Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Night Hunter...
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, kesempatan ini waalid nak mengajak kita semua menjadi pemburu malam. Bukan jadi vampire ye,tapi menjadi orang yang memburu malam Lailatul Qadr. Dimana malam ini adalah lebih baik daripada 1000 bulan = 83 Tahun. Allah....dapat ke kita dapat hidup selama 83 Tahun? dan sekiranya umur kita sampai 83 tahun, adakah 83 tahun itu padat dengan ketaatan kita kepada Allah Taala?
Jadi, sempena fasa 10 terakhir Ramadhan 1437 H ini, waalid menyeru dan mengajak diri waalid
sendiri serta kawan2 semua untuk sama-sama memburu malam lailatul qadar ini, tahun hadapan belum tentu kita mampu berjumpa dengan ramadhan lagi.
Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Nabi S.A.W berkenaan malam lailatul Qadar ini :
Alhamdulillah, kesempatan ini waalid nak mengajak kita semua menjadi pemburu malam. Bukan jadi vampire ye,tapi menjadi orang yang memburu malam Lailatul Qadr. Dimana malam ini adalah lebih baik daripada 1000 bulan = 83 Tahun. Allah....dapat ke kita dapat hidup selama 83 Tahun? dan sekiranya umur kita sampai 83 tahun, adakah 83 tahun itu padat dengan ketaatan kita kepada Allah Taala?
Jadi, sempena fasa 10 terakhir Ramadhan 1437 H ini, waalid menyeru dan mengajak diri waalid

Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Nabi S.A.W berkenaan malam lailatul Qadar ini :
عَنْ عَائِشَة أمّ المؤمنين قَالَتْ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟
قَالَ: " تَقُولِينَ: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي "
Maksudnya : Daripada Aisyah ummul mukminin berkata : "Wahai Rasulallah, apakah pendapatmu sekiranya aku mendapat malam lailatul qadar, apakah yang aku doakan? Rasulullah S.A.W menjawab :"katakanlah, اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan menyukai keampunan, maka Ampunilah dosaku).
Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan dan sentiasa bermotivasi dalam mengejar dan memburu malam yang cukup bermakna ini, in syaa' Allah.
![]() |
CHARGED!!!!!!! |
MaghfirahMu
Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran : 133,
" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan drp tuhanmu dan disediakan Syurga yang seluas langit dan bumi untuk orang² yang bertaqwa"
Ayuh sama² kita mengejar keampunan dan syurga Allah di kesempatan Ramadhan yang masih berbaki ini.
Sama² manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik²nya..
#cubaan kembali menjadi blogger setelah berehat sekian lama..harap kawan2 semua sentiasa sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.
Hasad Dengki!!!

Ramadhan baru sahaja berlalu,Syawal pula masih lagi berbaki...namun sedih kerana berlalunya tarbiyah Ramadhan seperti tidak membawa apa-apa makna dalam diri...Hasad dengki bermaharajalela dalam diri,kemaksiatan tidak segan digelumangi,berbalah sentiasa dicari...Sukarnya mencari hati yang luhur murni...
Ya Allah jauhkanlah diri kami dari hasad dengki...Aaamin...T_T
Kita Masih lagi di Ramadhan

Tik tok..tik tok..sudah hari yang ke-16 kita berpuasa, sungguh pantas masa berlalu. Mudah-mudahan kita memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang kita ada.
Semalam jiran(perempuan) waalid meninggal dunia,dengar kata dia meninggal disebabkan kanser paru-paru. Inna lillahi wainna ilaihi rooji3uun. Kematian adalah peringatan yang paling baik untuk seorang hamba.
Hidup kita ini hanyalah sementara dan tiada gunanya harta yang berjuta kalau hidup bergelumang dalam kemaksiatan,tiada guna pangkat setinggi gunung jika dahi tidak bertemu dengan hamparan sejadah.
Ingatlah,segala yang kita miliki akan ditinggalkan melainkan 3 perkara.
1) Sedekah Jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa anak yang soleh.
Semoga keberkatan bulan Ramadhan ni kita gunakan dengan betul,berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Bukan bila masuk separuh Ramadhan,apa di minda kita hanya Syawal,syawal,syawal! bukanlah tidak boleh bergembira dengan kedatangan Syawal,cuma biarlah bersederhana sahaja.
Maafkan atas keterlanjuran bicara. Selamat menjalani ibadah puasa dan berbuka. Moga puasa kita diterima oleh Allah Taala.
wallahua'lam
30 Pesanan Imam Syafie #2

Bagi entry kali ini waalid ingin menyambung 5 lagi wasiat Imamuna Asy-Syafi'e Rahimahullah sebagai kesinambungan wasiat tempoh hari(baca SINI). Moga-moga wasiat ini dapat memberi pedoman buat kita semua terutamanya yang menulis ni.
![]() |
Gambar makam Imam Syafi'e di Kaherah Mesir. |
6- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
![]() |
batu yang dikatakan berbekasnya tapak kaki Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam yang boleh didapati bersebelahan maqam Imam Syafi'e Rahimahullah...batu pun melembutkan dirinya manusia Agung! |
9- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.
10- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
bersambung...
Ikhlas ke macam ni?

Bila sebut tentang ikhlas, ianya bersifat subjektif dan hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, di sana ada tanda-tanda untuk kita mengenali sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang ikhlas.
Sebenarnya waalid nak memperingatkan diri waalid agar sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang kerja,lagi-lagi amanah mendidik anak bangsa. Kerana untuk pengetahuan,seminggu dua ni, khabarnya ada pihak dari JPN/PPD akan turun untuk memantau sekolah-sekolah. Entah sekolah waalid terlibat atau tidak dalam pemantauan itu.
![]() |
ihsan google |
Waalid melihat perkara ini sangat tidak kena bilamana kita hanya membuat sesuatu perkara dengan perfect bila adanya pemantau dari pihak yang lebih tinggi kuasanya. Walaupun sebelum datang pemantau, setiap kerja telah dilakukan,tapi mungkin banyak cacat celanya. Hah,bila dah nak datang pemantau,masing-masing mula sibuk untuk menjaga imej masing-masing.
Sebaiknya,sikap amanah dan ikhlas dalam tugasan sangat perlu kita titik beratkan agar setiap perkara yang kita lakukan dipastikan sempurna dan terbaik sekalipun tanpa pengawasan dan pemantauan.
Susahnya menghadirkan Ikhlas bila hati kotor(mcm waalid)... bila 'nampak', baru nak bertungkus lumus. Sama juga macam keimanan kita kepada Allah...bila tak nampak azab Allah,senang-senang kita buat maksiat..tapi cuba Allah beri sedikit ujian@menampakkan azabNYA..sudah tentu kita akan sempurnakan dan perbaikan setiap amalan kita,kan?
Ikhlaskan niat,Amanah dan jujur asas kemajuan Ummat Islam..
~selamat menjalani ibadah Puasa~
5/30 Pesanan Imam Syafie Rahimahullah

- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ianya dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian merupakan setinggi-tinggi erti syukur.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu menziarahinya kerana ianya disaksikan oleh para malaikat dan dicintai Allah Taala.
Akan bersambung...
Jumaat Berselawat #7 : Fastabiqul Khairaat

![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Fastabiqul Khairaat = maka berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan
* jangan hanya melihat orang lain sahaja banyak melakukan kebaikan,harus berlumba-lumba dalam mengaut kesempatan yang dibuka oleh Allah Taala lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
*mudah-mudahan kita tidak tergolong dalan golongan yang rugi,rugi kerana membiarkan kebaikan hanya dilakukan oleh orang lain..oleh itu???apa lagi...ayuh mengerjakan kebaikan(bersedekah,beri makan orang puasa,baca quran etc)
Ibadah Bermusim?

Bila masuk bulan Ramadhan, sememangnya perasaan seronok tidak dapat dinafikan lagi,ini kerana bulan ini bulan tarbiyah yang mampu mendidik kita semua agar menjadi seorang hamba yang mentaati perintah Allah Taala.
Bermula dengan bangun sepertiga malam untuk berqiamullail, kemudian disusuli pula dengan keberkatan bersahur, sabar menahan lapar,dahaga serta perkara-perkara maksiat sepanjang hari, diteruskan pula dengan beribadah pada malam hari dengan bertarawih,bertadarrus Al-Quran dan ibadat-ibadat sunat yang lain.
Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seorang hamba yang payah untuk bangun malam dapat bangkit untuk bersahur dan solat subuh berjemaah di Masjid.
Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila Al-Quran yang jarang disentuh dibaca dan ditadabbur ayat-ayatnya.
Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seseorang yang payah untuk ke masjid berpusu-pusu memenuhi setiap ruang yang ada dalam masjid bagi menunaikan solat tarawih.
Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila dapat mengubah seseorang menjadi..bla..bla..bla...
Banyak kehebatan Ramadhan, namun sebagai peringatan buat kita terutama diri waalid ni, bulan Ramadhan merupakan satu titik mula atau satu penambahbaikan, daripada yang belum melakukan kepada melakukan dan daripada sudah melakukan kepada melakukan dengan lebih baik dalam sesuatu perkara khususnya ibadah.
Janganlah kita jadikan ibadah kita bermusim,makna kata, bila tiba musim ramadhan..berpusu-pusu dan berlumba-lumba mengejar pahala,tapi bila bulan lain,kita buat 'lembu kenyang' je dengan pahala-pahala yang dijanjikan Allah Taala.
Maafkan waalid kiranya terkasar bahasa dan melukai hati yang membaca coretan ini,bukan niat untuk melemahkan semangat,tapi untuk membakar semangat dan memperingati diri ini yang selalu lupa untuk mengingati Allah..
Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ" رواه البخاري 38 ومسلم 760
Ramadhan Checklist

You'll increase your chances of entering Paradise through Ar-Rayyan as you'll:
- Utilise your time EFFECTIVELY in worship.
Plan your day and use your time productively by gaining knowledge, Salah, Nawafil, Qur'an, Dua', charity, Dhikr...and the list goes on
- Plan your nights around conversing & CONNECTING with Allah throughQiyam, Tahajjud, and reciting Qur'an.
- Make effort to correct your affairs, clear any debts, seek forgiveness, re-new yourselves/intentions, increase your Ibadah
- Gain knowledge about the Fard and Sunnah acts of Ramadan
Go through the checklist and work out what you're going to focus on for each week of the month. And don't forget to make your special plans for the last 10 nights!
Use this Ramadan as a FRESH START to becoming better, improved, committed, practising slaves of Allah. Make this your BEST Ramadan so far! Don't let this BLESSED month come and go without taking action! Start preparing to take action now, it's never too late; you just need the right resources & the right INTENTION! Make lots of Dua` that we can maintain this level of Iman, Ibadah and sincerity after the blessed Ramadan leaves us.
sumber : http://www.coachamal.com
Jumaat Berselawat #6 : Bersedia Beribadat

Bila selalu mengamalkan ibadat,sudah tentu tidak kekok walau apa keadaan sekalipun...jom perbanyakkan baca Al-Quran |
Sebaik-baik ucapan Selamat Hari Lahir

Pada entry kali ini, waalid ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat satu ucapan yang elok dan baik bagi kita orang-orang Islam dalam menyambut ulangtahun kelahiran seseorang. Kita sebagai orang Islam tentulah diajar dengan perkara-perkara yang paling baik.
Ihsan Cik Google |
Untuk ulangtahun kelahiran ini, selalu kita dengar ucapan-ucapan seperti berikut :
Happy BirthdayHB(semakin singkat)Selamat Hari LahirSelamat menyambut ulangtahun kelahiranSelamat Hari Jadi
Dan sebagainya ucapan-ucapan yang diberikan kepada seseorang yang menyambut ulangtahun kelahirannya.
Namun, apa yang lebih baik untuk kita ucapkan kepada kawan-kawan kita atau sebagainya bila tibanya ulangtahun kelahiran mereka adalah seperti ucapan tersebut berbentuk peringatan dan bermanfaat buat saudara kita itu. Antara ucapan yang boleh kita amalkan adalah :
"خيركم من طال عمره وحسن عمله"Maksudnya:" Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"
Ucapan sebegini tentunya akan memperingatkan seseorang agar memanfaatkan umur yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.
Selain itu, elok juga kita doakan akan keampunan dan kesejahteraan mereka dengan doa-doa yang baik.
Semoga kita sama-sama peroleh manfaat
Korea VS Quran

Pagi ini waalid terbaca satu post yang amat menjentik ulu hati, sangat terkesan dengan nasihat dan peringatan yang diberikan. Tidak dinafikan, semenjak akhir-akhir ini, industri hiburan dari Korea amat menarik minat muda-mudi tidak terkecuali dari negara kita.
Sekiranya kita menonton drama ataupun movie daripada negara-negara luar seperti movie Inggeris,Jepun,Korea dan sebagainya,sudah tentu kita memerlukan 'subtitle' atau sari kata bagi memuaskan diri kita dalam menghayati sesebuah drama atau cerita.
Namun, bagi kita yang bergelar ISLAM, apakah kita aplikasikan konsep ini dalam kehidupan kita yang bergelar MUSLIM ketika kita membaca dan menghayati Al-Quran. Ramai di kalangan kita yang membaca nya namun berapa ramaikan yang berusaha memahami dan membuka tafsir sebagai menghayati makna-makna yang diungkapkan dalam Al-Quran?
Jadi, untuk persediaan menghadapi Ramadhan kali ini,sama-samalah kita perbanyakkan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran agar kita tidak termasuk dalam orang-orang yang rugi. Semoga kita dirahmati olehNya..In Syaa Allah.
Ohh..sikap orang kita...jadikan pengajaran

Dalam hidup bermasyarakat,banyak benda dan adab2 yang perlu dijaga agar keharmonian hidup bermasyarakat mekar dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
Semalam waalid ada pergi ke sebuah rumah ni(nama dirahsiakan untuk kebaikan bersama), tujuannya untuk menghantar barang kiriman yang dikirimkan oleh ahli keluarganya di Mesir kpd salah seorang sahabatnya.
Waalid singgah ke rumah si fulan ni dengan memakai jubah dan berkopiah...setibanya di sana,waalid memberi salam. beberapa kali jugak waalid memberi salam,namun tidak berjawab. Waalid cuba mengembangkan telinga untuk mendengar kalau2 ada bunyi manusia dalam rumah tu..
Tetiba waalid terdengar satu perbualan(dengar hujung2 telinga)
si a : eh,dengar mcm orang bagi salam..sape tu?
si b : orang mintak sedekah
si a : royak(bgtau) xde orang
Waalid agak terkilan mendengar kalam2 itu menyebabkan perasaan bercampur baur,sedih dan geram dengan sikap yang ditunjukkan oleh isi rumah itu. Mungkin tidak semua orang bersikap begitu,namun,sebagai peringatan...janganlah kita cepat berburuk sangka dengan orang lain.
Apalah salahnya kalau benar waalid ingin pergi minta sedekah pun,bukankah itu membuka pintu rahmat Allah?jawablah salam..bagitau elok2 yang 'dia' tidak berkemampuan untuk bersedekah..bukannya melayan seburuk itu..
Apapun..waalid doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua serta mengislahkan diri kita kepada yang terlebih baik terutama yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan sesama manusia..
Wallahua'lam.
p/s: cerita ini bukan bertujuan memburukkan mana2 pihak..tapi hanya untuk dijadikan pedoman dan pengajaran bagi yang ingin berubah...wallahua'lam
Ibrah dari Aidiladha

Hari raya qurban ini adalah anugerah Allah untuk kita dalam mendekatkan diri kita kepada Allah taala. Mengambil ibrah daripada pengorbanan Saidina Ibrahim A.S dan Saidina Ismail A.S. Pengorbanan yang diangkat kepada darjat yang tertinggi. Baginda Ibrahim A.S berkorban tenaga,masa dan kasih sayangnya semata-mata untuk menunaikan perintah Allah,iaitu menyembelih anak kesayangannya.
Peristiwa ini merakam banyak mesej dan pengajaran,antaranya ialah;
1- Ketaatan dan Keimanan yang utuh terhadap segala perintah dan suruhan Allah Taala.
2- Sifat sabar dan sanggup berkorban apa sahaja terhadap Tuhannya.
3- Merelakan dirinya terkorban bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Taala sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ismail A.S.
dan banyak lagi mesej2 yang dibawa dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam.
Disamping kita bergembira,janganlah kita lupakan hakikat sebenar Hari Raya Aidiladha ini serta ibrah dan sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam...mudah2an kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..insyaAllah.
Di kesempatan ini,waalid sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha,maaf zahir dan batin. Jangan makan daging banyak sangat ye kawan2..nanti darah tinggi...hehe..waalid sebenarnya dah sampai ke tanah air,sebab itulah payah sikit nak update blog ni..dah agak bersawang ni..ye x?haha..papepun,semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...:)
Pabila Seorang Ayah Gembira

Baru-baru ini ada menelefon ayahanda di kampung,memberitahukan tarikh kepulangan ke kampung halaman...seorang ayah yang kegembiraan jelas kelihatan sekalipun tidak dizahirkan dengan kata-kata,namun sebagai seorang anak,memahami dan mengerti perasaan ibubapanya. Terlebih lagi pabila mereka bersendiriaan di rumah dek anak-anak yang keluar menjalani kehidupan masing-masing.
Tatkala terpacul kalimah "sblm raya haji?bereh! [dengan nada gembira]" dari mulut ayah yang selama ini belum pernah keluar perkataan sebegitu dari mulutnya..jelaslah bahawa ibubapa sentiasa menantikan anak-anak mereka untuk pulang ke pangkuan mereka..
Sebagai peringatan buat diri ini dan kawan-kawan...hargailah ibubapa kita tatkala mereka masih hidup,dan kiranya ada yang telah kehilangan orang tua,perbanyakkanlah sedekahkan pahala al-faatihah dan yaasin,kerana amalan itu akan sampai kepada mereka..itulah sepatutnya seorang anak yang soleh/ah berbakti kepada orang tuanya.
Yang orang tua masih hidup,juga boleh untuk sedekahkan pahala al-faatihah setiap pagi selepas solat subuh.terlebih ahsan untuk setiap solat fardhu...
Semoga Allah taala merahmati ibubapa kita semua..dan moga Allah jauhkan kita dari sifat-sifat anak yang derhaka..aamin..
Ibubapa sentiasa kasih dan sayang terhadap anak-anak mereka,tidak kiralah mereka baik atau buruk,cerdik atau kurang cerdik..mereka tidak pernah lupa terhadap anak-anak mereka,yang sentiasa lupa ialah anak-anak terhadap orang tua mereka..nauzubillah..
moga bermanfaat...^_^...lame dah tak update..sibuk persiapan utk pulang ke tanah air..huhu
Ujian Allah Datang Pelbagai Cara..Sabarlah..

Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba. Bagaimana sang pencipta menguji kesabaran dan kehambaan seorang hamba terhadap penciptanya.
Begitu juga dengan nikmat2 yang Allah berikan,semuanya berlaku dengan perjalanan taqdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.
Ayat-ayat di atas adalah pujukan kepada si hamba yang lemah di atas musibah dan ujian yang berat. Berita tentang penyakit 'cancer' atau dikenali dengan nama leukemia yang dihidapi oleh anak saudara waalid sangat memeranjat dan menyedihkan. Kanak-kanak yang masih belum baligh,berumur 5 tahun sudah merasai kesakitan yang sangat berat dan sukar untuk diubati..
Sungguh berat ujian yang diberikan Allah kepadamu...bak kata pepatah,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Dengan ketiadaan sayap kiri a.k.a sang isteri yang dijemput Allah dalam kemalangan 4 tahun lalu,abang ipar waalid terpaksa mengharungi ujian Allah yang berat ini. Semoga dikau tabah dalam menghadapi segalanya..
Ya Allah,ringankanlah bebanan yang ditanggung oleh mereka,juga bebana orang-orang Islam seluruh dunia..aamin...
Hanya doa dan munajat mampu dilakukan agar Allah memberikan kesembuhan dan kepulihan dari kesakitan yang dihadapi...mohon sahabat-sahabat doakan juga..Jazakumullahu khairan jazak..
This is My STYLE, Islam is The Best

![]() |
[++] 'Hazihi Sabili', Inilah Jalanku! This is My STYLE, Islam is The Best.. So, which one is your 'STYLE'? - Credit to MFR Studio |
Mudahnya kita terpengaruh dengan kemajuan semasa,semberono mengikut rentak orang kafir,sudahkah kita mengkaji makna-makna lirik nyanyiannya,makna gerak lenggoknya. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang menjual maruah agamanya..aamiin.
Perkara kedua yang sangat menikam dan menghiris-hiris hati ini ialah sebuah filem yang MENGHINA junjungan besar SAIDINA RASULULLAH shallallahu 3alaihi wasallam. Filem yang dibuat oleh orang kafir berbaur lucah itu menghina tubuh mulia Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda S.A.W. Waalid sangat sedih kerana tidak ada apa yang mampu waalid lakukan selain berdoa agar Allah memelihara agama Islam yang mulia ini.
Mungkin tindakan yang dilakukan terhadap duta US di Libya agak keterlaluan,namun ianya tidak mustahil bagi seseorang yang tersangat menyintai Rasulullah dan tidak sanggup dengan penghinaan terhadap Baginda. Tetapi waraslah dan berfikirlah dengan rasional untuk melakukan tindakan agar tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada Ummat Islam.
Sama-samalah kita berusaha untuk menentang penghinaan terhadap Baginda S.A.W.. ada yang menyuarakan ketidakpuashatian dengan berdemo aman..silakan,ada yang hack dan memberi ingatan kepada orang amerika..silakan,ada yang membuat penerangan tentang kemuliaan Nabi..silakan..dan lain-lain tindakan yang boleh menguntungkan dan menyelamatkan kekasih Mulia yang kita cintai dan sanjungi..
wallahua'lam
p/s : blog jarang update..SPR masih terpundak atas batu jemala patik..huhu...bleh lihat sini...-->http://www.infokpt.com/v3/2012/09/13/pengumuman-kekosongan-kerusi-ajkt-sesi-20122013/
doakan dipermudahkan urusan waalid olehNya..insyaAllah..TQ
Hati...

Hati....
![]() | |
Ehsan Ustaz Google |
Hati itu umpama rumah yang mempunyai enam pintu. Berhati-hatilah supaya tiada yang dapat masuk melalui pintu-pintu tersebut lalu merosakkan rumah. Hati itu ialah rumah manakala pintu-pintunya ialah lidah, mata, telinga, hidung, tangan dan kaki - Hukama'
(Risalah al-Mustarsyidin)
(Risalah al-Mustarsyidin)
Jagalah hati dan juga hati orang lain,insyaAllah bahagia dunia akhirat...^_^
Tutup Pintu Rapat-Rapat...

Tutup pintu!!
tiada sesiapa yang melihat kamu??
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka... "
Tatkala kamu ingin melakukan kejahatan..sekalipun tiada sesiapa yang melihat kamu..ingatlah,'mata' Allah sentiasa memerhatikan kamu dan Allah sekali-kali tidak leka..
Itulah yang menjadi benteng orang beriman dari melakukan kemaksiatan samada di khalayak ramai atau bersendirian.
Teringat pulak kisah seorang guru menguji anak muridnya. Guru tersebut memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya untuk disembelih dengan syarat tiada yang melihatnya. Lalu ada yang menyembelih di dalam bilik yang dikunci,dalam lubang dan sebagainya. cuma seorang sahaja yang tidak menyembelih..lantas ditanya oleh sang guru.."kenapa kamu tidak menyembelih ayam itu?" lalu anak murid itu menjawab.."wahai tuan guru..dimanakah tempatnya yang tiada yang melihat sedangkan Allah itu maha melihat lagi maha Mengetahui.."
Itulah,kalau keimanan kita kepada Allah itu kuat..insyaAllah kita terselamat dari melakukan maksiat dan dosa kepada Allah Taala..
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan2 yang menjerumuskan kita ke dalam api NERAKA Allah..aamin..
~selamat beramal..~