Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Perubahan Negara
Tugas sebagai sebagai seorang mahasiswa memang berat tetapi tugas sebagai seorang dewasa lagi berat. Jika dikatakan bahawa mahasiswa di alam kampus yang belum lagi mendirikan rumahtangga ini sibuk dengan pelbagai tugasan maka waktu selepas mendirikan rumahtangga itu pastinya akan lebih sibuk dan diuji dengan pelbagai ujian.
Inilah lumrah sebuah kehidupan. Masing-masing ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sekiranya dunia ini hanya semata-mata kesenangan nescaya Allah SWT tidak perlu menjadikan di akhirat kelak adanya syurga dan neraka.
Oleh yang demikian, untuk mendapatkan syurga ini iaitu kesenangan yang hakiki maka ianya memerlukan kepada pengorbanan dan usaha yang gigih serta berterusan (istiqamah).
Dewasa ini telah timbul pelbagai cerita dan kisah yang berkaitan dengan mahasiswa. Di Malaysia kita telah melihat bagaimana kebangkitan mahasiswa dalam menuntut hak dan mengembalikan semula kebebasan yang selama ini dikongkong oleh pihak-pihak tertentu.
Kuasa mahasiswa cukup hebat. Kehebatannya mampu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang angguh dan zalim. Ini jelas terbukti, era pemerintahan Suharto, Presiden Indonesia suatu ketika dahulu mampu untuk digulingkan oleh kesatuan yang ditunjukkan oleh mahasiswa.
Inilah hebatnya kuasa kerja yang ada pada mahasiswa dan anak muda.
Namun, kehandalan dan kehebatan yang ada pada mahasiswa itu perlu digunakan pada tempatnya. Mahasiswa agen perubah masa depan negara.
Justeru, usaha ke arah mempertingkatkan jati diri sebagai seorang mahasiswa yang matang dan waras dalam setiap tindakannya perlu dilaksanakan bermula daripada sekarang.
Mahasiswa sekarang perlu menonjolkan kehebatan diri mereka kepada khayalak umum bukan untuk bermegah , riak dan takabbur tetapi untuk Islam supaya kehebatan Islam itu dapat dilihat pada jiwa mahasiswa.
Oleh yang demikian mahasiswa Islam perlu sentiasa optimis dan meletakkan diri mereka sebaris dengan mereka yang berjaya.
Kita inginkan mahasiswa yang mantap dari sudut thaqafah, hebat dari kemahiran, menarik dari sudut perancangan, cantik dari sudut gerak kerja dan tindakan serta dan mahasiswa yang meletakkan kepentingan ummat dan masyarakat sejagat melebihi daripada kepentingan diri sendiri.
Selain itu, kita juga mengimpikan mahasiswa yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain mengikut apa jua posisi, supaya keberadaan dan kewujudan kita dalam masyarakat dapat membantu kerja-kerja Islam.
Bukan dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya mereka memiliki kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi sekiranya perkara tersebut tidak digunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.
Bukanlah juga dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya hanya mampu berceramah dan memberi tazkirah di merata-rata tempat semata-mata tanpa dibuktikan dengan kecemerlangan prestasi akademik.
Justeru, sebagai mahasiswa yang mendokong segala prinsip dan ajaran Islam, maka semestinya kitalah orang yang sepatutnya memegang ‘title’ cemerlang itu.
Oleh itu, saya berpesan kepada seluruh mahasiswa Islam yang berada di Bumi Mesir ini khususnya supaya melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan semesta pertama yang berlangsung sepanjang Januari ini seterusnya menjayakan suptopik ucapan dasar Presiden PMRAM “ Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama “.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
ABDUL AZIZ BIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN,
Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?
Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz
Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik
dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran
Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.
Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.
Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.
Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.
Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.
Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.
Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal
Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.
Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.
Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.
Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.
Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.
Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.
Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:
“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.”
Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.”
Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.
Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.
Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.
Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin).
Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.
Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).
Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.
Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut.
Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam - Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber asal : (mynewshub.my)
______________________________________________
Permata : ish..kalau begitu,ramailah ejen yahudi,iblis kat malaysia ek?huhu...

biodata | sejarah hidup ustaz azhar idrus
Assalamualaikum.
Idea untuk mencari dan berkongsi biodata lengkap sejarah hidup ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja ini timbul apabila terbaca di beberapa blog yang mula memfitnah dan menanam pandangan yang serong terhadap ustaz azhar seperti mengatakan ustaz azhar sesat dan pernah berkhalwat.
Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang saya jumpa di beberapa blog.
Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya.
sejarah hidup ustaz azhar Idrus (link ceramah di youtube)
Dari video ceramah ini juga anda akan dapat mengetahui biodata ringkas Ustaz Azhar Idrus. Harapnya dengan ini akan berakhirlah fitnah dan kata-kata serong seperti ustaz sesat dan pernah berzina.
sumber asal : http://naimulfirdaus.blogspot.com

- # Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
- # Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
- # Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
- # Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
- # Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
gambar ustaz azhar idrus sumberSumber: UstazAzhar.Net