Segmen : Aku Nak Jadi Blogger Yang Paling Famous Di Dunia
Alhamdulillah...kaum muslimin dan muslimat di Malaysia akan mula berpuasa pada hari sabtu ini,Selamat Menyambut dan menjalani ibadah puasa waalid ucapkan. Semoga ramadhan yang dihadapai kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya..insyaAllah..
Untuk kali ini,waalid terjumpa satu segmen yang menarik untuk disertai oleh para blogger sebagai memberi sokongan kepada sahabat blogger kita iaitu Cik Fie yang telah mengadakan segmen gempak ini..hehe..
Banyak hadiah yang ditawarkan,namun waalid join ini seperti sebelum-sebelum ini juga..hanya berkeinginan untuk mendapatkan kawan..lagi ramai,lagi seronok..huhu..
Bagi sahabat-sahabat yang berminat,bolehlah klik banner cun di atas untuk ke blog Cik Fie dan baca syarat-syarat yang ditetapkan.
Untuk Segmen ini,Waalid target follower seramai 10000(pergh..ramai betul..yang ni tambah dengan tamak skali ni..huhu)Yelah..kate nak jadi blogger paling femes,mestilah ramai peminat kan?haha..gurau je..bagi waalid...seramai mana follower tak kisah,yang penting kita ada rangkaian yang setia..kan3?sekarang ni waalid ada member-member yang sporting dan slalu komen dalam blog waalid..walaupun xramai..waalid seronok!..^_^
Wallahua'lam.
Cakna Isu : Jangan Cabuli Hak Mahasiswa – BKPJM
KAHERAH, 17 Julai 2012 — PMRAM telah menerima dua aduan berkaitan hak mahasiswa melalui Borang Aduan Hak Mahasiswa berkaitan isu campak borang dan arahan mengosongkan pejabat rasmi BKPJM kelmarin.
Berkenaan isu pencabulan hak mahasiswa
yang berlaku kepada saudara Muhammad Yassarudin bin Shamsul dan Badan
Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM) ini ,pihak Persekutuan Melayu
Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil
oleh pihak pengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar
dan mencabuli hak mahasiswa.
Borang Aduan Hak Mahasiswa telah
diserahkan oleh saudara Muhammad Yazid bin Hanzir selaku YDP BKPJM
2011/2012 dan saudara Muhammad Yassarudin bin Samsul di pejabat PMRAM
pada jam 8 malam melalui Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah Bin
Fauzi, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.
Berkaitan Isu campak borang, saudara
Yassaruddin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan borang
permohonan menghuni Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 1 Julai 2012.
Pada 3 Julai 2012, saudara Yassaruddin
bersama YDP dan salah seorang penasihat BKPJM saudara Miftahul Ulum
telah bertemu dengan pengurus Asrama Pelajar Johor Mesir, Tuan Hj Maulan
Asmoni bagi mendapat penjelasan berkenaan isu tersebut. Namun malang
tak diduga apabila mereka dihalau dari pejabat Pegawai Pengurus Asrama
Rumah Johor.
Pada hari yang sama, pihak pengurusan
rumah Johor telah mengeluarkan surat arahan supaya Badan Kebajikan
Pelajar Johor Mesir (BKPJM) mengosongkan Pejabat Rasmi BKPJM dengan
alasan penambahan staf HEP.
Badan kebajikan pelajar Johor Mesir
(BKPJM) diberi tempoh sehingga 15 julai 2012 untuk mengosongkan pejabat
tersebut. Pihak BKPJM telah menjawab balas surat tersebut dengan
bertegas bahawa mereka tidak akan keluar daripada pejabat tersebut. Dan
pada 12 Julai 2012, sekali lagi BKPJM menerima surat daripada pihak
pengurusan asrama yang bertarikh 10 julai 2012 mengatakan bahawa arahan
tersebut adalah muktamad.
Moga Allah Beri Kesihatan Pada Emak
Semoga emak waalid cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..aamin
Subuh tadi emak rebah ketika menunaikan solat subuh.harap-harapnya tiada apa yang teruk..aamin..
Mengharapkan jasa baik sahabat-sahabat untuk turut sama mendoakan agar Allah memberikan kesihatan kepada emak.
وندعو بدعاء الحبيب محمد صلى الله عليه وسلم" اللهم رب الناس اذهب البأس اشف أنت الشافى لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما"..اللهم آمين



