Showing posts with label Puisi. Show all posts
Bila EURO menyapa...
Bila EURO menyapa
Ummat sekalian terus menggila
Kecil besar tua dan muda
Menanti perlawanan bersekang mata..
Bila EURO menyapa
Ummat biasa terus alpa dan leka
Bicara maya semua berkisar tentangnya
Hingga ‘kipas susah mati’ tidak bertegur sapa
Bila EURO menyapa
Apakah ianya memuaskan jiwa
Jiwa yang lara tanpa bela
Maka jelaslah kita jauh dari yang Esa…
Bila EURO menyapa
Bukanlah niat memperkecil semua
Hanyalah mengetuk diri yang alpa
Bahkan diri ini lebih kotor dan hina
Bila EURO menyapa
Gunalah peluang yang sudah tersedia
Untuk munajat sepertiga cuma
Agar hidup tidak menjadi sia-sia
Bila EURO menjelma
Ingatlah duhai rakan,taulan dan semua
Jangan alpa untuk melihat kiri dan kanan kita
Ummat manusia seakidah kita terus dizalimi dan diperkosa
Bila EURO menjelma
Usahlah kita terus lalai dan alpa
Kerana dunia pinjaman sementara
Kelak merana sungguh sengsara
Bila EURO menjelma
Bukanlah ia suatu yang hina
Bahkan baik jika kena caranya
Kerana Islam itu adil untuk semua
Bila EURO menjelma
Maafkan teman jika terasa
Cuma mengingat agar diri tidak leka
Agar di’sana’ kita mengecap nikmat syurga
Untuk selama-lamanya…
Wallahua’lam
Nukilan : waalid5035
Aku Pejuang Bukan Petualang!
Akulah pejuang islam..
Sibuk kehidupan kerana perjuangan..
Harta dan masa jadi taruhan
Untuk menobat islam berwawasan…
Akulah pejuang islam
Amat bongkakku dengan perjuanganku
Ufuk fajar sentiasa berlalu
Diri tewas dek kebebalan nafsu
Akulah pejuang islam…
Teguran si pemimpin seringku dustai
Kerana terasa diri meninggi
Ego dan riak sentiasa menguasai
Musnahlah pejuang dimakan diri
Sibuk kehidupan kerana perjuangan..
Harta dan masa jadi taruhan
Untuk menobat islam berwawasan…
Akulah pejuang islam
Amat bongkakku dengan perjuanganku
Ufuk fajar sentiasa berlalu
Diri tewas dek kebebalan nafsu
Akulah pejuang islam…
Teguran si pemimpin seringku dustai
Kerana terasa diri meninggi
Ego dan riak sentiasa menguasai
Musnahlah pejuang dimakan diri
Segala macam menjadi perhatian
Untuk membenam aura kezaliman
Halal dan haram tiada timbangan
Samalah pejuang dengan petualang
Tetaplah kamu dengan panduan Ilahi
Sujud,qiam dan tasbih mengganti kelahi
Barulah gelaran pejuang memekar wangi
Tanpa kerosakan jiwa yang sejati
Sampainya saat kamu merungkai belenggu
Keredhaan tuhan harapan yang satu
Bulatkanlah tekad melawan seteru
Berpandukan garisan yang telah ditentu
Halal dan haram tiada timbangan
Samalah pejuang dengan petualang
Tetaplah kamu dengan panduan Ilahi
Sujud,qiam dan tasbih mengganti kelahi
Barulah gelaran pejuang memekar wangi
Tanpa kerosakan jiwa yang sejati
Sampainya saat kamu merungkai belenggu
Keredhaan tuhan harapan yang satu
Bulatkanlah tekad melawan seteru
Berpandukan garisan yang telah ditentu
Nukilan : waalidaisya5035
Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
Di Mana Generasi Mariam
Seketika bermaya di usia remaja
demi meniti dewasa yang diberkati
betapa sukarnya menunduk nafsu serakah
menyingkir keseronokan yang alpa
Aku berjuang dalam payah yang seringkali goyah
naluri sering tercari-cari
dimanakah model solehah harus ku selusuri
Ku temui Mariam
meskipun tiada buku mengiktibari kisah kehidupannya
mahupun tiada sebaris lagu memurnikan kesolehannya
kisahnya di dalam Al -Quran menyentuh naluri ku
mujahidah kegadisan di biara ibadah
menjulang martabah muslimah bermaruah
bukan suatu istiqamah yang mudah
Aku mahu mendekati kegadisan Mariam
aku mahu menjadi generasi Mariam
Siti Mariam gadis tabah tanpa suami
menyedari hidup adalah wadah tribulasi
terbukti dia amah solehah
ketika menerima taklif ILLAHI
mengandungkan bayi tanpa suami
sengsara menghadapi tohmah dan fitnah
derita ketika melahirkan AL Masih
menyapih Nabi Isa seorang diri
Siti Mariam mencipta sejarah ibu mithali
MAriam terus islah di dlaam doa dan pasrah
ternyata taqwanya diiktiraf ALLAH
termaktub sehingga hari Qiamat di dalam surah At Tahrim ayat 12
" Sesungguhnya adalah dia (Mariam) wanita tabah
Ya Allah..tabahkanlah hatiku dalam menelusuri hidup..
agar aku teguh dari tergelincir dalam mengapai persada kasihku..
kekalkanlah ya Allah..sebagai Mariam model untuk ku mencapai martabat Solehah..
jika tidak mampu seperti Mariam..biarlah hanya sedikit tempiasnya dapat ke contohi..
Solehah woman smile in trouble..
gather strenght from doa..
and grow brave by istighfar and solat..
her great love only for Allah..
Aku Dok Tahu Setarang Barah
![]() |
Gambar sekadar Hiasan |
aku tidak tahu setarang barah ...
skali urang bukok harte kene libang kene rike...
yang kurang nilai nye kelecak barak...
yang kurang nilai nye menitang kalang ...
yang kurang nilai nye teranding tungeng nyor ...
skali urang bukok saloh jerebong bekok cubong ...
bekok menutuh bicu ...
saloh unja bergugeh ...
saloh cabut brahong ...
saloh ugeh lurik lige pecoh bekembu ..
saloh gesek menicih terbua luke ...
tak leh ugeh siling nye ugeh muktang semete luruh berjerabok berkapo datah tanoh ...
bakpe urang bukok ...
bakpe kite ning tak mboh tarik balik tradisi lame..
hok ringang badi jinjing ...
hok berat badi kipoh ...
hok banyok badi cekor ...
hok ikit badi icer ...ikit2 ala berala lah ...
keadaan tempat dan masa ...
semua doh pesok peweng ...
jangan baloh ...jangan tengok saje ...
kite tuko selere ...
tapi jangan bulok wok ...jangan tengok saje urang kaut cekor ...
jangan tengok saje urang rebut ...
aku tidak tahu setarang barah ...
orang tambun pitih bakpe dok ecer prabih ke saing2 hudung ...
bakpe lepah gocoh buleh uboh ...
bakpe pulok lepah baloh buleh pekdoh ...
ade orang wi sedekoh ...
bila di tanya mung kate ...' i tak tahu setarang barah ...i tak tahu setabuk hame... rekak ...tak loklak ...
bakpe lening kuna lipeng kit berdebang reboh ...
gelecoh ikit berdebing reboh ...
saloh kepik kepit ...
saloh gusok berdegang ...
bakpe hok saloh tu duk tebeng ...
bakpe hok pengeng dok perate ...
bakpe hok reyok tu dok betul..
bakpe hok berintik tu dok gahar ...
memang ...bila aku tanya ...
mung angkat dan krikuk kan tangan ...
lalu berkata ...grikuk aku dok plawok ...
aku dok tahu setarang baroh ...
aku dok tahu setabuk hame ...
sajak orang hulu oleh : Encik ibrahim ulu ...
Ini adalah Sajak yang bertajuk "Aku Dok Tahu Setarang Barah" lebih kurang bahasa standardnya ialah "Aku Tidak Tahu Apa-apa"...hayatilah lirik dan maksud tersirat di sebalik kata-kata ini,kalau anda tidak faham..buat2lah faham ye..
Kalau anda ingin mendengar deklamasi sajak ini boleh tekan [sini] ...ok,terima kasih sudi baca entry ini..
Unggun Bersih
Unggun Bersih by A Samad Said
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID