Archive for October 2012

Ohh..sikap orang kita...jadikan pengajaran

Kehidupan kita tidak lari dari kehidupan bermasyarakat, kerana makhluk yang bernama manusia ini adalah bersifat lemah dan saling memerlukan satu sama lain.

Dalam hidup bermasyarakat,banyak benda dan adab2 yang perlu dijaga agar keharmonian hidup bermasyarakat mekar dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Semalam waalid ada pergi ke sebuah rumah ni(nama dirahsiakan untuk kebaikan bersama), tujuannya untuk menghantar barang kiriman yang dikirimkan oleh ahli keluarganya di Mesir kpd salah seorang sahabatnya.

Waalid singgah ke rumah si fulan ni dengan memakai jubah dan berkopiah...setibanya di sana,waalid memberi salam. beberapa kali jugak waalid memberi salam,namun tidak berjawab. Waalid cuba mengembangkan telinga untuk mendengar kalau2 ada bunyi manusia dalam rumah tu..

Tetiba waalid terdengar satu perbualan(dengar hujung2 telinga)

si a : eh,dengar mcm orang bagi salam..sape tu?
si b : orang mintak sedekah
si a : royak(bgtau) xde orang

Waalid agak terkilan mendengar kalam2 itu menyebabkan perasaan bercampur baur,sedih dan geram dengan sikap yang ditunjukkan oleh isi rumah itu. Mungkin tidak semua orang bersikap begitu,namun,sebagai peringatan...janganlah kita cepat berburuk sangka dengan orang lain.

Apalah salahnya kalau benar waalid ingin pergi minta sedekah pun,bukankah itu membuka pintu rahmat Allah?jawablah salam..bagitau elok2 yang 'dia' tidak berkemampuan untuk bersedekah..bukannya melayan seburuk itu..

Apapun..waalid doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua serta mengislahkan diri kita kepada yang terlebih baik terutama yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan sesama manusia..

Wallahua'lam.

p/s: cerita ini bukan bertujuan memburukkan mana2 pihak..tapi hanya untuk dijadikan pedoman dan pengajaran bagi yang ingin berubah...wallahua'lam

Ibrah dari Aidiladha

Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah taala di atas nikmat kehidupan yang penuh dengan kasih sayang Allah...Alhamdulillah,kita diberi kesempatan dalam bulan zulhijjah ini untuk meraikan hari raya aidiladha, juga dikenali dengan hari raya qurban.

Hari raya qurban ini adalah anugerah Allah untuk kita dalam mendekatkan diri kita kepada Allah taala. Mengambil ibrah daripada pengorbanan Saidina Ibrahim A.S dan Saidina Ismail A.S. Pengorbanan yang diangkat kepada darjat yang tertinggi. Baginda Ibrahim A.S berkorban tenaga,masa dan kasih sayangnya semata-mata untuk menunaikan perintah Allah,iaitu menyembelih anak kesayangannya.



Peristiwa ini merakam banyak mesej dan pengajaran,antaranya ialah;

1- Ketaatan dan Keimanan yang utuh terhadap segala perintah dan suruhan Allah Taala.
2- Sifat sabar dan sanggup berkorban apa sahaja terhadap Tuhannya.
3- Merelakan dirinya terkorban bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Taala sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ismail A.S.

dan banyak lagi mesej2 yang dibawa dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam.

Disamping kita bergembira,janganlah kita lupakan hakikat sebenar Hari Raya Aidiladha ini serta ibrah dan sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam...mudah2an kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..insyaAllah.

Di kesempatan ini,waalid sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha,maaf zahir dan batin. Jangan makan daging banyak sangat ye kawan2..nanti darah tinggi...hehe..waalid sebenarnya dah sampai ke tanah air,sebab itulah payah sikit nak update blog ni..dah agak bersawang ni..ye x?haha..papepun,semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...:)


Word Verification?

Alhamdulillah,apa khabar kawan2 semua?maafkan waalid kerana kebelakangan ini jarang muncul dalam dunia blogger ini,sejak nak pulang ke tanah air ni,banyak benda yang ingin dilakukan sehingga kalimah yang disebut2 oleh cendekiawan -"الواجبات أكثر من الأوقات" betul2 menyemputkn diri ini. Benarlah kata cendekiawan " kewajipan itu lebih banyak dari masa".

Pada entry kali ini,waalid nak menyuarakan satu pendapat berkenaan 'word verification' untuk aplikasi komentar dalam blog.kenal x?alah yang keluar macam dalam gambar di bawah ni kalau kita nak komen kat sesebuah blog...

haa...inilah dia...

Sudah banyak yang waalid baca tidak kiralah luahan rasa,geram,marah,dan sebagainya tentang benda alah ni. Waalid boleh katakan yang majoriti blogger tidak suka benda alah ini..betul x?waalid sendiri pun agak kekok dengan benda alah ni dan pendek katanya..tidak suka jugalah..:)

Namun,bagi sisi positif waalid pulak,mungkin sesetengah blogger itu ada sesuatu alasan yang memerlukan blog mereka diletakkan word verification ini.

1- Ada blogger yang blognya hanya untuk kepuasan sendiri,oleh itu,mereka tidak kisah ada orang komen ke tidak.

2- Ada juga blogger yang pernah diganggu oleh sang tanpa nama a.k.a Anonymous,mungkin mereka memasang word verification tu balik..

3- Mungkin juga blogger itu menulis perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak atau sebagainya..

dan mungkin banyak lagi yang mungkin menjadi alasan bagi si blogger yang menggunakan benda alah ini dalam mengelakkan diri mereka dari orang2 yang mereka tidak sukai...mungkinkah waalid pun akan menggunakan word verification ini satu hari nanti?haha...wait and see...

babai...

P/s : macam mana saudara kita di Syria hari ni?Palestin?Burma?dah ambil berita2 diaorang belum?hah?!belum???jangan tuan-puan...kita jangan hiraukan nasib mereka..kita semua adalah bersaudara..doakan mereka ok...^_^..wallahua'lam

Cara Terbaik Hantar Borang Time Ramai Orang..

Korang ade?haha....inilah cara paling terbaik kalau nak hantar borang ketika berurusan untuk sesi pengkuliahan baru yang menyaksikan berbondong-bondong orang untuk berurusan....cara ni senang,jimat masa dan cepat...kikiki

only at egypt....Ape pun boleh...haha

Pabila Seorang Ayah Gembira

Alhamdulillah, kehidupan sebagai pengembara yang bermusafir dalam perjalanan menuntut ilmu bakal berakhir tidak lama lagi...namun,bukanlah bermakna tamatnya tugas untuk menuntut ilmu, bahkan sehingga ke liang lahad perlu kita sentiasa menimba ilmu pengetahuan.



Baru-baru ini ada menelefon ayahanda di kampung,memberitahukan tarikh kepulangan ke kampung halaman...seorang ayah yang kegembiraan jelas kelihatan sekalipun tidak dizahirkan dengan kata-kata,namun sebagai seorang anak,memahami dan mengerti perasaan ibubapanya. Terlebih lagi pabila mereka bersendiriaan di rumah dek anak-anak yang keluar menjalani kehidupan masing-masing.

Tatkala terpacul kalimah "sblm raya haji?bereh! [dengan nada gembira]" dari mulut ayah yang selama ini belum pernah keluar perkataan sebegitu dari mulutnya..jelaslah bahawa ibubapa sentiasa menantikan anak-anak mereka untuk pulang ke pangkuan mereka..

Sebagai peringatan buat diri ini dan kawan-kawan...hargailah ibubapa kita tatkala mereka masih hidup,dan kiranya ada yang telah kehilangan orang tua,perbanyakkanlah sedekahkan pahala al-faatihah dan yaasin,kerana amalan itu akan sampai kepada mereka..itulah sepatutnya seorang anak yang soleh/ah berbakti kepada orang tuanya.

Yang orang tua masih hidup,juga boleh untuk sedekahkan pahala al-faatihah setiap pagi selepas solat subuh.terlebih ahsan untuk setiap solat fardhu...

Semoga Allah taala merahmati ibubapa kita semua..dan moga Allah jauhkan kita dari sifat-sifat anak yang derhaka..aamin..

Ibubapa sentiasa kasih dan sayang terhadap anak-anak mereka,tidak kiralah mereka baik atau buruk,cerdik atau kurang cerdik..mereka tidak pernah lupa terhadap anak-anak mereka,yang sentiasa lupa ialah anak-anak terhadap orang tua mereka..nauzubillah..

moga bermanfaat...^_^...lame dah tak update..sibuk persiapan utk pulang ke tanah air..huhu

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -