Bila Ustaz Dapat Mikrofon..(^_^)

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran...

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan kehidupan dan menjalani tanggungjawab berpuasa ke atas kita semua yang bergelar Muslim.



Dua hari yang lalu, tanggal isnin 20 Jun 2016, sekolah waalid telah mengadakan majlis pelancaran bulan panitia bahasa arab dan juga ceramah nuzul al-Quran. Hamba yang dhaif ini telah diberi amanah untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Seperti biasa, bila dapat sesuatu tugasan terutamanya untuk memberikan ceramah/tazkirah, perasaan yang tidak boleh dihalang ialah GUGUP. Sebagai persediaan untuk memberikan ceramah, waalid cubalah membaca sedikit sebanyak input dari pelbagai sumber.

Setelah selesai majlis pelancaran, maka sampailah masa untuk waalid memberikan ceramah. Masa
diperuntukkan hanya 15 minit. Berceramahlah waalid...dengan perasaan tak tahu apa yang nak diceramahkan..haha...kebetulan pulak hari itu cuaca tersangatlah baik, point2 yang nk diceramahkan pun banyak lagi tak disebut, jadi waalid terus lajakkan masa sampai setengah jam lebih, tgok dalam gambar kat sebelah tu, PK 1 asyik duk jeling jaa...haha... itulah, bila tak mula, rasa macam tak tahu apa nak cakap, tapi, bila dah start ceramah, masa yang diperuntukkan tu rasa tersangatlah tidak cukup...bila ustaz dapat mikrofon...hehe..

Selesailah majlis pelancaran dan ceramah nuzul quran..waalid tampal sedikit gambar2 pada hari tersebut di bawah...layan.....(^_^)

persembahan murid pra sekolah







sebahagian besar guru GPI/GBA SK Taman Selasih

MaghfirahMu

Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran : 133,  

" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan drp tuhanmu dan disediakan Syurga yang seluas langit dan bumi untuk orang² yang bertaqwa"

Ayuh sama² kita mengejar keampunan dan syurga Allah di kesempatan Ramadhan yang masih berbaki ini.

Sama² manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik²nya..


#cubaan kembali menjadi blogger setelah berehat sekian lama..harap kawan2 semua sentiasa sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.


Tokey Kedai Kasut Yang Sombong

Assalamualaikum semua,

Entry kali ini waalid nak kongsi satu cerita yang berlaku semalam dekat bandar Kuala Terengganu. Waalid cuba menolong kakak waalid yang sarat mengandung untuk mencari sepasang kasut. kasut yang sesuai untuk seorang ibu mengandung,tapak yang hanya tinggi 1 inci .

Pusat Kasut DIAMOND(baca BENGONG) Sogo

Nak dijadikan cerita, berlegar-legarlah waalid dan isteri serta anak-anak sambil berjalan2 untuk mencari sepasang kasut itu, Lepas satu kedai ke kedai yang lain kami mencari. Sampai ke satu kedai kami nampak ada pattern yang sesuai dan saiz yang padan dengan kakak, waalid cuba la snap gambar untuk dihantar ke kakak sblm beli,manalah tahu kalau dia tak berkenan..

Tiba-tiba tauke dia datang dan marah jangan ambik gambar,pastu waalid cakaplah yang nak beli kasut tak dapat datang sebab uzur mengandung. Dia tetap xnak bagi kerjasama...dia cakap kalau nak beli beli sahajalah,tidak boleh ambil gambar..dia cakap lagi itu law kedai dia,erkk...pernah ada ka undang-undang macam ini?

Kalau nak cakap ambil gambar untuk tiru design ke ape ke, dah tu kalau waalid beli kemudian snap gambar untuk disebar tak ke sama tu...ce fikir..ce fikir..(dok dang nok mikir waalid..haha), last-last, walaupuan ada yang berkenan, waalid angkat punggung dan terus blah dengan sekarung bebelan tak puas hati...haha

Apa pun, kawan2 yang ada di Terengganu, jom boikot kedai dalam gambar di atas tu, tauke tak mesra alam, tidak pandai layan pelanggan, dia layan vvvvvvvvvvvip je kotttt...huhu

p/s: rupenye dah ramai yang kena kat situ bila waalid post kat group anak Terengganu...huhu...

Permata : Tirai 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan2 semua?diharap semuanya sihat sokmo hendakNya. Sudah agak lama sesawang ini dibiarkan usang tanpa coretan, ternyata hari demi hari sentiasa dikejar dek waktu yang semakin lama dirasakan semakin singkat..


Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya,2015 menjelma dengan pelbagai tragedi dan juga bencana yang bertimpa-timpa. Semuanya adalah ujian Allah Taala kepada kita. Yang ditimpa bencana Allah telah menguji mereka dengan kesabaran di atas bencana yang berlaku,manakala yang tidak ditimpa bencana pula diuji oleh Allah dengan bagaimanakah sikap mereka apabila melihat saudara-saudara seislam mereka yang dalam kesusahan.

Mudah-mudahan ujian Allah ini akan meningkatkan persaudaraan kita dan juga meningkatkan iman serta taqwa kita kepada Allah Azza Wajalla. Sama-samalah moga2 Allah sentiasa melebarkan belas kasihanNya kepada kita semua.aamin

Sekadar ini dulu buat waalid mengambil semangat untuk kembali aktif dalam dunia blog ini..huhu..nanti kalau ada masa nak melawat rakan2 yang sudah lama tidak dijenguk..agak2 mereka juga pun bersawang macam blog waalid???..kiki..gurau je..sekian..wallahua'lam

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -