Duhai Bloggers…Bagaimana untuk mengubah kalau anda tidak berubah

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullah…

Saya menyeru kepada kalian untuk berubah kepada yang lebih baik,merangkumi perkara berikut :

1)    Sila tinggalkan tabiat anda yang suka mempamerkan muka kalian yang cantik,comel,cute dsb yang 

pendek kata mengikut perasaan korang,kira dah habis cun melecun la tu..


Sebabnya :

•    Mendatangkan fitnah dan dosa kepada anda,dan juga mereka yang melihat

•    Supaya diri anda yang MAHAL tidak menjadi MURAH

•    Untuk menjauhkan diri anda daripada seksaan dan murka Allah

•    Untuk mengelakkan diri anda dari kebinasaan dan kejahatan orang yang dengki



2)    Seiringkan tulisan anda dengan nasihat dan peringatan kepada semua pembaca

Sebabnya :

•    Supaya menjadi pahala yang berterusan bila kalian dah meninggal dunia

•    Mengembangkan pahala kalian dengan tulisan kalian(ilmu yang bermanfaat)

•    Kerana kita tidak tahu bila saat kita dijemput Allah,mungkin 2minit akan datang,2jam akan datang…segalanya MUNGKIN



3)    Berubahlah sebelum nyawa anda direntap oleh Malaikat Izrael!!!



Berubahlah...berubahlah...berubahlah...





Insaflah...insaflah...insaflah..




Agak-agaknya,mungkin selepas ini saya perlu menegur secara direct(personal message) kepada individu yang saya rasakan agak keterlaluan dan jauh dari landasan sebenar…dan,harapan saya..bukan hanya saya yang berbuat demikian,saya merasakan,semua kita yang mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah’ wajib melakukan perkara yang sama…kerana ianya termasuk dalam perkara ‘amar ma’ruf nahi mungkar’

Saya juga berharap sesiapa yang mungkin ditegur selepas ini,berfikiran terbuka dan berlapang dada dengan teguran serta mampu berubah kepada yang lebih baik..insyaAllah..semua kita mampu lakukannya…apatah lagi mereka yang sudah ada populariti dalam dunia blogger ini..gunakan ia untuk menarik manusia kembali kepada landasan yang sebenar,Masya Allah…sangat besar ganjarannya..jelas..Sungguh!, saya dengki dengan pahala yang boleh dibuat oleh mereka yang ‘timbul’ dalam masyarakat ni..huhu

Atau….kalian ada cara lain???mungkin boleh adakan kem jati diri buat blogger?

Akhirnya,tidak tegur….salah,nak tegur terasa serba salah,tidak menegur ‘baham tanah’…apepun,acu cube try testlah…

Saya menantikan cadangan dan pendapat kalian…Wallahua’lam….

Jalan Sempit Tapi Ramai Yg 'Galak' Utk Memotong


Hem...apa yang terjadi(rujuk sini) di harap memberi peringatan dan pengajaran buat kita semua,jangan terlalu mementingkan diri sangat hingga membahayakan nyawa orang lain,susah ke nak beradab di jalan raya?atau masing2 nak tunjuk ego dan sombong masing2?

Tidak dinafikan bahawa telah taqdir Allah dan sampai ajalnya dia meninggalkan dunia ini,namun...asbabnya juga kita perlu ambil kira,macam yang ditulis oleh encik anonymous ni,memang benar apa yang diutarakannya.

"jalan sempit tapi ramai yg 'galak' utk memotong"

Pemandu2 jalanraya perlu berhati-hati bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini seperti ini terjadi...tidakkah kamu mendengar bahawa Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang bermaksud " dan janganlah kamu mencampakkan dirimu dalam kebinasaan".

Kancil yang dibawa oleh kakak saya.
Peristiwa dan insiden yang berlaku kepada arwah sahabat saya sebenarnya sebijik seperti kes yang berlaku kepada arwah kakak saya lebih kurang empat tahun yang lepas. Arwah kakak yang baru pulang dari sekolah dan menuju ke Nursery bagi mengambil 2 orang anaknya telah dilanggar dengan laju oleh sebuah kereta yang dipandu oleh budak bawah umur!!!

Inilah kesan dilanggar yang menyebabkan kematian kakak kandung saya.. Menyebabkan jantung arwah kakak pecah!angkara budak yang tidak layak untuk membawa kereta dan seorang samseng...dalam jalanraya yang tengah sesak dan sibuk,boleh dia memotong dengan kelajuan 120km/jam...

Sebenarnya dia sedang larikan diri dari samseng yang mengejarnya kerana melanggar motor salah seorang dari mat rempit..akhirnya,kakak jugak yang jadi mangsa...dukacitanya,budak yang melanggar itu,masih senang lenang dan bahagia disamping keluarganya..nak buat macam mana,kami orang biasa dan mereka orang berada,ramai kabel...dah 4tahun berlalu masih tiada apa-apa tindakan dikenakan..entahlah...(hai...sedih betul..murahnya nyawa orang kebanyakan ye....T_T)

Yang pergi tetap tidak akan kembali,yang hidup,perlu mengambil pengajaran dan aplikasikan dalam kehidupan mengenai apa yang telah terjadi...jagalah diri,adab serta peraturan yang telah ditetapkan agar bukan sahaja dapat menjaga diri dari binasa,bahkan mempu mencegah orang lain jadi teraniaya...

Wallahua'lam....

Seniorku Maut Dilanggar Kereta...T_T

MARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Km58.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rantau Abang, dekat sini, petang ini.

Mohd Madhan Mohamad, 33, dari Tepoh, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petaling, Tepoh sebelum terbabit dalam nahas ngeri itu.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang menunggang bersendirian tercampak 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Pemandu kereta yang berusia 20-an dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang, di sini. Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Bernama- Sinar Harian

----------------------------

Selepas berita kematian Murobbi pejuang,Tuan Guru Yahya Othman,kali ini pengkhabaran senior pula yang pergi buat selamanya..berderet2 kesedihan yang menimpa..semoga roh mereka dirahmati olehNYA dan ditempatkan bersama para solehin...

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan juga buat ummat Islam seluruhnya...

~Al-Fatihah~


Mohd Madhan Mohamad dalam kenangan...
 

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -