Showing posts with label hukum hudud. Show all posts

Kalaulah Arab Mesir Tahu Perangai Mahathir!

Jika menyebut Mahathir Mohamed, ternyata arab-arab Mesir pasti mengangkat ibu jari memuji dan mengangkat kebijaksanaan Dr. Mahathir. Kerana apa? kerana kebijaksanaan dalam bidang ekonomi. kebijaksanaannya telah membuatkan kerajaan Mesir mengambilnya sebagai penasihat ekonomi Mesir.


Namun, jika berbicara soal ekonomi,pentadbiran...sememangnya tun sangat berbakat,namun, jika soal AGAMA,HUDUD...kamu bukanlah ahlinya..maka berlakulah apa yang diheboh-hebohkan sekarang menerusi youtube tentang ulasan tun bahawa hukuman hudud bukanlah daripada Al-Quran.

Nah,ternyata dangkal dan singkatnya ilmu tun dalam bidang ini..tidakkah tun jumpa ayat2 ini dalam Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W??


Ini hukum untuk yang mencuri:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. kitab apakah ini?surah al-Maidah...boleh tun bukak Al-Quran dan check ek...

Hadis Pulak:

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:


Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"


Kemudian hukum zina pula:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.

Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:

"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.


Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.

Kemudian hukum murtad pula:

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.

Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4.

nah..jelas sudah bahawa hukuman hudu ini sememangnya datang dari Allah Taala..bukan kesepakatan ulamak...

Nasihat buat saudara-saudara di luar,kalau kita tidak tahu tentang sesuatu perkara,maka bertanyalah kepada ahlinya..bukan main sedap mulut je...sebagaimana firman Allah Taala ;

{فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}

maksudnya : tanyalah kepada 'ahli'nya sekiranya kamu tidak tahu...

Semoga Allah taala menjauhkan diri kita ,perbuatan serta perkataan kita dari perkara-perkara yang menjatuhkan akidah kita...nauzubillah...

HUDUD : ANTARA 'TIDAK MENYOKONG' DAN 'MENGHALANG'

Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya.
Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR.

Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini.

Pendirian PR dalam memperakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 membuktikan PR telah bertindak dengan penuh cermat dan berhemah dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu pelaksanaan hudud.

Perakuan ini bermakna PR memperakui bahawa undang- undang jenayah syariah yang dilulus oleh kedua- dua dewan negeri telah melalui prosedur yang betul, menepati kehendak dalam sistem demokrasi.

Sehubungan itu, perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, dan Enakman Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sekarang ialah sejauhmana kesediaan pusat untuk memberi kebenaran untuk pelaksanaan merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang dibawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama.

Kini terpulanglah kepada kerajaan Kelantan bagi menggazetkan undang-undang tersebut.



Antara “Tidak menyokong” dengan “Penghalang”

PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal ini dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka.

DAP berpendapat ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.
Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguat-kuasakannya.

Jadi jelas, yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun, dan bukannya DAP. DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf.

Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya.
Tambahan pula, dengan kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Namun responnya mengecewakan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan mereka dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai 'damage control' ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah.

Pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.



Hipokrit Umno dan BN

Kini, sikap menghalang Umno itu bertambah nyata kini apabila berhadapan tekanan dari MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN) seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu. Tapi, tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu. Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?

Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia.

Sikap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bilakah Umno akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini? Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno.



Hudud bukan isu politik

PAS ingin tegaskan bahawa isu hudud bukanlah isu politik tetapi ianya tuntutan syarak ke atas kerajaan yang memerintah. Kerana itu, kerajaan Kelantan secara konsisten telah melakukan pelbagai cara bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap kewajipan menerima dan melaksanakannya selama ini.

Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud telah diadakan setiap tahun. Kerana itu, bilamana isu hudud timbul dan dipolemikkan oleh media Umno, rakyat Kelantan samada Islam atau bukan Islam langsung tidak termakan dengan polemik tersebut, kerana mereka telah biasa dengan isu ini.

Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan perkara ini berpuluh kali bahawa beliau ingin melaksanakan sistem perundangan syarak ini kerana amanah yang terpikul di atas bahunya di akhirat.

Bahkan, kalau diamati beberapa langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembangunan Kelantan selaras dengan syarak tidaklah menguntungkan politik PAS di Kelantan - sebagai contoh tindakan menutup premis perjudian, kelab malam, disko dan menghadkan penjualan arak; semua ini dari sudut politik ia bukanlah menguntungkan PAS.

Natijahnya taukeh judi, kaki judi, disko dan lainnya tidak akan memberi undi kepada PAS, kerana mereka akan menentang peraturan ini. Namun, kerajaan Kelantan terus melaksanakannya semata-mata kerana tuntutan syarak.

PAS melihat keputusan yang telah dibuat oleh PR memberi ruang pengiktirafan dalam lingkungan demokrasi. Keputusan rakyat Kelantan untuk menerima PAS sebagai parti yang mewakili mereka, serta tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 adalah hak dan dalam bidang kuasa mereka.

Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak perlembagaan atau berlawanan dengan kehendak perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.



Jaminan PAS

PAS akan cuba menegakkan syariat Allah sedaya upaya dalam kerangka demokrasi yang ada. PAS sesekali tidak akan menjadi seperti Umno yang mengalah terus untuk menunaikan syariat Islam tanpa sebarang usaha yang ikhlas. Orang yang sikap mengalah tidak akan mencari jalan penyelesaian. Maka dengan Umno, masyarakat Islam bolehlah lupakan sahaja syariat Allah dapat ditegakkan.

PAS memberi jaminan tidak akan memaksa orang bukan Islam menerima hudud secara paksa. PAS juga ingin menegaskan di sini, hudud hanya melibatkan orang Islam sekiranya ia dapat dilaksanakan dalam kerangka demokrasi yang ada.

Namun, diharap rakyat dapat memahami situasi amat berlainan di negeri Kelantan, kerana rakyat Kelantan ingin hukum hudud dilaksanakan. Hak dan keinginan rakyat Kelantan harus dihormati.
 
sumber : Tuan Ibrahim

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Utusan ‘Kekeliruan Kes Rogol’



Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab : sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu mempersendakan? (65) Tidak perlu kamu beralasan kerana kamu telah kufur setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.(66)

Berdasarkan ayat ini, terbit hukum terbatal keIslaman seseorang apabila dia melancarkan sendaan terhadap Islam, samada dengan hati, kata-kata atau perbuatan. Pelaku kesalahan tersebut kekal dengan kekufurannya sehingga taubat nasuhanya diterima oleh Allah SWT.

Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan qarinah untuk sabit kesalahan ke atas pesalah.

Menurut Imam al-Jurjani di dalam ensiklopedianya ‘al-Ta’irifat’, qarinah merupakan bukti jelas yang difikirkan logik bagi membantu siasatan kes. Qarinah mestilah sesuatu sumber maklumat yang diketahui umum yang difikirkan relevan untuk dijadikan bahan bukti. Dengan itu, ia mampu merungkai persoalan tersirat terhadap sesuatu kes. Autoriti qarinah dalam mengadili sesuatu dakwaan telah disebut di dalam al-Quran melalui surah Yusuf ayat 27 dan 28;

“Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar”

Nabi Yusuf terbukti tidak bersalah dengan dakwaan rogol apabila didapati terdapat kesan koyak di belakang bajunya. Pada zaman tersebut, ia dianggap qarinah yang cukup jelas menggambarkan situasi antara perogol dan mangsa rogol.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam karyanya ‘al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah’ menyebutkan bahawa para sahabat telah menjadikan hamil sebagai qarinah kepada jenayah zina. Bahkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad yang mewakili majoriti ulama’ berpendapat bahawa qarinah yang cukup jelas amat berautoriti menjadi pelengkap bagi bahan bukti.

Adapun qarinah bagi kes rogol yang relevan diguna pakai di zaman sekarang, ia termasuk DNA, rakaman video, gambar, cop jari dan sumber-sumber lain mengikut peredaran semasa. Justeru MANHAL PMRAM mencadangkan beberapa inisiatif bersama:

1) Pelukis karikatur dan pihak-pihak yang terlibat diminta bertaubat kerana mempersenda hukum agam Islam. Mereka juga perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Ini demi memelihara sensitiviti umat Islam tehadap cara hidup anutan mereka.

2) Kajadian ini membuktikan kekeliruan masyarakat Islam Malaysia terhadap agama anutan mereka sendiri. Ahli akademik Islam perlu mengadakan usaha bersepadu ke arah penerangan dan pemahaman terhadap hukum hakam Islam.

Rujukan:
1) Tafsir Ayat al-Ahkam, Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni.
2) Al-Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili.
3) Majmu’ Syarah Muhazzab, Imam Nawawi disempurnakan oleh Syeikh Najib Muthi’iy.
4) Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili.
5) Feqh al-Sunnah, Sayyid Sabiq.
6) Al-Nizam al-Qadha’ie Fi al-Feqh al-Islami, Dr. Muhammad Ra’fat Uthman.

Fellow MANHAL yang terlibat:

1) Mohamad Hanif Bin Haron.
2) Abdul Mu’izz Bin Muhammad.
3) Shahrizan Bin Mohd Hazime.

sumber : MANHAL PMRAM

PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud




Mereka melihat hudud itu sekadar hudud semata-mata dan terpisah dari hukum perundangan Islam yang lain. Perundangan Islam bukanlah hanya berkisar pada Hudud semata-mata. Masih ada Takzir, qazaf dan macam2 lagi.

Mereka hanya faham, apabila berlakunya rogol, perogol hanya akan didakwa apabila wujudnya 4 orang saksi sahja. Mereka lupa dan mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu bahawa kes berkaitan rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Jadi, dalam kes rogol, sekiranya mangsa rogol gagal membawa 4 orang saksi yang melihat kejadian itu maka perogol masih boleh didakwa melalui undang-undang Takzir di mana beban pembuktian adalah lebih ringan berbanding hudud.

Melalui Undang-undang Takzir, pemeriksaan doctor dan keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis termasuklah rakaman video rogol, DNA, laporan doktor dan sebagainya dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah ini boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan perogol dengan Undang-undang Takzir. Qarinah juga boleh mengelakkan mangsa daripada kesalahan Qazaf kerana tuduhan ke atas perogol kerana melalui qarinah ia boleh menimbulkan keraguan ke atas kes Hudud dan boleh digugurkan.

Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Jadi, jangan kerana kurangnya pemahaman kita kepada sesuatu, kita terus menghukum dan mengatakan ia zalim dan kejam. Tak kurang lagi yang menghina agama sendiri dek kerana pintu hidayah masih belum dibukakan dan tidak ada usaha mencari hidayah.

Mudah-mudahan dengan penerangan tidak seberapa ini dapatlah memberikan gambaran yang lebih kepada perundangan Islam yang lebih kepada mencegah daripada menghukum. Islam itu indah dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

dipetik daripada : http://tenangsudey.blogspot.com

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -