Showing posts with label Gambar. Show all posts
Bila Ustaz Dapat Mikrofon..(^_^)
Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran...
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan kehidupan dan menjalani tanggungjawab berpuasa ke atas kita semua yang bergelar Muslim.
Dua hari yang lalu, tanggal isnin 20 Jun 2016, sekolah waalid telah mengadakan majlis pelancaran bulan panitia bahasa arab dan juga ceramah nuzul al-Quran. Hamba yang dhaif ini telah diberi amanah untuk menyampaikan ceramah tersebut.
Seperti biasa, bila dapat sesuatu tugasan terutamanya untuk memberikan ceramah/tazkirah, perasaan yang tidak boleh dihalang ialah GUGUP. Sebagai persediaan untuk memberikan ceramah, waalid cubalah membaca sedikit sebanyak input dari pelbagai sumber.
Setelah selesai majlis pelancaran, maka sampailah masa untuk waalid memberikan ceramah. Masa
diperuntukkan hanya 15 minit. Berceramahlah waalid...dengan perasaan tak tahu apa yang nak diceramahkan..haha...kebetulan pulak hari itu cuaca tersangatlah baik, point2 yang nk diceramahkan pun banyak lagi tak disebut, jadi waalid terus lajakkan masa sampai setengah jam lebih, tgok dalam gambar kat sebelah tu, PK 1 asyik duk jeling jaa...haha... itulah, bila tak mula, rasa macam tak tahu apa nak cakap, tapi, bila dah start ceramah, masa yang diperuntukkan tu rasa tersangatlah tidak cukup...bila ustaz dapat mikrofon...hehe..
Selesailah majlis pelancaran dan ceramah nuzul quran..waalid tampal sedikit gambar2 pada hari tersebut di bawah...layan.....(^_^)
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan kehidupan dan menjalani tanggungjawab berpuasa ke atas kita semua yang bergelar Muslim.
Dua hari yang lalu, tanggal isnin 20 Jun 2016, sekolah waalid telah mengadakan majlis pelancaran bulan panitia bahasa arab dan juga ceramah nuzul al-Quran. Hamba yang dhaif ini telah diberi amanah untuk menyampaikan ceramah tersebut.
Seperti biasa, bila dapat sesuatu tugasan terutamanya untuk memberikan ceramah/tazkirah, perasaan yang tidak boleh dihalang ialah GUGUP. Sebagai persediaan untuk memberikan ceramah, waalid cubalah membaca sedikit sebanyak input dari pelbagai sumber.Setelah selesai majlis pelancaran, maka sampailah masa untuk waalid memberikan ceramah. Masa
diperuntukkan hanya 15 minit. Berceramahlah waalid...dengan perasaan tak tahu apa yang nak diceramahkan..haha...kebetulan pulak hari itu cuaca tersangatlah baik, point2 yang nk diceramahkan pun banyak lagi tak disebut, jadi waalid terus lajakkan masa sampai setengah jam lebih, tgok dalam gambar kat sebelah tu, PK 1 asyik duk jeling jaa...haha... itulah, bila tak mula, rasa macam tak tahu apa nak cakap, tapi, bila dah start ceramah, masa yang diperuntukkan tu rasa tersangatlah tidak cukup...bila ustaz dapat mikrofon...hehe..
Selesailah majlis pelancaran dan ceramah nuzul quran..waalid tampal sedikit gambar2 pada hari tersebut di bawah...layan.....(^_^)
![]() |
| persembahan murid pra sekolah |
![]() |
| sebahagian besar guru GPI/GBA SK Taman Selasih |
Gambar : Program Kemerdekaan | Aidilfitri | Malaysia
Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Semoga sahabat-sahabat yang waalid kasihi sentiasa berada dalam keaadaan baik dan dirahmati Allah selalu.
Seperti yang waalid sebut untuk memuat naik gambar-gambar terpilih bagi program-program di sekolah waalid yang di adakan baru-baru ini..jadi dalam entry ni dimuatkan gambar-gambar yang terbaik dan mencuit hati..ape lagi?jom layan...zasss........
Sekian dahulu dari waalid..semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang dimuatkan...
Wassalamualaikum...^_^
Semoga sahabat-sahabat yang waalid kasihi sentiasa berada dalam keaadaan baik dan dirahmati Allah selalu.
Seperti yang waalid sebut untuk memuat naik gambar-gambar terpilih bagi program-program di sekolah waalid yang di adakan baru-baru ini..jadi dalam entry ni dimuatkan gambar-gambar yang terbaik dan mencuit hati..ape lagi?jom layan...zasss........
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,adik Izzah Soffiah dari tahun 2 |
![]() |
| Yang ni plak penyanyi lagu tegar versi SK Seri Makmur...dahla nyanyi lagu tak ikut tema..haha |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Fariz, dari tahun 4...hai dik..ngantuk sangat ke?hehehe |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Elissa dari tahun 5 |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam, adik Faiz dan Irfan...cantik baju melayu yang bercirikan bendera Malaysia.....kedua2 ni dari Tahun 2 |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syazwan dari prasekolah |
![]() |
| Antara peserta pertandingan pakaian beragam,Adik Syamimi dari tahun 1...hamboih..macam pelakon bollywood plak...jangan keliru ya..budak ni orang melayu..hehe |
![]() |
| Antara pertandingan lain ialah pertandingan basikal berhias..kreatif2 diorang ni...^_^ |
![]() |
| Persembahan yang dipertandingkan...suka melihat gelagat budak2 nyanyi..macam2 yang boleh dilihat...ni persembahan dari tahun 2 |
![]() | ||
| Antara basikal berhias yang menjadi tumpuan...empunya diri dari tahun 2.. |
Sekian dahulu dari waalid..semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang dimuatkan...
Wassalamualaikum...^_^
Ustaz,macam ni boleh ke?
![]() |
| Macam ni boleh ustaz?...huhu |
Kebelakangan ini mood untuk berblog semakin menurun disebabkan kesibukan yang melanda di sekolah. al-maklum sajalah,bila akhir-akhir sesi persekolahan ni,banyak aktiviti yang diadakan,tidak kira lagi yang ditangguh perlaksanaannya.
Minggu lepas pula telah berlangsung dua program besar dalam seminggu,bebanan makin berat bila ramai guru yang terlibat dengan kursus KSSR tahun 4 untuk 2014. Namun, Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan olehNya.
18 Sept 2013 - Kem Bestari Solat Mega
Beberapa aktiviti telah berlangsung dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar,antara ragam yang telah waalid rakamkan adalah seperti dalam gambar di atas,haha...
Dalam slot intinjak dan wudhuk,pelajar di minta untuk mencari bahan-bahan untuk dibuat istinjak,dan antaranya adalah seperti yang korang boleh lihat sebagaimana gambar,boleh bayangkan tak kalau nak istinjak guna bahan seperti itu?mahu buasir agaknya...huuhuhu
20 Sept 2013
Sambutan gabungan 3 perayaan serentak, Merdeka, Aidilfitri(baru sambut..syawal habis daa..hhaha) dan hari Malaysia.. ada sedikit gambar.nnti waalid buat entry lain ya..
okeh..nak keluar jalan2 jap...hujung-hujung minggu ni pergi cuci mata best jugak kan?hik3...jangan marah haaa...=P
Buah hati baru?
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Ehem3...tajuk memang tak boleh blah..hehe...ni kalau bini ade kat tepi komfem kne hikmat cekikan padu sebijik dua...huhu..
Ini haa...buah hati baru waalid..
Moga si 'dia' ni mampu berjasa kepada waalid dengan sebaik2nya...aamin..
Stakat pemanduan dari trg - phg arini alhamdulillah,tiada masalah yang timbul....moga berterusan...In Syaa' Allah...^_^
Assalamualaikum wbt...
Ehem3...tajuk memang tak boleh blah..hehe...ni kalau bini ade kat tepi komfem kne hikmat cekikan padu sebijik dua...huhu..
Ini haa...buah hati baru waalid..
Moga si 'dia' ni mampu berjasa kepada waalid dengan sebaik2nya...aamin..
Stakat pemanduan dari trg - phg arini alhamdulillah,tiada masalah yang timbul....moga berterusan...In Syaa' Allah...^_^
Jumaat Berselawat #9 : Istighfar
Perbanyakkanlah istighfar. Kita tidak tahu bila kita mati kan?sentiasalah beristighfar memohon keampunan dari Yang Maha Esa..
Tidak lupa perbanyakkan selawat kepada penghulu segala nabi,junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.
#Ya Allah,berilah perlindunanMu kepada saudara-saudara kami di Mesir,Palestin,Syria dan seluruh Ummat Islam...aamin
Siapa belanja?
Ha...satu tips yang waalid jumpa dalam facebook sekiranya korang keluar makan @ minum dengan geng-geng korang,mesti masing-masing nak kawan yang belanja,tapi siapa?
Apa kata buat seperti dalam gambar di atas...telengkupkan henset masing-masing di atas meja,dan orang yang pertama check henset dia perlu belanja kawan2 yang lain..makna kata,orang yang sibuk dengan henset ni duit masyukla agaknye..(err..kalau yang sllu mesej ngan makwe mcm mane?)
Haha...kalau semua dah keje bolehlah buat skill macam ni ye..skali skale bolehla blanje kawan2..kalau berkala-kala...pokaila..huhu
p/s: err...boleh pakai ke tips ni?sendiri buat sendiri tanggunglah ye..=P
Ya Allah,bantulah dan peliharalah saudara-saudara kami di Mesir,Palestin,Syria dan seluruh ummat Islam yang dizalimi dan ditindas...Aaamin
Nostalgia Tumbong Nyor
![]() |
| Ihsan fb page :
|
Sesiapa yang merasainya sahaja mengetahui...zaman sekarang ni,santan pun dah ada yang diperah dan disegerakan..entah budak2 sekarang kenal ke tidak makanan ni..hehe
p/s: dulu time kecik2 suka sangat berebut dengan adik untuk makan benda ni..kikiki...silap aribulan dapat 'hadiah' dari emak...huhu...
Tolongggg...!!!
Semalam waalid ade join satu contest gambar raya yang dianjurkan oleh admin KBBUTV3. waalid sudah send gambar ini..
|
|
|
|
|
V
Jadi,sukalah kiranya sahabat2 tolong undi gambar di atas tu dengan cara mudah,cuma perlu LIKE je gambar tu sudah cukup..harap ramai yang sudi LIKE. Sila KLIK SINI untuk like gambar.
Terima Kasih kepada kawan2 yang sudi tolong...1st time masuk contest..haha..
Tutup Pintu Rapat-Rapat...
Tutup pintu!!
tiada sesiapa yang melihat kamu??
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka... "
Tatkala kamu ingin melakukan kejahatan..sekalipun tiada sesiapa yang melihat kamu..ingatlah,'mata' Allah sentiasa memerhatikan kamu dan Allah sekali-kali tidak leka..
Itulah yang menjadi benteng orang beriman dari melakukan kemaksiatan samada di khalayak ramai atau bersendirian.
Teringat pulak kisah seorang guru menguji anak muridnya. Guru tersebut memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya untuk disembelih dengan syarat tiada yang melihatnya. Lalu ada yang menyembelih di dalam bilik yang dikunci,dalam lubang dan sebagainya. cuma seorang sahaja yang tidak menyembelih..lantas ditanya oleh sang guru.."kenapa kamu tidak menyembelih ayam itu?" lalu anak murid itu menjawab.."wahai tuan guru..dimanakah tempatnya yang tiada yang melihat sedangkan Allah itu maha melihat lagi maha Mengetahui.."
Itulah,kalau keimanan kita kepada Allah itu kuat..insyaAllah kita terselamat dari melakukan maksiat dan dosa kepada Allah Taala..
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan2 yang menjerumuskan kita ke dalam api NERAKA Allah..aamin..
~selamat beramal..~
Rehlah Tarrbawi Ke 'Ain Sukhnah
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi di atas nikmat-nikmat yang tidak terhingga. Perbanyakkanlah menyebut 'الحمدلله ', agar kita menjadi antara golongan yang sedikit sebagaimana firman Allah Azza Wa Jalla :
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
"dan hanya sedikit hamba-hambaKU yang bersyukur"
REHLAH atau bersiar-siap atau lebih cantik dalam bahasa kampung waalid dipanggil trip@tour..=P, merupakan salah satu daripada wasilah tarbiyah dalam membentuk jatidiri seorang muslim yang sejati,mempersiapkan diri seorang pejuang yang akan tegal dalam membawa Deenul Islam.
9 Julai 2012
Cuti Musim panas kali ini waalid menyertai program rehlah yang dianjurkan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT Mesir) ke satu tempat yang belum pernah waalid sampai selama ini,selama ini hanya mendengar nama je..huhu,mungkinkah ini rehlah terakhir waalid di sini?wallahua'lam..
Ain Sukhnah(hot spring), salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar dan juga pelawat tempatan. 120 KM ke timur dari Bandar Qaherah. Untuk maklumat lanjut,blehlah rujuk ustaz wikipedia..hehe..
![]() |
| Sebelum bertolak dari asrama darul iman..masing-masing excited untuk bersiar-siar |
![]() |
| Nampak keboringan menunggu bas sampai...nampak xsabor nak main airnye ni..hihi..:P |
![]() |
| Taaruf YDP KPT...pengisian dalam bas |
Di antara hadaf@tujuan rehlah ialah untuk :
- Menghayati kebesaran Allah
- Mendekatkan diri para da'ie kepada Allah Subhanahu Wa Taala
- Mengeratkan tautan ukhuwah sesama da'ie bagi memudahkan melaksanakan amal islami bersama-sama
- Merehatkan minda disamping mengagungkan ciptaan Allah
- Mempersiapkan daya tahan diri para da'ie
![]() |
| Mendengar amanat daripada Yang di-Pertua KPT,akhi Mohd Zahani Bin Abdul Ghani |
Waalid diberi kesempatan untuk memberi tazkirah ketika dalam perjalanan ke ain sukhnah...dapatlah waalid mengingatkan kepada adik-adik akan kesusahan dan kepayahan golongan terdahulu terutamanya Nabi Muhammad S.A.W dalam membawa Panji Islam,yelah zaman dahulu..mana ada bas,keretapi,kereta,kapal terbang dan sebagainya untuk menyebarkan dakwah.
Tambahan pula,kami dapat melihat kiri dan kanan sewaktu perjalanan yang hanya disajikan dengan padang pasir yang kepanasannya membahang,duk dalam bas ade aircond..kuranglah azabnya...Nabi dulu naik unta je,musafir ke sana sini untuk berdakwah...Allohurobbi..jauhnya pengorbanan kita untuk Islam kan?
![]() |
| Bergambar sebelum memulakan aktiviti....masing-masing xsabar nak berendam dah tuu..huhu |
![]() |
| سبحان الله... |
![]() |
| سبحان الله... |
![]() |
| Antara gaye ter'hot' dilakukan oleh stunner...skali macam katak kembong dah..haha.. |
![]() |
| Antara mangsa duri landak laut..masing-masing mencungkil duri yang tertusuk di kaki..kesian diorang |
![]() |
| Mangsa duri landak laut bertambah...huhu...main tak ingat dunia ekpung..huhu |
![]() |
| Antara kreativiti adik2...ntah ape diorang buat ni..skali tgok macam kubur je..haha |
![]() |
| Haa..yang ni husin and the geng sedang membuat replika yang femes kat Mesir ni..kenal x?sphinx dan piramid..hehe.. |
![]() |
| akhirnyaa....haaa....ini makan dia...haha.. |
![]() |
| chalet yang sedang dalam pembinaan... |
![]() |
| Shoalin soccer..huhu... |
![]() |
| Lepas mandi-manda..siap sedia untuk menjamu selera...ayam bbq madu..sangat sedap..terima kasih adhoc makanan..^_^.. |
![]() |
| Dalam suka-suka...jangan lupa kewajipan seorang muslim terhadap Robbnya..solat dulu,semoga rehlah diberkati Allah..aamin |
![]() |
| Bertarung hingga ke titisan darah terakhit...berusaha untuk melepaskan diri..sakit tu kalau kena sepit..huhu.. |
![]() |
| Air laut merah yang sangat jernih..boleh nampak ikan dan obor-obor...landak laut pun bleh tengok jugak..huhu |
![]() |
| haha..ini bukan berjemur ni..ini berendam namanya...macam-macamlah aksi diorang ni..aduyai... |
![]() |
| main-main jugak..bini ngan anak kat rumah kne amik tau jugak..seb baik kat sini line clear..lepas rindu sat no..ngeh3..:P |
![]() |
| muka kanak-kanak yang sedih nak balik dari laut,al-maklumlah kat kaherah xde laut..haha |
![]() |
| Inilah rupenye landak laut yang merembat kaki kawan-kawan waalid..waalid xkena plak,mungkin landak laut ingat waalid geng diorang kot...rambut ala-ala sama gitu..wakaka..^_^ |
![]() |
| Antara mangsa kekejaman kami..huhu...gurau-gurau sayang je tu..jangan fikir bukan-bukan.. |
![]() |
| Dah..bersiap2 untuk balik..ada rezeki korang bleh jumpa lagi ngan ain sukhnah ni..waalid? ntahlah..dah terbau2 udara ganu ni..huhu.. |
![]() |
| Bergambar kenang-kenangan sebelum naik bas untuk balik...penat..tapi seronok meribat ukhwah sesama muslim..^_^ |
Alhamdulillah,ukhuwah yang diribat diharap dapat melahirkan generasi pelapis untuk memastikan kesatuan dan kebersamaan dalam membentuk gerak kerja amal islami,lebih-lebih lagi bagi memastikan kelangsungan agenda tarbiyah dan melancarkan gerak kerja persatuan yang kami sayangi.
InsyaAllah,dengan kesatuan yang ada,mampu menolak anasir-anasir perpecahan yang cuba dirangka oleh pihak yang mencemburui kesatuan ini. Persatuan KPT@PMRAM cawangan Terengganu sentiasa optimis dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya,oleh itu..sewajibnya anak-anak negeri Terengganu membantu dan sentiasa mendokong agenda persatuan.
Sekian sahaja pengembaraan kita kali ini,harap korang seronok dengan perkongsian ini...buat sahabat-sahabat,tidak salah untuk kita berhibur..tapi jangan sampai jadi 'najis'(maksudnya,jangan sampai kita lupa dunia)..
Wallahua'lam.
Note : kalau ada yang bermusafir,jangan lupa untuk berdoa kepada saudara-saudara kita di syria,Palestin,Burma dan lain-lain kerana doa orang musafir antara doa yang dimakbulkan Allah..^_^
























































