Showing posts with label Info dan Maklumat. Show all posts

Ajalnya di Malaysia

Assalamualaikum semua,

Berkenaan entry waalid pasal seorang sahabat yang meninggal semalam,beritanya dah masuk paper hari ini, di sini waalid berkongsi berita yang disiarkan dalam Sinar Harian


KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.
"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.
Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.
“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.
Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.
Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.
“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.
“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.- SH
 sumber : http://www.sinarharian.com.my/ajalnya-di-malaysia-1.196483

Download Modul DPLI j-QAF Semester 2 2013

Kepada sahabat-sahabat j-QAF yang mencari modul untuk sesi interaksi semester 2. ini waalid ada terjumpa link yang menyediakan modul untuk di download. Terima kasih buat DPLI j-QAF IPDA yang berkongsi modul ini.

Sahabat-sahabat boleh memuat turun modul berikut :

1) Unit Bahasa Arab : Sila KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD(4shared)

2) Unit Pendidikan Islam : Sila KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD (4shared)

3) Unit Pendidikan Khas : Sila KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD (4shared)


*** Perhatian: 

1. Fail download adalah dalam bentuk zip. Selepas download, hendaklah unzip fail berkenaan. Panduan unzip fail. Klik sini.

2. Kursus  yang belum ada Modul ialah:
a)AIB2204M (untuk kumpulan Pendidikan Khas)
b)Permainan (ISP 2201)( semua kumpulan)

3. Kursus yang ada proforma sahaja, tiada modul ialah:
a)Pendidikan Islam  ( PIK2102W )

Semoga entry ini dapat membantu sahabat-sahabat yang penuh bersemangat melangkah ke sem 2 2013 bagi program DPLI j-QAF ini..

siiru 3ala barokatillah...

sumber bahan2 : (sini)

Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan


PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi mengandungi bahan radioaktif semula jadi berikutan kajian mendapati ia boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan.



Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sama, pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan loket berkenaan, tetapi beliau menggalakkan pengguna tidak menggunakannya.

Menurutnya, berdasarkan laporan analisis pengujian ke atas sampel pendant yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapati analisis menunjukkan kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semula jadi Uranium-238 berada pada paras yang dibenarkan, manakala Thorium-232 adalah melebihi had yang dibenarkan.

“Penggunaan loket ini boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pengguna khususnya pemakaian berterusan bagi tempoh yang lama dan berhampiran tubuh badan.

SUBRAMANIAM menunjukkan loket yang mengandungi bahan radioaktif pada sidang media di Kementerian Kesihatan, di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

“Keadaan ini akan memberi kesan bahaya terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Loket diperbuat daripada abu gunung berapi yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi terdiri daripada Uranium-238 dan Thorium-232 dan ia dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal.

Ia diedarkan beberapa syarikat jualan langsung serta berada di pasaran negara sekitar 2009 dan penjualannya dilakukan oleh individu di kaki lima, pasar malam dan laman sesawang tanpa melalui saluran sah.

Dr Subramaniam berkata, pembekal dan penjual mendakwa beberapa kelebihan penggunaan loket seperti meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakainya, melancarkan peredaran darah dalam badan, meningkatkan tenaga dan daya ingatan serta pelbagai manfaat lain.

“Bagaimanapun, kementerian mendapati loket tidak mempunyai bukti saintifik mengenai manfaat kesihatan kepada pemakai loket dan ia tidak boleh dikategorikan sebagai peranti perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap loket bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai peranti perubatan mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Ini kerana ia bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semula jadi. Memandangkan ia bukan mengikut maksud perubatan, pengawalan loket adalah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

“Penggunaannya tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya memberi kesan risiko kesihatan kepada pemakainya,” katanya.

Berikutan itu, Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta LPTA untuk bekerjasama bagi mengenakan larangan penjualan roket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.

Sumber myMetro

Boikot Kurma SYIAH!!!

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma ini, marilah kita bersama memberi sokongan kepada saudara Sunni kita di Syria sana. Mari beramai-ramai MEMBOIKOT SEGALA KURMA keluaran IRAN!!
Kerana kurma-kurma ini adalah milik Syiah Rafidhah!! Ianya telah tercemar dengan darah-darah saudara Sunni kita di Syria!!
Terdapat pelbagai lagi alternative kurma buatan saudara-saudara Sunni kita yang boleh kita nikmati.
Untuk membantu ataupun tidak, KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!


sumber : Ustaz Nazmi Karim (Original)

kawan..untuk berjuang dengan tenaga sudah tidak mampu...ayuh berjuang dengan nafsu..moga di sana ada ganjarannya meskipun sedikit..in syaa Allah... 

Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF


MAKLUMAN DAN PERHATIAN     

            1     Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.     

                        
            2     Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah untuk maklumat lanjut).     

                        
            3     Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian  daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.     

                        
            4     Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.     

                        
            5     Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.     

                        
            6     Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.     

                        
            7     Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp     

                        
            8     Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    

                       

PENDAFTARAN     
          
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
                       


IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU     
           
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.



Untuk mengisi borang secara online,sila beli no pin di BSN terdekat dan klik gambar di bawah untuk ke aplikasi borang secara online..
 

Cara-cara untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar.Mesir

Sedikit Info buat sahabat-sahabat yang berniat dan bercita-cita untuk menyambung pengajian ke bumi kinanah,Mesir,ini ada sedikit maklumat yang disalurkan melalui Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor :



1.Pemohon yg lulus imtihan qabul di msia baru-baru ini boleh terus mengisi borang yang akan diuruskn oleh KPT melalui yayasan @ jabatan agama negeri

2. Pemohon yg tidak lulus di dalam imtihan qabul di msia, anda layak untuk ke Mesir utk mengambil ujian sekali lagi di uni Alazhar.Sila pastikan anda mengisi n melengkapkan borang dan hantarkan melalui yayasan @ jabatan agama negeri utk diserahkan kepada EME mesir sebelum 10 september ini.Diingatkan pelajar mesti tiba di mesir sebelum 15 September utk persedian n memduduki ujian saringan kali ke 2 di sana.utk urusan passport n visa sila rujuk kepada pihak yg sama.

3.Bagi pemohon yg tidak pernah menduduki imtihan tahdid mustawa di msia.. usaha utk memastikan anda menduduki imtihan tersebut sedang diperbincgkn

Untuk mengetahui maklumat terkini boleh like FB fanpage ILMAM Selangor di SINI

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/Pelajar%20lepasan%20STAM%20ke%20Pengajian%20Islam%20di%20Al-Azhar.pdf


sumber: ILMAM Selangor.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -