KESAN-KESAN DOSA DAN MAKSIAT!
Maksiat punca kepada segala bala bencana :
Maksiat adalah punca kepada segala bentuk musibah yang berlaku dikalangan individu mahupun dalam masyarakat.
- Apakah punca yang mengeluarkan Nabi Adam a.s dari Syurga?
- Apakah yang menyebabkan berpalingnya iblis dari rahmat Allah?
- Apakah yang menjadikan kaum Nabi Nuh,KaumThamud,Kaum ‘Aad,Qarun,dan kaum Lut ditimpakan bencana oleh Allah?
Sesungguhnya semuanya adalah disebabkan akan maksiat yang dilakukan kepada Allah S.W.T.
Saudaraku….
- Bangkitlah dari kealpaan,ayuhlah kita tinggalkan maksiat sebelum datangnya hari yang mana tidak berguna lagi penyesalan dan taubat
- Wajib untuk kita merasai akan kebejatan maksiat yang merundum dalam ummah
- Janganlah kita memandang remeh akan segala maksiat hatta sekecil-kecil maksiat
Sabda Nabi S.A.W ;
" إياكم ومحقرات الذنوب ؛ فإنهن يجتمعن على الرجل حتى يهلكنه"
- Sekiranya setiap individu meninggalkan maksiat maka tidaklah kita merasa gelisah, sedih dan tidak akan ditimpa bencana
- Sesungguhnya kehinaan dosa tidaklah terpundak atas seseorang individu sahaja,bahkan melibatkan setiap orang sehingga akan datangnya bencana dari Allah.
Kesan-kesan maksiat :
Renungkanlah sebaik-baiknya kesan-kesan maksiat sehingga kamu merasai akan mara bahayanya dan cegah serta basmilah maksiat dari hati-hati kamu. Antara kesan buruk maksiat ialah :
• Kemurkaan Allah S.W.T.
• Kebencian orang-orang mukmin
• Disempitkan rezeki
• Dikurangkan ilmu
• Perasaan yang buruk antara hamba dan Allah S.W.T. dan antara hamba dengan manusia
• Hitamnya wajah,gelapnya hati dan badan menjadi lemah
• Terhalangnya ketaatan dan berterusan dalam kemaksiatan
• Dipandang rendah,keji dan hina disisi Allah
- Saudaraku! Demi Allah,sekiranya pembuat dosa memakai pakaian terbaik,tinggal di tempat yang tersergam indah,dan menaiki kenderaan yang mewah, jika hidupnya bergelumang dosa tidaklah dosa itu terpisah daripadanya. Dosa tersebut tidak dapat disembunyikan dengan sifat luarannya ,senyuman dan gelak tawanya dan apabila ia pulang ke rumahnya ,sesungguhnya kehinaan serta kegelisahan dosa akan memenuhi hatinya.
• Menghasilkan kerosakan di muka bumi
- Saudaraku! Dosa adalah seperti luka, tidaklah luka dosa seperti luka dalam pembunuhan , akan tetapi, luka kita sedang parah dan perlu kita ubati seberapa segera dengan bertaubat sebelum ia merebak dan membawa kerosakan.
- Saudaraku! Kita selalu melihat kejadian di mana manusia merungut :kenapa Allah jadikan kita begini?!
Sesungguhnya kita lupa bahawa kita telah menzalimi diri kita sendiri.Ingatlah akan dosa-dosa yang kita lakukan terhadap Allah dan bukan selalu menyalahkan Allah.
• Pengakhiran yang tercela
- Antara kesan maksiat yang paling dahsyat ialah kelunya lidah ketikamana kita sangat-sangat memerlukannya iaitulah ketikamana kita tidak mampu untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum memejamkan mata,nauzubillah
Kesimpulan :
Hindarilah dari melakukan dosa dan maksiat samada secara terangan atau tersembunyi
Ingatlah akan balasan Allah apabila ingin melakukan maksiat ketika bersendirian
Tidakkah kita takut dan bimbang dengan kesan-kesan maksiat yang disebutkan?
Kita sentiasa melakukan maksiat dan menganggap bahawa kita telah melakukan kebaikan kepada-Nya dan tidak bertaubat kerana menyangka bahawa Allah mengampunkan dosa yang dilakukan akan tetapi sangkaan kita itu adalah sangkaan buruk dan Allah tidak meredhai sekali-kali kejahatan dan kemungkaran dari hamba-hambaNya,sabda Rasulullah S.A.W ;
" إن الله يغار وغيرة الله أن يأتي المؤمن ما حرم الله "
Saudara-saudaraku sekalian!
Tahukah kalian bahawa bala adalah sebahagian dari rahmat Allah S.W.T. kepada kita?! Sesungguhnya jikalaulah Allah memurkai ummat manusia,maka Allah akan beri balasan di dunia sebagaimana umat-umat sebelum kita
Tetapi Allah taala memberi ingatan dan amaran supaya kembali ke jalan yang lurus,firman Allah taala yang bermaksud;
“Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Sesungguhnya umat manusia tidak akan terhenti langkahnya dan begitu juga kita tidak dapat lari dari melakukan maksiat dan dosa dan bukanlah kita maksum dari segala dosa, akan tetapi sekiranya kita melakukan kemaksiatan, maka bersegeralah dalam bertaubat dan janganlah member ruang kepada kegelapan untuk memenuhi hati-hati kita
Sabda Nabi S.A.W;
" كل بني آدم خطأ , وخير الخطائين التوابون "
“setiap anak adam sentiasa melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat”
- Wallahua’lam…
Ringkasan dari Kutaib (اثار الذنوب والمعاصى) ;
Karangan :Syeikh Amru Khaleed rahimahullah
Ringkasan dan terjemahan oleh : Al-Faqir Walhaqir AbuAisya5035
Bob lokman : Melodi(hiburan) untuk ingat Allah
Bismillah wa subhanallah...
begitulah hidayah Allah..sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..siapa sangka yang bob ini kalau dahulunya merupakan seorang pelakon/pelawak dan yang giat dalam seni tanah air kini berada dalam arena perjuangan PAS..berceramah untuk menyedarkan orang ramai akan kefasadan(kerosakan) yang berlaku dan sedang memamah tanah air kita.
Semoga pejuang-pejuang Allah sentiasa thabat dalam memperjuangkan Islam di tanah air dan seluruh tanah ummat Islam.
Firman Allah yang bermaksud;"Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat."
Wahai Saudara/iku...bangkitlah dari lenamu dan mimpi ngerimu...ayuhlah tegakkan Islam dan tentanglah kemungkaran dan pemimpin yang tidak ingin melihat Islam itu dijulang...agar kita selamat dunia dan akhirat...
DEmO PemuDa Islam-Ayuh!
Nantikan dan Sama-sama sertai demonstrasi Bersih II pada 9 Julai 2011 nanti..
Bangkitlah Kamu Menentang Kemungkaran dan Menuntut Keadilan!!!
Tazkirah :"Pesanan ROH buat Anda"
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan
jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari ituaku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku"."Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, AbiQalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. " Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri.Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah inikerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T.maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misk(kasturi).
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya
oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.