Showing posts with label tahniah. Show all posts
Ahlan Wasahlan Follower ke #500 | Cerita Kedai Kopi

Untuk entry kali ini,waalid dengan suka hatinya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menjadi follower di blog waalid yang berkecamuk ini..hehe..
Hingga hari ini,10 Ogos 2012,follower waalid dah mencecah #503 orang...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..dari 400 orang follower pada 23 Julai 2012 lalu menjadi 503 pada 10 Ogos 2012 lebih kurang 19 hari,
Sebenarnya,melibatkan diri dalam segmen-segmen yang dibuat oleh otai-otai blog sangat membantu waalid dalam dunia blogger ini. Kalau dikira,menceburkan diri dalam dunia blog ni dah lama bagi waalid,semenjak tahun 2008 lagi,tapi macam itulah,selalu tenggelam timbul...
Sejak dari tahun 2011 baru mula aktif balik memandangkan kondisi internet dan semangat untuk berblogging ni meningkat...mungkin jeles dengan otai2 yang hebat-hebat kot..
Di kesempatan ini,waalid ingin mengucapkan kepada saudara kimi jamai,pemilik blog Cerita Kedai Kopi yang menjadi follower yang ke 500 waalid,dengan ucapan..Jazakumullahu Khairan Jazak ...
Sedikit pengenalan tentang saudara kimi jamai ni,waalid copy dari blog dia jugak ni,harap saudara kimi xmarah ye..hehe...
nama diberi mohamad hakimi bin abdul jamai
Lahir dan menetap di Sungai Petani..
lahir pada 31.1.1993
anak ke 5 daripada 7 org adik bradik..
minat kucing n xsuka laksa.. :)
single but not availavel dah..
muka besa2 ja tp ensem la..hoho..
sedang belajar lagi..
mula tulis blog dalam tahun 2009.. tapi baru nak aktif 2012
favouret tv series : HOW i meT YOUR mother
favourite malay movie: Belukar
favourite eng movie : SAW :P
favourite food : nasi goreng USA
aku jarang bnci org..
bnda yg aku reti masak adalah air, telur goreng, telur rebus, telur separuh masak.. :P
aku suka berniaga..
aku suka mengajar..
xpernah habes baca satu novel pun even The Phantom Of tHe Opera pun aku baca summary ja..
suka angkat tong gas..
suka nyanyi nyanyuk..
belajaq di UPM..
ada band nama ABC..
Baru nak belajar main guitarr..
aku nak jadi insan yg berjaya dunia akhirat.. :)

nak kenal kimi jamai?waalid curi gambar dia..hehe..
tadaaa...
![]() |
muka mcm nk masuk dlm lptop..haha..gurau je..=P |
Sekian pengenalan tentang saudara kimi jamai,jom cepat2 terjah blog dia..sila klik header blognya di atas atau klik aje sini...selesai review follower ke 500 waalid..hehe
Follower lain?jangan sedih..waalid turut hargai kalian dan waalid mintak maaf xreview..kalau nak review sume,tahun depan pun xhabis..haha..jangan marah..papepun waalid tetap ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazak kepada semua yang memberi sokongan kepada waalid..
Dah2..jom pecut ibadah untuk dapatkan ganjaran istimewa daripada Allah..mudah2 kita mendapat malam Lailatul Qadar tahun ini..aamin..
wallahua'lam
Terima Kasih Pejuang Sekalian #300
Bismillahirrahmanirrahim...
الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله
Entry kali ini,waalid tujukan kepada semua pengunjung dan follower blog waalid yang tidak seberapa ini.sekarang,follower blog waalid dah mencecah #300,hehe..(eleh,org len beribu2..huhu),
Waalid amat gembira kerana sudah mampu untuk sampai ke tahap ini berbanding dahulu,follower xsampai 50 pun,oleh kerana banyak join segmen,blogwalking,skrg waalid dh ramai kawan,dapat berkongsi idea dan pendapat,pengalaman dan sebagainya.
Jadi,buat Semua Pengunjung dan Follower blog ceroi waalid ni,waalid nak ucapkan
JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZAK
TERIMA KASIH
THANK YOU
TOCHE
er..ape lg ek..bubuh sendirilah ye..
ok,sebelum tu,kita review sikit follower #300 waalid,dia ialah :
![]() | ||
SALLY SAMSAIMAN |
blognya yang simple dan agak menarik,utk tahu lebih lanjut..kawan2 boleh jenguk sendiri dia..hehe
Haa..ape tunggu lagi?jom terjah blog dia ramai2..hehe..
KLIK SINI utk TERJAH
ilalliqo'....^_^
Ramadhan semakin hampir..jangan lupa siap sedia..ok..[Selamat Beramal]
Anugerah Ilahi
Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat bernilai,tiada tara nilainya dengan mana-mana kekayaan dunia,maka...jagalah kekayaan yang anda miliki itu dengan sebaik-baiknya..insyAllah anda akan menuai hasilnya di akhirat kelak.
Kami(waalidaisya,ummuaisya,aisya) ingin mengucapkan kepada ustazah Habsah beserta pasangannya, Saedin bin Sulong dengan ucapan :
semoga,kehadiran anak yang comel ini,menyerikan lagi kehidupan rumahtangga kalian...insyaALlah..^_^
Kami(waalidaisya,ummuaisya,aisya) ingin mengucapkan kepada ustazah Habsah beserta pasangannya, Saedin bin Sulong dengan ucapan :
بارك الله لك في الموهوب وشكرت الواهب ورزقت بره
semoga,kehadiran anak yang comel ini,menyerikan lagi kehidupan rumahtangga kalian...insyaALlah..^_^
ٍٍSelamat Pengantin Baru Sahabat..
![]() |
Ahmad Shahabuddin Bin Mamat |
Video Akad Nikah beliau..,mabruklah sekali lafaz sahaja..alhamdulillah..:)
Kami sekeluarga mengucapkan
Kami tujukan lagu ini buat pasangan bahagia Ahmad Shahabuddin dan isteri...semoga kekal hingga ke syurga..
Maaf buat sahabatku, budin dan isteri kerana tidak dapat menghadiri majlis walimah kalian kerana perbezaan jarak yang jauh.insyaAllah kalau dipanjangkan umur,kita jumpa bila al-faqir pulang ke Malaysia nanti... Hanya doa yang mampu kami hulurkan buat sahabat di sana semoga segalanya dipermudahkan urusan dan diberkati oleh Allah selalu.
Tahniah TRW!!!
Tahniah dan Syabas buat pasukan The Red Warrior(Klate) yang berjaya merangkul juara piala FA.
Walaupun tidak dapat menonton siaran langsung melalui streaming dek kerana kecemburuan line yang mensabotaj saya daripada menonton siaran langsung..namun sempat juga melihat gol yang dijaringkan melalui sepakan penalti.
Syabas dan Tahniah buat ore2 klate kito...hehe..akhirnya sime darby kene gomo denge klate jugok deh..hebak klate..:)
apo2 pun..TOK GURU kesayange kito!..heh!
Tahniah Dan Takziah buat Pimpinan baru PMRAM
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, muktamar sanawi(mesyuarat agung tahunan) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah dilabuhkan tirainya bagi sesi 2011, bermulalah era kepimpinan baru badan pengurus PMRAM di bawah pengemudi baru iaitulah saudara Abdul Aziz Bin Ali. Sememangnya, apabila bertukarnya tampuk kepimpinan,maka corak pembawakan adalah berbeza, berdasarkan tema baru pada tahun ini iaitu ”MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN “ jelas menunjukkan bahawa PMRAM sentiasa menginginkan ahli-ahlinya cemerlang bukan sahaja dari sudut pendidikan,bahkan dari sudut akademik. PMRAM juga tidak mengabaikan kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri dari pelbagai generasi.
kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada badan pengurus PMRAM sesi 2011 yang dikemudi oleh saudara zuhaili bin saiman yang telah banyak berkorban demi menguruskan pentadbiran PMRAM. Semoga Allah taala membalas jasa kalian dengan SyurgaNYA..aamin.
TAHNIAH,SYABAS dan TAKZIAH kepada badan pengurus yang baru dilantik :
Semoga Allah taala memimpin dan memandu gerak kerja kalian serta memudahkan dan memberi pertolongan dalam segala perkara...aamin.:)
UCAPAN PRESIDEN PMRAM BARU :

- ABDUL AZIZ BIN ALI(PRESIDEN)
- ABDUL HADI BIN JUSOH
- AHMAD BIN JA'FAR
- AHMAD QUTAIBAH BIN MOHAMED
- ABDUL NAAFIQ TAQIUDDIN BI MOHD ROSLAN
- MUHAMMAD AL-AMIN BIN HJ SALLEH
- MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN
- MUHAMMAD SYAZWAN BIN HAMZAH
- SUBKI BIN ZAKARIA
- MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAINAL ABIDIN
- NUR AHMAD WAFIY BIN NOR AZRI [kekal]
- NORHALIS SYAFIQ [kekal]
- AHMAD BAIHAKI BIN RASHID [kekal]
- AHMAD HUZAIFAH BIN FAUZI [kekal]
- ZULHAFEEZ BIN AHMAD ZAHIDI [kekal]
Semoga Allah taala memimpin dan memandu gerak kerja kalian serta memudahkan dan memberi pertolongan dalam segala perkara...aamin.:)
UCAPAN PRESIDEN PMRAM BARU :
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda, seterusnya seluruh pejuang agama Islam yang bertebaran di atas muka bumi yang sentiasa bekerja menyebarkan risalah Islam demi memastikan agama Islam terus mekar dalam sanubari manusia.
Perjuangan PMRAM sebagai NGO yang berdaftar dan persatuan induk mahasiswa Malaysia di bumi Mesir diteruskan dalam memastikan agenda kebajikan dapat disampaikan kepada seluruh ahli. Putaran kehidupan dunia tidak pernah terhenti. Ada ketikanya kita berada di atas dan ada ketikanya kita berada di bawah. Begitu juga dalam konteks kepimpinan, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.Para mahasiswa Islam yang dikasihi sekalian,
Tanggal 14 Mac 2012 menyaksikan tampuk pentadbiran PMRAM bertukar ganti. Inilah sunnatullah yang telah ditetapkan dalam sesuatu organisasi.Perjuangan membawa risalah Islam sentiasa diperbaharui dan pembawa obor perjuangan akan silih bertukar. Kehebatan PMRAM pada hari ini yang masih gagah bertapak di bumi anbia’ ini adalah disebabkan oleh kekuatan kesatuan yang ada pada seluruh ahli PMRAM ditambah pula dengan kesungguhan para pimpinan di seluruh cawangan yang bernaung di bawah PMRAM yang terdiri daripada 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang sentiasa memberi komitmen terbaik dan selari dengan kehendak di peringkat PMRAM pusat.
Tahun 2012 genap usia PMRAM 82 tahun. Pada tahun ini menyingkap kembali sejarah suka duka PMRAM dalam arena perjuangan mahasiswa Islam Mesir. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-2o penubuhan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) bererti selama 20 tahun ini jugalah kebajikan seluruh ahli-ahli PMRAM di Muhafazah dijaga dengan baik.
Penganjuran konvensyen PMRAM kali ke-4 pada 29 Februari yang lalu menunjukkan PMRAM begitu optimis dalam meneruskan dan memperkasakan usaha penghantaran mahasiswa baru ke cawangan-cawangan al-Azhar di seluruh Muhafazah.
Para pemuda dan pemudi idaman Ummah sekalian,
Sedar ataupun tidak, tahun ini jugalah genap 20 tahun PMRAM dihalau daripada rumahnya sendiri iaitu Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Suatu sejarah hitam yang sentiasa segar dalam memori ingatan pendokong-pendokong PMRAM dan akan terus diwarisi kepada generasi mendatang.
Tanggal 16 Mac 1992 menjadi tarikh keramat dan sentiasa diingati dalam sejarah PMRAM apabila pihak PMRAM telah menerima sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia meminta supaya PMRAM keluar daripada ARMA. Hal ini berpunca daripada pendirian PMRAM yang tidak bersetuju di atas penubuhan persatuan baru iaitu Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) pada tahun 1992 untuk menggantikan PMRAM yang dikatakan tidak mampu menyatukan suara anak-anak Melayu yang belajar di Mesir pada waktu itu.
Hasilnya seluruh mahasiswa bangkit menyatakan pendirian mereka yang sesekali tidak bersetuju dalam perkara tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perpecahan dikalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.
Ini antara sebahagian kisah duka yang dihadapi oleh PMRAM. Selain daripada itu PMRAM pada sesi 2011tidak ketinggalan berhadapan dengan ujian yang cukup besar apabila ada usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengharamkan dan melenyapkan PMRAM daripada muka bumi Mesir ini.
Begitu juga isu yang berlaku sekitar cawangan-cawangan PMRAM antaranya penarikan pengiktirafan PMRAM Cawangan Melaka (BKKIMM) oleh Kerajaan negeri Melaka, isu penafian hak terhadap PMRAM Cawangan Johor (BKPJM) dan isu penarikan pinjaman 9 orang mahasiswa PMRAM Cawangan Terengganu (KPT) yang melibatkan 7 orang mahasiswa Pengajian Islam dan 2 orang mahasiswa Pengajian Sains Kesihatan.
Kesemua isu yang disebut ini melibatkan hak dan maruah yang perlu dipertahankan oleh seluruh mahasiswa Islam sama ada pengajian Islam mahupun sains kesihatan.Para mahasiswa Islam sekalian,
Bertemakan ” Memartabat keilmuan, Memimpin Kesatuan ” Pentadbiran PMRAM sesi 2012 akan terus memacu momentum seluruh mahasiswa ke arah kecemerlangan dari sudut keilmuan dan juga akademik disamping tidak meninggalkan gerak kerja terhadap pembentukan fikrah dan syakshiah yang baik. Selain itu, kebersamaan dan kesatuan di kalangan ahli PMRAM seluruh cawangan BKAN dan DPM akan terus diperkasakan dengan tindakan-tindakan yang akan disusun dan diselaraskan selepas daripada ini demi memastikan perjuangan PMRAM sebagai persatuan induk mahasiswa Malaysia di Mesir dapat dilaksanakan dengan sehabis baik.
Tiga usul yang telah diperbahaskan dan diterima sebulat suara oleh seluruh perwakilan pada Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-79 iaitu :
1. Mengembalikan Hak PMRAM di ARMAKesemua usul yang disenaraikan ini merupakan perkara yang amat besar dan memerlukan kerjasama yang baik daripada semua pihak untuk sama-sama menjayakannya.
2. Memperkasa hubungan baik antara mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan dengan tindakan ;
- Kempen di seluruh cawangan
- Perkongsian idea
3. Bersama menjayakan slogan ” Kita PMRAM ” dengan tindakan :
- Mempertahankan hak mahasiswa Islam
- Memperkasakan kesatuan di seluruh peringkat.
Kitalah yang bertanggungjawab,Justeru, PMRAM menyeru semua mahasiswa/wi Islam untuk bersama-sama dengan PMRAM yang merupakan gerakan mahasiswa/wi Islam dalam melaksanakan semua agenda yang diperjuangkan. PMRAM bukanlah milik Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, akan tetapi PMRAM adalah amanah ke atas semua mahasiswa/wi Islam yang mengakui memperjuangkan Islam.
Bangkit wahai generasi berintegriti!Laksanakan tugas dan jalankan amanah bersama. Akhir bicara, pastikan tiga usul yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu digerakkan oleh semua pihak agar perbahaskan yang telah dijalankan tidak menjadi tin kosong. Usah dilupai hak kita dan jasa mereka kerana kita adalah penyambung kesinambungan generasi terdahulu bagi melahirkan pelapis generasi hadapan untuk memperjuangkan Islam.
” MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN “
ABDUL AZIZ BIN ALI
PRESIDEN,
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 2012.
Tahniah Akhi Kheiman!
Bismillah Walhamdulillah..
Bersyukur kita ke hadrat Allah taala atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang amat besar nilainya dan seharusnya kita senantiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita dengan meningkatkan ketaatan dan mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa.
Sudah lama al-faqir tidak mencoretkan idea di sini,sudah berbulan2 semenjak awal ramadhan yang lalu sehingga kini,mungkinlah dek kesibukan dan kewajipan yang perlu dilunaskan sebagai tanggungjawab yang telah di amanahkan ke atas diri al-faqir.
Sebagai Muqaddimah setelah sekian lama menyepi..disini al-faqir ingin mengucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Aiman Bin Mohd Ariffin(kheimang) dan kepada pasangannya Al-Fadhilah Ustazah Siti Mariam Binti Alias di atas ikatan perkahwinan yang berlangsung pada 15 September 2011 dengan ucapan :
"بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير"
Semoga dengan ikatan yang bahagia ini mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada pemuda dan pemudi yang lain untuk terus mengikut jejak langkah mereka berdua.insyaAllah.
Akhir kalam,perkahwinan di usia muda terdapatnya di sana kelebihan dan kekurang,kesemuanya bergantung kepada pelbagai faktor...sebagai orang beriman,kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara yang menjadi hak individu kepada orang lain...oleh itu,lihatlah dengan hati yang jujur dan bersangka baik,mudah2an kita tidak sentiasa berlapang dada dalam sesuatu hal...(^_^)

kheiman-pengantin(dua dari kiri) |