Iman dan Taqwa





Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

Setiap perbuatan perlulah difikirkan
Dengan timbangan iman neraca amalan
Mencari sinar redha Allah yang menentukan
Untuk bekalan kita untuk bertemu tuhan

Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

Rasulullah itu penunjuk jalan kebahagiaan
Jalan menuju kemenangan bagi setiap insan
Jangan sampai  terleka dengan puraan dunia
Kelak menyesal nanti sudah tiada guna

Wahai teman wahai rakan
Mari semua kita bersama
Meningkatkan iman dan taqwa
Yang lemah itu kita kuatkan
Yang kuat itu kita tingkatkan
Yang taqwa itu jadi hiasan

Terkuburkah???!

Sesawang blog yang sepi ini telah lama dibiarkan tanpa cetusan idea. kawan2 yang selalu diziarahi sudah kini entah kemana pergi. mungkinkah sudah tibanya blog usang ini dirobohkan selamanya?maafkan daku...

Sungguh kini masaku tidak lagi seperti dulu, rentak perjalanan kehidupan bekerjaya amat ketara bezanya dengan sebelumnya.maafkan daku..

Apakah resolusi yang harus daku laksanakan ketika ini?adakah membiarkan ia terus kelu tanpa bicara atau menggalakkan kembali jari jemari dalam penulisan maya ini?semuanya kuserahkan pada masa untuk menentukan.

wallahua'lam.

Semangat Yang....dot..dot..dot

Alhamdulillah,Syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan hidup di atas dunia yang fana ini. sudah hampir dua bulan berada di bumi Malaysia. seperti yang pernah waalid cakapkan sebelum ini,kehidupan di Tanah Air lebih sibuk dan bermacam2 agenda yang mesti dilaksanakan.

Blog pun dah bersawang..maafkan waalid ye sahabat-sahabat.Apapun,untuk perkembangan terkini,waalid akan berkhidmat di negeri Pahang Darul Makmur mulai tahun hadapan. Agak berat untuk meninggalkan tempat sendiri,al-maklumlah baru balik dari merantau..tup2 kene merantau lagi. walaubagaimanapun,"dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung". Semoga keberadaaan di perantauan nanti memberikan lebih pengalaman dan ilmu kepada diri waalid.

semoga kawan2 sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah Taala.insyaAllah..sekian untuk kali ini.

wassalam..^_^

Ohh..sikap orang kita...jadikan pengajaran

Kehidupan kita tidak lari dari kehidupan bermasyarakat, kerana makhluk yang bernama manusia ini adalah bersifat lemah dan saling memerlukan satu sama lain.

Dalam hidup bermasyarakat,banyak benda dan adab2 yang perlu dijaga agar keharmonian hidup bermasyarakat mekar dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Semalam waalid ada pergi ke sebuah rumah ni(nama dirahsiakan untuk kebaikan bersama), tujuannya untuk menghantar barang kiriman yang dikirimkan oleh ahli keluarganya di Mesir kpd salah seorang sahabatnya.

Waalid singgah ke rumah si fulan ni dengan memakai jubah dan berkopiah...setibanya di sana,waalid memberi salam. beberapa kali jugak waalid memberi salam,namun tidak berjawab. Waalid cuba mengembangkan telinga untuk mendengar kalau2 ada bunyi manusia dalam rumah tu..

Tetiba waalid terdengar satu perbualan(dengar hujung2 telinga)

si a : eh,dengar mcm orang bagi salam..sape tu?
si b : orang mintak sedekah
si a : royak(bgtau) xde orang

Waalid agak terkilan mendengar kalam2 itu menyebabkan perasaan bercampur baur,sedih dan geram dengan sikap yang ditunjukkan oleh isi rumah itu. Mungkin tidak semua orang bersikap begitu,namun,sebagai peringatan...janganlah kita cepat berburuk sangka dengan orang lain.

Apalah salahnya kalau benar waalid ingin pergi minta sedekah pun,bukankah itu membuka pintu rahmat Allah?jawablah salam..bagitau elok2 yang 'dia' tidak berkemampuan untuk bersedekah..bukannya melayan seburuk itu..

Apapun..waalid doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua serta mengislahkan diri kita kepada yang terlebih baik terutama yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan sesama manusia..

Wallahua'lam.

p/s: cerita ini bukan bertujuan memburukkan mana2 pihak..tapi hanya untuk dijadikan pedoman dan pengajaran bagi yang ingin berubah...wallahua'lam

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -