Posted by : Yu. Syamz Jul 15, 2011

Firdaus Mazlan@Alang
Mendengar perkhabaran seorang sahabat di'mafsul'kan (dibuang) pelajarannya menyebabkan darah menyelirat dalam badan.

Ya Allah,besar sungguh dugaanMU pada dia. asbabnya hanyalah kerana memimpin pelajar bagi menyuarakan pendapat dan suara rakyat Malaysia di Mesir. Khususnya yang membabitkan tandantangan dan bukannya perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai baru-baru ini.

Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Mazlan atau lebih senang dengan gelaran Alang, telah mendapat khabar berita dari syeikhnya(guru) bahawa pihak darul ifta'(kursus mufti) telah menerima surat dari KERAJAAN MALAYSIA bagi membuang beliau daripada kursus mufti yang sudah diikuti semenjak 3 tahun yang lalu.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut haflah(grad) dari kursus tersebut,hari ini beliau menerima perkhabaran yang amat berat untuk diterima. Rata-rata sahabat-sahabat di sini menumpang kesedihan atas kezaliman dan kekejaman yang berlaku.

Hanya kerana BERSIH, beliau diberhentikan pengajian...dimanakah hak kami untuk menyuarakan pendapat? saya yakin,ini adalah permulaan bagi tindakan yang dikenakan kepada pelajar2 di sini, di sana banyak lagi ugutan-ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak berkenaan penglibatan kami,warga Malaysia di Mesir ni dengan BERSIH.

Nampaknya ini satu kejayaan buat BERSIH dan ianya satu 'signal' Kerajaan Malaysia amat takut akan suara syabab Malaysia di timur tengah khususnya Mesir ini, tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan dan pelbagai momokan diberi kepada kami sebagai langkah untuk menyekat kehadiran pelajar-pelajar baru ke mesir.

Moga Alang tabah dan ingatlah,anda tidak keseorangan dan beribu2 menanti untuk menuntut keadilan!

Takbir!

{ 19 Tembakan... read them below or Comment }

  1. apa nih?? krajaan mmg bertindak x berhati prot larh.... x masuk akal ... mmg sah krajaan dah jahanam skran nih

    ReplyDelete
  2. camane fakulti tu bleh ikut jer ape kerajaan Malaysia ckp... power btul kerajaan kita ni ye

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. Sedih saya baca perkhabaran ni.. Ni ke yang dinamakan demokrasi dan kebebasan bersuara seperti yang dilaung2kan oleh sesetengah pihak.. Semoga beliau dianugerahkan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi semua ni dan semoga Tuhan menemukan penyelesaian yang terbaik untuknya.. Amin..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. buat anonymous:

    tidak tahulah apa yang diadukan kepada ketua mufti,dan kalau nak kenal ketua mufti itu ialah,Al-Fadhilatussyeikh Al-Ustaz Doktor Ali Juma'ah...dah menggunakan surat rasmi dari pihak yang ada kuasa,tidak dapat tidak,phak kursus perlu bertindak...apapun,wallahua'lam..masih menunggu tindakah dari ust alang yang seterusnya..sama-samalah doakan agar segalanya baik2...dan harap pihak tersebut menarik balik tuduhan kpd ust alang...

    ReplyDelete
  5. nazira :
    em..moga2 begitulah hendaknya..berat mata melihat..berat lagi bahu memikul..yang sy sedih,ada yang kata ust alang penderhaka kpd negara...atas sebab apa tuduhan sedemikian dilemparkan?sedangkan kami hanya ingin menuntut keadilan...ya Allah..Kau tunjukkanlah kami kebenaran..amin

    ReplyDelete
  6. ana x dengar/terbaca lagi kenyataan peribadi dari ust alang, adakah ini sohih atau tidak.... ana risau bila berita ni bertukar-tukar tangan dia dah jadi benda lain...

    jadikan tabayyun budaya kita, fitnah akan merosakkan diri kita sendiri dan masyarakat kita... walaupun seteruk mana pun para aparat pemerintah kita.....


    afwan ust. yg menulis blog ini, perjuangan kita adalah perjuangan islami, maka kita mesti jaga keasliannya

    ReplyDelete
  7. still, bkn ke mmg dh sedia maklum tak dibenarkan pelajar terlibat dgn apa? Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tammat

    ReplyDelete
  8. macam pelik je...apa kuasa kedutaan atau kerajaan malaysia sampai nak masuk campur dalam urusan al-azhar? boleh bagi pencerahan.

    Kalau boleh elok ustaz alang sendiri yang buat kenyataan rasmi. takut jadi telefon rosak je.

    ReplyDelete
  9. buat pelajar mesir,terima kasih atas teguran.
    buat pengetahuan,ana dapat berita ini dari kawan sekelas ust alang yang bersama dengan alang sewaktu penyingkiran tersebut.

    kawan alang yang ana maksudkan ialah ust rafzan. dan semuanya diceritakan oleh alang pd ust rafzan pd selepas imtihan pd petang semalam.

    ana tahu risiko kalau ana buat2 cerita pasal hal ini.ana sudah tabayun dan kalau tidak puas hati jugak,bleh rujuk laman fb alang.

    https://www.facebook.com/profile.php?id=100000992683191

    yelah,kalau tidak betul,xkan benda ini heboh kpd hampir semua kenalan fb ana sebelum ana kluarkan berita ini.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. sebagai student,dah termaktub dalam akta,xboleh sertai apa2 unsur berkaitan politik..ini org tarak baca ka??aiyooo...jangan bikin malu lorh...u student,bikin ini kerja,belajar guna wang kerajaan,lagi mau lawan ka?aiya..tarak kenang budi punya org..lagi mau kesian meh??

    ReplyDelete
  11. orang yang jahil,kalau senyap kita tidak tahu kejahilannya,tapi kalau bercakap,terserlahla kejahilannya...

    buat anonymous July 15, 2011 6:23 AM :

    sila lihat tuntutan BERSIH yang ada pd atas/kiri blog ini,dan baca asal -usul BERSIH,adakah ianya berpolitik?

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  12. 1. Pelajar luar negara tidak terikat dengan akta AUKU. Pelajar bebas melakukan aktiviti selagi tidak mengancam keselamatan negara dan bertentangan dengan hak asasi manusia dan demokrasi.

    2. Perhimpunan BERSIH 2.0 di luar negara tidak terhad kepada Mesir sahaja malah banyak lagi di bandar - bandar utama di Eropah, Australia dan Amerika. Mengapa tindakan hanya diambil kepada pelajar di Mesir?

    3. JIKA beliau (ust alang) ada terikat perjanjian biasiswa atau bantuan pelajaran dengan mana - mana pihak, adalah difahami bahawa perlakuan beliau MUNGKIN menyalahi tatatertib perjanjian. Jadi kalau tindakan membuang beliau di atas kapasiti seorang pelajar kolej yang tidak terikat dengan mana - mana penaja, sudah semestinya motif beliau dibuang kerana beliau rakyat Malaysia.

    4. Sedangkan hak seorang rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman telah dijamin oleh perlembagaan negara.

    5. Kalau beliau dibuang kerana seorang PELAJAR dan menyertai perhimpunan BERSIH, mengapa tindakan hanya diambil kepada beliau? Jikalau tindakan hanya diambil kepada penganjur perhimpunan, mengapa tiada tidakan kepada penganjur perhimpunan di negara - negara lain? Atau tindakan diambil hanya kerana beliau berbangsa Melayu? Siapa yang bela siapa sekarang ni? Siapa yang buli siapa sekarang ni?


    6. Mengehadkan perkara yang perlu diambil tahu oleh seorang MAHASISWA kepada pelajaran semata - mata adalah satu penghinaan dan kesan yang jelas tentang sistem pendidikan Malaysia secara umumnya. Pelajar hanya diajar mengikut apa yang telah diberi, 'output-oriented', tidak berfikir di luar kotak, tidak dapat menilai isu - isu semasa dengan adil dan tidak diajar memanifestasikan pemikiran kepada perbuatan yang berpatutan dan tidak melanggar undang - undang negara dan syariat Islam.

    8. Sebagai pelapis negara, golongan muda patut diberi ruang dan peluang memberi pandangan secara adil dan saksama bagi mengelakkan monopoli dan salah guna kuasa mana - mana pihak.

    9. Pada umur 21 tahun, seseorang rakyat Malaysia dikira layak mengundi. Adakah logik jika pada umur 21 tahun pun tidak boleh berpihak pada mana - mana pihak? Solat itu wajib apabila sudah baligh. Umur 7 tahun, kena diajar solat. Umur 10 tahun jika tidak solat hendaklah dirotan. Sedangkan umur baligh bagi lelaki secara umumnya 15 tahun. Lihat bagaimana pendidikan yang sempurna. Mengundi adalah hak rakyat. Setiap undi adalah penting kerana menentukan masa depan negara. Soal siapa yang diundi bukanlah fokus perbincangan di sini. Soalnya, adakah hak untuk bebas memilih diberikan? Adakah menyokong supaya pilihanraya dijalankan dengan adil dan bebas itu menyalahi norma manusia dan hak - hak demokrasi?

    7. Sejarah telah membuktikan bahawa kuasa MAHASISWA dan GOLONGAN MUDA dalam mencorak liku - liku politik dan kuasa dunia tidak patut dipandang sebelah mata. Tidak semestinya apabila dinyatakan gerakan mahasiswa itu mesti menentang sahaja. Itu anti-establishment namanya seperti golongan punk dan skin head di Britain. Hakikatnya, menyokong kebenaran dan menentang kemungkaran serta kezaliman. Gerakan menentang pemerintahan zalim di Mesir pasca keruntuhan Khalifah Uthmaniah sekitar 1930-an dipelopori mahasiswa Kolej Perubatan Kasr El-Ainy. Kejatuhan diktator - diktator di Indonesia dan Filipina tidak lama dahulu digerakkan kuasa mahasiswa dan anak muda.

    10. Sekadar menyatakan pendapat berdasarkan pemikiran yang waras dan hujah yang nyata.

    ReplyDelete
  13. buat anonymous July 15, 2011 6:23 AM :
    lu bodoh ke ape? itu duit bukan kerajaan punyer, itu duit rakyat, kerajaan cume uruskan jer... kalau lu terencat akal, jangan bikin komen ma... bikin malu saja... lu sapa nak cakap mcm tu? bapak lu menteri ka? klu lu mau bikin komen, guna fakta la.... jgn kasi malu bapak lu punya muka ma....

    ReplyDelete
  14. rilek la. awal2 kerajaan dah ckp, jgn join if taknak kena buang. saya study di uniersiti kat malaysia pun dpt email dr universiti dilarang utk masuk campur aktiviti ini jika tidak akan dterminated from the universiti. takkan tak dpt apa2 dari scholarship punya department, all of my friend from mara and petronas said that they got the email i dont know about others scholar. if dah dapat tp still main dgn api nk buat mcm mana? bila terbakar nk salahkan sapa? api ke orang yg main dgn api? reasonable la guys. nak hamun2 kenapa

    ReplyDelete
  15. --> anonymous July 21, 2011 11:18 PM :
    kalau anda mungkin dapat notice,tapi disini tiada notis dikeluarkan dari universiti...hanya larangan berhimpun shj..

    kalau nak fikir rasionalnye..knp kita selaku mahasiswa tidak boleh bersuara menyatakan pendapat?sedangkan umur kita sudah tahap boleh mengundi?

    sepatutnya,kitalah yang sama-sama berfikir dan memberikan pendapat bagi membangunkan negara,bukannya disekat dan disuruh ikut telunjuk shj,kitakan mahasiswa,mesti ada prinsip dan fikrah kita.

    so,sepatutnya kerajaan lebih rasional dalam bab ni,nanti siapa yang akan pegang tampuk kepimpinan kalau bukan anak muda@mahasiswa ni..

    negara kita negara demokrasi dan tidak menjadi kesalahan bagi seseorg individu utk mengikut mana-mana parti atau pertubuhan.

    wallahua'lam..:)

    ReplyDelete
  16. Assalamu`alaikum Tuanku Yang Bijak Dan Berilmu.

    Saya MUS LIM dari Indonesia.

    Saya sedikit ingin bertanya tentang BERSIH 2.0 ini.
    Siapakah pencetus BERSIH 2.0 ini?

    Saya khawatir, jika aktifitas BERSIH 2.0 ini digelorakan oleh orang yang bukan Islam dan rakyat Malaysia yang Islam ikut dalam aktifitas ini, maka sama artinya masyarakat Islam Malaysia menghancurkan negerinya sendiri karena hasutan kafir.


    Mohon penjelasan dari Tuanku.
    Salam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh..

      Saudara muslim, Ahlan bika di blog permata ini.

      berkait persoalan yang saudara bertanya tentang BERSIH 2.0...

      1)pencetus BERSIH 2.0

      BERSIH adalah bermula apabila rakyat Malaysia melihat banyak kebobrokan dan penyelewengan yang berlaku dalam sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. bila rakyat mula bangkit untuk menghalang kebobrokan semakin parah..terbitnya satu pertubuhan yang dianggotai Non Goverment Organization(NGO) kemudian yang mengetuai BERSIH ini telah dilantik Datuk Ambiga(india).

      2) Rasanya saudara tidak perlu khuatir bahawa masyarakat Islam Malaysia ingin menghancurkan negerinya sendiri...Masyarakat Islam Malaysia tidak terlalu bodoh untuk mengikut secara membuta tuli orang bukan Islam. Kami melihat kepada objektif yang dibawa oleh pertubuhan ini(BERSIH) adalah untuk menyelamatkan Malaysia.bukan untuk menjahannamkan Malaysia.itu saudara perlu faham..=). Yang manakah lebih baik,terus menerus melihat kebobrokan melanda dan menhancurkan negara Malaysia @ Membantu dan menyokong BERSIH untuk menyedarkan kepada Kerajaan Malaysia skrg bahawa rakyat tidak buta dengan penyelewengan yang berlaku dan rakyat mahukan kerajaan berubah?

      3) Adapun mengikut aktiviti yang diketuai oleh orang bukan Islam tidaklah menjejaskan akidah kita.Isu BERSIH bukan berkait soal akidah..bahkan ia dalam perkara membanteras kezaliman.
      Sebagai contoh mudah :

      - Dalam sebuah kampung,terdapat kes kecurian(maling) yang disedari oleh orang india@cina(bukan Islam),kemudian mereka menjadi ketua dan mengajak kita(orang Islam) untuk sama-sama kejar pencuri itu..adakah kita akan kata "kamu bukan Islam,kami tidak boleh ikut kamu..nanti hancur kampung kita"?
      bila kita bersikap begitu,bersenang-lenanglah si maling dan malanglah bagi masyarakat kampung itu..

      semoga dapat memberi sedikit penerangan kepada saudara Muslim..

      oh ya,satu lagi..untuk pengetahuan saudara,BERSIH ini bukanlah tujuannya untuk mengguling kerajaan Malaysia seperti yang berlaku di negara Mesir,Tunisia dsb..bahkan hanya ingin menunjukkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa kami rakyat inginkan kerajaan berubah secara lebih adil dan saksama..

      sekian..wallahua'lam

      Delete
    2. Terimakasih atas jawaban Tuan.

      Tetapi sepengetahuan Saya, bahwa Allah hanya ridha apabila hanya orang-orang yang berimalah yang ditunjung sebagai pemimpin, wali ataupun sekutu dalam menyuarakan kebenaran.

      Sebagaimana Allah berfirman:


      يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ

      “Hai orang2 yg beriman janganlah kamu ambil orang2 yg di luar kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu. mereka tdk henti-henti kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yg menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yg disembunyikan oleh hati mereka lbh besar lagi.”

      Harus ditelaah dengan lebih teliti lagi; bahwa apa yang menyebabkan Ambiga begitu berani menjalankan aksinya dan kebal terhadap ancaman kerajaan: itu disebabkan karena kafir disekitarnya baik dalam maupun luar negeri memberi sokongan terhadapnya agar menghasut dan mengajak ummat membenci umara. Dan saya yakin sekali masih banyak niat terselubung didalam sanubari kafir untuk merusak keharmonisan ummat Islam dalam sabubari mereka.

      Malaysia adalah salahsatu negeri mayoritas Islam dengan penduduk termakmur didunia. Indonesia telahpun hancur karena manusia kafir dan munafik yang dianggap pintar dan cinta kebenaran menggulingkan pemerintahan. Dan sasaran selanjutnya adalah Malaysia; jika Malaysia pun hancur, maka negeri jiranlah menjadi penguasa diberbagai bidang di Asia Tenggara ini; baik pada bidang ekonomi, sosial, politik dan lainnya.

      Semoga diskusi ini dapat Kita lanjutkan :)

      Delete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -