Showing posts with label ucapan. Show all posts

Terima Kasih : Pengomen Tegar Ogos


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger-blogger yang sudi singgah dan mencuri masa untuk berkomentar di blog waalid yang tidak seberapa ini,

Pengomen julai tempoh hari waalid tidak sempat untuk buat entry khas,hanya dapat list di sidebar blog je,kali ini waalid tujukan entry khas buat pengomen2 bulan ogos blog ini.

Berikut adalah pengomen tegar bulan julai blog waalid ni mengikut komen yang paling banyak..

1) Lana (8 komen)
2) Hanif Idrus (6 komen)
3) Rosmiza Ali (3 komen)
4) Che Rosliza Che Mat ( 3 komen)
5) NURSHAKIRA ABDUL HALIM (2 komen)
6) tenku butang (1 komen)
7) Tetamu Istimewa (1 komen)

Terima kasih dan selalulah komen kat blog waalid ya..Syukron..^_^


Al-Fatihah Buat Abdullah Bin Azahari

Al-Fatihah...


Setiap yang bernyawa pasti akan mati,

Sesungguhnya Allah menyanyangi hamba-hambaNya yang soleh.

Seorang junior waalid ketika berada di Mesir,namanya Abdullah Bin Azahari telah meninggal dunia pagi tadi(28/8/2013) akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya pantai timur Bukit Besi- Ajil.

Arwah diceritakan telah melanggar benteng lebuh raya dan mengalami pendarahan dalam kepala. Meninggal di tempat kejadian.

Waalid cukup tersentap dengan berita pemergiannya. Setakat yang waalid kenal,beliau(arwah) sangat baik dan cukup sopan santun. Baik muamalahnya bersama kawan-kawan,senior2 yang lebih berumur daripadanya.

Ayuhlah sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Aamin..

"Sungguh!kematian itu pasti...bilakah giliran kita?wallahua'lam...BERSEDIALAH!...."

Salam Lebaran 1434H

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa,penutupnya kita merayakan dengan rasa syukur dan gembira. Mudah-mudahan amalan-amalan yan kita laksanakan sebulan yang berlalu diterima dan dikira oleh Allah Taala sebagai amalan kebajikan.

Di kesempatan ini,waalid sekeluarga ingin menucapkan



Selamat Hari Haya Aidilfitri 1434H 

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين وافائزين 
وكل عام وأنتم بخير


Maaf Zahir & Batin
Ikhlas dari kami sekeluarga

Header Ramadhan...Jazakillah!

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk hidup dan menikmati nikmat-nikmatnya. Besarnya rahmat Allah kepada kita,masih belum terlambat kiranya kita ingin bertaubat kepada-Nya sebelum kita dijemput menghadap-Nya.

Perasan tak perubahan yang berlaku pada blog waalid ni?hehe..cantik kan?Terima kasih yang tak terhingga buat Lana yang baik hati hadiahkan header ni kepada waalid. Sangat-sangat cantik dan tenang dengan designnya.


Nampak berbunga-bunga kan?hehe,tapi waalid tak kisah sebab sekarang ni sememangnya hati waalid berbunga-bunga dengan bulan yang mulia,Ramadhan Al-Mubaarak. Rasanya bukan waalid sahaja yang berasa begitu kan?^_^

Header ni bukanlah waalid tempah khusus dengan Lana, bahkan tidak sangka dapat header ni daripada Lana,bila lihat entry lana berkenaan kawan2nya yang menggunakan header ni,waalid komen secara 'bergurau'. Tetiba plak lana ni menawarkan untuk buat header tu..rezeki dah datang,takkan kite nak tolak kan?hehe..

Lama dah nak design header baru,tapi tak dapat nak buat memandangkan notebook waalid kecik dan kurang sesuai untuk proses edit-edit gambar guna photoshop. PC plak dah rosak grafik kad dan tidak dapat nak bukan aplikasi photoshop tu. Terima kasih skali lagi buat Lana.

Untuk pengetahuan, Lana ni mengambil tempahan untuk :

1. Header blog
2. Cover photo Facebook
3. Profile photo Facebook
3. Full Template blog

Jadi,sesiapa yang nak membuat tempahan boleh rujuk di sini---- > SiNI

In Syaa' Allah waalid gerenti kalian akan berpuas hati dengan hasil kerja lana ni, banyak dah waalid lihat blogger2 buat entry berkaitan hasil kerja lana, dan mereka berpuas hati dan sangat gembira...hehe..

wallahua'lam..

|||~ Selamat Menjalani Ibadah Puasa~ |||

Ibrah dari Aidiladha

Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah taala di atas nikmat kehidupan yang penuh dengan kasih sayang Allah...Alhamdulillah,kita diberi kesempatan dalam bulan zulhijjah ini untuk meraikan hari raya aidiladha, juga dikenali dengan hari raya qurban.

Hari raya qurban ini adalah anugerah Allah untuk kita dalam mendekatkan diri kita kepada Allah taala. Mengambil ibrah daripada pengorbanan Saidina Ibrahim A.S dan Saidina Ismail A.S. Pengorbanan yang diangkat kepada darjat yang tertinggi. Baginda Ibrahim A.S berkorban tenaga,masa dan kasih sayangnya semata-mata untuk menunaikan perintah Allah,iaitu menyembelih anak kesayangannya.



Peristiwa ini merakam banyak mesej dan pengajaran,antaranya ialah;

1- Ketaatan dan Keimanan yang utuh terhadap segala perintah dan suruhan Allah Taala.
2- Sifat sabar dan sanggup berkorban apa sahaja terhadap Tuhannya.
3- Merelakan dirinya terkorban bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Taala sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ismail A.S.

dan banyak lagi mesej2 yang dibawa dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam.

Disamping kita bergembira,janganlah kita lupakan hakikat sebenar Hari Raya Aidiladha ini serta ibrah dan sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam...mudah2an kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..insyaAllah.

Di kesempatan ini,waalid sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha,maaf zahir dan batin. Jangan makan daging banyak sangat ye kawan2..nanti darah tinggi...hehe..waalid sebenarnya dah sampai ke tanah air,sebab itulah payah sikit nak update blog ni..dah agak bersawang ni..ye x?haha..papepun,semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...:)


Salam Aidilfitri Dari Perantauan..

Alhamdulillah,tibalah hari kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ummat Islam. Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan..moga-moga ibadah dan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan yang baru pergi diterima oleh Allah taala.

waalid mintak maaf sebab lambat untuk mengucapkan salam lebaran buat sahabat2 blogger waalid....macam mana raya kalian?mesti ceria kan?disamping keluarga yang tersayang..huhu..

Waalid di perantauan cmnilah...mujur ada kawan2 dan anak serta isteri yang menemani di hari lebaran...terubat sedikit kerinduan kepada kampung halaman.dah masuk hari raya ketiga..masih beraya ke?hem..raya-raya jugak..nanti jangan lupa puasa enam ye..^_^


Dikesempatan ini,waalid dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan khasnya tidak lupa kepada semua yang sudi menziarahi blog waalid ini.mudah2an syawal kali ini menjadi batu lonjatan kepada amal-amal kebajikan kita..insyaAllah..

Ikhlas dari kami di perantauan...
Beginilah kami di perlembahan ni..usai solat sunat aidilfitri..bergambar kenang-kenangan bersama-sama...



Ahlan Wasahlan Follower ke #500 | Cerita Kedai Kopi

Alhamdulillah,tangisan Ramadhan kian kedengaran...bulan yang penuh barakah bakal meninggalkan kita..masih berbaki 8@7 hari untuk merebut peluang sebanyak-banyaknya agar kita tidak tergolong dalam mereka-mereka yang rugi.

Untuk entry kali ini,waalid dengan suka hatinya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menjadi follower di blog waalid yang berkecamuk ini..hehe..

Hingga hari ini,10 Ogos 2012,follower waalid dah mencecah #503 orang...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..dari 400 orang follower pada 23 Julai 2012 lalu menjadi 503 pada 10 Ogos 2012 lebih kurang 19 hari,

Sebenarnya,melibatkan diri dalam segmen-segmen yang dibuat oleh otai-otai blog sangat membantu waalid dalam dunia blogger ini. Kalau dikira,menceburkan diri dalam dunia blog ni dah lama bagi waalid,semenjak tahun 2008 lagi,tapi macam itulah,selalu tenggelam timbul...

Sejak dari tahun 2011 baru mula aktif balik memandangkan kondisi internet dan semangat untuk berblogging ni meningkat...mungkin jeles dengan otai2 yang hebat-hebat kot..

Di kesempatan ini,waalid ingin mengucapkan kepada saudara kimi jamai,pemilik blog Cerita Kedai Kopi yang menjadi follower yang ke 500 waalid,dengan ucapan..Jazakumullahu Khairan Jazak ...


Sedikit pengenalan tentang saudara kimi jamai ni,waalid copy dari blog dia jugak ni,harap saudara kimi xmarah ye..hehe...

nama diberi mohamad hakimi bin abdul jamai
Lahir dan menetap di Sungai Petani..
lahir pada 31.1.1993
anak ke 5 daripada 7 org adik bradik..
minat kucing n xsuka laksa.. :)
single but not availavel dah..
muka besa2 ja tp ensem la..hoho..
sedang belajar lagi..
mula tulis blog dalam tahun 2009.. tapi baru nak aktif 2012
favouret tv series : HOW i meT YOUR mother
favourite malay movie: Belukar
favourite eng movie :  SAW :P
favourite food : nasi goreng USA
aku jarang bnci org..
bnda yg aku reti masak adalah air, telur goreng, telur rebus, telur separuh masak.. :P
aku suka berniaga..
aku suka mengajar..
xpernah habes baca satu novel pun even The Phantom Of tHe Opera pun aku baca summary ja..
suka angkat tong gas..
suka nyanyi nyanyuk..
belajaq di UPM..
ada band nama ABC..
Baru nak belajar main guitarr..
aku nak jadi insan yg berjaya dunia akhirat.. :)


nak kenal kimi jamai?waalid curi gambar dia..hehe..

tadaaa...
muka mcm nk masuk dlm lptop..haha..gurau je..=P
Sekian pengenalan tentang saudara kimi jamai,jom cepat2 terjah blog dia..sila klik header blognya di atas atau klik aje sini...selesai review follower ke 500 waalid..hehe

Follower lain?jangan sedih..waalid turut hargai kalian dan waalid mintak maaf xreview..kalau nak review sume,tahun depan pun xhabis..haha..jangan marah..papepun waalid tetap ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazak kepada semua yang memberi sokongan kepada waalid..

Dah2..jom pecut ibadah untuk dapatkan ganjaran istimewa daripada Allah..mudah2 kita mendapat malam Lailatul Qadar tahun ini..aamin..

wallahua'lam

Top 10 yang suka komen di blog Waalid

Alhamdulillah,hari ini dah 14 Ramadhan 1433H,sehari lagi untuk sampai kepada kemuncak ramadhan..harap2nya kita semua tidak disibukkan dengan membeli belah,kuih muih,bisnes sana..bisnes sini..bukannya salah,cuma berpada2lah agar kita tidak mensia-siakan bulan yang penuh barokah ini..

Untuk entry kali ini,waalid ingin membuat penghargaan kepada 10 orang sahabat yang selalu datang ke blog waalid bilamana terdapatnya entry terkini.Waalid bleh ibaratkan mereka adalah sahabat blogger yang paling rapat dengan waalid sekarang.sekalipun tidak pernah bersua muka..^_^

Baiklah,tidak payah mendengar celoteh melalut waalid. Jom kita lihat siapakah yang dimaksudkan 10 orang ini???haaa

Senarai ini adalah untuk tempoh sehingga ke saat entry ini ditulis(awal ogos)..bulan hadapan kita update lain..kalau nk dipromote blog..sila komen banyak2 di blog waalid..hehe...=P



1- Pengkomen terbanyak PERTAMA:


Sahabat yang menggunakan nickname NAL...
Berasal daripada Langkawi,kedah
Masih bergelar student.semoga sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi ya..^_^
untuk tahu lebih lanjut..sila klik header NAL di atas atau klik SINI

Jazakallahukhairan Kathira NAL sudi datang dan selalu komen entry waalid

2- Pengkomen terbanyak KEDUA


Sahabiah yang menggunakan nickname tasha.masih belajar dan berasal daripada batu caves,selagor...hem..untuk kenal lebih lanjut siapa tasha ni..klik header tasha di atas atau klik SINI

Jazakillah selalu komen blog waalid..

3 - Pengkomen terbanyak KETIGA

Yayabunga ni menetap di Ampang dan pekerjaan mencari bintang..haha..dah dia tulis kat profil dia cmtu..waalid salin jela..huhu..jangan marah haa..

Klik header @ SINI utk terjah beliau...

Terima Kasih selalu jenguk dan komen di blog usang ini..hehe

4 - Pengkomen terbanyak KEEMPAT


sahabat sempoi yang menggunakan nickname bonikacak(kacak ke?hee..jgn mrh)..
Sedikit sebanyak tentang bang boni :
NAMA : BONI @ BONZ ZACKLESS
TARIKH LAHIR : 21 OKTOBER 1985
PEKERJAAN : MAT DESPATCH
TEMPAT LAHIR : HBKL
ALAMAT : BUMI
NOMBOR TELEFON : 012-1234567
MAKANAN KEGEMARAN : SATE MASAK 3 RASA
MINUMAN KEGEMARAN : AIR YANG SITI NURHALIZA,LISA SURIHANI DAN NORA DANISH SUKA
HOBI : MENGEPAM JAMBAN,MEMUTSALKAN DIRI,MENYANYI,MEMBLOGGING
CITA-CITA : INGIN MENJADI ROBOCOP
huhu...jom Terjah SINI or Klik Headernya di atas..
Jazakallahukhairan Kathira Bang Boni sudi datang dan selalu komen entry waalid


5- Pengkomen terbanyak KELIMA


 Blog Anna Husna ini sarat dengan pengajaran dan nasihat kepada kita. Waalid suka baca blog2 sebegini..dapat tambah ilmu dan saling mengingatkan diri yang selalu alpa..Berasal dari Taiping Perak...

Jom terjah Anna di SINI @ klik header ye..
Jazakillah selalu komen blog waalid..^_^

 6 - Pengkomen terbanyak KEENAM

IbuAmirul...Jom terjah dan ziarah ibu amirul di SINI @ klik header
pengenalannya :"    temerloh, pahang, Malaysia
    Ain tulis apa yang Ain fikirkan yang Ain rasakan boleh dikongsikan dengan yang lain"
wallahua'lam...nk thu lebih lanjut..sila tanye empunya badan..ngee~
Jazakillah selalu komen blog waalid..^_^

7 - Pengkomen Terbanyak KETUJUH


Terjah Sue-Rya Qistina di SINI atau klik header oke..
Jazakillah selalu komen blog waalid..^_^

8 - Pengkomen Terbanyak KELAPAN

 blog yang simple tapi penuh dengan entry2 yang bermanfaat serta bleh dikatakan lana ni antara yang mempunyai follower yang ramai..hehe..jom terjah beliau di SINI atau klik header atas
Jazakillah sudi berkomentar di blog waalid ye..=)

9 - Pengkomen terbanyak KESEMBILAN


Mak Dara a.k.a MD..blogger yang selalu meroyan..hehe..MD slalu gune,jadi tak salahla kalau waalid guna kan?tp MD ni baru berhijrah dari freehair kpd bertudung...alhamdulillah mak..semoga istiqamah dalam penghijrahan itu..
rsenye xperlu syarah panjang ttg MD..sume mesti dah kenal ngan MD ni kan..hehe..jom terjah dan Blogwalking SINI or klik gambar atas
Terima Kasih MAK DARA..^_^
10 - Pengkomen terbanyak KESEPULUH

kak Maiyah ni merupakan ibu pada Ayuni dan Fizuan, sorang OKU yang sentiasa cuba ceria.
untuk mengetahui lebih lanjut..jangan segan silu melawat dan berkunjung ke teratak kak mai..di SINI atau dengan senang hati klik gambar di atas..^_^
Terima Kasih kak Mai...

Kepada semua yang selalu datang ke blog waalid,sekalipun tidak tinggalkan komen..waalid tetap ucapkan ribuan terima kasih dan doakan waalid dapat istiqomah dalam meneruskan lapangan dakwah di medan maya ini..Jazakumullahu Khairan Jazak..^_^

Terima Kasih Pejuang Sekalian #300

Bismillahirrahmanirrahim...

الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله

Entry kali ini,waalid tujukan kepada semua pengunjung dan follower blog waalid yang tidak seberapa ini.sekarang,follower blog waalid dah mencecah #300,hehe..(eleh,org len beribu2..huhu),

Waalid amat gembira kerana sudah mampu untuk sampai ke tahap ini berbanding dahulu,follower xsampai 50 pun,oleh kerana banyak join segmen,blogwalking,skrg waalid dh ramai kawan,dapat berkongsi idea dan pendapat,pengalaman dan sebagainya.

Jadi,buat Semua Pengunjung dan Follower blog ceroi waalid ni,waalid nak ucapkan 
JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZAK
TERIMA KASIH
THANK YOU
TOCHE
er..ape lg ek..bubuh sendirilah ye..

ok,sebelum tu,kita review sikit follower #300 waalid,dia ialah :

SALLY SAMSAIMAN


blognya yang simple dan agak menarik,utk tahu lebih lanjut..kawan2 boleh jenguk sendiri dia..hehe
Haa..ape tunggu lagi?jom terjah blog dia ramai2..hehe..

KLIK SINI utk TERJAH

ilalliqo'....^_^


Ramadhan semakin hampir..jangan lupa siap sedia..ok..[Selamat Beramal]

Memejam Mata Di Helaian Akhir Buku Catatan

~Al-Faatihah~


Semalam waalid mendapat berita kematian nenek(Mak Tuan Moh) yang tinggal di Pasir Akar,Besut.
Setelah sakit agak lama,helaian terakhir buku catatannya ditutup bersama-sama dengan hembusan nafasnya yang terakhir.

Walaupun Mok Tuan Moh ni bukanlah nenek kandung kami,namun..dialah satu-satunya yang membolehkan kami merasai adanya nenek. Kerana datuk,nenek sebelah ayah dan mak semuanya dah meninggal.

Pun begitu,waalid tetap menganggap mok tuan moh ini sebagai nenek sebenar waalid...

Semoga Roh Nenek berada bersama orang-orang yang soleh dan segala amalan arwah diterima oleh Allah Taala..insyaAllah..

***

Pesanan : cukuplah kematian sebagai tazkirah bagi kita...kita semua pasti menuju jalan yang sama..berhati-hatilah...

[selamat beramal]

Seniorku Maut Dilanggar Kereta...T_T

MARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Km58.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rantau Abang, dekat sini, petang ini.

Mohd Madhan Mohamad, 33, dari Tepoh, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petaling, Tepoh sebelum terbabit dalam nahas ngeri itu.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang menunggang bersendirian tercampak 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Pemandu kereta yang berusia 20-an dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang, di sini. Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Bernama- Sinar Harian

----------------------------

Selepas berita kematian Murobbi pejuang,Tuan Guru Yahya Othman,kali ini pengkhabaran senior pula yang pergi buat selamanya..berderet2 kesedihan yang menimpa..semoga roh mereka dirahmati olehNYA dan ditempatkan bersama para solehin...

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan juga buat ummat Islam seluruhnya...

~Al-Fatihah~


Mohd Madhan Mohamad dalam kenangan...
 

Hilangnya lagi sebutir permata - petanda kiamat semakin hampir


Sedih mendengar pemergian seorang ulama' yang hebat,seorang murobbi gerakan Islam yang sentiasa membimbing para pejuang untuk terus istiqomah dalam perjuangan...

Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara.
Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah.
Ya Allah.semoga dipermudahkan segalanya.
daripada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.

Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli..
bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal .akhir zaman.-jkkfanclub
hemm..itulah hakikat dunia hari ini...apapun,tentunya seorang ulama' tidak menginginkan segala bentuk nama dan populariti..kerana mereka yakin dengan janji ALLAH yang maha Esa..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman...mudah2an rohnya ditempatkan dikalangan muqorrobin dan dicucuri Rahmat Ilahi..aamin

~ Al-Fatihah ~

Anugerah Ilahi

Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat bernilai,tiada tara nilainya dengan mana-mana kekayaan dunia,maka...jagalah kekayaan yang anda miliki itu dengan sebaik-baiknya..insyAllah anda akan menuai hasilnya di akhirat kelak.

Kami(waalidaisya,ummuaisya,aisya) ingin mengucapkan kepada ustazah Habsah beserta pasangannya, Saedin bin Sulong dengan ucapan :

 

بارك الله لك في الموهوب وشكرت الواهب ورزقت بره


Tanggal 2 Jun baru-baru ini KPT Mesir telah mendapat khabar gembira di mana seorang ahlinya telah melahirkan seorang putera yang comel seberat 3.5 kilogram. Ibu yang bertuah itu ialah Puan Habsah binti Salleh. Beliau telah selamat melahirkan bayinya di Hospital Taufiqiah, Abas Aqad lebih kurang jam 3 petang secara normal.-kptmesir

semoga,kehadiran anak yang comel ini,menyerikan lagi kehidupan rumahtangga kalian...insyaALlah..^_^

ٍٍSelamat Pengantin Baru Sahabat..

Ahmad Shahabuddin Bin Mamat
Alhamdulillah,selamat sudah diijabkabulkan seorang sahabat al-faqir ini, berseri-seri muka pengantin,hehe..


Video Akad Nikah beliau..,mabruklah sekali lafaz sahaja..alhamdulillah..:)


Kami sekeluarga mengucapkan 





Kami tujukan lagu ini buat pasangan bahagia Ahmad Shahabuddin dan isteri...semoga kekal hingga ke syurga..







Maaf buat sahabatku, budin dan isteri kerana tidak dapat menghadiri majlis walimah kalian kerana perbezaan jarak yang jauh.insyaAllah kalau dipanjangkan umur,kita jumpa bila al-faqir pulang ke Malaysia nanti... Hanya doa yang mampu kami hulurkan buat sahabat di sana semoga segalanya dipermudahkan urusan dan diberkati oleh Allah selalu.

Selamat Imtihan Sayang...^_^

Bismillah Wassholatu Wassalam 3ala Rasulillah S.A.W...







Entry ini dikhususkan buat Isteri tersayang,ummu aisya yang bakal 'berperang' dengan peperiksaan bermula sabtu ini(26 Mei 2012). 


Juga mengharapkan doa kalian untuk mendoakan kejayaan buat kami dalam segala urusan yang kami laksanakan..tidak lupa juga doakan buat semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di bumi barokah ini..semoga semuanya mendapat kejayaan yang terbaik dalam peperiksaan fasa kedua 2012 ini.




Buat isteri tercinta,sempena dengan imtihan yang bakal menjelma nanti,terimalah coretan ikhlas dari suamimu yang tidak pandai meninta ayat2 jiwang ni...terimalah seadanya..huhu..kalau xfaham@xsedap..senyap sudahla ye..hik3..


Habibti… 
syg berkehendakkan kejayaan
'Kapalnya' pun sudah syg naiki
Yakinlah dan bulatkanlah tekad
Teruskanlah berdoa meminta panduan ilahi..
 
Habibti… 
kami sentiasa mendorongmu..
Hiraukan celaan orang yang mencela
Hanya Allah mengetahui hakikat…
Agar dirimu tidak terkesan dengan buruan dunia..
 
Habibti… 
Usah kamu bimbang janji Allah
Sunnatullah bagi mereka yang berusaha, Berjaya
Sunnatullah juga dimana ada ujian-Nya,ada Hikmahnya
Tetaplah keyakinanmu dengan perancangan-Nya
 
Habibti… 
Kejayaan dunia hanya tiket kesenangan dunia
Kejayaan di akhiratlah kejayaan sebenar kita
Usah tertipu dengan pengiktirafan manusia
Ingatlah segalanya ikhlaskan niat buat yang Esa..
Semoga Berjaya…
 
                                                                                            with love- waalidaisya







Nanti kalau xdapat jawab dalam imtihan,jangan buat macam ini pulak..huhu..cubalah seadanya..








Akhirnya...setelah berusaha dengan baik..ingatlah bahawa tiada kuasa dan daya bagi kita melainkan hanya kepada-Nya kita mengadu..




Semoga kejayaan menjadi milikmu...ikhlaskan niat belajar kerana Allah..insyaAllah ketentuan-Nya yang mendapat diterima dengan hati yang redha dan bersyukur...Bittaufiq Wannajah!






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ 


 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 

 Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya 

 Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim, 

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya 

 Ya Allah Ya Ghaffar , 

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. 

Ya Allah , 

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan, Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami, Semoga Engkau kabulkan permohonan kami, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar, 

 اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Tahniah TRW!!!


Tahniah dan Syabas buat pasukan The Red Warrior(Klate) yang berjaya merangkul juara piala FA.

Walaupun tidak dapat menonton siaran langsung melalui streaming dek kerana kecemburuan line yang mensabotaj saya daripada menonton siaran langsung..namun sempat juga melihat gol yang dijaringkan melalui sepakan penalti.

Syabas dan Tahniah buat ore2 klate kito...hehe..akhirnya sime darby kene gomo denge klate jugok deh..hebak klate..:)

apo2 pun..TOK GURU kesayange kito!..heh!

Nasihat : Surat terbuka kepada pejuang Melayu


Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.



Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;”Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya”.

Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.

Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)

Maksudnya: (Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah).

Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.

Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.

Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.

Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:

“Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina“.

Kenyataan ini berasaskan firman Allah: Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.

Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar yang berebut dan berlumba-lumba mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.

Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran. UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.

Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba-tiba tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO. Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO, bahkan jatuh terhumban bersamanya.

PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

Selamat Hari Lahir Sayang


sayang: ketika aku kesepian, kaulah teman setiaku 
Ketika aku dalam kesusahan, Kaulah yang membantuku
Ketika aku di dalam kesedihan, Kaula penenang jiwaku
Ketika aku melakukan kesilapan, Kaulah yang menegur dan memaafkanku
Ketika aku di dalam kesakitan, kaulah penawarku
Tanpamu siapalah aku
Sayang: kaulah sebaik baik wanita di dunia ini
kau sanggup terima kekuranganku, demi cinta dan kasih sayang
Doaku, semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat
Ameen...


Selamat Hari Lahir buat Isteri Tersayang yang ke-24,Semoga panjang umur,murah rezeki dan terus menjadi isteri yang solehah..

Di kesempatan ini,saya juga ingin mengucapkan hari lahir buat Ayahanda dan Bonda Tersayang pada 26 Januari tempoh hari(tarikh yg sama utk mak ayah..(^_^), juga tidak dilupakan buat Abg Mie(17 Januari) dan buat semualah yang merayakan tarikh lahir mereka..hehe

Semoga Allah sentiasa menjaga kalian didalam limpahan rahmatNYA..amin

Selamat Hari Lahir ke-2 buah hatiku..

Saya sudah berumur 2tahun..:)
anakku...
Kau hadir sebagai penyeri
Kau hadir dari dua jiwa yang berbeza
Rasa, dan harapan menjadi satu kesenangan
Kau hadir membawa kebahagiaan

anakku...
Tawa, gurauan dan tangisan menjadi hiburan
dalam menongkah hari-hari berlalu
walaupun sulit pelbagai dugaan
melihat wajahmu mengulit kalbu waalid dan ummimu

anakku...
Jadilah pribadi yang suci
Iman dan taqwa akan menjadi panduan hidup mu
Jadilah Pribadi Yang suci
ummi dan waalid akan membimbingmu..insyaAllah..

Tahniah Akhi Kheiman!

Bismillah Walhamdulillah..

Bersyukur kita ke hadrat Allah taala atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang amat besar nilainya dan seharusnya kita senantiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita dengan meningkatkan ketaatan dan mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa.

Sudah lama al-faqir tidak mencoretkan idea di sini,sudah berbulan2 semenjak awal ramadhan yang lalu sehingga kini,mungkinlah dek kesibukan dan kewajipan yang perlu dilunaskan sebagai tanggungjawab yang telah di amanahkan ke atas diri al-faqir.

Sebagai Muqaddimah setelah sekian lama menyepi..disini al-faqir ingin mengucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Aiman Bin Mohd Ariffin(kheimang) dan kepada pasangannya Al-Fadhilah Ustazah Siti Mariam Binti Alias di atas ikatan perkahwinan yang berlangsung pada 15 September 2011 dengan ucapan :

 "بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير"

 Semoga dengan ikatan yang bahagia ini mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada pemuda dan pemudi yang lain untuk terus mengikut jejak langkah mereka berdua.insyaAllah.

kheiman-pengantin(dua dari kiri)

Akhir kalam,perkahwinan di usia muda terdapatnya di sana kelebihan dan kekurang,kesemuanya bergantung kepada pelbagai faktor...sebagai orang beriman,kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara yang menjadi hak individu kepada orang lain...oleh itu,lihatlah dengan hati yang jujur dan bersangka baik,mudah2an kita tidak sentiasa berlapang dada dalam sesuatu hal...(^_^)

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -