Archive for July 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Kesakitan yang dialami oleh kita selaku hamba-NYA merupakan kaffarah dosa daripadaNya. Untuk menyedarkan manusia dari kealpaan yang dilakukan. Begitu besar kasih sayangNya kepada Ummat Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam.[doakan kesihatan waalid,zaujah &aisya ye..sekeluarga demam ni..huhu]

Buat kali ini,waalid di tag oleh Ibu Amirul untuk join satu segmen yang dibuat oleh Izzah Ismail a.k.a rahasiabelogaku ,terima kasih buat ibu amirul..Bagi sesapa yang nak ikut join segmen ni,boleh klik dekat banner kat bawah dan follow lah syarat2 yang dikenakan ye...jom sama-sama support our bloggers!chayok3!

Klik Banner untuk Join Segmen!!!



Hemm..bilangan follower kesayangan waalid sekarang ialah : 423 Orang

Untuk tag...erk..ini yang malas ni..sape ye yang suka dia di tag?huhu..sebelum tag ni,waalid mintak maaflah kalau ada yang tidak suka waalid tag dia ye..okeh!

waalid nak tag :


  1. Sahabat blogger rapat waalid = NAL
  2. SallySamsaiman
  3. Anak Muhammad(fatihah)
okeh..dah siap tugasan..selamat berfollow memfolow semua..hehe..

p/s: harap2 bertambahlah follower waalid lps ni ye..:P

selamat beramal di bulan Ramadhan yang barakah ini..jangan lepaskan peluang yang jarang2 datang ini..semoga beroleh rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka..aamin

Usrah Medium Pertingkatkan Ilmu-Artis



 KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan di kalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan khususnya yang telah berhijrah.

Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.

Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 orang pada satu-satu masa.

“Antaranya yang bersama kami Enot, Irma Hashime dan lain-lain lagi,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadhan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mengendalikan program itu kesuntukan masa.

“Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat.

“Ustaz yang membimbing kami juga ada di antara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,” ujarnya.

Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon pernah diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.

Selain Yatt, blogger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu.

Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing.

“Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,” ujarnya.

Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.

Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu,  Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.

Sumber asal : HD

Tok Imam Racer


Alhamdulillah,sudah hampir tamat fasa ramadhan yang pertama,sejauh manakah amalan yang telah kita laksanakan?moga2 kita tidak mensia-siakan fasa pertama untuk mendapatkan rahmat Allah Taala.


Wah..nakal tajuk entry kan?haha..sebenarnya bukan nak cerita pasal imam laju time solat,tapi seorang imam ni.Beliau ditugaskan untuk menjadi imam tarawih di sebuah kampung yang agak jauh dari rumahnya. so,agak-agak apa yang korang rasa?hehe..sudah tentu selepas berbuka dan solat..memang tak sempat nak rehatlah..bersiap2 untuk bergegas ke tempat bertugas..


Maka dengan itu..lahirlah seorang 'tok imam racer'...malas nak cerita panjang..korang agak2lah sendiri..hahaha..


Nota Pejuang : imam di atas ialah si penulis blog..haha..ni racer halal ek..kui3..

Tutorial : Cara Manual Dapatkan Kod Follower


Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih lagi dapat hidup dan dapat menjalani tugas dan tanggungjawab selaku hamba Allah.

Waalid ni bukanlah terer bab2 tutorial ni,waalid belajar dari blog ini jugak,so..waalid buat entry ni hanyalah sebagai simpanan untuk rujukan waalid bagi masa-masa akan datang. Sesiapa yang nak buat,dipersilakan.tapi kalau tidak menjadi...kena rujuk yang terlebih pakar..

Untuk kod follower ini,sebelum ini mudah untuk dapatkan kod ini sebab boleh guna aplikasi yang disediakan oleh GOOGLE FRIEND CONNECT,tapi perkhidmatan tu dah ditamatkan pada mac lalu.

Jadi sesiapa yang ingin mengemaskan lagi blog dan untuk cantikkan gadjet follower dia,meh ikut tutorial ini utk dptkan kod tersebut.

Langkah 1

Bagi yang masih menggunakan old blogger interface,kalian perlu upgrade kepada new blogger interface.kalau nak tukar balik selepas buat tutorial ini,tiada masalah ok.

Langkah 2

kalau blog kalian masih belum mempunyai gadjet follower,boleh berbuat demikian dengan pergi kepada Layout ---> Add Gadjet ---> Pilih Follower

Langkah 3 

Bila dah add gadjet follower tadi,klik butang view blog. bila dah siap loading blog,tekan CTRL+U serentak. Nanti akan keluar page source samada di new tab atau new window.
Sekarang tekan CTRL+F untuk memudahkan carian. Sila Cari kod di bawah ini :

if (!window.google || !google.friendconnect)
Nanti kalian akan jumpa kod yang panjang seperti di bawah ini :
(AWAS : JANGAN COPY KOD DI BAWAH INI,INI WAALID PUNYA.SETIAP BLOG LAIN KODNYA)

<script type="text/javascript">
        if (!window.google || !google.friendconnect) {
          document.write('<script type="text/javascript"' +
              'src="http://www.google.com/friendconnect/script/friendconnect.js">' +
              '</scr' + 'ipt>');
        }
      </script>
<script type="text/javascript">
      if (!window.registeredBloggerCallbacks) {
        window.registeredBloggerCallbacks = true;

        

        
        gadgets.rpc.register('requestReload', function() {
          document.location.reload();
        });

        
        gadgets.rpc.register('requestSignOut', function(siteId) {
          
          google.friendconnect.container.openSocialSiteId = siteId;
          google.friendconnect.requestSignOut();
        });
      }
    </script>
<script type="text/javascript">
    
    function registerGetBlogUrls() {
      gadgets.rpc.register('getBlogUrls', function() {
        var holder = {};
        
          
          
          
            holder.postFeed = "http://www.blogger.com/feeds/7891618981729907983/posts/default";
          
          
          
            holder.commentFeed = "http://www.blogger.com/feeds/7891618981729907983/comments/default";
          
          holder.currentBlogUrl = "http://permataperjuangan.blogspot.com/";
          holder.currentBlogId = "7891618981729907983";
        
        return holder;
      });
    }
  </script>
<script type="text/javascript">
  if (!window.registeredCommonBloggerCallbacks) {
    window.registeredCommonBloggerCallbacks = true;

    gadgets.rpc.register('resize_iframe', function(height) {
      var el = document.getElementById(this['f']);
      if (el) {
        el.style.height = height + 'px';
      }
    });

    
    gadgets.rpc.register('set_pref', function() {});

    registerGetBlogUrls();
  }
  </script>
<div id="div-18ik3jp3o0ilw" style="width: 80%; "></div>
<script type="text/javascript">
    var skin = {};
    skin['FACE_SIZE'] = '32';
    skin['HEIGHT'] = "120";
    skin['TITLE'] = "Followers";
    skin['BORDER_COLOR'] = "transparent";
    skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = "transparent";
    skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = "#333333";
    skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = "#000000";
    skin['ALTERNATE_BG_COLOR'] = "transparent";
    
    skin['CONTENT_BG_COLOR'] = "transparent";
    skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = "#000000";
    skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = "#333333";
    skin['CONTENT_SECONDARY_LINK_COLOR'] = "#FFFFFF";
    skin['CONTENT_SECONDARY_TEXT_COLOR'] = "#000000";
    skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = "#000000";
    skin['FONT_FACE'] = "normal normal 100% Verdana, Arial, Sans-serif;";
    google.friendconnect.container.setParentUrl("/");
    google.friendconnect.container["renderMembersGadget"](
    {id: "div-18ik3jp3o0ilw",
     height: 260,
     
     
     
     site: "07139601593548924916",
     
     locale: 'en' },
     skin);
  </script>
Sila copy dari mula kod sehingga akhir seperti yang ditunjukkan di atas dan letakkan dalam notepad.

Kalian boleh  ejas kod berikut mengikut citarasa kalian :

skin['HEIGHT'] = "260";
skin['TITLE'] = "Followers";
skin['BORDER_COLOR'] = "transparent";
skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = "#333333";
skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = "#cc3300";
skin['ALTERNATE_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['CONTENT_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = "#cc3300";
skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = "#333333";
skin['CONTENT_SECONDARY_LINK_COLOR'] = "#cc3300";
skin['CONTENT_SECONDARY_TEXT_COLOR'] = "#777777";
skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = "#000000";
skin['FONT_FACE'] = "normal normal 14px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif";
Langkah 4

Setelah selesai,bolehlah copy kod dekat notepad tadi dan pergi dekat Layout --> Add a Gadjet  -->  HTML/JavaScript. jangan lupa untuk Klik Save.


Siap..blehlah letakkan kat mana yang kalian suka...kod tu boleh gabung2 untuk pemandangan yang lebih kemas dan menarik..selamat mencuba..

Doa Istighfar Pada Ramadhan




دعاء الاستغفار في رمضان
 Antara doa yang Ma'thur daripada Syeikh Sya'rawi Rahimahullah :

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت وأبوء لك بنعمتك علىَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Dipetik daripada : http://www.albawaba.com

Semoga bermanfaat dan mendapat keampunan serta limpah Rahmat Ilahi pada bulan yang penuh barokah ini..

Selamat Beramal..^_^

pssst : dah doakan saudara2 kita di Burma,Palestin,Syria dan lain-lain hari ni??kalau belum,jom tadah tangan jap..doakan kesejahteraan mereka dan untuk semua ummat islam amnya..
 

Ambillah Keberkatan Dalam Bersahur





Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam bersabda,

عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا فَإِنَّ 
 (فِي السَّحُورِ بَرَكَةً " رواه البخاري (1923) ومسلم -( 1095

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a berkata ,Nabi S.A.W bersabda:"Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu adanya keberkatan"-riwayat Bukhari & Muslim



Oleh itu,kita janganlah meninggalkan makan sahur sekalipun dengan sebiji tamar/kurma atau seteguk air..mudah-mudahan kita mendapat keberkatan yang disebut oleh baginda Shallallahu 3alaihi Wasallam..insyaAllah..


Ilmu tambahan :

سَحور - huruf sin baris atas = makanan yang dimakan ketika bersahur..

سُحور - huruf sin baris dhommah = perbuatan makan sahur..

Semoga bermanfaat...dan selamat beramal..^_^

Ahlan..ahlan...#400





Ahlan..ahlan...Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum...^_^ 


Terima Kasih buat follower2 sekalian..tanpa kalian siapalah waalid..

Asalnya nak buat review untuk follower yang ke #400 nie,tapi malangnya Cik Intan Yusof ni xde link blog?haa..adakah dia ni hidden reader?atau....hehe..jangan nak macam-macam..huhu

papepun..terima kasih buat yang sudi memfolowkan diri di blog waalid yang ceroi ni..semoga sedikit sebanyak perkongsian waalid bermanfaat buat diri waalid dan semua..insyaAllah

Teman...Kejarlah ia...





Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa..masih sihat dan hidup untuk melakukan ibadah kepada Allah,yelah..kalau tak hidup,tak baca entry ni kan?ngee~

Masih di awal Ramadhan...seharusnya di permulaan ini kita senantiasa muhasabah amalan-amalan kita untuk diperbaiki dengan lebih baik..kebanyakan kita muhasabah bila dah tamat Ramadhan..iya,tidak dinafikan juga muhasabah pada akhir perlu juga. Namun adakah kita akan terus hidup untuk sampai ke Ramadhan yang berikutnya?tiada siapa boleh jamin kan?


Oleh itu,sama-samalah kita pertingkatkan amalan dan ibadah-ibadah kita ketika masih di awalan Ramadhan ini supaya tidak berlaku seperti dialog di bawah :

Situasi Awal Ramadhan

Fulan A : Sahabat...tingkatkanlah amalan kita...
Fulan B : Alah,esok boleh lagi..ramadhan kan 30 hari...

Situasi Pertengahan Ramadhan

Fulan A : Eh..dah separuh ramadhan ni...Quran dah brape juzuk?
Fulan B : em...takper..aku kan mashi(lancar) baca quran...sempat habisnya...

Situasi Akhir Ramadhan

Fulan A : Lusa dah nak raya...camana ibadat kita ya?
Fulan B : Erkkk!! lusa dah ke nak raya?alamak(sambil tepuk dahi)...quran aku ada banyak Juzuk lagi ni,esok nak buat itu..buat ini..bla bla bla...ish....tak sempat ni..

"Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna"

So,kejarlah Ramadhan sebelum ia berlalu pergi...moga-moga kita mendapat Malam Lailatul Qadar...insyaAllah..

Mengejar Rahmat Tuhan





Alhamdulillah,hari ini,kita disampaikan dalam bulan Ramadhan,bulan yang senantiasa dinanti-nanti oleh hamba-hambaNYA yang merindui lipat ganda pahala dan ganjaran dari Allah Taala.



Sebelum memasuki bulan Ramadhan,kita merayu-rayu untuk disampaikan kepada bulan Ramadhan,bila dah masuk bulan Ramadhan..kita macam tu jela,sama seperti bulan bukan Ramadhan,still buat maksiat,tidak memperbanyakkan zikir,bacaan al-Quran,Tarawih entah sempat habis ke tidak.

Masa dibuang dengan perkara yang sia-sia dan sebagainya perkara yang sepatutnya ditinggalkan pada bulan yang penuh rahmat ini..

Allah Subhanahu Wata3ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ -البقرة : 183
Maksudnya "Wahai orang-ornag yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Untuk berjaya dalam universiti Ramadhan,sama juga seperti kita berada dalam universiti pelajaran. Untuk mendapatkan pangkat Mumtaz,CGPA 4.0 dan mana-mana pangkat tertinggi,adakah kita masuk universiti dan duduk bersahaja tanpa study dengan tekun,mengulangkaji dan sebagainya?MUSTAHIL!,amat mustahil untuk berjaya kalau begitulah perilakunya...

Begitulah juga Universiti Ramadhan..untuk mencapai tingkatan taqwa dan mencapai tingkatan puasa Khawaasul Khawas atau Khas memerlukan ketekunan dan usaha yang bersungguh-sungguh dengan memperelokkan ibadah-ibadah fardhu,dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti Tadarrus Al-Quran,Bersedekah,Berzkikir, dan juga amalan-amalan sunat yang lain.

Kejarlah kerahmatan Allah di 10 awal ramadhan ini sebelum berlalunya permulaan yang dijanjikan rahmat oleh Allah. syarat untuk mendapatkan rahmat Allah ialah dengan cara kita menjadi seorang yang bersifat rahmat,tidak kiralah kepada siapa pun..sebagaimana Hadis Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam:

 ومن لا يَرحم لا يُرحم 
"sesiapa yang tidak merahmati,tidak akan dirahmati"








Cukup dahulu bebelan waalid kali ini,semoga bermanfaat buat semua..selamat menjalani ibadah puasa dengan baik dan penguh mengharapkan rahmat dan ganjaran dari Allah Azza Wajalla..semoga ibadah kita diterima oleh Allah..aamin!

"Ya Allah...bantulah hamba-hambaMU di bumi Burma,Syria,Palestin dan seluruh tanah ummat Islam dari dizalimi dan dikhianati serta dicabul hak-hak mereka..sesungguhnya KAMUlah sebaik-baik penolong dan Maha Berkuasa terhadap sesuatu"..aamin

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H




Alhamdulillah,Syukur atas nikmat sihat yang membolehkan hamba-MU ini menjalani ibadah puasa. Dugaan pertama berpuasa kali ini ialah tiadanya bekalan air di rumah. Memang menguji kesabaran dimusim panas yang membahang nie....huhu...(nak qada' hajat,masak dsb pun payah...Allohurobbi!)

Takpe,cooba aaannn...sabar..sabar...lari tajuk dah..untuk entry kali ini,waalid berhajat untuk memberi sokongan kepada abg ben ashaari untuk segmen beliau,iaitu segmen Ben Ashaari : ramadhan 2012/1433



Soalan : kenapa kalian perlu memilih blog nie?

Hemm...untuk soalan ini,amat payah waalid nak jawab. Sebabnya blog waalid ni bukanlah blog hebat seperti blog sahabat-sahabat....blog waalid ni sekodar je..he2,sebab sekodar itulah kalian harus pilih blog waalid. Dan waalid memang suka mendapat kawan2 baru. InsyaAllah,lawatan dari sahabat-sahabat,waalid akan terjah sekali dengan folo.dan sekiranya ada dalam bloglist waalid,kalau kalian ada update terkini,insyaAllah waalid akan terjah dan menyapa...^_^

Untuk Segmen ini,waalid akan buat bloglist baru yang bertajuk "Mahabbah Ramadhan 1433H"-maaf abg ben,waalid ubah ayat..aci deh!ngeee~

Untuk disenaraikan di bloglist waalid itu,waalid akan pilih mana-mana yang berkenan di hati dan akan tanya kalian dengan soalan

ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Untuk menepati perjanjian,kalian hanya perlu membalas kunjungan waalid dan menjawab di entry ini dengan :

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “
Jika tiada sebarang respon dalam masa 24 jam,maka blognya waalid akan remove dari senarai bloglist "Mahabbah Ramadhan 1433H"-ini perjanjian yang dibuat oleh abg ben..huhu

Selesai tugasan...harap ramadhan kali ini waalid dapat ramai kenalan...^_^

Untuk maklumat lanjut,boleh layari blog ben ashaari dengan klik banner di atas atau klik SINI
  

Jumaat 20 Julai 2012 = 1 Ramadhan 1433H




Alhamdulillah,muslimin dan muslimat yang berada di GMT+02,Cairo,Egypt mula menjalani ibadah puasa pada hari jumaat bersamaan 20 Julai 2012.

Puasa di bumi anbiya' kali ini lebih mencabar sesuai dengan syahru jihad(bulan Jihad) yang mana ummat Islam di sini akan menjalani ibadah puasa pada musim panas selama 16 jam sehari bermua waktu subuh jam 3.30 pagi hinggalah waktu maghrib 7mlm lebih.

Semoga universiti Ramadhan kali ini dipermudahkan Allah dan semoga mendapat natijah yang cemerlang pada kali ini.insyaAllah.

Selamat menjalani ibadah puasa,khususnya sahabat-sahabat yang berada di Bumi Mesir ini dan Seluruh Ummat Islam amnya.


Siiru 3ala Barokatillah~

Segmen : Aku Nak Jadi Blogger Yang Paling Famous Di Dunia






Alhamdulillah...kaum muslimin dan muslimat di Malaysia akan mula berpuasa pada hari sabtu ini,Selamat Menyambut dan menjalani ibadah puasa waalid ucapkan. Semoga ramadhan yang dihadapai kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya..insyaAllah..

Untuk kali ini,waalid terjumpa satu segmen yang menarik untuk disertai oleh para blogger sebagai memberi sokongan kepada sahabat blogger kita iaitu Cik Fie yang telah mengadakan segmen gempak ini..hehe..

Banyak hadiah yang ditawarkan,namun waalid join ini seperti sebelum-sebelum ini juga..hanya berkeinginan untuk mendapatkan kawan..lagi ramai,lagi seronok..huhu..


Bagi sahabat-sahabat yang berminat,bolehlah klik banner cun di atas untuk ke blog Cik Fie dan baca syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk Segmen ini,Waalid target follower seramai 10000(pergh..ramai betul..yang ni tambah dengan tamak skali ni..huhu)
Yelah..kate nak jadi blogger paling femes,mestilah ramai peminat kan?haha..gurau je..bagi waalid...seramai mana follower tak kisah,yang penting kita ada rangkaian yang setia..kan3?sekarang ni waalid ada member-member yang sporting dan slalu komen dalam blog waalid..walaupun xramai..waalid seronok!..^_^

Wallahua'lam.

Cakna Isu : Jangan Cabuli Hak Mahasiswa – BKPJM





ramadhan 
 
 
 
KAHERAH, 17 Julai 2012 — PMRAM telah menerima dua aduan berkaitan hak mahasiswa melalui Borang Aduan Hak Mahasiswa berkaitan isu campak borang dan arahan mengosongkan pejabat rasmi BKPJM kelmarin.

Berkenaan isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku kepada saudara Muhammad Yassarudin bin Shamsul dan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM) ini ,pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

Borang Aduan Hak Mahasiswa telah diserahkan oleh saudara Muhammad Yazid bin Hanzir selaku YDP BKPJM 2011/2012 dan saudara Muhammad Yassarudin bin Samsul di pejabat PMRAM pada jam 8 malam melalui Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.

Berkaitan Isu campak borang, saudara Yassaruddin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan borang permohonan menghuni Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 1 Julai 2012.

Pada 3 Julai 2012, saudara Yassaruddin bersama YDP dan salah seorang penasihat BKPJM saudara Miftahul Ulum telah bertemu dengan pengurus Asrama Pelajar Johor Mesir, Tuan Hj Maulan Asmoni bagi mendapat penjelasan berkenaan isu tersebut. Namun malang tak diduga apabila mereka dihalau dari pejabat Pegawai Pengurus Asrama Rumah Johor.

Pada hari yang sama, pihak pengurusan rumah Johor telah mengeluarkan surat arahan supaya Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) mengosongkan Pejabat Rasmi BKPJM dengan alasan penambahan staf HEP.

Badan kebajikan pelajar Johor Mesir (BKPJM) diberi tempoh sehingga 15 julai 2012 untuk mengosongkan pejabat tersebut. Pihak BKPJM telah menjawab balas surat tersebut dengan bertegas bahawa mereka tidak akan keluar daripada pejabat tersebut. Dan pada 12 Julai 2012, sekali lagi BKPJM menerima surat daripada pihak pengurusan asrama yang bertarikh 10 julai 2012 mengatakan bahawa arahan tersebut adalah muktamad.

“PMRAM akan mengkaji isu ini melalui laporan yang telah diserahkan dan akan menyusun tindakan susulan mengikut situasi dan keadaan. PMRAM menegaskan sekali lagi bahawa isu ini juga berkait dengan salah satu usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali-79, ‘Memperkasakan Slogan KITA PMRAM’ dengan beberapa tindakan, antaranya mempertahankan hak mahasiswa”, ujar Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Naib Presiden III PMRAM 2012.

Moga Allah Beri Kesihatan Pada Emak





Semoga emak waalid cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..aamin


Subuh tadi emak rebah ketika menunaikan solat subuh.harap-harapnya tiada apa yang teruk..aamin..

Mengharapkan jasa baik sahabat-sahabat untuk turut sama mendoakan agar Allah memberikan kesihatan kepada emak.

وندعو بدعاء الحبيب محمد صلى الله عليه وسلم" اللهم رب الناس اذهب البأس اشف أنت الشافى لا شفاء إلا شفاؤك  شفاء لا يغادر سقما"..اللهم آمين

segmen promote blog by Jal





Hem...xde ape nak buat ni,waalid terjumpa satu segmen yang simple dan sangat mudah,hanya mengambil masa 10 saat je untuk setlekan entry.hehe.. 

sape2 yang nak join boleh klik bannner di bawah ni  :

Cepat-cepat..sebelum Tarikh tutup : 24 Julai 2012 (genap 6 bulan Jal berblog).

Selesai sudaa...^_^

Berusaha...Berjaya!


Alhamdulillah...segala puji dan syukur sentiasa dipanjatkan kehadrat Allah Azza Wajalla,tuhan sekalian alam. Bagaimana iman kita pada hari ini?semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah disamping peningkatan iman.

Benarlah kata-kata :


"من جد وجد ومن تكاسل ندم"
"siapa berusaha,berjaya dan siapa yang malas akan menyesal"

Alhamdulillah,berkat usaha dan kesabaran yang tinggi dan jiwa yang kental,berjaya jugak waalid membuat template sendiri. Terima kasih kepada internet yang tidak membuat onar dan juga sifu-sifu blog yang waalid banyak belajar daripada mereka. Tidak dapat mention nama kat sini sebab ramai sangat..hehe..

Haa...inilah hasilnya..alhamdulillah...^_^


Sebenarnya,waalid saja je nak try bina template sendiri...sebab orang kate,hasil air tangan sendiri lebih mendatangkan kepuasan kepada diri sendiri.hemm...

Memang benarlah,hasil tangan sendiri memang memberikan kepuasan dan boleh jugak mengembangkan hidung..hehe..(janganlah kutuk..taula xcantik). Walaupun sedar template ini tidaklah sehebat blog orang lain..namun ianya tetap memuaskan hati waalid...

Kembang-kembang jugak...jangan lupa,hebat setara mana pun kita..semuanya adalah datang dan pinjaman dari Allah Taala..takde yang sempurna melainkan DIA...Allahuakbar!


Bulan Tarbiyah



Bulan Ramadhan adalah momentum yang paling baik dan tepat untuk mentarbiyah atau melakukan pendidikan pada diri, keluarga dan masyarakat. Antara aspek tarbiyah Ramadhan ialah:

1. Mendidik Kesabaran

Seorang yang berpuasa pada siang hari berada dalam keadaan menahan lapar dan dahaga. Dan dalam kondisi ini, seorang mukmin diuji kesabarannya. Sepasang suami isteri pun dilarang untuk melakukan hubungan pada siang hari Ramadhan, yang mana pada bulan lain, hal ini boleh saja dilakukan.

Selain itu, untuk tingkatan puasa yang lebih tinggi, seseorang harus mampu menahan amarahnya, menahan dirinya dari perkataan yang buruk, dan apa saja yang dapat mengurangi pahala ibadah Ramadhan. Sehingga salah satu intipati daripada ibadah Ramadhan adalah melatih diri untuk selalu bersabar dalam kehidupan. Rasulullah saw bersabda,

“Puasa bulan sabar (Ramadhan) dan tiga hari pada setiap bulan dapat menghilangkan kekerasan hati.” (HR. Ahmad)

Dan sudah semestinya ibadah Ramadhan dapat memotivasikan seseorang untuk melatih kesabarannya bagi mengharapkan keredhaan Allah semata. Allah SWT berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran : 200)

2. Mendidik Disiplin Diri.

Ibadah puasa Ramadhan juga sangat rapat perkaitannya dengan displin. Dalam melaksanakan ibadah puasa, seseorang harus mengatur waktunya untuk dapat bangun pada waktu sahur. Dan juga keteraturan hidup seseorang menjadi lebih baik. Seseorang yang berpuasa selalu memiliki waktu makan yang tetap, yaitu pada waktu sahur dan berbuka.

Dalam hal kebersihan,satu contoh yang dapat diambil dari ibadah puasa Ramadhan, adalah seseorang yang berpuasa akan menggosok giginya sesudah makan (sahur dan berbuka), dan sebelum tidur (setelah tarawih).

Dan pada asasnya, seluruh ibadah dalam Islam jelas dan nyata dalam sudut mendidik manusia menjadi insan yang berdisiplin dalam perjalanan hidupnya.

3. Mendidik Kejujuran

Puasa adalah ibadah peribadi yang tentunya orang lain tidak mengetahuinya. Dan disini orang berpuasa dituntut kejujurannya terhadap diri sendiri untuk tidak makan dan minum, dan apapun amalan yang dapat mengurangi nilai ataupun membatalkan ibadah puasanya. Kerana, selain dirinya dan Allah SWT, tidak seorang pun yang mengetahui bahwasanya ia berpuasa.

4. Mendidik Kecaknaan terhadap sesama insan

Salah satu makna ibadah puasa adalah bagaimana seseorang yang berpuasa dapat merasakan lapar dan dahaga, seperti yang dirasakan sebahagian saudara kita yang kurang mampu. Bahkan orang yang berpuasa harus menahan lapar dan dahaga walaupun ia memiliki makanan dan minuman untuk dimakan.

Pada akhir Ramadhan, seorang mukmin yang berpuasa diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada fakir dan miskin yang memerlukan. Dengan ini, wujud sikap kecaknaan terhadap sesama insan yang lahir dari ibadah Ramadhan. Rasulullah saw bersabda,

“Bukanlah seorang beriman yang merasa kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.” (HR. Bukhari)

Wallahua'lam

****
Note : dah doakan sahabat kita kat syria,palestin,burma hari ni?kalau belum..tadah tangan sat ye...kita doakan agar mereka sentiasa sejahtera dan dilindungi Allah....insyaAllah..semoga usaha kecil kita dapat membantu mereka..

Rehlah Tarrbawi Ke 'Ain Sukhnah


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi di atas nikmat-nikmat yang tidak terhingga. Perbanyakkanlah menyebut  'الحمدلله ', agar kita menjadi antara golongan yang sedikit sebagaimana firman Allah Azza Wa Jalla :

 وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
"dan hanya sedikit hamba-hambaKU yang bersyukur"

REHLAH atau bersiar-siap atau lebih cantik dalam bahasa kampung waalid dipanggil trip@tour..=P, merupakan salah satu daripada wasilah tarbiyah dalam membentuk jatidiri seorang muslim yang sejati,mempersiapkan diri seorang pejuang yang akan tegal dalam membawa Deenul Islam.

9 Julai 2012 
Cuti Musim panas kali ini waalid menyertai program rehlah yang dianjurkan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT Mesir) ke satu tempat yang belum pernah waalid sampai selama ini,selama ini hanya mendengar nama je..huhu,mungkinkah ini rehlah terakhir waalid di sini?wallahua'lam..

Ain Sukhnah(hot spring), salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar dan juga pelawat tempatan. 120 KM ke timur dari Bandar Qaherah. Untuk maklumat lanjut,blehlah rujuk ustaz wikipedia..hehe..

Sebelum bertolak dari asrama darul iman..masing-masing excited untuk bersiar-siar

Nampak keboringan menunggu bas sampai...nampak xsabor nak main airnye ni..hihi..:P

Taaruf YDP KPT...pengisian dalam bas

Di antara hadaf@tujuan rehlah ialah untuk :

  1. Menghayati kebesaran Allah
  2. Mendekatkan diri para da'ie kepada Allah Subhanahu Wa Taala
  3. Mengeratkan tautan ukhuwah sesama da'ie bagi memudahkan melaksanakan amal islami bersama-sama
  4. Merehatkan minda disamping mengagungkan ciptaan Allah
  5. Mempersiapkan daya tahan diri para da'ie

Mendengar amanat daripada Yang di-Pertua KPT,akhi Mohd Zahani Bin Abdul Ghani

Waalid diberi kesempatan untuk memberi tazkirah ketika dalam perjalanan ke ain sukhnah...dapatlah waalid mengingatkan kepada adik-adik akan kesusahan dan kepayahan golongan terdahulu terutamanya Nabi Muhammad S.A.W dalam membawa Panji Islam,yelah zaman dahulu..mana ada bas,keretapi,kereta,kapal terbang dan sebagainya untuk menyebarkan dakwah.

Tambahan pula,kami dapat melihat kiri dan kanan sewaktu perjalanan yang hanya disajikan dengan padang pasir yang kepanasannya membahang,duk dalam bas ade aircond..kuranglah azabnya...Nabi dulu naik unta je,musafir ke sana sini untuk berdakwah...Allohurobbi..jauhnya pengorbanan kita untuk Islam kan?

Bergambar sebelum memulakan aktiviti....masing-masing xsabar nak berendam dah tuu..huhu
Kalau dibandingkan lukisan Allah dengan lukisan makhluk,memang lukisan makhluk tidak dapat menandingi lukisan Allah,tetapi ramai mana yang memuji Allah dengan kebesaran dan keagungan-Nya melukis keindahan alam?lihatlah lukisan-lukisan Allah sebagai bukti keagungan dan kebesaran Allah Taala di bawah ini..^_^


سبحان الله...

سبحان الله...
ٍSetelah bermain bola pantai,kami meneruskan aktiviti mandi-manda..ngee...jom layan gambar2 berikut...waalid tulis banyak-banyak pun korang xbace pun kan?huhu...jom layan gambar jela..

Antara gaye ter'hot' dilakukan oleh stunner...skali macam katak kembong dah..haha..


Antara mangsa duri landak laut..masing-masing mencungkil duri yang tertusuk di kaki..kesian diorang

Mangsa duri landak laut bertambah...huhu...main tak ingat dunia ekpung..huhu

Antara kreativiti adik2...ntah ape diorang buat ni..skali tgok macam kubur je..haha

Haa..yang ni husin and the geng sedang membuat replika yang femes kat Mesir ni..kenal x?sphinx dan piramid..hehe..

akhirnyaa....haaa....ini makan dia...haha..

chalet yang sedang dalam pembinaan...


Shoalin soccer..huhu...


Lepas mandi-manda..siap sedia untuk menjamu selera...ayam bbq madu..sangat sedap..terima kasih adhoc makanan..^_^..

Dalam suka-suka...jangan lupa kewajipan seorang muslim terhadap Robbnya..solat dulu,semoga rehlah diberkati Allah..aamin

Bertarung hingga ke titisan darah terakhit...berusaha untuk melepaskan diri..sakit tu kalau kena sepit..huhu..

Air laut merah yang sangat jernih..boleh nampak ikan dan obor-obor...landak laut pun bleh tengok jugak..huhu

haha..ini bukan berjemur ni..ini berendam namanya...macam-macamlah aksi diorang ni..aduyai...

main-main jugak..bini ngan anak kat rumah kne amik tau jugak..seb baik kat sini line clear..lepas rindu sat no..ngeh3..:P

muka kanak-kanak yang sedih nak balik dari laut,al-maklumlah kat kaherah xde laut..haha

Inilah rupenye landak laut yang merembat kaki kawan-kawan waalid..waalid xkena plak,mungkin landak laut ingat waalid geng diorang kot...rambut ala-ala sama gitu..wakaka..^_^

Antara mangsa kekejaman kami..huhu...gurau-gurau sayang je tu..jangan fikir bukan-bukan..

Dah..bersiap2 untuk balik..ada rezeki korang bleh jumpa lagi ngan ain sukhnah ni..waalid? ntahlah..dah terbau2 udara ganu ni..huhu..

Bergambar kenang-kenangan sebelum naik bas untuk balik...penat..tapi seronok meribat ukhwah sesama muslim..^_^


Alhamdulillah,ukhuwah yang diribat diharap dapat melahirkan generasi pelapis untuk memastikan kesatuan dan kebersamaan dalam membentuk gerak kerja amal islami,lebih-lebih lagi bagi memastikan kelangsungan agenda tarbiyah dan melancarkan gerak kerja persatuan yang kami sayangi.

InsyaAllah,dengan kesatuan yang ada,mampu menolak anasir-anasir perpecahan yang cuba dirangka oleh pihak yang mencemburui kesatuan ini. Persatuan KPT@PMRAM cawangan Terengganu sentiasa optimis dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya,oleh itu..sewajibnya anak-anak negeri Terengganu membantu dan sentiasa mendokong agenda persatuan.

Sekian sahaja pengembaraan kita kali ini,harap korang seronok dengan perkongsian ini...buat sahabat-sahabat,tidak salah untuk kita berhibur..tapi jangan sampai jadi 'najis'(maksudnya,jangan sampai kita lupa dunia)..

Wallahua'lam.

Note : kalau ada yang bermusafir,jangan lupa untuk berdoa kepada saudara-saudara kita di syria,Palestin,Burma dan lain-lain kerana doa orang musafir antara doa yang dimakbulkan Allah..^_^



.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -