Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
Moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan dan selamat beramal :)
P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) arah media putar-belitkan fakta?
Pengamal media stesen radio dan televisyen diminta untuk menonjolkan adegan "kerosakan yang dilakukan peserta demonstrasi" dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, dan mengelakkan adegan "keganasan polis ketika menyuraikan peserta demonstrasi".
Adegan "kerosakan" yang dimaksudkan termasuklah pembakaran kereta, kedai, kesesakan lalu lintas dan sebagainya; sementara adegan "keganasan polis" termasuklah adegan polis atau FRU memukul peserta ketika menyuraikan perhimpunan.
Demikianlah panduan yang diberikan oleh seorang pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pengamal media elektronik, dalam Seminar Kawal Selia Kandungan 2011 yang diadakan di auditorium SKMM, hari ini. Sebanyak 22 kumpulan syarikat media elektronik dijemput untuk menyertai seminar ini.
Seminar ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, mengandungi tujuh sesi taklimat, "bertujuan untuk mewujudkan platform perbincangan rasmi antara SKMM dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan badan-badan penyiar swasta mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan agar mutu dan kualiti kandungan penyiaran dapat diterjemahkan oleh badan-badan penyiar dalam idea yang segar, kreatif serta berkesan."
Seorang pengamal media yang menyertai seminar tersebut memberitahuMerdekaReview, bahawa panduan di atas diberikan oleh pegawai SKMM setelah salah seorang pengamal media membangkitkan soalan ini. Malah, pegawai SKMM yang memberi panduan itu meminta agar kata-katanya tidak didedahkan kepada umum (off the record).
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bakal mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, menuntut agar sistem pilihan raya direformasikan. Kerajaan dan polis telah memberi amaran sekeras-kerasnya, malah mengambil tindakan untuk menangkap dan menahan pemimpin yang terlibat, sebagai langkah untuk memastikan agar perhimpunan ini digagalkan.
- http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12008
*********************************************************
Permata : Tidak hairanlah kalau SKMM suruh buat macam itu,tidak dikira lagi yang mengecam sesawang web/blog yang mempromosikan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti dengan ugutan akan menutupnya,hebatnya diorang kan?=)tidak mengapalah,mereka masih ada kuasa di dunia dan lupa akan kuasa yang ada pada YANG MAHA ESA...wallahua'lam

Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari Kemarahan??
Melihat kepada situasi genting yang berlaku di Malaysia sekarang ini,teringat di benak fikiran saya akan peristiwa 25 Januari di Mesir ini,yang mana, asal usul tercetusnya akan Thaurah(revolusi) adalah disebabkan 'onar' yang dibuat oleh pihak polis yang mana telah menembak rakyat yang sedang DEMONSTRASI secara AMAN. Kesannya,rakyat semakin marah dan mula menyebarkan akan kekejaman regim Husni Mubarak yang dahulu,semakin kejam polis dan kerajaan ketika itu,semakin rakyat bangkit untuk menegakkan keadilan..
Berbalik kepada situasi di Malaysia,berdasarkan pemerhatian dari saya yang kerdil ini,pihak POLIS semakin hari semakin mengganas dan kerajaan juga semakin agresif dalam membanteras rakyat yang ingin menyertai BERSIH 2.0 pada 9 JULAI 2011 nanti,tangkapan demi tangkapan dibuat,kekangan demi kekangan,tidak kurang juga pihak kerajaan(BN) negeri yang mengugut rakyatnya untuk tidak menyertai himpunan BERSIH 2.0 nanti, penjawat awam diberi amaran,mahasiswa diberi amaran,sehingga dalam khutbah pun beri amaran untuk hindari BERSIH 2.0.
Tidak kurang juga yang mengeluarkan FATWA akan perlunya BERTAUBAT kerana menyokong BERSIH, cuba kita kembali kepada asal tujuan BERSIH ini diadakan,bukankah ianya bertujuan yang baik,perhimpunan aman dsb,lagipun,Malaysia bukannya negara kuku besi,yang kebebasan BERSUARA tiada..kalau mereka(kerajaan) kata sebab diharamkan BERSIH adalah kerana akan mencetusnya huru hara dalam negara,dari manakah akan datangnya huru hara tersebut?bukankah kita lihat sekarang terdapat beberapa pihak yang mengugut untuk membuat onar dalam perhimpunan tersebut,selogiknya,jika KERAJAAN sekarang adil dan saksama,pihak2 yang membuat ugutan itulah yang sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan,tapi sebaliknya berlaku.
Ingat,'mereka' datang selepas tarikh BERSIH dibuat,jadi yang mana harus kita aula(utamakan)?tentunya BERSIH bukan?sepatutnya pihak berwajib memastikan perhimpunan BERSIH ini berjalan dengan baik,bukan mengutamakan pihak yang datang selepas BERSIH...
Kalaulah perkara ini berterusan,tidak mustahil rakyat Malaysia akan berkumpul utk mengadakan "يوم الغضب" iaitu hari KEMARAHAN sebagaimana yang berlaku di Mesir,asbabnya dari polis juga,tapi saya harap perkara ini tidak berlaku di Malaysia,amin...tapi jika sudah ditakdirkan,tentunya para pejuang menantikan MATI SYAHID...betul?
Sama-sama doakan dan fikirkan dengan hati yang tulus..:),selamat berhimpun kepada semua pejuang demokrasi..
Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Buat???
KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.
Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.
Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.
Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.
"Perkara asas apabila anda ditangkap atau ditahan Polis ialah jangan panik, bertenang dan gunakan sebaik mungkin hak anda untuk tindakan seterusnya- Latheefa
“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.
Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.
“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.
Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.
Latheefa berkata ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.
“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.
Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.
“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.
sumber : KD