KpOP tetap Haram sekalipun ditaja!

berita yang disiarkan oleh Malaysiakini(MK) yang berbunyi :

Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Drag race crash Shabery Cheek

Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta.

"Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.

Manfaat ekonomi pada semua
Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada kementerian, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.

Ketulenan surat itu bagaimanapun belum dapat disahkan pada masa ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery yakin penganjuran Hari Belia Negara 2012 itu membawa manfaat ekonomi kepada pelbagai pihak seperti peniaga, pempamer, pembekal kelengkapan logistik dan artis terlibat.
"Tahun lepas, kesan ekonominya lebih RM100 juta. Tahun ini dijangka lebih besar dari itu.

"Ertinya modal yang dikeluarkan akhirnya kembali kepada rakyat melalui kesan gandaan yang lebih besar lagi," katanya.

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu menarik perhatian sebahagian pengguna Internet di Malaysia kerana ia didakwa jauh lebih besar berbanding bayaran RM1.8 juta kepada ramai artis tempatan yang turut terlibat.

Soalnya,sekalipun kpop itu ditaja oleh orang kaya...hukum memanggil dan mempersembahkan kpop jugak haram. Kerana pertembungan dengan aturan syarak yang menjaga kesejahteraan hidup manusia dunia dan akhirat.

Anologinya mudah saja...mcm ni lah,kalau islam mengatakan DADAH itu haram...pastu si ayah beli dan sponsor dadah itu untuk anaknya?hah...amacam??!tidak ke bangang  namanya tu..

Apapun,kalau betul kita melakukan kesalahan,mengaku sajalah..daripada mencari jalan dan helah untuk menyelamatkan diri...ye..selamat di dunia...akhirat mana lepas bro...

Berkait penajaan yang besar itu...agak2 boleh perincikan tak sapa yang sponsor?,dll yang berkaitan agar tidak berlaku lidah bercabang...:)...banyaknya duit untuk panggil orang telanjang buat persembahan..kalau bagi kat mereka yang memerlukan kan bagus...huhu..bagi kat saya xpe...xde duit utk belajar ni...
wallahua'lam.

Diari Peribadi Tidak Lagi Rahsia...

Diari, suatu ketika dahulu,ianya menjadi satu coretan rahsia yang sangat2 dijaga rapi daripada tatapan umum. Dahulu,kalau seseorang mencuri baca diari,soheh...perang bilik akan berlaku...tidak bertegur sapa dan sebagainya..kerana marahkan orang membaca diari peribadinya..hem..itu dulu la...


SEKARANG??....

Em...nampaknya sekarang..tidak lagi macam dulu,manusia dah berubah..zaman dah berubah...minda masyarakat dah berubah.."eh!betul ke?kamu jangan buat fitnah...jangan memandai2"

yelah,bukan semua..sesetengah je..yang tidak termasuk tu janganlah terasa pulak..ape orang kate?siapa makan cili,dialah yang terasa pedasnya..kalau makan madu?dialah yang terasa manisnya..hehe..

"Kenapa kamu kata begitu?ade ke orang jual diari peribadi untuk orang lain baca??"

Haha..bukan itu maksud saya..maksudnya..diari peribadi yang tidak lagi peribadi pada ketika ini ialah coretan2 yang berkisar kehidupan kamu di coretkan di alam maya..tidak kiralah baik di dalam FB ke..Blog ke..Twitter ke..dll laman social...


"ah..lantaklah..itu hak aku..kau apesal nak sebok!!jaga tepi kain kau sudahlah...kubur masing-masing...lagi plak,ade aku susahkan kau?!"

Ye,betul..kubur masing2 kan..apa pulak perlu sibuk2 nasihat orang..perbetulkan diri sendiri sudahlah..diri sendiri tidak betul..nak nasihatkan orang pulak..ops,mungkin kamu tidak tahu bahawa kalau betul kamu xnak susahkan orang..cuba nanti,kamu mati..kamu uruskan jenazah kamu sendiri?hah..boleh ke?..boleh ke??tryla buat..haha..

kawan,hidup ini perlu kepada bantu-membantu,nasihat-menasihati,tegur-menegur,sapa-menyapa..jangan sepak-menyepak,tendang-menendang(tendang bola xpe..hi3)..oleh itu,sebagai orang Islam,kita perlu dan wajib menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar. Sebab itulah kita perlu saling nasihat menasihati agar kita semua boleh masuk SYURGA Allah..kamu nak Syurga kan?..kan?..kan?

oklah,berbalik kepada diari peribadi tadi..seboleh2nya janganlah kita terlalu mengupdate status,coretan blog yang sangat peribadi..orang kata,hinggakan boleh nampak yang 'dalam kain'...Astaghfirullah!..

Apa faedahnya?seronok menceritakan supaya orang lain boleh puji?boleh komen beratus2?tapi mungkin kamu terlupa..semua itu akan dihisab/dihitung di hadapan Allah akhirat kelak. Kalau boleh,updatelah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain,juga memberi manfaat(pahala) kepada diri sendiri.

cukuplah celoteh sekadar ini..asalnya nak tulis sikit je..tapi 'ter'panjang pulak dah..huhu..kalau membebel no 1..huh!mengalahkan mak nenek!(tangan atas bahu,mata ke atas-haha..ayat femes skrg..ntah aku pun xfaham ayat ni)

Semoga dapat memberi keinsafan dan kesedaran buat semua..termasuk diri ini yang terkadang ada silapnya..ingatlah,orang yang silap tidak semestinya dia yang terhina,bahkan boleh jadi yang terbaik,Hah?yelah..kerana taubat nasuha dapat menjadikan kita seperti baby yang baru lahir..:)

wallahua'lam...

Pesanan boboi boy : Terbaekkkk...haha

~ Bidadari ~

Lirik lagu bidadari oleh Munif :

Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga

Duhai Isteriku..engkaulah bidadari dunia dan syurgaku~..^_^ 


 lagu untukmu....~

Akta Keterangan : Zalimnya....

Akta baru yang akan dikuatkuasakan serta merta bermulai esok sangat tidak menepati dengan kaedah menjatuhkan hukuman sekaligus menunjukkan ketidakadilan dan membuat kezaliman terhadap pengguna cyber khususnya blogger,facebooker,twitter dan sebagainya.

Akta yang berbunyi :

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut. 
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya. 
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya. 
 -AMANZ-
Dalam erti kata,pemilik akaun blog,facebook dll akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan laman2 yang mereka miliki sekalipun tukang komen yang bersalahan dengan akta dimiliki oleh orang lain. ALLAH!

Ops..malas nak komen panjang...nantikan ambe jadi orang pertama kne dakwa?huhu...

Wallahua'lam...




- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -