Korea VS Quran


Pagi ini waalid terbaca satu post yang amat menjentik ulu hati, sangat terkesan dengan nasihat dan peringatan yang diberikan. Tidak dinafikan, semenjak akhir-akhir ini, industri hiburan dari Korea amat menarik minat muda-mudi tidak terkecuali dari negara kita.


Sekiranya kita menonton drama ataupun movie daripada negara-negara luar seperti movie Inggeris,Jepun,Korea dan sebagainya,sudah tentu kita memerlukan 'subtitle' atau sari kata bagi memuaskan diri kita dalam menghayati sesebuah drama atau cerita.

Namun, bagi kita yang bergelar ISLAM, apakah kita aplikasikan konsep ini dalam kehidupan kita yang bergelar MUSLIM ketika kita membaca dan menghayati Al-Quran. Ramai di kalangan kita yang membaca nya namun berapa ramaikan yang berusaha memahami dan membuka tafsir sebagai menghayati makna-makna yang diungkapkan dalam Al-Quran?

Jadi, untuk persediaan menghadapi Ramadhan kali ini,sama-samalah kita perbanyakkan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran agar kita tidak termasuk dalam orang-orang yang rugi. Semoga kita dirahmati olehNya..In Syaa Allah.

Buli Versi Cikgu


Bulan Rejab sudah menjengah,bulan Ramadhan semakin menghampiri,mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita semua agar sempat untuk menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan yang in syaa Allah diterima oleh Allah Taala. Tepuk dada tanya diri masing-masing sudah bersediakah kita untuk menempuh universiti Ramadhan nanti...

Baiklah, untuk entri kali ini,saya ingin menceritakan tentang salah seorang kawan saya,kawan saya ini seorang cikgu, boleh di katakan dia merupakan salah seorang guru yang paling muda di sekolahnya. Kawan saya ini sangat baik dan ramah orangnya.



Oleh kerana tersangat baik dan bagus pergaulannya, dia sering di buli oleh rakan-rakan sejawatnya. Yang paling saya sedih melihat keadaannya ialah apabila dia sering disuruh untuk menyiapkan tugasan(assignment) rakan-rakannya yang sedang menyambung pelajaran.

Saya sangat berempati dengan apa yang berlaku pada kawan saya itu,namun saya tidak tahu bagaimana hendak membantunya..saya berhajat kalau-kalau saya boleh memberinya tips/petua/cara untuk mengelak bila dia disuruh untuk menyiapkan tugasan rakannya...

Namun saya tiada idea dan cadangan untuk dikemukakan. oleh itu,saya berharap ada di kalangan sahabat-sahabat yang membaca entri ini untuk memberikan sedikit cadangan buat saya. Kalau ada cadangan yang baik dan bernas,bolehlah saya membantu kawan saya itu nanti..


Iman dan Taqwa





Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

Setiap perbuatan perlulah difikirkan
Dengan timbangan iman neraca amalan
Mencari sinar redha Allah yang menentukan
Untuk bekalan kita untuk bertemu tuhan

Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

Rasulullah itu penunjuk jalan kebahagiaan
Jalan menuju kemenangan bagi setiap insan
Jangan sampai  terleka dengan puraan dunia
Kelak menyesal nanti sudah tiada guna

Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -