang diusulkan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda sesuatu yang tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya sebagai pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, “La adri.”
Ibnu Mas’ud menerangkan,
“Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!” Seterusnya beliau menyambung, “Benteng orang alim itu adalah la adri. Jikalau ia menyalahkan benteng itu, maka sesungguhnya bencana akan menimpa di tempat-tempat mereka berperang.”
Justeru, wajarlah kita sebagai orang Islam mengambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita. Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidak berilmu. Setiap persoalan khususnya mengenai agama dan hukam-hakamnya mesti dijawab dengan berhati-hati agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab sahaja, “La adri”.
Ayuh kita hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, ‘La adri.’ Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, “La adri.” Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar.” (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya’la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar)
Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu dirinya yang dianggap sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila menjawab tidak tahu apabila ditanya. Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu malu.
Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada kesombongan dan maruah diri sendiri.

Oleh : Zahiruddin Zabidi




Kena Taat Pemimpin,So...Tak Boleh Lawan Kerajaan BN

Sebelum ini,saya pernah dengar akan statement sebegini, ada individu-indvidu yang mengeluarkan ayat-ayat sebegini untuk menjadi hujah menyokong kerajaan sekarang ini,UMNO.



Saya tertarik dengan satu ulasan Ustaz Hairul Nizam Mat Husin berkenaan ini,beliau menyebut bahawa beliau pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang  merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis Dr. Abdul Razzaq di University Of Lyon di Perancis ini seingatnya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.

Buku karangan Dr. Abdul Razzaq yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

  1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.
  2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.
  3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.
  4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.
  5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.
  6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).

Ustaz Hairul Nizam secara peribadi semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Beliau bertanya kepada mereka: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan mereka dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.

Sebagai kesimpulannya,Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.




Dalang Fitnah Seks (Rakaman Penuh)


Dato Johari Abdul merupakan antara individu terawal yg dibawa Dato menyaksikan klip fitnah. Kupasan lengkap beliau disamping penerangan drp aspek teknikal yg luas menambahkan lagi keyakinan kita bahawa rakaman itu adalah satu fitnah keji. Sama-sama kita dengar dan renungkan. Jgn sampai anak cucu kita menjadi mangsa akibat permainan fitnah yg tidak berkesudahan ini.

Persoalan:
1) Kenapa Anwar tak didakwa? Jawabnya mungkin: Kalau dibicarakan takut tak menang dan dapat malu :-)
2) Kenapa Video disebarkan sahaja secara menggila...tapi tak dimahkamah? Jawabnya mungkin: Kerana niat jahat dan semata mata nak menjatuhkan nama dan peribadi/sokongan seseorang :-)
...YES PILIHANRAYA dah semakin dekat :-)

**********************************

Moga-moga rakyat Malaysia dapat membuat penilaian dengan pendedahan ini dan bukannya hanya mendangar sebalah pihak kerana jika anda hanya mendengar sebelah pihak..anda adalah orang ZALIM!sekian.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -