Showing posts with label BERSIH 2.0 Mesir. Show all posts
1 April 2012 - 9 Hari lagi penentu nasib 9 mahasiswa

Saya yakin,semua orang tidak sabar untuk mengetahui keputusan mesyuarat ahli lembaga tersebut. Saya beranggapan dan berharap Yayasan Terengganu akan menyambung kembali pinjaman kepada sembilan orang mangsa penarikan pinjaman...sebabnya?entah..firasat saya mengatakan begitu...kerana kalau YT tetap dengan keputusannya,kemungkinan perkara itu akan merugikan kerajaan sendiri.
Apapun keputusan yang keluar,saya berharap ianya memberi kebaikan kepada semua pihak,baik YT mahupun Mahasiswa yang menjadi mangsa...
so...we wait and see.....
Pasca BERSIH 2.0 : Beberapa Mahasiswa Terengganu ditarik pinjaman
Sedih hati ini apabila mendengar berita penarikan pinjaman oleh
pihak Yayasan Terengganu terhadap beberapa orang sahabat seperjuangan di bumi
Anbiya’ ini. Angkara dituduh menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan
pada julai tahun lalu.
Dalam pengetahuan saya,seramai Sembilan orang telah diberi surat untuk menghantar surat tunjuk sebab
kepada pihak yayasan setelah pihak yayasan mengetahui mereka ini terlibat dalam
perhimpunan(sebenarnya hanya hadir untuk tandatangan) dalam menyokong tuntutan
BERSIH 2.0. Seramai 9 orang tersebut, antaranya adalah mahasiswa dari bidang Pengajian
Islam dan beberapa orang dari Mahasiswa Perubatan.
Sebelum ini,isu ini sudahpun heboh diperkatakan di media
kerajaan,media pembangkang berkenaan BERSIH 2.0 ini. BERSIH 2.0 ini bukanlah
bertujuan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku di Timur
Tengah(Mesir,Tunisia,dll) seperti yang ditakuti oleh kerajaan…namun,jika
diimbas balik tuntutan BERSIH 2.0 lalu. Kita dapati ianya hanyalah menuntut
agar Negara Malaysia bebas dan aman dari salahlaku serta penyelewengan dalam
pengundian dan pentadbiran.
Ini imbasan tuntutan BERSIH 2.0 lalu ;
- BERSIHKAN SENARAI UNDI
- MEREFORMASI UNDI POS
- GUNA DAKWAT KEKAL
- MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
- AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
- KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
- HENTIKAN RASUAH
- HENTIKAN POLITIK KOTOR
Adakah kalian melihat
tuntutan berikut mengancam dan mengugut kerajaan? Kalau ada yang beranggapan
sedemikian,maka itu adalah hak dan pandangan tuan-tuan.
Namun, dari pandangan saya sebagai salah seorang yang
SAYANGKAN tanah air, tuntutan-tuntutan
tersebut hanyalah untuk pihak kerajaan mengambil cakna dan tindakan yang
sewajarnya kerana mempunyai kuasa dalam memastikan penambahbaikan dalam hal-hal
yang disebutkan dalam tuntutan bersih.
Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, masakan rakyat
bising jika tidak ada sesuatu yang tidak kena…
Berkenaan BERSIH 2.0 versi Mesir pula,kami selaku anak2
bangsa Malaysia turut merasakan tanggungjawab kami agar tuntutan2 bersih dapat
diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Bukanlah kami menentang
membabi-buta,bahkan kami tersangat ingin melihat Malaysia kita bebas dari
perkara-perkara yang tidak elok sebagaimana pendedahan-pendedahan yang
dibongkar dari hari ke hari.
Tanggal 9 Julai lalu hanyalah hari di mana kami
warga Mesir yang prihatin turun di Dataran Hayyu Asyier,Nasr City untuk
menandatangani sokongan BERSIH 2.0 dan selesai. Yang dikatakan berhimpun
itu,hanyalah beberapa detik sahaja dan kami terus diminta bersurai oleh
pihak Gerakan Suara Rakyat yang ketika itu diketuai oleh Ustaz Alang(Firdaus
Mazlan). Pembuangan Ust. Alang juga kerana BERSIH 2.0..boleh baca [sini]
Berbalik kepada sahabat-sahabat yang ditarik pinjaman..
Saya amat kasihan kepada sahabat-sahabat yang menjadi mangsa
lebih-lebih lagi sahabat2 perubatan yang jika dilihat kos yuran pengajian dan
tanggungan pengajian lebih tinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lebih
rendah. Bayangkan, sahabat-sahabat perubatan perlu menanggung kos pengajian
sebanyak USD8000 setiap semester. Itu tidak lagi termasuk kos sara hidup di
bumi Anbiya’ ini….Allohurobbi..
Buat sahabat-sahabat yang menjadi MANGSA…hanya doa yang saya
mampu panjatkan kepada Allah agar dibukakan pintu rahmat dan rezeki kepada
kalian. Dan semoga Allah taala memberikan ketabahan dan kesabaran buat kalian
dan keluarga kalian,berdoalah kerana doa kalian(yang dizalimi) tiada hijab
antara kalian dan Allah.
Sama-samalah kita
doakan agar pertolongan Allah datang kepada mereka dan kepada yang murah rezeki
dan pemurah,bantulah mereka ini….wallahua’lam..
Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
"

Merujuk kepada ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin didalam akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Tarik balik tajaan pengajian” yang ditujukan kepada mahasiswa Mesir.
Saya selaku mahasiswa di Mesir ingin melahirkan kebimbangan kerana kebebasan bersuara sebagai rakyat Malaysia semakin terhakis dan lumpuh. Ucapan saudara Saiful Bahri sangat memalukan dan menunjukkan beliau seorang yang sangat dangkal.Timbul persoalan, apakah hasil sumber kewangan kerajaan Malaysia yang digunakan selama ini datang dari pihak umno sahaja? Tidakah ia dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik?
Sebagai mahasiswa kami tidak mudah untuk diperbodoh dan dipergunakan dengan tipu helah. Kami ada hak untuk melahirkan pandangan dan membuat teguran demi kebaikan Negara Malaysia yang tercinta.
Adakah saudara Saiful Bahri sedar bahawa Malaysia sedang diketawakan dunia hari ini oleh tindakan tidak bijak dari pemimpin umno? Rakyat mesir pun tahu erti kebebasan..
Kami bukan penentang dan anti kerajaan tapi kami pantang melihat kezaliman dan kejahatan. UMNO usah bimbang jika kalian berada dipihak yang benar kerana kebenaran pasti akan dijulang.
Kebebasan bersuara adalah antara hak yang dipelihara oleh agama Islam dan ia patut didokong oleh semua rakyat Malaysia dan kerajaan bestari.
Kita sepatutnya tidak lupa terhadap kuasa yang maha agung yang lebih berkuasa dari segala-galanya. Kembalilah kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk buat pencinta kebenaran.
Usah kita takut dengan ugutan sementara pihak-pihak tertentu diatas dunia ini. Lihatlah bagaimana kesungguhan nabi Musa menyampaikan dakwah Islam walaupun terpaksa melawan firaun yang pernah memberikan biasiswa dari anugerah Allah itu ketika nabi Musa kecil.
Sesungguhnya Islam sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan pastinya Islam tetap dijulang menjadi khilafah!!
Usah Bermain Api Jika Takut Melecur,
Suara Mahasiswa Suara Keramat.
Sumber : TKO
BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pegawai Sebelum Siasat Pelajar
Baru-baru ini kecoh apabila Bersih 2.0 diadakan Mesir, diantara mereka yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada negeri Terengganu, berdasarkan gambar yang terdapat di laman sosial facebook. Maka, pihak pengurusan Yayasan Terengganu mengarahkan Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir menyiasat mereka-mereka yang terlibat untuk dikenakan tindakan seperti mana yang dilaporkan diportal-portal berita tanah air.
Amat melucukan apabila Yayasan Teregganu, mengarahkan pegawainya untuk menyiasat pelajar-pelajar tajaan mereka yang terlibat dengan Bersih 2.0 Mesir. Kerana Pegawai HEP sendiri sudah 4 bulan tidak berada di Mesir. Keprihatinan Pengarah Yayasan Terengganu untuk memantau setiap aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan, kerana menunjukkan mereka begitu mengambil berat dengan segala aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir. Tetapi apa yang menghairankan adalah mereka hanya mengambil berat sehingga mengeluarkan kenyataan di akhbar apabila pelajar-pelajar ini terlibat dengan Bersih 2.0.
Tetapi tidak pula cakna apabila anak-anak Terengganu ini dinafikan hak mereka untuk mendapat zakat dan begitu juga pinjaman seperti yang berlaku tahun lepas (Boleh baca disini & disini) :
Secara ringkasnya apa yang berlaku pada 28 November tahun lalu :
- Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK)
- Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun. Tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan siatan terperinci kepada pelajar tersebut.
- Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.
- Seorang pelajar tajaan Yayasan Terengganu tidak dibernarkan untuk mengambil duit pinjamannya atas alasan mengeluarkan komen dan menyokong page Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) di laman sosial facebook.
- Program pemberian zakat diadakan di Iskandariah, tanpa disediakan pengangkutan. Walhal, majoriti anak-anak Terengganu menetap di Kaherah.
- Pegawai mengeluarkan surat yang di s.k (salinan kepada) Yang Dipertua (YDP) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT, sebuah persatuan anak negeri disini) menyatakan program pemberian zakat, tetapi surat tersebut tidak pernah diserahkan, sekadar ditampal di papan kenyataan serta tiada sebarang perbincangan diadakan dengan wakil pelajar.
- Kenyataan yang pernah dikeluarkan "Sebab kamu lawan saya, saya taknak beri duit zakat kamu"
Kini, hampir genap 4 bulan selepas penghantaran semula anak-anak Terengganu ke Mesir selepas proses Evakuasi pada bulan Mac yang lalu. Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar Terengganu Di Mesir, En. Kamal bin Abdullah, tidak kelihatan dan begitu juga Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah (PPSTTT) tidak dibuka untuk sebarang urusan.

Tindakan selanjutnya telah dilaksanakan oleh persatuan pelajar dengan menghantar memorandum dan surat aduan salah laku pegawai kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) tetapi sehingga sekarang tiada sebarang proses atau tindakan lanjut baik MAIDAM dan Yayasan Terengganu sendiri.

Maka, dalam hal ini, adalah lebih baik dan penting pihak Yayasan Terengganu menyiasat terlebih dahulu salah laku pegawai mereka sebelum ingin menjatuhkan hukum dan menyiasat pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0. Kerana penglibatan pelajar sedikitpun tidak merugikan mana-mana pihak. Sedangkan, ketiadaaan pegawai HEP Timur Tengah hampir 4 bulan menjadi tanda tanya anak-anak Terengganu disini.

Pegawai lebih sibuk dengan Kelab UMNO Kaherah, berbanding menyelesaikan hal ehwal pelajar.
Jangan kerana politik, habis pelajar dihukum tetapi salah laku pegawai sendiri tidak ambil kisah. Lebih rela menghukum pelajar daripada menghukum pegawai sendiri. Dimana sikap dan kredibiliti Yayasan Terengganu untuk dijadikan contoh kepada anak-anak Terengganu? Dimana sikap profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu dalam melaksanakan agenda menjaga kebajikan anak-anak Terengganu di Timur Tengah?
Selain itu apa fungsi sebenar bangunan Galeri Ulul Albab yang kini dijadikan tempat/bilik istirehat bagi pengawal yang mengawal bangunan Asrama Darul Iman disini dan dibiarkan terbengkalai?
Permasaalahan lain adalah, Bilik IT/Cyber di Maktabah Darul Iman sehingga kini tidak berfungsi kerana sudah hampir 2 tahun perkhidmatan internet tidak disambung semula. Pelbagai masalah lain lagi seperti kerosakkan kemudahan dibangunan, kebocoran tangki asrama pelajar perempuan yang sehingga kini mengalamai masalah kadangkala terputus bekalan air dan lain-lain yang tidak diberikan perhatian.
Apakah masalah politik/pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0 lebih besar daripada masalah-masalah kebajikan pelajar ini yang langsung tidak diberikan perhatian? Sama-sama kita fikirkan profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu ini. Duit itu hak rakyat yang diamanahkan kepada Yayasan Terengganu untuk disalurkan kepada pelajar bukan Hak Mutlak Yayasan Terengganu, pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.
sumber asal : Al-Amin @ aminmenulis
KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SUARA) MESIR
Bagi sesetengah pihak yang masih meragui kebenaran tulisan saya tempoh hari (boleh rujuk sini), di sini saya sertakan kenyataan rasmi dari Penasihat GERAKAN SUARA berkenaan kekejaman yang dilakukan oleh pihak terbabit kepada saudara Firdaus Bin Mazlan @ Alang.
sumber : http://networkedblogs.com/kuYQD
Assalamualaikum.
Pasca BERSIH 2.0 telah melaui saat-saat sukar. Sokongan terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 mendapat reaksi pelbagai. Namun yang pasti pihak kerajaan tidak melayan dengan baik peserta demonstrasi ini.
Jika di Malaysia diugut dan dihalang oleh pihak Polis. Tidak kurang juga apa yang berlaku negara-negara luar. Terutamanya di Mesir, pihak kerajaan melalui pihak Jabatan Penuntut dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah memberi amaran agar rakyat Malaysia tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
Namun pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA), melihat larangan tersebut bersifat politik kepartian, sedangkan mereka yang menyokong BERSIH 2.0 terdiri dari 60 buah NGO berdaftar, beberapa parti politik dan individu-invidu berpengaruh.
Larangan tersebut juga menjelaskan kita bahawa pihak kerajaan tidak peka dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangnya. Ianya bagai retorik sahaja, sedangkan gagasan tersebutsenyantuni suara-suara rakyat walaupun dari golongan minoriti.
Tak perlu, saya memberitahu bagaimana kronologi demonstrasi BERSIH 2.0 di Malaysia yang rata-rata rakyat Malaysia umumnya sudah mengetahui. Cuma mahu saya ingatkan bahawa perhimpunan tersebut boleh berjalan dengan aman dan tidak perlu untuk mengerah polis menangkap peserta umpama anjing kelaparan.
Apa bezanya perhimpunan yang dilakukan oleh PERKASA sebelum ini? Begitu juga perhimpuan yang dijalankan di Pulau Pinang dan Kelantan? Adakah kerana ianya dilaksanakan oleh parti yang memerintah negara, perhimpunan tersebut menjadi halal? Apakah timbang tara yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah ini? Jelas, bahawa berlaku double-standard.
Presiden SUARA, saudara Mohd Firdaus Madzlan baru-baru ini dikejutkan dengan panggilan dari pihak Darul Iftaa Masriyah (Pusat Fatwa Mesir) yang mengatakan anda diberhentikan dari pengajian lanjutan.
Peristiwa ini mengejutkan banyak pihak, terutamanya para pelajar di sini. Atas sebab apa saudara Firdaus dibuang? Jika atas sebab penganjuran BERSIH 2.0 di Kaherah tempohari, ini menunjukan kerajaan Malaysia tidak menghormati suara rakyat. Ternyata tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan merupakan tidakan rakus orang tertentu yang berkepentingan di Kedutaan atau Jabatan Penuntut.
Saya dengan ini, menyatakan kekesalan dari pihak SUARA atas tindakan tidak bertamadun ini, sekaligus melebarkan jurang keharmonian antara kerajaan dan rakyat!
Mohd Akhmal bin Mohd Ali
Penasihat,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
Kaherah, Mesir.
sumber : http://networkedblogs.com/kuYQD
BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
Bismillah Walhamdulillah...
1) Gelombang rakyat Malaysia menuntut keadilan dalam pilihanraya melalui Bersih 2.0 cukup memberi kesan yang buruk kepada kerajaan. Pihak kerajaan menuduh Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang tidak sah sedangkan jika kita merujuk Perlembagaan Persekutuan, perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang diwakili NGO menunjukkan bahawa ianya adalah tuntutan murni dan baik.
2) Oleh kerana Bersih 2.0 adalah satu usaha murni yang digerakkan oleh rakyat Malaysia, maka seluruh rakyat Malaysia yang berada di serata dunia bangkit menyatakan sokongan terhadap tuntutan ini. Ia digerakkan diseluruh negara seperti London, Hong Kong, Australia termasuk juga di Mesir.
3) Di negara-negara lain seperti London, Hong Kong dan sebagainya ia berjalan dengan baik dan lancar. Pihak kerajaan dan kedutaan juga tidak menunjukkan apa-apa sekatan terhadap usaha ini. Malahan jika di London mahupun di Hong Kong, ia juga dibantu oleh pihak berkuasa tempatan menjaga lalu lintas dan sebagainya.
4) NAMUN, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Mesir. Usaha rakyat Malaysia yang sedar akan usaha murni ini untuk berhimpun bagi menyokong Bersih 2.0 diugut dengan dikeluarkan perkeliling oleh pihak kedutaan Mesir. Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 Julai 2011 melarang rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan aman Bersih 2.0.
5) Di dalam perkeliling itu juga menyatakan bahawa mahasiswa/mahasiswi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan. Satu ugutan yang tidak sepatutnya berlaku selaku kedutaan yang mewakili kerajaan yang mengamalkan amalan demokrasi. Sedangkan rakyat Malaysia di Mesir hanya menyokong usaha murni Bersih 2.0 yang langsung tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan Malaysia.
6) Bagi mahasiswa Terengganu Mesir pula, mereka diugut untuk ditamatkan pinjaman atau sebarang tajaan terutamanya daripada YT kepada yang terlibat menyokong usaha murni Bersih 2.0.
7) Yang paling melucukan adalah, pihak YT (Yayasan Terengganu) menyatakan (sila rujuk Utusan Malaysia, ARKIB : 14/07/2011) bahawa pihak mereka sedang menunggu laporan daripada pegawai HEP Terengganu Mesir, iaitu Encik Kamal Abdullah berkenaan hal ini sedangkan Encik Kamal Abdullah masih lagi tidak datang ke Mesir sejak beberapa bulan yang lalu. Dan pejabat urusan belum lagi dibuka sejak beberapa bulan yang lalu.
8) Oleh itu, kami selaku rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan memohon agar pihak yang berwajib terutamanya pihak kedutaan Mesir melihat dan menangani perkara ini dengan bijak dan adil. Kami mengharapkan agar tiada unsur-unsur politik dipalitkan dan kami membimbangi berlaku perkara yang tidak diingini akibat daripada tindakan tidak profesional ini.
Kami Mahasiswa Mesir Prihatin.
1) Gelombang rakyat Malaysia menuntut keadilan dalam pilihanraya melalui Bersih 2.0 cukup memberi kesan yang buruk kepada kerajaan. Pihak kerajaan menuduh Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang tidak sah sedangkan jika kita merujuk Perlembagaan Persekutuan, perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang diwakili NGO menunjukkan bahawa ianya adalah tuntutan murni dan baik.
2) Oleh kerana Bersih 2.0 adalah satu usaha murni yang digerakkan oleh rakyat Malaysia, maka seluruh rakyat Malaysia yang berada di serata dunia bangkit menyatakan sokongan terhadap tuntutan ini. Ia digerakkan diseluruh negara seperti London, Hong Kong, Australia termasuk juga di Mesir.
3) Di negara-negara lain seperti London, Hong Kong dan sebagainya ia berjalan dengan baik dan lancar. Pihak kerajaan dan kedutaan juga tidak menunjukkan apa-apa sekatan terhadap usaha ini. Malahan jika di London mahupun di Hong Kong, ia juga dibantu oleh pihak berkuasa tempatan menjaga lalu lintas dan sebagainya.
4) NAMUN, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Mesir. Usaha rakyat Malaysia yang sedar akan usaha murni ini untuk berhimpun bagi menyokong Bersih 2.0 diugut dengan dikeluarkan perkeliling oleh pihak kedutaan Mesir. Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 Julai 2011 melarang rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan aman Bersih 2.0.
5) Di dalam perkeliling itu juga menyatakan bahawa mahasiswa/mahasiswi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan. Satu ugutan yang tidak sepatutnya berlaku selaku kedutaan yang mewakili kerajaan yang mengamalkan amalan demokrasi. Sedangkan rakyat Malaysia di Mesir hanya menyokong usaha murni Bersih 2.0 yang langsung tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan Malaysia.
6) Bagi mahasiswa Terengganu Mesir pula, mereka diugut untuk ditamatkan pinjaman atau sebarang tajaan terutamanya daripada YT kepada yang terlibat menyokong usaha murni Bersih 2.0.
7) Yang paling melucukan adalah, pihak YT (Yayasan Terengganu) menyatakan (sila rujuk Utusan Malaysia, ARKIB : 14/07/2011) bahawa pihak mereka sedang menunggu laporan daripada pegawai HEP Terengganu Mesir, iaitu Encik Kamal Abdullah berkenaan hal ini sedangkan Encik Kamal Abdullah masih lagi tidak datang ke Mesir sejak beberapa bulan yang lalu. Dan pejabat urusan belum lagi dibuka sejak beberapa bulan yang lalu.
8) Oleh itu, kami selaku rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan memohon agar pihak yang berwajib terutamanya pihak kedutaan Mesir melihat dan menangani perkara ini dengan bijak dan adil. Kami mengharapkan agar tiada unsur-unsur politik dipalitkan dan kami membimbangi berlaku perkara yang tidak diingini akibat daripada tindakan tidak profesional ini.
Kami Mahasiswa Mesir Prihatin.
ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir dibuang Kursus !
![]() |
Firdaus Mazlan@Alang |
Ya Allah,besar sungguh dugaanMU pada dia. asbabnya hanyalah kerana memimpin pelajar bagi menyuarakan pendapat dan suara rakyat Malaysia di Mesir. Khususnya yang membabitkan tandantangan
Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Mazlan atau lebih senang dengan gelaran Alang, telah mendapat khabar berita dari syeikhnya(guru) bahawa pihak darul ifta'(kursus mufti) telah menerima surat dari KERAJAAN MALAYSIA bagi membuang beliau daripada kursus mufti yang sudah diikuti semenjak 3 tahun yang lalu.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut haflah(grad) dari kursus tersebut,hari ini beliau menerima perkhabaran yang amat berat untuk diterima. Rata-rata sahabat-sahabat di sini menumpang kesedihan atas kezaliman dan kekejaman yang berlaku.
Hanya kerana BERSIH, beliau diberhentikan pengajian...dimanakah hak kami untuk menyuarakan pendapat? saya yakin,ini adalah permulaan bagi tindakan yang dikenakan kepada pelajar2 di sini, di sana banyak lagi ugutan-ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak berkenaan penglibatan kami,warga Malaysia di Mesir ni dengan BERSIH.
Nampaknya ini satu kejayaan buat BERSIH dan ianya satu 'signal' Kerajaan Malaysia amat takut akan suara syabab Malaysia di timur tengah khususnya Mesir ini, tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan dan pelbagai momokan diberi kepada kami sebagai langkah untuk menyekat kehadiran pelajar-pelajar baru ke mesir.
Moga Alang tabah dan ingatlah,anda tidak keseorangan dan beribu2 menanti untuk menuntut keadilan!
Takbir!
Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
![]() |
Laporan akhbar Utusan-14/07/2011 |
![]() |
Laporan Malaysiakini-14/07/2011 |
Ugutan demi ugutan diterima oleh mahasiswa/i mesir khususnya Terengganu. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi pihak yang merasakan mahasiswa/i umpama budak-budak kecik yang boleh dicucuk hidung sesuka hati. Kalau boleh,mereka ingin melihat mahasiswa/i ini mengikut sahaja kehendak mereka. Kata kanan,semua ikut ke kanan.kata kiri,semua ikut ke kiri.
Saya merasa kesal dengan pihak yayasan Terengganu yang mengeluarkan kenyataan hari ini yang mengecam mahasiswa/i Terenggganu yang mana akan mengenakan tindakan kemungkinan ditarik pinjaman/ditarik zakat dan sebagainya. Kononnya sebagai hukuman kepada mahasiswa/I yang mengikut perhimpunan haram HALAL BERSIH 2.0 yang diadakan di mesir baru-baru ini.
“Pengarah Yayasan menunggu laporan dari Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Pelajar) Terengganu.”
Kenyataan ini sangat lucu dan jengkel saya rasa sebabnya untuk pengetahuan semua,pegawai ni dah lama pulang bercuti/buat kerja di Malaysia(lebih kurang 3 bulan dah-bermula 1 April hgga skrg). Tak tahulah apa yang dibuatnya di Malaysia. Yang pasti,sudah lama dia tidak bersama dengan pelajar,macam mana nak buat laporan?klakar bukan? Kalau ada laporan,agak2 bagaimanakah laporan itu?takkan laporan rekaan kot?sudah tentu bukannya berpihak pada kami!
Sepatutnya pihak yayasan mengenakan tindakan juga kepada pegawai kerana sudah lama kami tidak ‘bercanda’ dengan pegawai HEP Terengganu..hehe..Kondisi pelajar di sini pun ntah dia tahu @ tidak. Inikan pulak nak menjaga kebajikan pelajar. Tidak adil la kalau kami je yang asyik kena tindakan,lagipun himpunan HALAL Bersih tu pun menuntut 8 perkara untuk melihat keadilan yang saksama. BERSIH suara rakyat dan kami juga rakyat Malaysia,salahkah? Atau kalian senang melihat kebobrokan dan kepincangan yang berlaku?
"tepuk dada tanya iman kalian"
EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
Bismillah Walhamdulillah..
Perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir nampaknya menyebabkan Education Malaysia bertindak mengambil tindakan bahawa mereka melarang pelajar-pelajar yang sertai himpunan daripada membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia(EM) :
boleh rujuk kenyataan di atas di sini
Saya sememangnya sudah mengagak yang perkara sebegini akan terjadi,saya tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan EM lakukan kerana pada hari perhimpunan tempo hari, 'sharp-shooter' yang menjadi mata-mata kepada EM berada setiap penjuru,mengambil gambar dalam keadaan yang boleh dikatakan segan-segan silu.
Ada yang 'menembak' dari dalam kereta bercermin gelap seperti kereta ini :
Dilihat beberapa individu yang berada dalam kereta tersebut dan salah seorang telah 'menembak' diri sy,kebetulan berjalan pulang untuk mengambil sesuatu di rumah.:)
Tidak kurang juga yang turut serta dalam perhimpunan untuk mengambil gambar seperti dalam gambar ini :
Perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir nampaknya menyebabkan Education Malaysia bertindak mengambil tindakan bahawa mereka melarang pelajar-pelajar yang sertai himpunan daripada membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia(EM) :
TINDAKAN KEPADA MAHASISWA/SI YANG TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0
Assalamualaikum.
Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK rujukan SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0. Justeru, mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan sebagai tindakan terhadap keingkaran kepada arahan tersebut.
Sekian dimaklumkan.
boleh rujuk kenyataan di atas di sini
Saya sememangnya sudah mengagak yang perkara sebegini akan terjadi,saya tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan EM lakukan kerana pada hari perhimpunan tempo hari, 'sharp-shooter' yang menjadi mata-mata kepada EM berada setiap penjuru,mengambil gambar dalam keadaan yang boleh dikatakan segan-segan silu.
Ada yang 'menembak' dari dalam kereta bercermin gelap seperti kereta ini :
beberapa orang berada dalam kereta |
Dilihat beberapa individu yang berada dalam kereta tersebut dan salah seorang telah 'menembak' diri sy,kebetulan berjalan pulang untuk mengambil sesuatu di rumah.:)
Tidak kurang juga yang turut serta dalam perhimpunan untuk mengambil gambar seperti dalam gambar ini :
Dan ada juga yang 'menembak' dari atas bangunan dan dicelah2 bangunan.
BERSIH bukan POLITIK!
Sebagaimana yang kita ketahui,BERSIH 2.0 ini bukanlah berpolitik 'pembangkang' dan juga menentang kerajaan,tetapi adalah kesedaran rakyat untuk melihat penambahbaikan dari sudut sistem pilihanraya dan ketelusan pihak SPR dalam melaksanakan tugas tanpa berat sebelah. Bukankah ini hak rakyat untuk menyuarakan pendapat. Kenapa perlu dikenakan tindakan sebegini?
Saya rasa,tindakan EM ini adalah TIDAK WAJAR dan menyusahkan para pelajar.
sekian.